Anda di halaman 1dari 34

TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

(KPS 6014)

TUGASAN 2: SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

1 MURID 1 SUKAN (1M 1S)

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ZAINARIAH BINTI ABDUL GANI M20132001758 019-5103252

PENSYARAH : PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI

ISI KANDUNGAN
BIL ISI MUKA SURAT
1.
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

1.0 PERSPEKTIF SOSIOLOGI MERANGKUMI TEORI DAN KONSEP SOSIOLOGI

1.1 Perspektif sosiologi


Perspektif sosiologi merupakan disiplin sosiologi yang mempunyai perspektif yang tersendiri
tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial. Kebanyakan persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli
dalam sosiologi merangkumi teori, analisis, dan mentafsir data secara saintifik. Kebanyakan
hasil kajian ahli-ahli sosiologi adalah bersifat objektif. Secara umumnya bidang sosiologi

1
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

memberi tumpuan perspektif sosiologi pada tingkahlaku masyarakat. Sosiologi juga


merupakan satu disiplin sains kemasyarakatan. Tujuan utama sosiologi alah untuk
menyelidik, mengetahui, dan memahami struktur asas masyarakat, faktor-faktor yang
menyatukan dan melemahkan kumpulan, dan keadaan-keadaaan yang akan mengubah
kehidupan masyarakat.Isi kandungan sosiologi adalah luas dan kompleks, berbagai-bagai
pengetahuan diperolehi daripada penyelidikan teknologi.

Selain itu, dunia ini tidak terdiri daripada suatu realiti yang dilihat sama oleh semua
orang. Hal ini kerana setiap ppandangan atau pendapat seseorang adalah berbeza antara satu
sama lain. Sebagai contoh, sebuah negara yang maju, tetapi bebagai-bagai orang akan
melihatnya dan interpretasi yang berlainan tentang negara tersebut. Negara yang
mementingkan kemajuan teknologi akan melihat negara maju ini dari aspek kemajuan
teknologi yang canggih, negara yang mementingkan ekonomi akan melihat dari aspek
kekayaan hasil bahan mentah dan peluang keuntungan untuk bekerjasama dengan negara
maju ini, ada sesetengah negara lain pula melihat dari kestabilan politik negara maju ini
untuk menjalinkan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukan mereka.Setiap orang atau negara
akan memberi perspektif yang berbeza bagi negara yang sama.Akibatnya mereka ini akan
melihat pekara-pekara yang berlaina, tentang pekara yang sama. Dengan jalan pemikiran
yang sama sosiologi membawa perspektif tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku
sosial.

Perspektif sosiologi mengundang kita melihat persekitaran masyarakat yang biasa


kita lihat dengan kaca mata yang baru. Perspektif merupakan suatu kumpulan andaian
mahupun keyakinan tentang suatu hal , dengan perspektif orang akan memandang sesuatu
hal berdasarkan cara - cara tertentu . Perspektif membimbing setiap orang untuk menentukan
bahagian yang relevan dengan fenomena yang terpilih dari konsep - konsep tertentu untuk
dipandang secara rasional . Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa perspektif adalah
rangka kerja konseptual , sekumpulan andaian, nilai , gagasan yang mempengaruhi perspektif
manusia sehingga menghasilkan tindakan dalam suatu konteks situasi tertentu.

Selain itu, sosiologi akan menunjuk kita dunia-dunia orang kaya yang berkuasa,
dunia orang miskin yang lemah dan sebagainya. Oleh kerana orang-orang dalam contoh ini
mempunyai pengalaman yang berlainan , maka mereka ini mempunyai realiti sosial yang
berlainan. Maka dengan ini sosiologi mengizinkan kita mengakui dan menghormati sudut
pandangan yang berlainan jika dibandingkan dengan sudut pandangan kita sendiri. Disipilin

2
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

sosiologi adalah perspektif yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
Persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli sosiologi ialah berasaskan pada teori, analisis, dan
mentafsir data secara saintifik. Laporan daripada ahli-ahli sosiologi adalah tepat dan seboleh-
bolehnya mengelakkan berlakunya berat sebelah. Dengan kata lain, hasil kajian daripada ahli-
ahli sosiologi adalah bersifat objektif.

Melalui perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan
dalam hidup kita secara mendalam dan kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta
sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam
menentukan sesuatu tetapi masyarakat berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih
banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin selesa dan bijak kita mengendalikan
kehidupan. Hal ini kerana, sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih
berkesan. Secara umumnya, tumpuan perspektif sosiologi ialah pada tingkahlaku masyarakat,
memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ia meliputi dua bidang mikro(kecil) dan
makro (besar). Mikro sosiologi adalah bersifat kecil atau individu. Manakala makro sosiologi
iaitu masalah yang besar contohnya peperangan, pengangguran, kemiskinan dan lain-lain.
Namun begitu antara mikro dan makro wujud perkaitan antara satu sama lain.Misalnya,
masalah individu yang terlibat seperti penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan berlku
kecurian dimana masalah ini akan menimbulkan pemasalahan yang melibatkan orang ramai.
Hal ini bukan sahaja memberi kesan yang negatif pada individu berkenaan malah memberi
impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling. Oleh sebab bidang sosiologi dianggap besar
maka ia secara tidak lansung ada kaitan dengan masalah sains sosial yang lain seperti
ekonomi, sejarah, psikologi dan sebagainya.

Sosiologi juga merupakan ilmu pengetahuan tentang pergaulan hidup manusia antara
seorang dengan seorang, hubungan perseorangan dengan golongan dan hubungan golongan
dengan golongan. Selain itu, sosiologi berkaitan dengan interaksi sosial,budaya,
stratifikasi,birokrasi,populasi,peranan jantina, umur,ekologi, politik dan kuasa nilai norma
dan jenayah (Asas Sains Sosial dari perspektif sosiologi,1996). Sosiologi juga merupakan

3
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

mengkaji tentang masyarakat manusia dan tingkahlaku sosial, serta memberi tumpuan kepada
kumpulan-kumpulan,institusi dan badan sosial.

Antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal ialah Herbert Spencer (1920-1903)


konsep Survival of fittest mempercayai masyarakat berkisar mengikut Principal of Natural
laws, Emile Durkheim (1858-1917) teori yang menekankan kestabilan sosial, Auguste Comte
(1798- 1857) merupakan bapa sosiologi dan membahagikan teori kepada beberapa peringkat
iaitu peringkat keagamaan atau teologi,peringkat metafizik dan abstrak dan juga peringkat
saintifik atau positif , Ibdu Khaldun (1932-1406) yang meliputi perbandingan masyarakat
desa dan kampung, Karl Marx (1818-1883) Economic Determinism teori yang menekankan
konflik sosial dan perubahan konflik (Max Weber( 1864-1920) yang memperkenalkan
konsep birokrasi.

Konsep asas sosiologi terdiri daripada bangsa, Etnik, Kerakyatan dan


kewarganegaraan dan masyarakat. Manakala konsep umum sosiologi terdiri dari budaya,
Sosialisasi, Enkulturasi. Bangsa memberi takrifan perkongsian ideadari segi aspek genetik,
kaum, keturunan (klasifikasi biologi), menggambarkan satu populasi atau kumpulan individu
yang boleh dibezakan dengan kumpulan lain melalui sifat tertentu dan kepercayaan atau
persepsi mengenai asal usul keturunan. Sifat yang sering digunakan untuk klasifikasi bangsa
adalah seperti warna (kulit dan rambut) , Bentuk (muka, badan ), Tekstur (kulit dan rambut).
Melalui Etnik pula merujuk kepada kumpulan individu dari keturunan yang sama dan
mewarisi ciri-ciri tertentu. Etnik bermaksud perbezaan budaya yang diwarisi oleh setiap
kumpulan manusia. Kebudayaan ini kepada pertuturan,agama, makanan kebiasaan dan negara
asal. Dalam sesebuah negara yang mempunyai banyak etnik, misalnya Melayu, Cina dan
India dan lain-lain lagi. Walaupun manusia mempunyai warna kulit yang hampir sama
mungkin mempunyai cara kebudayaan yang berbeza-beza, iaitu hasil daripada yang
dipelajari atau persekitaran. Oleh hal demikian ia tidak dikaitkan dengan baka. Contohnya
orang Banjau mempunyai cara gaya hidup yang berbeza dngan orang melayu Brunei, orang
Cina Islam di negeri China berbeza kebudayaan dengan orang Cina di Malaysia. Sebagai
contoh orang Cina di Malaysia suka makan nasi tetapi orang Cina dinegeri Cina suka makan
mee.

Selain itu, konsep asas sosiologi kerakyatan berkaitan dengan hubungan antara
seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan negara, budaya
,kesetiaan merangkumi aspek perundangan terhadap individu yang mempunyai taraf

4
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

kewarganegaraan dan membolehkan individu tersebut mendapat perlindungan dari negara


tersebut di bawah rang undang-undang antarabangsa, sesebuah negara mempunyai hak untuk
menentukan dan memberi status kerakyatan kepada individu yang berada di negara tersebut
Hak dan kuasa negara memberi kerakyatan diperketatkan dengan adanya konvensi tiada
kerakyatan khusus (statelessness) dan juga pelbagai perundangan seperti konvensi kesatuan
Eropah bagi aspek kerakyatan.

Disamping itu, konsep sosiologi menerangkan kerakyatan diperolehi atau ditetapkan


oleh tempat di mana seseorang individu itu dilahirkan menggunakan prinsip (jus soli) atau
berdasarkan keturunan . Kerakyatan boleh diperolehi pada masa lain berdasarkan faktor lain
seperti perkahwinan, Pertukaran status kerakyatan melalui proses naturalisasi.
Kewarganegaraan di barat (seperti di UK) bermaksud kerakyatan warganegara UK berhak
mengundi atau bertanding dalam pilihanraya. Di tempat tertentu, warganegara tidak
mempunyai hak untuk mengundi kecuali telah mendapat taraf kerakyatan (di US).

Disamping itu konsep asas sosiologi masyarakat ialah kumpulan individu yang
berinteraksi dan mengambil bahagian yag sama dalam kebudayaan. Contohnya di negara
Malaysia terdiri daripada berbagai kaum yang mana mebentuk masyarakat yang kecil. Tiap-
tiap masyarakat mempunyai ciri-ciri tersendiri hasil dari perkembangan sejarah dan
persekitaran.I a termasuklah keperluan hidup iaitu dari segi pengeluaran makanan,sistem
kawalan sosial, mengekalkan budaya yang diwarisi, sistem nilai yang hampir sama. Struktur
sosial menjadi peraturan semua masyarakat manusia. Struktur sosial menjadi peraturan
semua masyarakat manusia. Struktur sosial ialah perhubungan-perhubungan yang
dirancangkan diantara komponen-komponen asas didalam sesuatu sistem sosial. Komponen
tersebut ialah status, peranan, kumpulan dan institusi.

1.2 KAITAN TEORI SOSIOLOGI DALAM KONSEP-KONSEP BERKAITAN

1.2.1 Perspektif sosiologi dalam teori fungsionalisme

Pandangan fungsionalis diperkenalkan oleh Durkheim, untuk membolehkan kita melihat apa
yang ada pada masyarakat beserta masalah sosialnya. Perkataan fungsionalisme berasal
daripada perkataan inggeris iaitu Funcition yang bermakna fungsi. Maka perspektif
fungsionalisme berhubung dengan fungsi. Perubahan sosial secara cepat seperti industrialisasi

5
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

atau revolusi politik dapat mengubah nilai dan norma yang ada serta juga struktur sosial pada
masyarakat, pada masa itu terjadinya ketidakadaan norma atau apa yang disebut dengan
anomie sebagai dari hasil perubahan sosial secara masif tersebut. Dari hal tersebut adanya
masalah sosial yang muncul diantara masyarakat, namun masalah sosial tersebut tidak dapat
diselesaikan dengan hanya mengubah perilaku dari individu tersebut tetapi juga harus
mengubah semua struktur dan juga nilai norma yang ada pada masyarakat.

Selain itu dapat dilihat teori Fungsionalisme dalam konsep sosiologi melihat
struktur pada pandangan makro, yang lebih fokus bagaimana masyarakat terbentuk dan juga
menjaga tindakan sosial yang ada. Masalah sosial tidak dilihat apakah baik atau buruk, tetapi
lebih kepada bagaimana masalah tersebut dapat mempengaruhi masyarkat dan juga
fungsinya. Mengikut perspektif teori fungsionalisme masyarakat akan sentiasa bergerak
kearah ekuilibrium atau keseimbangan.

Menurut Robert K. Merton melihat dan menilai masalah sosial tersebut


melalui fungsi nyata dan tidak nyata (Sharifah Alwiyah Alsagoff 1992) dimana fungsi nyata
ialah fungsi jelas dan sememangnya dirancang manakala fungsi tidak nyata adalah tidak
mudah dikenal atau tidak dirancangkan. Contohnya fungsi nyata sekolah ialah mengajar
kebolehan menulis,membaca dan mengira dan kemahiran lain yang diperlukan dalam
masyarakat. Namun begitu sekolah mempunyai fungsi tidak nyata contohnya ialah ketika
murid berada disekolah tidak digunakan dengan sempurna seperti mereka tidak berkeliaran
diluar kelas. Seorang ahli sosiologi yang menggunakan atau berpandukan perspektif
fungsionalisme perlu memikirkan akibat-akibat sesuatu yang dikaji samada memberi kesan
positif atau negatif terhadap pekara yang dikaji.

1.2.2 Perspektif sosiologi dalam teori konflik

Teori konflik bererti perselisihan faham atau pendapat dan salah faham tidak bermuafakat
tidak sepakat, tidak setuju dalam mencapai sesuatu tujuan tertentu, menyimpang dari
motivasi tertentu atau keberatan melakukan sesuatu. Konflik berlaku dalam semua aspek
hubungan sosial. Ia berbentuk secara hubungan antara individu dengan individu , hubungan
individu dengan kelompok, atau dengan kelompok dengan kelompok. Oleh itu, konflik sering

6
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

berlaku dalam berbagai-bagai bidang seperti dalam ekonomi, politik, agama, sosial,
psikologi, budaya dan lain-lain. Teori konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx
dan diikuti oleh Weber.Melalui teori konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial
Pada kebiasaannya sekiranya berlaku sesuatu konflik akan menyebabakan berlaku perdebatan
. konflik yang berlaku tidak dapat dielak untuk berlaku perubahan . Menurut Amir Hasan
Dawi, (2009) dalam sesuatu konflik akan terdapat satu pihak yang kalah dan satu pihak yang
menang.

Seperti halnya dengan perspektif fungsionalisme pandangan konflik juga melihat


masyarakat secara makro. Andaian perspektif konflik adalah berlainan dengan perspektif
fungsionalisme. Hal ini kerana perspektif teori konflik melihat masyarakat sentiasa berubah
dan konflik sentiasa ada. Konflik yang berlaku disini bukan lah satu keganasan tetapi konflik
ini merujuk kepada permusuhan, persaingan dan tidak bersetuju kepada sesuatu matlamat.
Konflik disini tidak berlaku kadangkala sahaja malahan merupakan satu proses terus menerus
dan merupakan hakikat kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Pekara
yang boleh dilihat pada masyarakat seperti kuasa, kemewahan pangkat dan sebagainya.

Namun begitu, perspektif konflik bukan menyatakan konflik sosial ini merosakkan
masyarakat,sebaliknya konflik membawa perubahan yang positif. Contohnya, melalui konflik
dapat menyatukan kumpulan-kumpulan dalam mencapai kepentingan bersama dan konflik
antara kumpulan yang bersaingan tentang sesuatu masalah sosial yang dihadapi akan
menyebabkan berlakunya perubahan yang memberi manfaat. Perubahan ini tidak akan
berlaku sekiranya tidak ada konflik.

1.2.3 PERSPEKTIF TEORI INTERAKSIONALISME

Perkataan interaksionisme berasal dari perkataan inggeris interaction yang bermakna


interaksi. Perspektif interaksionisme ini pada mulanya dipengaruhi oleh Max Weber yang
melihat kepentingan dalam memahami dunia sosial daripada sudut pandangan individu
yang bertindak dan berinteraksi dalam dunia sosial tersebut. Teori interaksionisme ini banyak
dipengaruhi oleh Geoge Herbert Mead yang merupakan pengkajian sosiologi bersifat mikro

7
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

diamana teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterprestasikan dn bertindak menurut


kemahuan masing-masing dalam masyarakat Amir Hasan Dawi, (2009). Perbezaan antara
perspektif interaksionalisme ini dengan perspektif fungsionalisme serta perspektif konflik
ialah perspektif ini tidak menumpukan perhatian kepada pekara-pakara yang berstruktur
besar seperti negara, ekonomi atau kelas sosial. Sebaliknya perspektif ini lebih
mementingkan interaksi sosial yang berlaku setiap hari didalam kehidupan manusia pada
setiap hari.

Selain itu, teori interaksionisme sering berjaga-jaga dan menjauhi penegasan terhadap
komponen-komponen masyarakat yang besar seperti peraturan sosial dan perubahan sosial.
Pada kebiasaannya, ahli sosiologi menggunakan perspektif ini dalam aspek yang kecil dalam
perbuatan seharian. Contohnya apakah proses-proses yang terlibat ketika membuat
keputusan didalam kumpulan dan sebagainya. Dalam teori ini Max Weber menegaskan
bahawa setiap individu perlu memahami dunia masyarakat dari sudut pandangan individu. Ia
juga dikenali sebagai Symbolic interactionisme dimana pada kebiasaanya, manusia
berinteraksi melalui symbol-simbol tertentu seperti menggunakan alat, lambing, bahasa, dan
sebagainya.

Namun begitu, dalam teori ini lebih mementingkan interaksi sosial yang melibatkan
kehidupan masyarakat itu sendiri. Contohnya, apabila bendera sesebuah negara berkibar
untuk acara tertentu maka peserta bagi negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya. Hal
ini, boleh diaplikasikan di negara kita Malaysia dimana apabila lagu Negaraku dimainkan
semua masyarakat dikehendaki memberi penghormatan dengan berdiri tegak. Dengan kata
lain teori ini tidak menumpukan pekara-pekara besar seperti melibatkan ekonomi negara atuu
negara. Contoh ciri-ciri teori ini ialah seperti menggunakan symbol seperti warna , lampu,
isyarat , gerak geri lambing dan sebagainya.

2.0 POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S) DAN KAITAN DENGAN
TEORI SOSIOLOGI

Secara umumnya, sosiologi bermaksud bagaimana mausia berinterraksi dan membentuk


kumpulan. Manakala pendidikan merupakan proses sosial bagaimana seseorang murid
mengembangkan sebagai seorang individu dan berhubung dengan kumpulan. Objektif

8
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

pendidikan ialah menyediakan individu untuk mengambil bahagian dalam masyarakat.


Pendidikan juga merupakan satu alat atau wadah menyebar dan mengekalkan budaya
kumpulan.

2.1 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI


FUNGSIONALISME

Teori fungsionalisme melihat masyarakat sebagai cabang tertentu yang memahami serta
berhubung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat tertentu. Antara pekara yang sering
berhubung tentang institusi agama, ekonomi, politik, sosial termasuk aspek pendidikan dan
sebagainya. Menurut Mohd Salleh Lebar, (2007) kebanyakan pendekatan fungsionalisme
yang memberi pandangan mengenai pendidikan dikaitkan dengan tokoh sosiologi terkenal
iaitu Emile Durkheim. Pandangan yang diberikan oleh Durkheim ialah pentingnya fungsi
integrasi disekolah dan nilai-nilai bersama. Hal ini selari dengan objektif polisi pendidikan 1
Murid 1 Sukan dimana memupuk perpaduan diantara kaum . Integrasi disini dapat di lihat
kerana Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu
bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus
menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi
mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup.

Selain itu, pendekatan fungsionalisme memberi pandangan bahawa fungsi utama


pendidikan ialah menghargai dan memberi perhatian perkembangan bakat seseorang murid
dimana apabila ia tamat daripada persekolahan memperolehi pekerjaan yang sesuai Mohd
Salleh Lebar, (2007). Hal ini secara tidak langsung dapat diaplikasikan dalam polisi
pendidikan 1 Murid 1 sukan dimana Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga
berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan
peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih
tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak
sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang
berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih
pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada
pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada
antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann
David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya

9
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada


antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi
dasar ini.

2.1.2 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI KONFLIK

Dalam sistem pendidikan teori ini, melihat pendidikan sebagai alat untuk membentuk susun
lapis masyarakat mengikut kehendak orang berkuasa atau mempunyai status yang lebih
tinggi. Collins (1971), telah mempertikaikan bahawa fungsi pendidikan dalam pendekatan ini
telah memberi keutamaan pengajaran kepada golongan atasan atau tertentu sahaja termasuk
diluar dan didalam bilik darjah. Hal ini dapat dikaitkan dengan dasar 1M 1S dimana semua
guru, ibu bapa dan murid perlu menerima polisi pendidikan ini sebagai arahan oleh pihak
yang lebih tinggi iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika mengikut teori ini terdapat tiga
pekara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.

Teori konflik dalam dasar 1 Murid 1 Sukan dapat dilihat apabila timbul konflik dalam
diri guru apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh
dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Selain itu, guru yang mengendalikan
kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu
mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya
guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan
ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat
pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti
kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak
memberangsangkan.

Manakala dari pihak pelajar pula halangan dan rintangan dilihat dari perspektif yang
berbeza kerana pada masa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan
kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka
tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim
Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan.
Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau
hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan
pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada

10
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya.
Oleh hal demikian, dapat diaplikasikan dalam teori konflik dimana konflik yang wujud dalam
dasar 1 Murid 1 Sukan ini tidak dapat dihindarkan untuk berubah dimana guru, ibu bapa
perlu menerima dasar 1 Murid 1Sukan ini walaupun berlaku perdebatan atau perselisihan
pendapat. Namun begitu, konflik disini bukan merosakkan masyarakat malah menyatukan
masyarakat contohnya, akan wujud kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa bagi
menjayakan perlaksanaan ini.

2.1.3 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI EVOLUSI

Teori evolusi atau teori ubah ansur, memegang pada andaian bahawa perubahan boleh
dijangkakan dalam bentuk linear yang kumulatif daripada satu tahap ke tahap yang lain
(dari tahap mudah kepada tahap yang kompleks). Menurut (Rozalli, 2005). Perubahan
secara evolusi berlaku secara beransur-ansur, tidak menyeluruh, bersifat menambah atau
mengubah sedikit sistem dan hanya aspek-aspek tertentu dalam masyarakat yang berubah).
Idea evolusi juga mempunyai unsur- unsur seperti kemajuan, pembangunan, pencapaian dan
setiap peringkat melambangkan tingkat yang lebih tinggi daripada tingkat terdahulu dalam
kehidupan manusia. Keadaan evolusi ini akan berterusan sehinggalah masyarakat dikatakan
mencapai kehidupan yang sangat hampir kepada kesempurnaan atau keunggulan.

Dalam perlaksanaan polisi atau dasar 1 Murid 1 Sukan teori evolusi dapat
dikaitkan dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. Dimana
dasar ini telah diperkenalkan disemua sekolah agar semua masyarakat dapat menerima
perubahan yang dilakukan secara beransur-ansur. Pihak kementerian tidak membuat
perubahan ni secara revolusi kerana mereka telah menggunakan beberapa pendekatan
strategi agar perlaksanaan ini dapat dilakukan dengan lebih efektif. Menurut Spencer orang
yang kuat akan memenangi perjuangan hidup dan menjadi bertambah maju. Manakala
golongan yang tidak dapat menyesuaikan diri akan terus lemah. Amir Hasan Dawi, (2009).
Melalui dasar ini pelajar, ibu bapa yang dapat menerima perubahan ini akan memberi pelbgai
kebaikan kepada mereka contohnya secara tidak langsung dapat menambah pelbagai
kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam diri dan dapat membina dan menjana modal insan yang
berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Begitu juga, dapat dilihat melalui dasar 1M 1S mempunyai kaitan dengan teori evolusi di
mana murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai kesihatan yang baik perlu mengikut dasar

11
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

1M1S diberi peluang untuk menjalankan aktiviti sukan. Berbeza dengan dahulu di mana murid-murid
berkeperluan khas tidak diambil berat dengan kekurangan yang terdapat pada diri mereka.

3.0 Analisis Kritikal polisi pendidikan 1 Murid 1 sukan (1M1S)

3.1 PENGENALAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat
dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari
aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan
negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan
sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak- kanak dididik untuk
menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh
digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu
melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai - nilai positif untuk perpaduan kaum di
kalangan para pelajar.

Selain itu, melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita
sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan
pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan
falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia
telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk
memartabatkan pendidikan. Hal ini dapat dilihat dalam salah satu polisi pendidikan di
Malaysia iaitu 1Murid 1 sukan (1M1S). Dasar 1M1S mendokong dasar sukan untuk semua,
yang mana dasar itu menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan
peringkat sukan. Dasar itu dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian
daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan.

Disamping itu Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras
dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan
hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan
Sukan untuk Kecemerlangan. Dasar ini tidak hanya memandang murid aliran normal sahaja
malahan dasar 1M1S memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk

12
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

melibatkan diri dalam sukan dimana setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan
menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Selain itu, Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran
Malaysia pada tahun 2011 telah banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini
memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid
1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah
iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini
dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan di sekolah. Oleh itu,
pelbagai manfaat dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan
seterusnya.

Disamping itu, aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting
dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di
bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain
yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap
murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1
Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Matlamat dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang
aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid
yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal
murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam
konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang
sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial
serta pembangunan ekonomi negara. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali apabila semua

13
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi
dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap pelajar berpeluang mencuba bakat masing-
masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri terabai dan disisihkan.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar
mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan
harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan
akademik.

3.2 MATLAMAT 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang
sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan
sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah
disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Selain itu matlamat
1M1S ialah membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan
dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup
sihat dan cergas.

3.3 KONSEP 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Konsep 1M1S dapat meningkatkan pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar
penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Penyertaan setiap
murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1
Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat
pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan
bersama. Konsep ini lebih diberi tumpuan kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif
agar setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Pada masa yang sama sacara
tidak lansung konsep ini dapat mencungkil bakat-bakat murid yang berpotensi. Selain itu,
konsep 1M1S dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari
kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

Melalui konsep 1M1S juga dapat memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di
kalangan murid sekolah dan warga sekolah. Di samping itu, konsep 1M1S dapat memberikan

14
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

akses kepada semua murid utuk mendapat faedah dari bersukan dan boleh menggunakan
konsep ini sebagai salah satu cara menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan
kurikulum kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk melengkapkan usaha membangunkan sukan
untuk kecemerlangan. Bakat dan potensi murid dikenalpasti, diasuh dan ditingkatkan.

3.4 OBJEKTIF 1 MURID 1SUKAN (1M1S)


Berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;-

1. Meningkatkan kecergasan jasmani


2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3. memupuk perpaduan di antara kaum
4. membentuk budaya sukan di kalangan murid
5. memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

3.5 PRINSIP-PRINSIP 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Dalam melaksanakan dasar 1M1S ini beberapa prinsip haruslah diambil kira atau
pertimbangan oleh pihak kementerian pelajaran dan juga sekolah. Antara prinsip-prinsip
1M1S ialah setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan perlu
dan diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Hal
ini kerana, dasar 1M1S ini telah diwajibkan oleh pihak kementerian pelajaran kepada murid
Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan. Manakala, di peringkat
sekolah menengah pihak kementerian telah mewajibkan dasar ini kepada pelajar Tingkatan 1
hingga Tingkatan 6. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3
digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil. 16/2010
bertarikh 1/12/2010). . Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan
menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Selain itu, prinsip yang seterusnya adalah, murid boleh menyertai lebih dari satu
sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan
oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan daripada pihak sekolah terlebih dahulu.
Prinsip yang ketiga dan perlu dipertimbangkan ialah, asas kepada 1M1S adalah merupakan

15
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah.
Manakala, segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama
bagi program 1M1S ini. Prinsip seterusnya adalah, mengutamakan penglibatan dan
penyertaan yang aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah supaya dapat membangkitkan semangat kesukanan antara pelajar.

Disamping itu, prinsip ini juga menyatakan bahawa keterlibatan penyertaan para
pelajar dalam sukan adalah merupakan asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani
dan emosi murid. Hal ini, akan membantu para pelajar dalam menumpukan perhatian
terhadap pembelajaran didalam kelas dan juga membantu pelajar menjadi lebih aktif dalam
pergaulan serta menyihatkan tubuh badan dan kecerdasan minda para pelajar. Selain itu, ibu
bapa dan agensi luar dan rakan sebaya juga turut memainkan peranan penting dalam
menjayakan dasar ini iaitu mereka digalakkan untuk menyumbangkan kepada pembangunan
sukan di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap aktiviti sukan
yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang
oleh pihak sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu
bapa dengan pihak sekolah.

Prinsip seterusnya, setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana yang mencukupi,
kemudahan dan peralatan sukan perlu mengoptimumkan sebaik mungkin penggunaannya
bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid dalam kegiatan sukan. Hal ini kerana,
apabila peralatan sukan yang tidak mencukupi akan membuatkan para pelajar untuk tidak
berminat dalam menglibatkan diri dalam sukan permainan. Sebagai contoh, ada sesetengah
sekolah tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti dalam permainan Badminton.
Terdapat sesetengah sekolah tidak mempunyai bilangan Raket yang mencukupi bagi
menampung bilangan pelajar . Hal ini secara langsung akan melemahkan semangat para
pelajar untuk bermain.

Prinsip yang terakhir adalah, pihak sekolah haruslah sentiasa mengutamakan


keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah mahupun diluar kawasan
sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi oleh pihak
sekolah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa kepada para pelajar. Hal ini
kerana keselamatan murid dalam sebarang aktiviti perlu diberi perhatian bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan tidak dingini seperti berlaku kecederaan sama ada sebelum, semasa,
atau selepas aktiviti 1M1S dijalankan. Persekitaran kawasan untuk melakukan aktiviti juga

16
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

perlu dititik- beratkan agar keselamatan murid lebih terjaga. Begitu juga, dengan keadaan
cuaca pihak sekolah perlu peka bagi memastikan aktiviti tidak dijalankan semasa cuaca
buruk seperti hujan, petir dan terlalu panas yng boleh menjejaskan kesihatan murid.

3.6 PENDEKATAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai


pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada.
Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan seperti berikut iaitu
segala aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan sukan dan permainan yang di bawah pengurusan sekolah. Oleh itu, sukan yang
ditawarkan dibawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan
fizikal.

Seterusnya adalah, aktiviti sukan di sekolah yang diadakan sepanjang tahun ialah
berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah
selalunya akan didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras
sukan di sekolah. Pendekatan seterusnya pula adalah, mengambil bahagian atau melibatkan
diri dalam pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah
dan MSSD/ MSSN/ MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti dalam
1M1S. Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah
seperti olahraga, merentas desa, marathon, bola sepak, hoki, bola jaring, bola keranjang,
ragbi, squash, sepak takraw, badminton, bola tampar, tenis, pingpong, kriket, softball,
baseball, golf, boling padang, tenping bowling, pentaque, memanah, menembak, renang, polo
air, diving, jimnastik artistic, jimrama dan sebagainya. Setiap permainan ini adalah
bergantung kepada kemudahan yang ada di sekolah tersebut untuk mewujudkannya.

3.7 STRATEGI PELAKSANAAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Di bawah Dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah pihak sekolah boleh mengunakan beberapa
strategi berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang telah sedia ada di
sekolah.Antara saranan strategi tersebut ialah yang pertama setiap sekolah harus
melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Kedua,
sekolah juga harus melaksanakan tinjaun untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru
dalam sukan yang dikendalikan tersebut.

17
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

Selain itu,semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar
sekolah dibawah Kelab Sukan dan Permainan haruslah dikenalpasti terlebih dahulu.
Tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh
murid harus dititikberatkan begitu juga dengan takwim tahunan program sukan sekolah.
Guru-guru juga harus merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan
Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang boleh di muat turun melalui laman
web KPM.

Disamping itu juga, penyediaan prasaran, kemudahan asas dan peralatan untuk
menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah
haruslah sesuai dan selamat. Penglibatan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam
melaksanakan program sukan sekolah haruslah di amik kira dan di pandang positif oleh pihak
sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru juga harus diberikan supaya
dapat meningkatkan prestasi murid dan guru serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat.
Strategi Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan terdapat lima kategori sekolah telah dikenal
pasti iaitu:

1. Sekolah Satu Sesi

2. Sekolah Dua Sesi


3. Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan
4. Sekolah Ramai Murid
5. Sekolah Kurang Murid
Berdasarkan kelima-lima kategori ini, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk
dilaksanakan (rujuk Jadual 6).Sekolah-sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan
atau mengubah suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan
sekolah. Sekolah juga boleh merancang kaedah lain sekiranya difikirkan sesuai.

18
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

3.8 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S)

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan 1M 1S di antaranya


ialah:

3.8.1 SUMBER
a) Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
Bagi melaksanakana dasar ini pihak KementerianPelajaran Malaysia telah mengeluarkan
sebuah buku panduan kepada guru-guru di sekolah bagi melakasanakan dasar tersebut.

19
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

Buku panduan ini bukan sahaja sebagai panduan atau rujukan guru-guru di sekolah malah
ia juga menjadi rujukan ibu bapa dan murid yang mana masih tidak memahami dasar
yang telah diketengahkan oleh kerajaan. Oleh itu, buku panduan yang dikeluarkan telah di
muat naik (upload) ke dalam internet supaya semua pihak dapat penjelasan yang teperinci
mengenai dasar Pendidikan 1M 1S. Hasil usaha ini mnyebabkan semua peringkat
masyarakat boleh memuat turun ( (download) seterusnya memhami dasar tersebut.
Dengan cara tersebut, semua peringkat akan memahami Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
membolehkan kejayaan dasar yang diketengahkan boleh dicapai.

b) Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah


Selain buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia di bawah unit sukan turut menyediakan buku panduan Olahraga di sekolah dan
diedarkan keseluruh sekolah yang terdapat di Malaysia. Tujuan buku panduan ini
diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan kan
Dasar 1 Murid 1 Sukan walaupun di sekolah tersebut tidak terdapat kemudahan sukan
yang lengkap. Justeru itu, sukan olahraga yang tidak memerlukan peralatan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Dengan adanya sukan olahraga membolehkan semua
pelajar terlibat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu juga, buku panduan ini
membolehkan para guru menganjurkan kejohanan olahraga mengikut peraturan sebenar
atau standart yang telah ditetapkan oleh Persatuan Olahraga Kebangsaan.

c) Manual Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan


Dengan adanya manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan akan membolehkan
dasar yang diwujudkan menampakkan kejayaan. Manual latihan sukan ini menyediakan
10 jenis modul iaitu manual latihan Sepak Takraw Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah, Ping Pong Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Olahraga Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah, Hoki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola
Tampar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Sepak Sekolah dan Sekolah
Menengah, Bola Keranjang Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Jaring
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Baling Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah, Badminton Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan 1 modul bagi murid
keperluan khas. Manual diwujudkan supaya membantu guru-guru sukan supaya dapat
membimbing murid-murid dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Bagi melaksanakan

20
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

dasar ini secapat mungkin,guru-guru sukan boleh mendapatkan semua modul-modul yang
dikeluarkan oleh kementerian melalui laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.8.2 TENAGA PENGAJAR

a) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan


Dalam menjayakan dasar ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian untuk
memastikan 1 Murid 1 Sukan ini dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya di mana
pihak kementerian telah melantik 6 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan
di seluruh Malaysia bagi melatih guru pelatih sama ada bagi Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Dengan latihan secukupnya diberikan kepada guru pelatih ketika di institut berkenaan
membolehkan tenaga pengajar yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah nanti akan
lebih mantap dari segi penguasan teori mahupun teknikal.

b) Latihan Dalam Perkhidmatan


Selain itu, kejayaan dasar 1 Murid 1 Sukan juga turut boleh dicapai dengan tenaga
pengajar yang mencukupi. Oleh itu, kementerian juga turut melatih guru-guru sebagai
jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Kursus ini diadakan
ketika waktu cuti hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah. Ia bertujuan
memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang sedia ada di sekolah.
Usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengn Kementerian Pelajaran
Tinggi juga dilaksanakan bagi melatih guru-guru yang sedang berkhidmat bagi
mendapat latihan sukan di institut pengajian awam. Dengan itu, pengetahuan dan
kemahiran guru-guru tersebut akan bertamabah denagn lebih lagi. Seterusnya,
kementerian juga bercadang supaya jawatan jurulatih sukan diwujudkan sebagai satu
kerjaya baru di sekolah. Ini merupakan satu langkah kementerian supaya dengan
wujudnya jawatan jurulatih sukan di sekolah akan dapat membimbing guru-guru yang
ada dari segi pengetahuan dan pelaksanaan sebarang aktiviti sukan yang hendak
dilaksanakan.

3.8.3 INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU.


a. Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan

Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan adalah bertujuan untuk menghasilkan
maklumbalas secara langsung yang menjadi input kepada usaha penambahbaikan

21
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

aktiviti yang dijalankan serta bagi meningkatkan penglibatan dan pencapaian murid.
Penilaian markah bagi aktiviti sukan adalah berasaskan kepada kehadiran serta
penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktviti di bawah Program Sukan Sekolah.
Selain itu, tumpuan juga diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti
Kelab Sukan atau Permainan. Penilaian aktiviti sukan juga akan dijalankan secara
berperingkat.

Aspekaspek penilaian adalah seperti berikut :

ASPEK PENILAIAN PERATUS


MARKAH
Kehadiran 50
Jawatan Disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
JUMLAH 100

Pengenalan kepada sistem merit dikalangan pelajar, misalnya setiap kali pelajar
mengikuti aktiviti sukan akan diberikan merit. Pada akhir tahun, pelajar yang
mempunyai merit tertinggi akan menerima anugerah. Hal ini sekaligus dapat
merangsang minat murid untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Anugerah juga
akan diberikan kepada murid yang cemerlang dalam pencapaian sukan mereka
sebagai tanda penghargaan dan memberi semangat kepada pelajar lain untuk
menceburkan diri dalam aktiviti sukan.

b) Penilaian untuk guru

Penilaian untuk guru khususnya guru sukan juga dijalankan yang mana setiap guru
yang terlibat dalam menguruskan sesuatu aktiviti sukan sama ada di peringkat
sekolah, daerah, negeri mahupun ke peringkat kebangsaan akan diberikan insentif
atau anugerah sebagai penghargaan atas usaha dan khidmat mereka. Dengan cara ini,
guru akan rasa lebih dihargai dan bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.

22
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

3.8.4 JARINGAN KERJASAMA

Antara faktor lain yang menjadi faktor kepada kejayaan 1 murid 1 sukan ini
ialah dengan adanya jaringan kerjasama daripada pelbagai kementerian seperti
Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara, Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan.
Dengan adanya jaringan kerjasama ini, segala kemudahan dan peruntukan untuk
menjayakan sesuatu aktiviti sukan akan mudah dilaksanakan.
Misalnya, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung pada
2 julai 2011 di seluruh negara yang berjaya mencipta rekod Malaysia Book of
Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada
9,980 buah sekolah adalah hasil daripada jaringan kerjasama Kementerian Belia dan
Sukan & Majlis Sukan Negara serta beberapa lagi kementerian lain.

3.8.5 PERUBAHAN MINDA

Dalam melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi juga
di dalam kegiatan kokurikulum, perubahan minda bukan sahaja di kalangan murid
malah ibu bapa dan guru juga perlu dilakukan dimana guru dan ibu bapa khususnya
perlu menyedari bahawa kegiatan kokurikulum sangat penting di dalam
mencergaskan minda pelajar selain melahirkan murid yang sihat dan bertenaga untuk
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, badan yang sihat akan
membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka di dalam kelas.
Justeru itu, guru dan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada aspek kokurikulum
dan bukannya kurikulum semata-mata.

Dalam pada itu, bagi memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah
mewakili pihak kementerian perlu memberikan taklimat awal mengenai Dasar 1
Murid 1 Sukan ini di mana di dalam taklimat ini, pihak sekolah perlu menjelaskan
mengenai objektif pelaksanaan dasar ini kepada murid, guru dan juga ibu bapa bagi
mengelakkan salah faham timbul di kalangan mereka. Selain itu juga, pihak sekolah
juga perlu memberi penerangan mengenai misi dan tujuan pelaksanaaan dasar
tersebut. Ini akan membolehkan penyebaran maklumat mengenai dasar yang

23
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

dijalankan ini dilakukan secara menyeluruh dengan adanya taklimat sebegini.


Taklimat ini boleh diadakan sewaktu mesyuarat tahunan yang dijalankan disekolah
pada setiap tahun sebagai contoh.

Selain daripada itu juga, penstrukturan semula Bahagian Sukan, Seni dan
Kokurikulum perlu dibuat untuk membolehkan sistem pengurusan sukan di sekolah
boleh dilakukan secara sistematik dan tersusun. Hal ini kerana, dengan adanya
organisasi yang terancang akan membolehkan aktiviti sukan dapat di susun dengan
terancang dan juga sistematik. Selain daripada itu juga, penghebahan atau
pemberitahuan mengenai surat siaran pekeliling pakaian sukan sekolah perlu
disebarkan kepada semua guru di sekolah dan ibu bapa bagi memberikan kebenaran
untuk membolehkan murid memakai baju sukan sewaktu berada di sekolah dan
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.8.6 KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN

Untuk menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan, kerajaan perlu menaiktarafkan kemudahan


dan prasarana sukan di Malaysia. Hal ini kerana, kemudahan dan prasarana sukan
seperti padang, peralatan bersukan dan sebagainya perlu berada di dalam keadaan
yang baik dan teratur bagi membolehkan murid menggunakan peralatan dan padang
tersebut untuk melakukan aktiviti sukan. Pada masa kini, kebanyakan sekolah tidak
mempunyai padang yang baik dan ada sesetengah sekolah mempunyai padang yang
kecil khususnya di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah sebegini
terpaksa bergantung dengan padang atau stadium yang terletak di luar kawasan
sekolah bagi menjayakan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan dan sebagainya.

Selain itu juga, sekolah turut menghadapi masalah dengan peralatan


permainan yang tidak bersesuaian dan ada juga yang tidak berada di dalam keadaan
yang sempurna. Keadaan ini akan menjejaskan kegiatan sukan di kalangan murid
disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat dan peralatan untuk melaksanakan
aktiviti sukan tersebut. Lantaran daripada itu, sekolah terpaksa memohon peruntukan
daripada pihak kementerian untuk membina padang dan menyediakan peralatan untuk
bersukan di sekolah mereka. Dalam keadaan ini, kerajaan boleh membantu
menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan tersebut dengan memberikan tambahan
peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina padang
permainan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang permainan ataupun

24
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

memiliki saiz padang yang kecil dan juga menyediakan jumlah peralatan permainan
yang mencukupi kepada murid sekolah agar pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

4.0 KELEBIHAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN (1 M 1 S)

Melalui polisi pendidikan 1 Murid 1 Sukan ini terdapat pelbagai kelebihan dapat diperolehi
di antaranya pengisian masa lapang oleh murid dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini
demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan
diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif.
Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau pemainan seperti bola
sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang
dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan
mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat
mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat seperti merempit, melepak di pusat-
pusat hiburan dan sebagainya.

Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan


kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam
aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka
sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid-
murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan
cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas
serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah dapat dipupuk agar
menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat
otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan
memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini secara tidak langsung
dapat mengatasi masalah pelbagai penyakit masyarakat Malaysia diperingkat awal lagi. Hal
ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang
mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian.
Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kesihatan seperti kegemukan
dan obesiti semakin. Pekara ini dapat diperkukuhkan lagi dimana pada tahun 2011,

25
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan
rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan
memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha
membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Oleh hal
demikian bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam
aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk
melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu,
perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada
melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Contohnya murid keperluan
khas juga di beri peluang untuk menyertai program ini bagi yang tidak mengalami masalah
kesihatan. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan semua murid dalam
aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat menggalakkan
penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati
oleh mereka. Melalui langkah ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada
murid terutama murid luar bandar untuk bermain pelbagai jenis permainan yang mereka tidak
ketahui.

Program 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) juga dapat memupuk integrasi kaum dikalangan
pelajar. Melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dapat ditunjukkan dengan
perlaksanaan program ini disekolah dimana dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau
permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan ketika melibatkan
diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang
untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-
lain dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi
dengan lebih erat bersama rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai
kaum.Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat
kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini. Hal ini selaras dengan saranan kerajaan yang
berkonsepkan 1 Malaysia dimana Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga
dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain
di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk
selama 57 tahun kebelakangan ini.

26
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan ini dalaksanakan merupakan langkah kerajaan dimana pihak
kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina
sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah
melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan
sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa
mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan
bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami
budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan
amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Disamping itu, melalui dasar 1 Murid 1 Sukan dapat membolehkan guru-guru


mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan. Melalui sukan yang disertai
oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu
boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling,
olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan
berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar
ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati
oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang boleh memberi
keuntungan kepada negara . Hal ini kerana bakat yang ada pada seseorang pelajar dapat
dicungkil di peringkat awal lagi.

Antara kebaikan yang lain ialah Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat memberikan
keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal pelajar .Dasar ini boleh
memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini
lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam
bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka
sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi
memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Selain
itu mereka juga lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui
laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk

27
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

bersukan. Hal ini secara tidak lansung dapat mengatasi masalah interaksi antara rakan dan
guru .

5.0 KELEMAHAN POLISI 1 MURID 1SUKAN (1M 1S)

Dasar satu murid satu sukan yang dilancarkan oleh kerajaan memberikan banyak
maklumbalas yang positif mahupun negatif . Masyarakat Malaysia berpendapat penglibatan
murid secara aktif terutamanya dalam bidang sukan ini akan memberi kesan yang negatif ke
atas prestasi akademik mereka. Hal ini kerana, segelintir masyarakat berpendapat bahawa
pelajar yang aktif bersukan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji
pelajaran. Prestasi akademik yang merosot sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang
diceburinya. Kegagalan dalam bidang pelajaran berbanding dengan murid lain kerana murid
tersebut sering menghabiskan masa untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti
aktiviti rekreasi. Rugutan dan pandangan sebegini seringkali kedengaran terutamanya dari
pihak ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.

Selain itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan mendapati pencapaian
akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar yang
tidak aktif bersukan walaupun tahap kecerdasan adalah sama. Mengikut beberapa kajian yang
telah dilakukan mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah menghargai aktiviti
kokurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Ini menunjukkan dasar satu murid satu sukan
akan lebih berjaya jika dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah menengah. Kajian
juga menunjukkan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan
mendatangkan implikasi yang negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Terdapat
beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana
pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh pensyarah atau guru, kaedah
pengajaran dan pembelajaran.

Program satu murid satu sukan juga mempunyai kelemahan kerana ia tidak relevan
kepada guru. Ia adalah dasar khusus untuk murid sekolah. Dasar 1M1S merupakan satu usaha
menggerakkan generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil
memperoleh ilmu pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan
perlaksanaan dasar 1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ia tidak relevan kepada
individu guru itu. Buat sementara waktu, guru bukan berlatar belakangkan sukan (bukan guru
opsyen PJK atau Sains Sukan) terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan
garis panduan yang ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru.Guru PJK

28
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

dan guru Sains Sukan tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian. Hal ini menyebabkan
guru tersebut akan timbul rasa konflik dalam diri kerana meneroka sesuatu yang baru untuk
menyampaikan maklumat kepada murid kerana guru juga tidak mahir dalam bidang tersebut.

Disamping itu, dilihat dari satu faktor bagi murid beragama islam terpaksa
meninggalkan sesi persekolahan sekolah agama sebelah petang bagi mengikuti program satu
murid satu sukan di sekolah. Kehadiran untuk 1murid 1sukan menyebabkan murid gagal
untuk menghadiri kelas tambahan berbayar. Ibu bapa juga kurang faham mengenai konsep
1murid 1sukan dan kurang memberi kerjasama dalam memastikan kehadiran murid untuk
aktiviti sukan. Ibu bapa yang tidak menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat
tempoh panjang bagi sesi latihan rumah sukan. Hal ini menyebabkan perlaksanaan program 1
Murid 1 Sukan kurang mendapat sambutan apabila dilakukan pada sebelah petang.

Justeru, kelemahan dasar ini juga wujud dalam kalangan pelajar dan guru sekolah itu
sendiri. Ramai pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum ini tidak penting dan banyak
membuang masa. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi
dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna. Contohnya, terdapat aktiviti
pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sesemangnya kurang
berpengalaman tanpa pemantauan dari guru yang terlibat. Kesannya pelajar tidak berminat
untuk melibatkan diri dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka menganggap
pelajaran adalah lebih penting berbanding sukan, kerana kecemerlangan akademik menjamin
masa depan yang cerah.

Dasar ini memberikan impak yang boleh mengganggu keseluruhan jadual dan
perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak perkara lain. Jika dahulu perancangan
sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari awal tahun dan akan berakhir sekitar
bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa adalah dari awal tahun hingga bulan
Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak dapat disusun dengan teratur dan
semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan panjang bagi menghadapi acara
berkenaan. Murid dan guru terpaksa pulang lewat ke rumah untuk perlaksanaan dasar ini. Hal
ini secara tidak lansgung akan menimbulkan rasa kebosanan kepada diri murid dan tidak
berminat serta ponteng ketika program 1 Murid 1 Sukan dijalankan.

29
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

6.0 CADANGAN DASAR POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN


Melalui perlaksanaan dasar polisi pendidikan satu murid satu sukan(1M1S) saya berpendapat
seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa
dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar.
Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kegiatan sukan serta mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang
dijalankan di sekolah harus dititik beratkan. Pihak kementerian harus menyediakan guru-guru
yang betul-betul terlatih atau guru yang mempunyai opsyen Pendidikan Jasmani atau Sains
Sukan ini kerana disesetengah sekolah guru yang mengajar untuk mata pelajaran pendidikan
jasmani dan kesihatan bukanlah guru- guru dalam bidang berkenaan. Guru yang dipilih
mungkin dari opsyen bahasa melayu, sejarah, bahasaInggeris dan lain-lain. Sekiranya guru ini
yang dipilih untuk mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan sebagai contoh
permainan bola sepak guru tersebut akan memberi sebiji bola kepada murid tanpa
menggunakan kaedah atau teknik yang sebenar dalam permainan bola sepak sehingga murid-
murid ini hanya bermain hingga habis waktu.
Namun begitu, sekiranya dasar 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah guru yang opsyen
berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan guru tersebut akan dapat
mengajar dan mengaplikasikan teknik-teknik serta cara-cara bermain Bola Sepak dengan
betul. Contohnya, langkah-langkah pemanasan badan sebelum bermain bagi mengelakkan
dari berlaku kecederaan semasa aktiviti permainan dijalankan. Guru tesebut juga dapat
mengajar peraturan-peraturan bermain bola sepak dengan betul seperti off side dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung guru tersebut dapat mendidik murid-murid cara
bermain bola dengan betul. Dalam masa yang sama guru tersebut dapat mencari dan
mengilap bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti
Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD),Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan
Sekola Malaysia (MSSM) dan sebagainya. Peribahasa ada mengatakan tuah ayam nampak di
kaki tuah manusia siapa yang tahu. Tidak mustahil dengan pendidikan yang betul serta usaha
yang gigih murid-murid berkenaan dapat mewakili Negara satu hari nanti dan dapat
menjulang nama Negara ke peringkat antara bangsa dan menjadi ahli sukan yang disegani.

30
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

Sebagai mana yang diketahui Polisi pendidikan satu murid satu sukan(1M1S) menitik
beratkan aspek permainan seperti badminton,hoki,bola sepak,tenis, kriket dan sebagainya.
Terdapat permasalahan disini dimana pihak Kementerian Pendidikan tidak menyediakan
kemudahan,prasarana serta peralatan yang mencukupi. Hal ini akan menyebabkan akan
menjejaskan matlamat dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke
arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sebagai contoh dalam permainan badminton, peralatan yang disediakan oleh


Kementerian Pendidikan kepada pihak sekolah seperti raket tidak mencukupi untuk
menampung murid yang ramai. Murid-murid terpaksa menunggu mengikut giliran untuk
bermain. Hal ini secara tidak langsung dapat melemahkan semangat murid untuk bermain di
mana pada mulanya bersemangat untuk bermain. Bagi murid yang pasif adakalanya tidak
bermain langsung ini kerana tidak mahu merebut untuk mendapatkan raket dan hanya sekadar
sebagai pemerhati sahaja. Pihak Kementerian harus memandang pekara ini penting bagi
menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan dan membuat penambah baikkan.Semua pihak haruslah
berusaha dan berkerjasama bagi menjayakan dasar ini.

7.0 KESIMPULAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan
sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi
untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan
mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu
aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia, secara tidak
langsung akan menjulang naik nama MALAYSIA ke persada dunia sukan.

Selain itu, Signifikan yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik
menyediakan pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini amat
tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan berlalu. Oleh
itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh hilang berganti maka yang
pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang terancang seperti ini persediaan awal dapat
digemblengkan dalam usaha melahirkan atlit muda yang lebih kompeten. Dengan yang
demikian, negara tidak ketandusan wira-wira sukan. Para wira dan wirawati ini akan
meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

31
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal mengangkat martabat


negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi
sukan dunia.

Disamping itu, melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini juga dapat membawa kebaikan
kepada semua pelajar kerana semua pelajar dapat menyertai dalam anjuran sukan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelaksaan dasar 1M1S juga bukan sahaja dapat mengilapkan
bakat murid malah dapat juga memupuk modal insan dalam diri pelajar serta membantu
membantu mereka dalam bersosial atau berkawan. Dasar ini juga turut akan menyumbangkan
kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat kefahaman, toleransi dan
meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam
mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta
memupuk semangat akan cintakan negara.

32
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

RUJUKAN

Abdul Alim abdul Rahim. 1994. Pengurusan Kokum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Amir Hasan Dawi, (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum
Books.

Amir Hasan Dawi, (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books.

Bahagian Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. 2011. Buku Panduan


Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Perpustakaan Negara Malaysia .

Capaian internet http://www.slideshare.net/SyuqAhmad/presentation-dasar-1-murid-1-sukan-


1m1s. Dimuat turun pada 1 Mei 2014. 9.45 AM.

Capaian internet http://www.scribd.com/doc/67421484/Power-Point-Pelaksanaan-Dasar-


Satu-Murid-Satu-Sukan-1m1s-1. Dimuat turun pada 3 Mei 10.45 PM

Capaian internet http://eprints.utm.my/7912/1/EDUPRES_(F3)_3.pdf. Dimuat turun pada 21


April
2014. 10.25 PM
Capaian internet http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=150&keyword=&. Dimuat
turun pada 8 Mei . 10.30 PM
Capaian internet http://www.slideshare.net/zubidahnaim/sosiologi20-pendidikan1.Dimuat
turun pada 24 April 2014. 1.08 PM.
Capaian internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-
1sekolah.html . Dimuat turun pada 10 Mei 2014. 8.30PM.
Fatimah Daud, (1992). Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff, (1990). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Lim Yen Yen. Jun 1991. Remaja Mengabaikan Sukan dalam Dewan Siswa.

33

Anda mungkin juga menyukai