Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalahberpunca dari
individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibatdalam penyalahgunaan wang
biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidupmewah. Apabila tamak dan kehendak yang
tidak kesampaian menguasai diri,maka guru menjadi gelap mata dan bertindak
menggelapkan wang yang telahdiamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan
penghayatan nilai murni dankeimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak
menghayati nilaikejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan
syaitan.Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalammenguruskan
wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewamenguruskan wang yang dikutip dan
diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebutbiasanya lemah dalam menghayati kod etika
profesionnya yang menggariskanbatas batas tatacara pengurusan kejayanya.
Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihakpentadbir.
Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnyapemantauan yang dijalankan
oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusanwang di sekolah. Apabila kurangnya
pemantauan dan penguatkuasaan jugaadalah lemah, maka guru guru menjadi lebih berani
untuk menggelapkanwang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan
yangdiambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenaiprosedur
pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru gurumengambil kesempatan
menipu atau memalsukan butir butir perbelanjaanuntuk kepentingan diri.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepadapermasalahan yang lebih
besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedarihakikat ini, maka langkah yang sesuai dan
berkesan perlu diambil.Pertama,pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring)dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap
dengan carasentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada
berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar
hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahanyang dibangkitkan,
menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekapbagi mengelakkan
penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah,membuat penyelidikan yang rapi
terhadap guru-guru di bawah jagaan bagimemastikan mereka memahami undang - undang,
peraturan kewangan,pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke
semasasupaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali gurubesar
hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapatmempertingkatkan kualiti
pengurusan kewangan di sekolah.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendungmasalah ini
dengan cara memberi nasihat kepada rakan yangmenyalahgunakan wang supaya sedar akan
kesalahan yang telah dilakukandan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan
yang telahdilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.
Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah.Guru yang
terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabahdiri dan hidup mengikut
kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalammemilih kawan yang boleh menjadi teladan
dan mampu memberi nasihat agardapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan
ikhlas dan tekadmenolak rasuah dengan tegas.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegangteguh kepada
kod etika yang telah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etikakeguruan seperti isu
penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang disekolah perlu dibendung daripada terus
menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,
pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.