Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS3103
FIQH 1

NAMA : FARIDAH BINTI ALI

NO. MATRIK : 720501115048001

NO. KAD PENGENALAN : 720501115048

NO.TELEFON : 0197225645

ALAMAT E-MAIL : faridahali_72@yahoo.com

PENSYARAH : NURAZHAN BIN MUDA

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyelesaikan
tugasan di bawah subjek HBIS3103 FIQH 1, Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih
saya ucapkan terlebih dahulu kepada pensyarah saya Ustaz Nurazhan Bin Muda di atas
segala nasihat dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini disiapkan.

Seterusnya dedikasi khas ini ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
membantu dan saling menyokong antara satu sama lain sepanjang tugasan ini disiapkan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan buat ahli keluarga tercinta yang sentiasa
memahami dan tidak jemu memberikan sokongan kepada saya dan tidak lupa kepada
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan tugasan saya ini.

Akhir kata setinggi tinggi ucapan penghargaan untuk semua yang terlibat.

2
ISI KANDUNGAN

Mukasurat

1.0 Pendahuluan . 4

2.0 Pengertian Puasa, Hukum Dan Jenis Puasa Yang

Terdapat Dalam Agama Islam 5

3.0 Perbezaan Konsep Puasa Antara Islam Dengan


Agama Selain Islam . 9

4.0 Hikmah Berpuasa Dalam Aspek Sosial Dan Ekonomi 12

5.0 Penutup .. 15

BIBLIOGRAFI 16

1.0 Pendahuluan

3
Taranum dari segi bahasa menurut Ibn al - Manzur dalam kitab lisan al - Arab

berasal daripada perkataan ( ) yang bermaksud menyanyi, mendendang dan


memperelokkan suara terhadap sesuatu. Dari segi istilah pula membaca al- Quran dengan
suara yang merdu dan berlagu manakala istilah taranum yang sering digunakan di
Malaysia ialah membawa maksud lagu lagu al- Quran atau membaca al-Quran secara
berlagu. Justeru,dapatlah disimpulkan bahwa tarannum itu bermaksud satu ilmu yang
membincangkan tentang cara cara bagaimana melagukan bacaan al-Quran merangkumi
beberapa aspek seperti tajwid, fasahah dan suara. Menurut sejarah, tarannum atau muzik
adalah merupakan sebahagian daripada budaya sesebuah masyarakat setempat. Ia juga
diilhamkan melalui beberapamunsur seperti dalam rajah di bawah.

Bunyi daripada
geseran kayu

Bunyi air yang Asal usul Bunyi daripada


mengalir air Tarannum (Muzik) tiupan angin

Bunyi kicauan
burung

Rajah 1: Asal usul tarannum al-quran atau muzik

Sejarah menunjukkan bahawa sejak zaman jahiliyah lagi orang orang Arab
ketika itu terkenal dengan kepakaran bersyair sehingga diwujudkan Souq al- Ukkaz.
Selepas kedatangan Islam dan penurunan al - Quran umat Islam disarankan supaya
menukar budaya tersebut keoada membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan
seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak. untuknya. Puasa itu perisai.

4
Apabila ada dikalangan kamu yang berpuasa, maka janganlah berkata-kata yang keji, dan
janganlah mudah menjadi berang. Jika kamu dikeji oleh seseorang atau diajak bergaduh,
maka katakanlah Sesungguhnya aku berpuasa. Demi (Tuhan) yang jiwa Muhammad itu
di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih elok disisi
Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu apabila
mereka berbuka, maka beliau bergembira dengan berbuka itu dan apabila beliau bertemu
dengan TuhanNya .

Objektif tugasan Fiqh 1 kali ini adalah seperti berikut:

i) Mengupas pengertian puasa , hukum puasa dan jenis puasa yang terdapat
dalam agama Islam.
ii) Menyatakan perbezaan konsep puasa yang terdapat dalam agama Islam
dengan agama- agama lain
iii) Menjelaskan hikmat puasa dari sudut sosial dan ekonomi.

Seterusnya isi kandungan tugasan ini mengandungi :

i) Pengenalan
ii) Pengertian puasa dalam Islam dan jenis puasa
iii) Kajian perbezaan konsep puasa antara Islam dengan agama agama lain
iv) Hikmah puasa dari segi aspek sosial dan ekonomi.
v) Kesimpulan

2.0 Pengertian Puasa, Hukum Dan Jenis Puasa Yang Terdapat Dalam Agama
Islam

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan daripada sesuatu, sebagaimana Firman Allah
dalam Surah Maryam ayat 26



Maksudnya: Sesungguhnya aku diam membisu kerana Allah ar-Rahman setelah aku
menyatakan

(setelah aku menyatakan yang demikian ) maka aku akan tidak berkata kata kepada
sesiapa pun dari kalangan manusia pada hari ini. Maksud dalam ayat di atas adalah

5
menahan diri daripada berkata kata. Manakala dari segi istilah, puasa ialah menahan
diri daripada makan dan minum serta perkara - perkara yang membatalkan puasa bermula
dari terbit fajar hingga terbenam matahari serta berniat pada malam hari. Firman Allah
SWT yang bermaksud,

Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih daripada benang hitam, iaitu
fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang ) malam (Al Baqarah : 187)

Hukum berpuasa di bulan Ramadhan wajib dilakukan oleh setiap orang Islam
yang cukup syarat-syaratnya. Puasa Ramadhan wajib dilakukan oleh orang orang Islam
apabila terlihat hilal, ataupun setelah bulan Syaaban genap 30 hari. Ianya juga bermaksud
apabila hilal awal Ramadhan disaksikan oleh seorang yang dipercayai. Islam telah
menggariskan siapa dikalangan umatnya yang diwajibkan berpuasa. Syarat-syarat wajib
puasa ada 4 iaitu Islam, berakal, baligh dan mampu berpuasa. Hikmat penentuan ayarat
wajib puasa ini menunjukkan bahawa Allah sangat pemurah dan penyayang kepada
hambaNya yang mana syariat menetapkan had umur bagi mereka yang diwajibkan
berpuasa. Di samping itu syariat juga memberi keringanan kepada mereka yang uzur
untuk tidak berpuasa.

Selain daripada kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan orang orang Islam di


sunatkan berpuasa pada hari hari berikut iaitu

a) Puasa 6 Hari Pada Bulan Syawal

Rasulullah Saw bersabda Sesiapa yang berpuasa pada bulan Rmadhan dan
kemudian meneruskannya dengan 6 hari pada bulan Syawal akan mendapat ganjaran
pahala seolah olah dia berpuasa setahun. ( Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud ,
Ibn Majah). Ulama berbeza pendapat dalam hal pelaksanaan puasa sunat Syawal ini
samada perlu dilakukan berturut turut atau sebaliknya. Menurut pengarang Kitab Al
Hidayah dan sebahagian ulama lain menyarnkan supaya dilakukan berturut turut,
namun Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama Imam Syafie antaranya
Abu Yusof dan lain lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan
disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut kristian dan juga dapat
meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Termizi 6/121)

6
B) Puasa Muharram

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi Saw bersabda Sebaik- baik puasa selepas
Ramadhan ialah puasa bulan Muharramdan sebaik baik solat selepas solat 5 waktu
ialah solat malam ( Muslim 1/474). Waktu yang terbaik untuk berpuasa ialah pada 9
10 haribulan .

C) Puasa Hari Putih

Puasa pada hari putih ialah puasa pada setiap 13 15 haribulan dalam bulan Islam
Dari abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Saw pernah berpesan dengan 3 perkara ,
puasa 3 hari setiap bulan, dua rakaat solat dhuha dan solat witir sebelum tidur. ( Hadis
Bukhari ). Ianya dinamakan puasa hari putih kerana keceriaan bulan penuh pada
malam tersebut. ( AlMughri 3/177). Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah Saw
bersabda Berpuasalah pada setiap bulan tiga hari kerana satu kebaikkan digandakan
sepuluh kali ganda, Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun ( Hadis
Bukhari, Muslim)

d) Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW apabila ditanya mengenai puasa pada hari
Arafah, Jawab Baginda Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang.
(Hadis Muslim 1/473). Bagi berwuquf di padang Arafah pula kebanyakkan ulama
sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa. Imam Maliki dan Hanafi
berpendapat adalah makruh jemaah haji berpuasa pada hari wuquf dan hari Tarwiyah
( 8 Zulhijjah). Menurut Imam Hambali pula, sunat berpuasa bahi jemaah haji jika
mereka berwuquf pada waktu malam.dan makruh bagi mereka yang berwuquf pada
waktu siang. Manakala bagi Mazhab Shafie pula berpendapat bagi penduduk Mekah
yang berwuquf pada waktu siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus
bagi yang berwuquf pada waktu malam. ( Fiqh 4 mazhab 1/505).

e) Puasa pada hari asyura (10 Muharram)

Dalam riwayat Abu Qatadah r.a berkata bahawa apabila nabi ditanya mengenai puasa
Asyura, Baginda menjawab mendapat keampunan setahun yang lampau (Hadis

7
Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW Puasalah hari kesembilan dan
kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan Yahudi. Ada yang berkata puasa pada 9
Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun lepas sudah terhapus. Sheikh Abd
Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti air yang mengalir, oleh itu puasa dan
taubat adalah ubat mujarab untuk untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak
diampun kecuali dengan puasa Asyura.

f) Puasa Isnin Dan Khamis

Dari Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa isnin dan
khamis. Baginda menjawab Padanya aku dilahirkan dan padanya mula mula
diturunkan wahyu kepadaku (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat abu Hurairah ra,
Rasulullah SAW bersabda, Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis,
maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaaan aku berpuasa ( Hadis
Tarmizi). Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan
bahawa Rasulullah berpuasa pada 9 dan 10 Zulhijah, tiga hari setiap bulan Islam serta
Isnin dan Khamis setiap minggu. (Hadis Abu Daud ).

g) Puasa Nabi Daud AS

Rasulullah SAW bersabda, Tidak ada puasa yang lebih baik selain daripada puasa
Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. ( Hadis Bukhari ). Dalam
hadis lain Rasulullah SAW bersabda, Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa
Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan
menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamulail. (hadis Nasai, Abu
Daud).

3.0 Perbezaan Konsep Puasa Antara Islam Dengan Agama Selain Islam

Amalan berpuasa bagi di bulan Ramadhan bagi umat Islam sangat berbeza dengan puasa
yang diamalkan oleh penganut agama lain di dunia. Puasa yang diamalkan oleh orang
orang Islam di bulan Ramadhan mengandungi banyak hikmat dan keistimewaan yang

8
tersendiri. Sebagaimana yang telas dijelaskan dalam pengertian puasa di atas. Puasa bagi
umat Islam ia;ah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan berniat pada
malam hari. Di samping itu ibadat puasa dalam Islam mempunyai syarat syarat wajib
puasa yang mana apabila individu menepati syarat wajib puasa maka wajiblah bagi
mereka menunaikan ibadat puasa tersebut. Ibadat puasa bagi umat Islam juga mempunyai
rukun yang perlu diikuti. Dalam mengerjakan ibadat puasa, terdapat beberapa perkara
yang perlu dielakkan supaya ibadat puasa yang dilakukan menjadi sah atau tidak terbatal
bertepatan dengan pengertian puasa itu sendiri menahan diri daripada melakukan perkara -
perkara yang membatalkan puasa.

3.1 Konsep Puasa Dalam Agama Hindu

Golongan beragama Hindu berpuasa pada hari ekadasi. Ekadasi berasal


daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud hari kesebelas. Mereka berpuasa
dengan tujuan dan kepercayaan bahawa hari tersebut dapat menghilangkan semua
dosa dan sekali gus dapat mengubah nasib hidup mereka di samping dapat
meningkatkan kekuatan dalaman mereka. Sekiranya terdapat dikalangan mereka
yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa tanpa makan dan minum, mereka
dibenarkan memakan buah buahan, sayur sayuran dan minum susu. Menurut
kitab Vedic, penganut Hindu berpuasa pada hari ekadasi iaitu hari kesebelas
dihitung dari sehari selepas purnama dan menjadikannya dua hari dalam sebulan.
Terdapat pelbagai tatacara berpuasa dalam agama Hindu ini dan ianya disesuaikan
mengikut keupayaan masing masing. Hal ini sangat berbeza dengan ibadat
puasa yang diamalkan oleh penganut agama Islam yang mempunyai tatacara yang
khas yang wajib dipatuhi oleh semua umatnya untuk mencapai kesempurnaan
dalam beribadat. Walaupun konsep ibadat puasa dalam Islam mempunyai syarat
syarat tertentu namun ianya tidaklah menyusahkan dan membebankan
penganutnya.

3.2 Konsep Puasa Dalam Agama Kristian

9
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas bahawa amalan berpuasa telah
diamalkan oleh hamper semua agama di dunia ini mengikut tatacara dan tujuan
masing masing. Hal yang berkaitan tentang amalan puasa direkodkan dalam
Bible ( Perjanjian Lama ), dalam satu laporan Jesus dilaporkan berkata, Dan
apabila kamu berpuasa, janganlah muram muka mu seperti orang munafik.
Mereka mengubah air mukanya supaya orang melihat bahawa mereka berpuasa.
Aku berkata kepadamu, sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya, tetapi
kalau kalian berpuasa, cucilah mukamu dan sisirlah rambutmu supaya tiada yang
tahu bahawa kalian berpuasa, kecuali Bapamu yang tidak kelihatan itu sahaja. Dia
melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan akan memberi upah kepadamu,
(Mathew 6:16).

Amalan berpuasa dalam agama kristian tidaklah mempunyai tatacara


yang spesifik contohnya dalam mazhab Prostestan tidak mewajibkan umatnya
berpuasa, manakala kristian Khatolik pula mewajibkan umatnya berpuasa pada
waktu- waktu tertentu. Pada masa kini amalan berpuasa dalam agama Kristian
telah mengalami perubahan apabila tidak ada pengkhususan terhadap amalan
berpuasa yang mana amalan berpuasa ini dianggap perbuatan sukarela. Terdapat
mazhab Kristian menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa sebagai satu
amalan yang baik, berguna dan digalakkan. Namun tradisi pernah membuktikan
penganut Kristian (Khatolik) berpuasa selama 40 hari bermula dari Ash
Wednesday sehingga hari Easter. Mereka juga berpuasa pada hari Good
Friday. Regetion Day, Amber Day dan hari hari lain secara sukarela.

Perbezaan pendapat tentang kewajipan berpuasa antara dua mazhab ini


ialah disebabkan kefahaman bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara amalan
berpuasa yang tercatat dalam Kitab Perjanjian Lama dengan Kitab Perjanjian
Baru di dalam Bible. Perbezaan dilihat dari segi tujuan berpuasa sebelum dan
selepas kedatangan Jesus. Justeru amalan berpuasa dalam agama Kristian boleh
dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut mazhab Kristian yang ada, sama ada
dengan menahan diri dari makan dan minum, hanya makan daging, hanya makan

10
sayur dan air putih, berpuasa dengan tidak bersuaradan juga berpuasa selama 40
hari dan 40 malam lamanya.

3.3 Konsep Puasa Dalam Agama Sikh

Agama Sikh tidak menggalakkan penganutnya berpuasa kecuali bagi


tujuan perubatan dan kesihatan. Kesemua lima guru dalam agama Sikh tidak
mengalakkan pengikut agama itu berpuasa kerana amalan berkenaan dikatakan
tidak membawa apa apa manfaat dari segi kerohanian. Malah, kitab Guru
Granth Sahib menegaskan bahawa orang yang berpuasa mendapat manfaat
kurang daripada satu cengkerang (are rewarded with less than a shell) kerana
seseorang yang tidak makan ( berpuasa) dianggap menyeksa diri.

3.4 Konsep Puasa Dalam Agama Budha

Puasa dalam agama Budha disebut sebagai Uposatha, puasa bukanlah


merupakan suatu perbuatan wajib dalam agama Budha. Puasa dalam agama
Budha dilakukan mengikut calendar agama Budha yang juga bergantung kepada
peredaran bulan, jadi puasa dilakukan pada bulan cerah dan bulan purnama atau
hari 1 dan 15 kalendar Budhist. Uposatha difahami dengan maksud hari yang
dilalui dengan berpuasa. Uposatha 9puasa ) dilakukan dalam dua cara iaitu
Uposatha - sila atau uposatha atthasila iaitu lapan peraturan ditetapkan iaitu

i) Bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup


ii) Bertekad akan melatih diri menghindari mengambil barang yang tidak
diberikan ( mencuri)
iii) Bertekad akan melatih diri menghindari seks ( memuaskan seksual)
iv) Bertekad akan melatih diri menghindari berbicara atau berucap yang tidak
benar (berbohong)
v) Bertekad akan melatih diri menghindari segala makanan dan minuman
yang dapat melemahkan kesedaran (alcohol dan ubat ubat terlarang)
vi) Bertekad akan melatih diri menghindari makan setelah tengah hari
sehingga waktu subuh ( saat matahari berdiri tegak sehingga subuh
keesokkan harinya)
vii) Bertekad akan melatih diri menghindari menyanyi, menari, bermain
muzik, pergi melihat hiburan, memakai bunga bungaan, wangi

11
wangian serta alat alat kosmetik yang bertujuan untuk mencantikkan
diri.
viii) Bertekad akan melatih diri menghindari tempat tidur dan tempat duduk
yang mewah. Puasa ( Uposatha ) penganut Budha hanya sah apabila
berjaya mematuhi kelapan- lapan larangan tersebut di atas.

Cara ke dua amalan puasa dalam agama Budha ialah dengan menjadi vegetarian ,
iaitu tidak memakan makanan daripada makhluk hidup seperti daging.

4.0 Hikmah Berpuasa Dalam Aspek Sosial Dan Ekonomi

Puasa mempunyai banyak hikmah dalam kehidupan umat Islam . Hikmah puasa
boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek sosial dan aspek ekonomi.

4.1 Aspek Sosial

Ketika di bulan Ramadhan umat Islam menahan lapar dan dahaga, justeru
itu mereka dapat merasai penderitaan yang dialami oleh orang orang yang
miskin yang menderita kelaparan. Keadaan ini dapat melahirkan perasaan kasihan
serta simpati orang orang kaya terhadap nasib saudaranya yang kurang
berkemampuan serta meningkatkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat
sekeliling. Justeru itu di bulan Ramadhan kita akan dapat melihat senario umat
Islam berlumba - lumba untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah melalui
amalan bersedekah dan memberi derma kepada anak yatim dan orang orang
yang memerlukan. Amalan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
hubungan persaudaraan sesama Islam dan dapat melahirkan rasa kasih sayang
antara satu sama lain tanpa mengira jurang ekonomi. Pada bulan Ramadhan juga
terdapat banyak syarikat atau pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan yang
mengadakan majlis berbuka puasa untuk anak anak yatim dan miskin. Memberi
makan atau menyediakan makanan untuk berbuka puasa sangat digalakkan di
bulan puasa dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.

12
Dari Zaid bin Kholid Al Juhani, Nabi SAW bersabda, Yang bermaksud
Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang
yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit
pun juga, (H.R. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746 dan Ahmad 5/192)

Dengan adanya majlis berbuka puasa ini, dapat mengeratkan lagi


hubungan persaudaraan di antara umat Islam. Anak- anak yatim dan orang- orang
miskin merasakan diri mereka tidak terpinggir dan masih mendapat pembelaan.
Dalam hal ini Rasululullah SAW telah bersabda yang bermaksud,

Kaum Muslimim dalam sikap kasih saling mengasihi,saling sayang


menyayangi dan berlemah lembut antara mereka, bagaikan satu tubuh, jika salah
satu anggota tubuhnya merasa sakit, maka anggota tubuh yang lain juga ikut
merasa sakit (8)

Terdapat juga dalam majlis berbuka puasa ini diselitkan dengan


penyerahan derma wang atau pakaian untuk berhari raya kepada anak - anak
yatim dan orang - orang miskin. Fadhilat dan hikmah puasa di bulan Ramadhan
ke arah meningkatkan aspek sosial di kalangan masyarakat Islam memang dapat
dinafikan di nafikan lagi. Bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini merupakan
lubuk pahala bagi orang orang yang bertqwa kepadaNya.

4.2 Aspek Ekonomi

Hikmat berpuasa di bulan Ramadhan juga dapat dilihat dalam aspek


ekonomi. Di bulan Ramadhan umat Islam menahan lapar dan dahaga selain
menahan diri daripada perkara - perkara yang membatalkan puasa yang lain.
Justeru itu beban perbelanjaan membeli makanan boleh dikurangkan kerana pada
bulan Ramadhan umat Islam hanya makan dan minum pada waktu berbuka dan
bersahur sahaja berbeza pada hari - hari biasa. Selain daripada itu , di bulan
Ramadhan banyak peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh umat Islam.
Terdapat di kalangan umat Islam yang hanya berniaga pada bulan ramadhan
sahaja. Ramai antara mereka yang berniaga kecil kecilan dengan membuka
bazaar Ramadhan. Banyak bazar Ramadhan didirikan bagaikan cendawan tumbuh

13
selepas hujan. Aktiviti perniagaan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf
ekonomi umat Islam.

Kegiatan ekonomi juga dapat dilihat dalam aktivtiti pembuatan pakaian


untuk di pakai pada hari raya Aidil Fitri. Ramai tukang jahit yang tidak menang
tangan menerima tempahan menjahit pakaian yang ditempah oleh para pelanggan.
Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meningkatkan pendapatan mereka dan
menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi isi rumah.

Zakat fitrah merupakan rukun Islam yang ke 3 yang perlu ditunaikan oleh
umat Islam. Zakat fitrah wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan atau sebelum
solat Hari Raya Aidil Fitri. Kegunaan zakat fitrah telah disebut dalam hadis Ibnu
Abbas yang diriwayatkan oleh Abu Daud , Ibnu Majah dan Al- Hakim yang
bermaksud Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang
yang berpuasa dari perbuatan sia sia dan perbuatan perbuatan keji dan
memberi makan kepada orang- orang miskin. Barang siapa yang membayar
sebelum solat Aidil Fitri adalah lebih afdal dan selepas solat Aidil Fitri dianggap
seperti sedekah sahaja. Fungsi zakat juga dapat membantu meningkatkan
ekonomi umat Islam serta dapat membantu orang orang yang meemerlukan
serta golongan yang layak mendapat zakat seperti yang telas digariskan oleh
Islam. .

5.0 Penutup

Selain daripada hikmah dari aspek sosial dan ekonomi, ibadat puasa di bulan
Ramadhan mempunyai banyak fadilat dan kelebihannya. Antara hikmahnya adalah dari
segi kesihatan tubuh badan individu yang berpuasa. Amalan berpuasa bagi umat Islam
berbeza daripada amalan berpuasa bagi kebanyakkan agama di dunia. Ibadat puasa yang
diamalkan oleh umat Islam sangat istimewa dan mempunyai beberapa syarat dan peraturan
yang mesti dipatuhi oleh umat Islam. Di samping itu bulan Ramadhan yang mana bulan
yang diwajibkan berpuasa mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri. Bagi mereka
yang melakukan kebaikkan di bulan Ramadhan akan dilipat gandakan pahala disisi Allah.

14
Ibadah puasa juga merupakan satu latihan menahan nafsu yang sangat efektif bagi umat
Islam. Berpuasa dapat mengukuhkan iman, menumbuhkan ketaqwaan kepada Allah yang
akan mampu menjaga diri daripada segala kemungkaran. Ramadhan dan ibadat puasa
menyimpan begitu banyak fadilat, kisah dan hikmah yang menjadi teladan dan panduan
kepada hidup manusia sepanjang zaman. Allah SWT telah menjanjikan syurga kepada
mereka yang berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Barang
siapa yang beriman dengan Allah dan rasulNya dan mendirikan solat dan berpuasa di
bulan Ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga
(HR Al Bukhari : 2637). Berdasarkan maksud hadis tersebut dapatlah disimpulkan bahawa
ibadat puasa mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT.

3150 Patah perkataan

BIBLIOGRAFI

1. Abu Ahmad Yaasin, Rahsia Keajaiban & Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban &
Ramadhan (2013), Kuala Lumpur. Pustaka Azhar

2. Hj. Nasaruddin Hj Salleh, Amalan - amalan di bulan Ramadhan (2009), Kuala


Lumpur. Pustaka Al Shafa

Sumber Internet

1. www.caraspot.com

2. www.hasnulhadiahmad.com

15
3. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7385-puasa-dalam-sejarah-umat-
lampau-dan-islam

4. http://az-esei-jan2010.blogspot.my/2010/03/puasa-puasa-sunat-yang-rasulullah-
saw.html

16

Anda mungkin juga menyukai