Anda di halaman 1dari 9

Tugasan Harian 1

Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang

Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah
berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya akan mewujudkan
sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu
sistem sosial yang mantap dan dapat menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa
pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya
penyayang, maka sewajarnya ia diberi perhatian utama. Justeru itu satu program khusus
diperkenalkan yang diberi nama 'RUMAHKU SYURGAKU'. Program ini dilaksanakan dengan
tujuan mewujudkan keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat penyayang dan
bersatupadu selaras dengan ajaran Islam dan wawasan 2020.

Dengan mengetahui betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia untuk mewujudkan
masyarakat penyayang, kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga.
Kita patutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga
supaya konflik dan masalah tidak wujud antara keluarga. Sehubungan dengan itu, keluarga
bahagia dapatlah wujudkan masyarakat penyayang. Kita juga harus mempunyai peka cinta yang
berkekalan sesama ahli keluarga supaya wujudnya keluarga bahagia. Dengan adanya cinta yang
berkekalan, keluarga itu akan menjadi lebih kukuh kerana saling memahami antara satu sama
lain.

Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap
anggota keluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan
keluarga sendiri. Setiap agama dipercayai akan memberi pengajaran kepada seseorang supaya
tidak melakukan kegiatan tidak bermoral atau keruntuhan akhlak. Dengan ini, masyarakat
penyayang akan wujud. Kita juga patutlah mengekalkan tradisi yang diwarisi secara turun
temurun. Sesebuah keluarga bahagia akan wujud jika setiap anggota keluarga mematuhi segala
suruhan Tuhan.

Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat diperlukan untuk
melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya hubungan yang kukuh dan kasih
sayang antara sesebuah keluarga, masyarakat penyayang dapat diwujud.

(278) patah perkataan


Tugasan Harian 2

Tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam


sekitar

Alam semula jadi merupakan satu anugerah Tuhan yang amat besar dan tidak ternilai
kepada manusia sejagat. Pemuliharaan alam semula jadi merupakan salah satu prinsip
Pendekatan Islam Hadhari yang ingin dilestarikan supaya ianya berada dalam keadaan amat
selesa, cantik, dan indah seperti mana yang disarankan oleh Islam. Selain daripada agama Islam,
pemeliharaan alam semula jadi juga amat dititikberatkan oleh agama-agama lain seperti Kristian
dan Buddha.

Kerajaan dan masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan


memulihara alam sekitar. Sebagai seorang ahli masyarakat, nilai menyayangi dan menghargai
alam sekitar amat diperlu bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Kita
harus memelihara alam sekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber alam. Misalnya, kita
harus mematikan peralatan elektrik apabila tidak digunakan untuk menjimatkan sumber yang
semakin berkurangan. Selain itu, kita juga harus bersama memulihara alam sekitar supaya
penggunaan alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan
kuantitatif. Contohnya, kita dapat menanam pokok-pokok di sekelilingi kawasan rumah supaya
kualiti udara dapat ditingkat semula dan secara tidak langsung menghijaukan bumi kita.

Tambahan pula, kerajaan dan masyarakat harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu
alam sekitar. Persoalan alam sekitar patut diprihatinkan supaya langkah mengatasi masalah itu
dapat diambil dan dilaksanakan secara berkesan. Misalnya dalam konteks semasa, impak
pencemaran alam sekitar sudah menjadi global yang terserlah menerusi fenomena pemanasan
suhu bumi, pencemaran merentasi sempadan dan corak pengembelengan sumber tidak lestari.
Jadi, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah
ini seperti menyokong program ktiar semula yang dianjurkan oleh kerajaan dan pihak swasta.
Dengan ini, pencemaran darat akan ditangani secara tidak langsung.

Konklusinya, setiap individu dipertanggungjawabkan untuk memelihara dan memulihara


alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan. Segala tindakan yang membawa kepada kerosakan
dan kemusnahan alam semula jadi hendaklah dihentikan segera.

(279) patah perkataan


Tugasan Harian 3

Menghormati Hak Wanita Tanggungjawab Bersama

Pepatah Melayu mengatakan Tangan yang menghayun buaian juga mampu


menggoncangkan dunia. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan
lagi dianggap sebagai penghuni tetap ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu
entiti penting dalam pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada bila-bila
masa. Hak wanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka mendapat pendidikan dan
pekerjaan, peluang kenaikan pangkat dan mendapat perlindungan daripada keganasan.
Tambahan pula, setiap individu harus mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan diri dalam mana
mana bidang sahaja. Sumbangan wanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam bidang sukan,
atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlit lelaki telah mengharumkan nama negara dalam sukan
renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing lagi seperti Nurul Huda serta Nicole David yang
mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Ini telah mengambarkan wanita juga memberi
sumbangan kepada Negara dan hak mereka harus dihormati.

Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan terhadap wanita dan
lelaki. Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang saksama setaraf dengan lelaki tidak kira
dalam aspek pendidikan atau pekerjaan. Tokoh-tokoh wanita yang melibatkan diri dalam bidang
politik seperti seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma Yaacob telah
membuktikan bahawa wanita juga mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
sempurna jika dilayan adil serta diberi peluang. Sebenarnya, individu juga harus bertindak tidak
berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan. Wanita yang dapat menerima pendidikan yang
sama dengan lelaki tidak hairan untuk menjawat jawatan penting dalam syarikat-syarikat besar.
Oleh itu, kita mesti mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan kepada
pembangunan negara sekiranya diberi layanan yang tidak berat sebelah.

Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan memberikan layanan
secara adil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan berpeluang untuk memberi sumbangan
kepada masyarakat serta Negara.

(287) patah perkataan


Tugasan Harian 4

Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk menangani
masalah rasuah

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan
konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin
tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar
terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek
ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan
berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin
menular dalam masyarakat kita.

Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai amanah dalam


menjalankan urusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara. Mereka harus
mempunyai sikap bertanggungjawab yang kekal kerana mereka diamanah untuk
menguatkuasakan undang-undang dan menegakkan keadilan. Tambahan pula, kakitangan
kerajaan yang amanah dapat menimbulkan kepercayaan rakyat terhadapnya. sesebuah Negara
akan berkembang maju dan mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan antara rakyat
terhadap pihak kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harus dibanteraskan kerana itu bukan sahaja
mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapi juga membentuk masyarakat
yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas.

Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh kepada rakyat malah
telah mewujudkan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Sehubungan dengan itu,
masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana undang-undang yang
longgar terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain telah menyebabkan ramai
pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara
haram ini. Hal ini telah membuktikan betapa pentingnya untuk seorang kakitangan kerajaan
untuk menerima dan memahuthi peraturan serta undang-undang Negara.

Konklusinya, kakitangan kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah serta mematuhi
peraturaan dan undang-undang supaya masalah rasuah dapat dibanteraskan.

(270) patah perkataan


Tugasan Harian 5

Kepentingan amalan saling menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat majmuk

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap


sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Tiga etnik terbesar ialah
Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa
masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga
etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi
beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara supaya
keamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap
bertolak ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya
pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara. Selain itu, setiap warganegara harus
mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-bila masa supay tidak meyentuh isu sensitif
seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan dan hak-hak istimewa bumiputera.
Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat.

Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara aman. Masyarakat
patut hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara kita dapat mencapai perpaduan
kaum dan berkembang maju. Sesebuah Negara yang menghadapi konflik dalaman akan
menjejaskan status ekonomi dan tidak akan mencapai kemajuan. Oleh itu, setiap kaum mesti
mengutamakan kedaimaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
Rakyat yang selalu bersatu-padu penting dalam masyarakat majmuk seperti bak kata perkata
bersatu teguh, bercerai roboh.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat yang cinta akan Negara, kita harus selalu
bertolak ansur dan menghormati sesama kaum supaya konflik dalaman tidak wujud. Secara tidak
langsung, rakyat yang perpaduan merupakan aset sesebuah Negara untuk mencapai kemajuan.

(277) patah perkataan


Tugasan Harian 6

Hak Pengguna harus dilindungi oleh semua pihak

Orang ramai sebagai pengguna merupakan aset penting dalam menjayakan wawasan
negara. Bagi mencapai tujuan itu, pendidikan dalam bidang kepenggunaan perlulah disemai dari
peringkat kecil lagi. Dalam hal yang sedemikian, sekolah merupakan sebuah institusi yang paling
sesuai untuk mendidik pelajar tentang pendidikan kepenggunaan. Walaupun pengguna
mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis.
Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna
harus diberi kesedaran tentang hak mereka tertentu supaya mereka dapat menuntut hak tersebut.

Semua pihak telah dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak pengguna. Kerajaan


dan pihak swasta harus membela hak pengguna supaya hak mereka terjamin. Misalnya, undang-
undang telah digubal oleh dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna.
Manakala pendidikan dan kesedaran kepenggunaan telah diberi oleh persatuan NGO serta pihak
kerajaan kepada kalangan pengguna. Selain itu, hak-hak pengguna harus dipelihara seperti hak
untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk membuat pilihan, hak untuk mendapatkan
maklumat, hak untuk menuntut pampasan, hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan
dan sebagainya. Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai
tanda pemeberitahuan kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, pengguna harus bersikap rasional apabila membeli sesuatu barang
atau perkhidmatan supaya dapat melindungi hak pengguna sendiri. Mereka patut mengambil
pertimbangan yang wajar tentang kualiti dan harga sesuatu barang atau perkhidmatan sebelum
membelinya. Sebagai misalan, pengguna boleh membuat pembandingan harga terlebih dahulu
sebelum membeli sesuatu barang supaya inflasi barang tidak berlaku. Tambahan pula, pengguna
patut boleh berfikir supaya hak-hak mereka terjamin. Contohnya, pengguna berhak mendapatkan
maklumat lanjut tentang barang atau perkhidmatan itu jika maklumat diberi tidak lengkap.

Keseluruhannya, semua pihak harus melindungi hak pengguna termasuk pihak kerajaan,
pihak swasta serta pengguna itu sendiri. Pengguna yang berilmu dan rasional dapat membantu
pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau
perkhidmatan.

(283) patah perkata


Tugasan Harian 7

Kebebasan bersuara sebagai hak rakyat dengan batasan tertentu

Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara
meluas. Kebebasan bersuara adalah antara hak asasi manusia yang maha penting dalam sesebuah
negara demokrasi. Ia menjadi kayu ukur sama ada demokrasi subur atau sebaliknya dalam negara
tersebut. Namun, hak asasi ini berbeza-beza interpretasinya mengikut kaca mata budaya dan
agama sesebuah masyarakat. 'Lain padang, lainlah belalangnya'. Di Malaysia kebebasan bersuara
didefinisikan oleh perlembagaan persekutuan dan dikawal oleh undang-undang tertentu.

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak bagi kebebasan bersuara. Kita ada
kebebasan berucap seperti menyebarkan maklumat atau idea dengan medium apa-apa sahaja.
Walau bagaimanaupun, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di negara kita dan hak ini
dihadkan dengan batasan tertentu. Misalnya, isu sensitive seperti hak-hak dan kedudukan raja,
agama, kewarganegaraan, dan hak-hak Istimewa Bumiputera tidak dapat disentuh. Di samping
itu, setiap warganegara bebas mengeluarkan buah fikiran sendiri seperti pendapat, pembaharuan
atau kritikan dengan batasan tertentu. Sebagai contoh, hak untuk mendapatkan kebebasan
bersuara amat penting bagi media massa yang memainkan peranan penting sebagai pendukung
am kebebasan berpendapat bagi semua.

Selain itu, setiap warganegara harus bersikap kesederhanaan dalam menggunakan hak
kebebasan bersuaranya. Pertimbangan dan tindakan yang dibuat patut bersifat tidak keterlaluan
sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau pelakuan. Ini adalah untuk menjamin keharmonian
dan kedamaian sesebuah negara supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Tambahan
pula, warganegara patut bersikap kesederhanaan supaya tidak mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain. Semasa mengeluarkan sesuatu pandangan, kita mesti mempertimbangkan pihak lain
supaya tidak akan menyentuh isu-isu sensitif yang mungkin menjejaskan perpaduan negara kita.

Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia kita mesti bersikap kesederhanaan


walaupun mempunyai kebebasan bersuara kerana kita berada negara yang berbilang kaum.
Dengan ini, kesejahteraan dan kedamaianan negara akan tercapai.

(271) patah perkataan


Tugasan Harian 8

Mengekalkan keamanan negara tanggungjawab bersama

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati keamanan dan
kestabilan politik yang jarang ditemui di negara-negara lain. Keadaan ini membolehkan ekonomi
negara berkembang maju dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai sektor.
Namun demikian, Malaysia tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha mengekalkan
keamanan negara malah keaamanan sejagat.

Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara harus sentiasa diamalkan. Kita harus
sentiasa mempunyai perasaan sayang akan negara dengan berusaha untuk menepis segala
ancaman dalaman dan luaran yang cuba menggugat keamanan serta keharmonian negara.
Misalnya, negara kita sedang menghadapi ancaman najis dadah yang semakin menular dan
meningkat saban tahun. Negara bakal kehilangan tenaga kerja serta kepimpinan pelapis jika
masalah ini berterusan terjadi. Untuk mengawal ancaman ini menjadi kudis yang merebak, setiap
anggota masyarakat perlu mengambil kesedaran dan membantu kerajaan dalam menangani
permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri dengan menjauhi diri daripada dadah supaya peratusan penagih tegar dapat
diturunkan serta sekali gus mengekalkan keamanan negara.

Di samping itu, setiap warganegara harus saling membantu dan bekerjasama supaya
keamanan negara tercapai. Sudah acapkali kita dengar tentang berita kes jenayah yang dikaitkan
dengan golongan remaja seperti vandalisme, gengsterisme, dan buli. Kejadian ini telah mengugat
keamanan negara secara tidak langsung. Usaha membina yang dilakukan pada setiap peringkat
amat penting untuk membanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa berperanan bagi mendidik
dan menyampaikan ajaran agama kepada anak mereka supaya mereka tidak akan terjebak ke
dalam kancah jenayah tersebut. Sebenarnya, usaha ini harus dilakukan bersama antara semua
pihak untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan negara. Pihak sekolah juga
dipertanggungjawabkan untuk menasihati pelajar agar kesannya terbabit dalam jenayah-jenayah
itu.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan negara
daripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai merupakan teras kepada
pembangunan negara yang maju.

(288) patah perkataan


Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita :

Pada era globlalisasi ini, kian hari kian banyak berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira yang
ringan atau yang berat. Hal ini dapat dibuktikanmelalui media massa yang sering memaparkannya.
Sebenarnya, punca utamaberlakunya kejadian kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh
kecuaiandan sikap pengguna jalan raya seseorang itu. Hal ini demikian, pelbagaitindakan haruslah
diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara tindakannya adalah seperti sebagai seorang pemandu, kitaharuslah mengamalkan


nilai kasih sayang. Kita harus peka dan prihatin terhadap orang lain serta menyayangi orang lain
secara mendalam dan berkekalan. Apabila kita berada di jalan raya, kita patutlah lebih
mngutamakan keselamatan diri dan orang lain serta prihatin terhadap sesiapa sahaja yangberada
di jalan raya.

Dengan ini, masalah kemalangan jalan raya akanberkurangan. Pengguna jalan raya juga
akan selamat dan tidal perlu risautentang berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak
diingini.Bukan itu sahaja, salah satu sebab kemalangan jalan raya berlaku ialahsebilangan
pemandu gemar memandu sambil bercakap melalui telefon bimbitatau memandu melebihi had laju
yang ditetapkan walaupun undang-undangmelarang perbuatan tersebut. Amalan ini amat
berbahaya dan boleh berlakunyakemalangan jalan raya bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu, kita
wajiblah mengamalkan nilai mematuhui peraturan dan undang-undang. Kita haruslah menerima
dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan tanpa mengirasesiapa dan di mana seseorang
itu berada.
Hal ini dapat mewujudkan jalan raya sebagai sesuatu tempat yang selamat dan selesa.

Di samping itu, kita boleh saling bertolak ansur, sabar dan mengawal diribagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demikesejahteraan hidup dengan mengamalkan
nilai toleransi. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan merebut tempat meletakkan kereta atau
cepat naik marahakibat kesesakan jalan raya. Secara tidak langsung, masalah kemalangan
jalanraya dapat dikurangkan serta dihapuskan dan keselamatan diri dapat dijamin.

Kesimpulannya, saya sedar bahawa keselamatan di jalan raya adalahtanggungjawab kita.


Semua pengguna jalan raya haruslah berganding bahuuntuk menyelesaikan masalah sebelum nasi
menjadi bubur agar pengguna jalanraya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat.

Anda mungkin juga menyukai