Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI

Jalan Badlishah,
08000 Sungai Petani,
Kedah

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
PROGRAMS CODE & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK


UNIT KOMPETENSI /
EE-320-2:2012 - C02 SINGLE PHASE WIRING
COMPETENCY UNIT
NO. AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND


PROCEDURES
2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT
AND MATERIALS
NO. DAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
PENYATAAN 4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM
AKTIVITI KERJA / INSTALLATION
WORK ACTIVITIES
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD
NO. AND
(DB)(METALLIC OR INSULATED) INSTALLATION
STATEMENT
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

NO. KOD/CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P (2/53) Muka Surat / Page : 1


Drp / of : 11

TAJUK/ TITLE : PENGENALAN KEPADA PENGALIR DAN KABEL

TUJUAN/PURPOSE: Memberi pendekatan mengenai kabel dan pengalir yang perlu


diketahui dan difahami bagi memudahkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

PENERANGAN/ INFORMATION:

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis-jenis kabel
samada kabel boleh lentur atau tidak, bahagian dalaman kabel iaitu pengalir, penebat
dan perlindungan mekanik dan seterusnya faktor pemilihan kabel.

1.0 Jenis-Jenis Kabel

a) Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnya 10mm 2 atau
kurang, maka pengalirnya hendaklah daripada kuprum.

b) Kadaran voltan bagi setiap kabel mestilah tidak kurang daripada voltan
nominal (bekalan) atau voltan yang ditetapkan.

c) Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus
maksima yang mengalir dalam kabel.

d) Susutan voltan bagi setiap kabel mestilah tidak melebihi 4% daripada


voltan nominal atau bekalan ketika arus beban penuh

e) Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari satu litar akhir
mestilah sama dari segi jenisnya , luas keratan rentas dan kedudukan
pendawaian

1.1 Kabel Bukan Boleh Lentur

a) Warna campuran hijau dan kuning hanya dikhaskan untuk pengenalan


bagi pengalir perlindungan litar sahaja dan bukan untuk sebarang
kegunaan yang lain.

b) Setiap kabel teras tunggal, 2 teras atau teras berbilang yang


digunakan sebagai pendawaian tetap mestilah dibuat pengenalan pada
keseluruhan kabel.

c) Kabel penebat getah atau pvk.


Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

i. Dengan menggunakan pengenalan warna kabel seperti


jadual 51A IEE Edisi ke 16 atau ;

ii. Dengan menggunakan pita pelekat, sarung atau cecincin.

Pengenalan bagi kord dan kabel mudah lentur-pengenalan keseluruhan kabel


mengikut jadual 51B IEE edisi ke 16.

JADUAL 51A

Pengenalan warna teras kabel tak boleh lentur dan konduktor dedah untuk
pendawaian tetap. Bagi kabel bertebatkan p.v.c berperisai dan kabel
bertebatkan kertas, lihat Peraturan IEE 514-06-01 (ii) dan (iii).

Fungsi Pengenalan warna

a) Konduktor pelindung (termasuk pembumian) a) Hijau dan kuning


b) Fasa litar fasa tunggal a.u b) Merah ( atau kuning
atau biru *)
c) Neutral litar fasa tunggal atau tiga fasa c) Hitam
d) Fasa R litar a.u tiga fasa d) Merah
e) Fasa Y litar a.u tiga fasa e) Kuning
f) Fasa B litar a.u tiga fasa f) Biru
g) Positif a.t. litar dua dawai g) Merah
h) Negatif a.t. litar dua dawai h) Hitam
i) Luar (positif dan negatif) a.t. litar 2 dawai i) Merah
diterbitkan daripada sistem 3 dawai
j) Positif litar a.t. 3 dawai j) Merah
k) Dawai tengah litar a.t. 3 dawai k) Hitam
l) Negatif litar a.t. 3 dawai l) Biru
m) Bumi fungsional - Telekomunikasi m) Krim ( lihat BS 6701
Bahagian 1 )
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

1.1.1 Kabel Polivinal Klorida (PVC)

a) Polivinal Klorida ialah suatu bahan gentian getah dan tidak lut air serta
tidak mudah ditembusi oleh tindak balas kimia tepi bahan ini akan retak
jika terkena minyak.
b) Kabel yang bertebat PVK boleh digunakan pada suhu yang tidak
melebihi 65 0C. Kadar suhu maksimum ini adalah jumlah campuran
suhu kabel dan suhu ambient semasa membawa arus pada beban
penuh.
c) Bagi kegunaan pemasangan pendawaian, julatan kabel ini adalah
600/1000V dan bagi kegunaan pendawaian bekalan tenaga elektrik,
julatnya adalah 1900/3300 V.

Rajah 1 : Kabel PVC


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

1.1.2 Penebat Bahan Galian (Kabel MICC : Mineral Insulated Copper


Covered)

a) Penebat ini berupa serbuk magnesium oksida.

b) Ketahanan penebat ini adalah tinggi sehingga 150 0C atau lebih


mengikut keperluan dan tidak dipengaruhi oleh perubahan suhu sejuk
dan panas teteapi keupayaan penebatannya akan hilang apabila
sarung (kabel) itu pecah.

c) Ujian penebatan perlu dijalankan sebelum dan selepas bagi menguji


ketahanan penebatnya.

d) Terdapat dua kelas bagi kabel ini iaitu 600/600 V untuk tugas ringan
dan 1000/1000 V bagi tugas yang berat.

e) Takat lebur kabel


i. Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat
lebur 1038 C.
ii. Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur
pada 2800 C.
iii. Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik ( electrolytic copper)
takat lebur 1083 C

f) British Standard bagi kabel ini ialah BS 6207.


g) Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu:
i. LIGHT DUTY L 500V digunakan untuk kuasa rendah.
ii. HEAVY DUTY H 750V digunakan untuk kuasa tinggi.

h) Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras.

i) Kabel ini digunakan untuk pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau
tempat mudah terbakar seperti rumah dandang (boiler house) untuk
sistem pencegah kebakaran dan lain-lain.

j) Penamatan kabel ini menguna kabel gland.


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

Rajah 1 : Kabel MICC

k) Ciri-ciri dan keistimewaan kabel ini.

i. Tahan api-ketahanan telah diuji dalam ujian IEC 331 dan


diiktiraf sebagai FIRE RESISTANT
ii. Kalis cecair dan gas- sarung logam luar yang bersambungan
tanpa pateri menjadi kabel yang tidak dapat ditembusi oleh
sebarang cecair dan gas.
iii. Garispusat kecil dan kemampuan tinggi (hight capacity).
iv. Mudah dilentur (flexibility).
v. Tahan kakisan.
vi. Kos pemasangan yang kompetitif.
vii. Kalis letupan.
viii. Operasi pada suhu tinggi.
ix. Ketahanan atau rintangan.
x. Sistem pembumian.
xi. Sistem nuklear (nuklear radiators).
xii. Ketahanan operasinya tanpa penyelenggaraan.

1.1.3 XLPE

a) XLPE (Cross-linked polyethylene) ialah kabel yang lebih baik


berbanding PVC dan diguna pada Voltan Tinggi dan Voltan Rendah
(Medium Voltage).

b) Bersifat kehilangan daya dielektrik rendah, tidak mudah bertukar


bentuk oleh geseran,tidak mudah cair jika terkena pelarut, suhu
operasinya tinggi, kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi sehingga
69kV.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

c) Sebab menggantikan penebat plastik ialah :


i. Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara Tool &
Die mengeliling pengalir agar tiada rongga terjadi di antara
pengalir dan plastik.
ii. Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya .
iii. Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain
iv. Tidak mudah menyerap air.
v. Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
vi. Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
vii. Thermoset Plastik digunakan untuk perencat nyalaan
disebabkan bahan ini tidak mudah berubah nilai dan bentuk
serta dapat menahan tekanan haba geseran ataupun tarikan.
viii. Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.

d) Kegunaanya :
i. Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
ii. Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.
iii. Kawasan paya atau tanah berat

e) Panduan penerangan

i. XLPE Power Cable Federal Power & Telecoms Sdn Bhd.


ii. BS 6622 : 1985.
iii. IEC 502.

f) Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga.

Rajah 1 : Kabel XLPE


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

1.1.4 PVC/ SWA/ PVC (PVC/PVC SATU TERAS)

a) Penebat PVC ini adalah teguh serta boleh tahan panas sehingga 85C.
Pengalir diperbuat sama ada dari tembaga atau aluminium. Kabel ini
tidak mempunyai perlindungan mekanikal, oleh itu kegunaannya ialah
didalam bangunan atau pencawang sahaja untuk penyambungan
antara alatubah ke Papan Suis Utama dimana jaraknya pendek dan
sistem pembahagian dalam bangunan.

b) Pihak TNB menggunakan kabel voltan tinggi satu teras bertujuan untuk
mengurangkan saiz kabel dan mudah mengesan dan memperbaiki
kerosakan.

c) Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau tembaga.

d) Terdapat dalam beberapa teras iaitu :

i. 2 teras.
ii. 3 teras.
iii. 4 teras.
iv. Pelbagai teras ( multicore cable).

e) Kegunaannya :
i Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan
pembahagian voltan rendah.
ii Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan
voltan rendah.
iii Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis
utama pengguna.
iv Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
v Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

f) Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :


i. Merah untuk Fasa Merah.
ii. Kuning untuk Fasa Kuning.
iii. Biru untuk Fasa Biru.
iv. Hitam untuk Neutral.

Rajah 2 : Kabel PVC/ SWA/ PVC

1.1.5 Kertas Terisi Tepu

a) Penebat ini diperbuat daripada kertas khas yang dikeringkan dengan


vakum dan kemudiannya diisi tepu dengan minyak galian atau
sebatian lain yang sesuai.

b) Oleh kerana kertas ini mudah dipengaruhi kelembapan, satu lapisan


pelindung yang dibuat daripada plumbum atau aluminium yang
bertebatkan dibahagian luarnya hendaklah digunakan.

c) Ia digunakan untuk kabel-kabel bawah tanah pada saiz yang besar.


Julat voltannya adalah 600/1000 V hingga ke 1900/3300 V.

d) Apabila penyambungan dibuat pada kabel yang menggunakan


penebat ini, semua hujungnya mestilah dipateri dan disimpan alam
kotak-kotak berpateri khas yang berisi minyak atau sebatian khas agar
tidak diganggu oleh lembapan yang akhirnya boleh merosakkan
ketahanan penebat itu.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

e) Pengalir
i. Pengalir terdiri daripada aluminium dan tembaga
ii. Pengenalan pengalir
0 Neutral
1 Merah
2 Kuning
3 Biru

iii. Rupa bentuk pengalir


- kurang dari 16mm berbentuk lembaran bulat.
- lebih dari 16mm berbentuk lembaran shaper.

f) Penebatan - Penebatan kertas yang diperbuat daripada kayu pulo


(pine atau spruce) dan berbentuk seperti tape, tebalnya di antara
0.06mm hingga 0.15mm. Kertas mempunyai 8% kelembapan
dalam atmosfera biasa.

g) Isian - Impergrant Filler Impergrant diperbuat daripada tapisan


Viscous berserta Refinde Rosin (Gum Pasfree), dan di antara
fungsi-fungsi impergrant ialah :
i. Memperbaiki ketegangan elektrik.
ii. Pelincir bagi memudahkan pergerakan tape apabila kabel
tersebut ditambah.
iii. Mempertingkatkan pengaliran haba.

h) Terdapat tiga jenis isian iaitu :


i. Mass Impregnated .
ii. Mass Impregnated Non Draining (MND).
iii. Pre Impregnated.

i) Jut - Diletakkan di antara penebat kertas dan ia juga membentuk kabel


menjadi bulat.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

j) Penebat talian kertas (Belt Paper)


- Berfungsi sebagai penebat tambahan di antara pengalir dan bumi
- Tebal talian kertas ialah :
i 1.4mm - di antara pengalir
ii 1.2mm di antara pengalir dan sarung plumbum

k) Sarung Plumbum (Lead sheath) untuk mengelakkan dari air


memasuki ke pengalir dan digunakan ke bumi (earth continuty).
Tebalnya ialah 1.2mm ke 1.6mm

l) Bedding Tebalnya 1.5mm dalam dua bahagian berada di antara Lead


Sheath dan Tape. Fungsinya ialah untuk menahan hentakan.

Jenis bedding :
i. Pita kertas beserta Bitumin (atau pita PVC)
ii. Bahan Fibros Bitumin

m) Double Steel Tape Armoured berfungsi sebagai pelindung mekanikal


dan tahan dari benda- benda tajam
Terdiri dari dua jenis iaitu :
i SWA Single wire armoured.
ii DWA Double wire armoured.

n) Serving
- Diperbuat Dari Bahan-Bahan Fibros-Bitumin Dan Tebalnya 2mm.
- Digunakan Untuk Menyaluti Bahagian Luar Kabel.
- Juga Diperbuat Daripada Jute Yam, Hessian Tape, Neutral
Cotton Atau Synthetic Fiber Tape.
- Lapisan Serbuk Putih Digunakan Untuk Mengelakkan Dari Melekat.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

Rajah 1 : Kabel Kertas Terisi Tepu

1.1.6 Bare Conductor (Pengalir Tidak Bertebat)

Digunakan untuk ruang udara voltan rendah (LV), voltan sederhana


tinggi (MV) dan voltan tinggi (HV).
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

1.2 Kord Mudah Lentur

a) Kabel ini dibuat dalam julat 600/1000 V dan boleh didapati dalam
beberapa bentuk. Antaranya termasuklah yang berteras tunggal,
kembar berbulat dab berteras banyak.
b) Pengalir yang digunakan adalah kuprum yang disepuh lindap dan
kemudian disadur dengan timah pateri.
c) Jenis penebat yang digunakan ialah getah vulkan, getah butil dan
getah etilena-propilena.
d) Ada juga kabel in bersarung untuk kegunaan tugas berat atau dalam
kes-kes tertentu kabel tersebut mungkin disarungkan dengan perisai.

1.2.1 Kabel Mudah Lentur

Kabel ini dibuat khas untuk dijadikan bahan lentur (flexible) dan terdiri
dari lembar-lembar wayar halus yang dibuat daripada tembaga.
Tujuannya ialah kerana supaya ia lebih mudah dilentur dan kabel boleh
lentur ialah segi luas keratan rentas. Bagi kord mudah lentur luas
keratan rentas ialah 4.0 mm2. Bagi kord mudah lentur luas keratan luas
ialah lebih daripada 4.0 mm2. Biasanya ia digunakan untuk dawai siling
ros pada penetap lampu (pendent), dari soket ke radas mudah alih,
pada palam (plug) dan sebagainya.

Manakala kord mudah lentur adalah untuk kadar beban-beban yang


besar dan disambung diantara palam iaitu BS 4343 dan alat-alat tetap.
Contoh-contoh kord dan kabel mudah lentur yang digunakan

Rajah 1 : Penebat pvk kembar selari

Rajah 2 : Penebat PVC Beranyam


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

Peraturan IEE bagi kord dan kabel boleh lentur (penggunaan)


a) Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat
elektrik yang berkadaran kurang daripada 3 kw.
b) Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh
digunakan sebagai pengalir perlindungan litar, oleh itu satu pengalir
perlindungan litar yang berasingan mesti diadakan.
c) Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai
pendawaian tetap kecuali ia sependek-pendek yang boleh.
d) Pada keadaan yang terdedah, kord dan kabel boleh lentur
hendaklah seberapa pendek yang boleh dan mestilah dilindungi dari
kerosakan mekanikal.
e) Kord boleh lentur yang disambung pada ros siling atau pemegang
lampu mestilah mempunyai cengkaman yang kuat atau sebarang
cara pelepasan ketegangan.
f) Berat maksimum yang boleh ditanggung oleh kord boleh lentur
adalah seperti berikut:
Lembaran dan garispusat Luas keratan rentas Berat maksimum
16/0.2mm 0.5mm2 2 kg
24/0.2mm 0.75mm2 3kg
32/0.2mm 1.0mm2 5kg

JADUAL 51B

Pengenalan warna teras kabel boleh lentur dan kord boleh lentur

Bilangan teras Fungsi teras Warna teras

1 Fasa Perang
Neutral Biru
Pelindung Hijau-dan-kuning
2
Fasa Perang
Neutral Biru2

3 Fasa Perang
Neutral Biru2
Pelindung Hijau-dan-Kuning

4 atau 5 Fasa Perang atau hitam


Neutral Biru
Pelindung Hijau-dan-Kuning
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

2.0 Bahagian-Bahagian Kabel

Pada umumnya kabel adalah suatu bahan yang membentuk sesuatu litar
pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Dengan ini kabel yang
digunakan mestilah mampu mengalirkan arus, menghalang daripada terkena
renjatan apabila tersentuh padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama.
Bagi membentuk sesuatu binaan kabel 3 bahagian utama perlu ada,iaitu
pengalir, penebat dan pelindung mekanikal.

2.1 Pengalir

a) Takrifan- Pengalir adalah bahan yang membenarkan arus elektrik


melaluinya. Bahan ini mempunyai elektron bebas yang banyak. Oleh
itu rintangan adalah rendah. Fungsi utama pengalir ialah untuk
membawa arus dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Hanya
pengalir dari jenis pepejal yang digunakan dalam komponen kabel iaitu
logam yang terdapat di dalam kabel.

b) Terdapat beberapa jenis logam yang boleh dijadikan pengalir. Dan


setiap logam mempunyai nilai elektron yang berbeza. Jika dijadualkan
bahan pengalir yang baik mengikut urutan adalah seperti berikut iaitu
perak, kuprum yang disadur, kuprum yang dikeraskan, emas, tungsten,
nikel, besi, timah, plumbum, mangan dan eureka.

2.1.1 Busbar

Palang bus merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat


dari campuran tembaga dan bersalut. Ia mengalirkan dan
mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke
pemutus - pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan
kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta
mudah melaksanakan kerja pemasangan.

Kedudukan palang bus ada yang mendatar dan ada yang menegak
dan ada yang mengabungkan kedua - duanya.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

2.1.2 Jenis-jenis bahan pengalir

a) Perak
Adalah suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk
kegunaan pengalir biasa, oleh itu ia digunakan untuk
menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam komponen-
komponen elektronik.
Nilai kerintangannya ialah 16.3 mm.

b) Kuprum
Adalah suatu pengalir kedua terbaik selepas perak.
Disebabkan kedua terbaik dan ciri-ciri yang terdapat
padanya maka pengalir kuprum biasanya digunakan sebagai
pengalir kabel atau pengalir-pengalir selain daripada kabel
yang digunakan dalam pemasangan.
Nilai kerintangan ialah 17.5 mm

c) Aluminium

Adalah suatu pengalir yang ringan jika dibandingkan dengan


pengalir-pengalir lain. Disebabkan ringan dan
kerintangannya juga rendah maka pengalir aluminium
biasanya digunakan sebagai kabel talian atas atau kabel
bukan boleh lentur bagi voltan rendah.
Nilai kerintangan ialah 28.4 mm
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

d) Timah
Adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur
untuk cantuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir
timah mudah cair apabila dipanaskan.
Nilai kerintangan ialah 120 mm

e) Plumbum
Adalah suatu pengalir dari jenis yang keras dan digunakan
sebagai pengalir bumi dan pelapik atau salut untuk kabel
bawah tanah.
Nilai kerintangan ialah 220 mm

2.2 Penebat

a) Takrifan- penebat adalah bahan yang tidak membenarkan arus


mengalir melaluinya kerana bahan ini mempunyai bilangan elektron
bebas yang sedikit (tiada). Kerintangan penebat adalah tinggi tetapi
pada kadar voltan yang tertentu ia boleh menjadi pengalir.

b) Penebat adalah bahan yang mengelilingi pengalir untuk mencegah


arus daripada terbocor keluar daripada pengalir itu. Sesuatu pengalir
yang tanpa penebat jika bersentuh dengan sesuatu jasad boleh
menyebabkan renjatan elektrik atau litar pintas.

c) Penebat diperbuat daripada berbagai jenis bahan dan terdapat dalam


beberapa keadaan iaitu ada yang cair, pepejal, liat (kental) atau berupa
cat dan kesemuanya mempunyai mempunyai peranan yang tersendiri.

d) Oleh itu kemampuan penebat menahan arus adalah tidak sama. Oleh
itu, pemilihan yang teliti perlu dilakukan agar pilihan tersebut tidak
membahayakan pengguna.
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

2.2.1 Jenis-jenis bahan penebat

a) Getah
Adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh
itu, kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah
menyeluruh. Sebagai contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti
pengalir kabel.

Terdapat tiga jenis penebat getah yang biasa digunakan pada kabel
iaitu :
Getah vulkan (suhu pengendalian pengalir 60 o C)
Getah butil (suhu pengendalian pengalir 60 o C)
Getah silikon (suhu pengendalian pengalian 145 o C)

Kebaikan

Penebat yang baik.


Tidak mudah dimasuki air.
Mudah dilentur.

Keburukan

Mudah terbakar.
Mudah rosak apabila terkena cahaya matahari.

b) Polivinil klorid
Adalah suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan
getah. Penebat PVK biasanya digunakan sebagai bahan penebat kabel
bagi negara yang mempunyai suhu ambien normal dan biasa
sepanjang tahun. Suhu pengendalian pengalir ialah 70 C.

Kebaikan
Tahan daripada tindakbalas kimia dan sinaran matahari.
Tidak mudah terbakar.

Keburukan
Mahal.
Tidak mempunyai darjah perlindungan mekanikal yang sama
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

c) Kertas terisi tepu


Adalah suhu bahan penebat yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia
biasa digunakan sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan
lembap contohnya sebagai pengalir kabel bawah tanah.

d) Penebatan mineral
Adalah suatu penebat daripada jenis mineral di mana ia tahan suhu
panas, minyak dan sebagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksida
biasanya digunakan sebagai penebat kabel.

e) Bakelit
Adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi membentuk
aksesori aksesori elektrik di dalam sistem pemasangan. Rintangan
penebatnya adalah tinggi dan mampu menghalang arus mengalir
melaluinya.

2.3 Perlindungan Mekanik

a) Perlindungan mekanik bagi sesuatu kabel bertujuan untuk melindungi


kabel daripada tercacat akibat bahaya-bahaya mekanik yang mungkin
wujud seperti dihimpit, dilanggar,bergesel dan sebarang kemungkinan
yang boleh mencacatkan atau memecahkan kabel. Perlindungan
mekanik tidaklah memberi kesan sampingan terhadap penebat atau
kabel seperti merosakkan ketahanan penebatnya dengan
mengeluarkan karat atau kesan tindak balas kimia.

b) Perlindungan mekanik ini ada yang dibuat daripada bahan yang teguh
dan ada yang daripada bahan yang tidak begitu teguh. Sarung kabel
juga termasuk dalam kategori perlindungan mekanik. Perlindungan
mekanik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu jenis tidak
berperisai dan juga berperisai.

2.3.1 Jenis Tidak Berperisai

Kabel yang tidak berperisai bermakna kabel itu tidak mempunyai


sebarang sarung logam yang menjadi perisai untuk melindunginya
daripada bahaya mekanik. Pelindungan mekaniknya hanya bergantung
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

pada sarung penebat kabel itu yang berupa balutan jut majmuk atau
benang pita hesian di atas sarung kabel asas. Sarung kabel asas yang
biasa digunakan untuk kabel tidak berperisai ialah plumbum,
aluminium atau kuprum.

Rajah 3: Kabel tidak berperisai

2.3.2 Jenis Berperisai

Kabel yang berperisai maknanya kabel yang mempunyai sarung logam


yang terdiri daripada dawai-dawai atau pita logam bagi melindungi
kabel itu daripada tercacat oleh bahaya mekanik. Perisai ini dibuat
selapis atau beberapa lapis pada sarung sesuatu kabel mengikut
keperluan ketahanan mekanik yang dikehendaki.

Logam yang lazim dijadikan perisai ialah besi galvani dan keluli.
Perisai ini akan dipasang dalam bentuk susunan dawai galvani atau
pita keluli yang membaluti sarung jut majmuk atau pita hesian sesuatu
kabel itu.

Setelah sesuatu kabel itu dibaluti dengan perisai, ia akan dibaluti lagi
dengan sarung jut dan pita hesian sebagai sarung terakhir bagi kabel
itu agar dawai dan pita perisai itu tidak dipengaruhi oleh kekaratan dan
kelembapan. Perisai boleh juga dibuat dengan jalur aluminium atau
paip pembuluh. Kabel berperisai dawai biasa digunakan bagi kabel-
kabel dalam tanah sementara kabel berperisai pita keluli digunakan
pada tempat yang mudah berlaku kerosakan fizikal seperti di kawasan
berbatu-batan atau di bengkel pertukangan.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

Rajah 4: Kabel Berperisai (Armoured)

3.0 Faktor-Faktor Pemilihan Kabel

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu membuat pemilihan sesuatu


kabel yang hendak digunakan ialah seperti yang berikut:

1. Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap;
makin saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu
beban tanpa manaskan kabel. Di samping itu susut voltannya tidak melebihi
4% voltan bekalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan MS IEC
60364 -525.

2. Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat


kabel akan dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu
hendak dipasang. Setiap penebat mempunyai suhu maksimum yang ia
mampu bertahan, misalnya kabel pvk sesuai untuk suhu dari 0C hingga
70C. Suhu yang lebih atau kurang daripada julat ini akan menyebabkan pvk
rosak. Jadi keselamatan kabel yang dilindunginya akan tergugat dan
seterusnya akan mendatangkan kepada pengguna kabel tersebut.

3. Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah yang berharga murah.


Kadang kala beberapa jenis kabel mempunyai keupayaan, kecekapan dan
ciri-ciri keselamatan yang hampir sama tetapi harganya berbeza-beza. Untuk
menjimatkan perbelanjaan, kabel yang harganya lebih murah diberi
keutamaan.

4. Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium. Tetapi


peraturan MS IEC 60364 -524.3 telah menetapkan bahawa bagi luas keratan
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

rentas 16 mm2 atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. Pengalir


aluminium tidak dibenarkan bagi luas keratan rentas tersebut, ini adalah
kerana ia mudah patah semasa kerja-kerja pendawaian.

5. Pemilihan kuprum sebagai pengalir kabel adalah kerana ia mempunyai ciri-ciri


berikut:-
i. kerintangan yang rendah
ii. mudah dibentuk menjadi pengalir
iii. mudah disadur untuk tujuan pematerian

6. Kebanyakan pengalir kabel dilembarkan sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91, atau
197 dan sebagainya. Tujuan pelembaran dibuat ke atas pengalir adalah
supaya ia mudah dilentur semasa membuat kerja-kerja pendawaian.

7. Terdapat dua cara untuk menyatakan saiz sesuatu kabel iaitu dengan
menyatakan secara bilangan lembar dan garispusat setiap lembar.
Contohnya secara bilangan lembar iaitu 7/1.04 mm atau dengan menyatakan
secara luas keratan rentas iaitu 6 mm2 . 7/1.04 mm2 adalah menunjukkan
bahawa 7 adalah menunjukan bilangan lembar. Manakala 1.04 mm2 adalah
menunjukan garispusat setiap pengalir.

8. Bagi menentukan ukuran saiz sesuatu kabel atau bagi menukarkan salah
satu cara ukuran kabel boleh digunakan formula berikut:
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

3.1 Keupayaan Kabel Membawa Arus

Apabila voltan susut pada sesuatu kabel telah mematuhi kehendak


Peraturan MS IEC 60364 -525, iaitu tidak melebihi 4% voltan bekalan,
kita harus pula memilih kabel itu dari segi keupayaannya membawa
arus agar pilihan saiz yang dibuat itu tidak membawa akibat yang
buruk pada waktu penggunaannya kelak.

Susutan voltan pada kabel mesti dihadkan agar voltan yang diberikan
kepada beban tidak berkurang dalam jumlah yang banyak dimana
boleh mengakibatkan kecekapan beban itu berkurang dan seterusnya
kuasa akan hilang pada kabel.

3.1.1 Faktor-Faktor Pemilihan Keupayaan Kabel Membawa Arus

Pemasangan yang baik bergantung pada pemilihan kabel dan


pendawaian yang sesuai. Oleh sebab itu pemilihan yang teliti
hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan pengguna
tetapi cekap dan murah. Kadaran voltan kabel-kabel ini adalah
600/1000 V atau 1000/ 1000 V bagi kabel yang bertebatkan bahan
galian. Kesemua voltan dikendalikan pada frekuensi 50 Hz. Untuk
membuat pemilihan kabel, faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira
iaitu jenis kabel. susut voltan dan keupayaan kabel untuk membawa
arus.Bagi memilih saiz kabel untuk membawa arus yang diperlukan.
perkara-pekara berikut perlulah dipertimbangkan iaitu:

1) Jenis Kabel

Pemilihan sesuatu jenis kabel bergantung sepenuhnya pada jenis


pendawaian yang dibuat. Oleh sebab itu faktor-faktor pemilihan
sesuatu jenis pendawaian dapat memainkan peranan dalam
mengenali jenis kabel yang sesuai. Untuk lebih memastikannnya
lebih wajar jika diperhatikan dalam Bab 7 kerana sesuatu keadaan
pendawaian hanya sesuai untuk kabel yang tertentu sahaja.

2) Arus yang Diperlukan

Nilai arus yang diperlukan bagi sesuatu beban yang hendak


dipasang harus ditentukan. Nilai ini boleh diketahui dengan
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

menghitung berdasarkan formula I = P/V. dengan I ialah arus (Amp)


yang diperlukan dan P adalah kuasa yang dikeluarkan sementara V
adalah voltan bekalan.

Jika alat atau beban yang hendak dipasang itu mempunyai


faktor kepelbagaian, maka faktor kepelbagaian itu perlu diambil kira.
Contohnya sebuah alat pemasak 4.8 kW, 240 V memerlukan arus
sebanvak 20 A tetapi di dalam Guide to MS IEC 60364 (1.7.1)
supaya mempunyai faktor kepelbagaian, arus yang diperlukann
hanya sebanvak 10 + (20 - 10) X (30/100) + 5 (Jika bersoket) = 18 A.
Ini menunjukkan bahawa arus yang diperlukan telah berkurang dari
20 A kepada 18 A.

Bagi alat-alat yang berkemungkinan menggunakan arus dan


voltannya meningkat, walaupun seketika. peningkatan tersebut juga
perlu diambil kira. Misalnya motor dimana arus akan meningkat
semasa motor mula-mula dihidupkan.

3) Susut Voltan

a) Voltan bekalan

Apabila voltan diberikan kepada sesuatu beban, voltan susut akan


berlaku pada beban. Keadaan ini juga berlaku dalam kabel. Oleh
sebab itu. susut voltan pada kabel mestilah dikurangkan atau
dihadkan, dengan cara merendahkan nilai rintangan pengalirnya
iaitu dengan menggunakan kabel bersaiz besar. Voltan susut yang
dibenarkan oleh Peraturan MS IEC 60364 -525 hendaklah tidak
melebihi 4% daripada voltan nominal. Sebagai contoh. bagi
pemasangan yang menggunakan voltan bekalan 240 V mempunyai
voltan susut maksimum kabel di pemasangan itu ialah 9.6 V iaitu
4% daripada 240 V.

Sebagaimana biasa apabila arus mengalir dalam litar, kehilangan


kuasa akan berlaku dan kehilangan ini dapat dikira dengan formula
P = I2R (R ialah rintangan pengalir dan arus yang mengalir). Kuasa
yang terhasil menyebabkan suhu kabel itu bertambah dan kabel itu
menjadi panas. Kuasa ini dikenali sebagai kehilangan. Jika kabel ini
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

diberi dengan nilai arus yang terlampau tinggi melebihi kadar


keupayaannya maka kabel ini akan memecahkan daya ketahanan
penebatnya dan mengakibatkan bahaya. Haba yang dihasilkan oleh
kabel tadi dapat dikurangkan melalui pemancaran terus ke
atmosfera atau menerusi perolakan arus udara. Kadar kehilangan
itu bergantung pada berbagai-bagai faktor seperti luas keratan
rentas pengalir, jenis bahan penebat, tebalnya dan suhu ambien.

Di samping itu terdapat beberapa faktor yang boleh


mengubah nilai kadaran arus sesuatu kabel itu sama ada akan
menyebabkan kadaran arus itu bertambah atau berkurang.Faktor ini
dinamakan faktor kadaran atau faktor pembetulan. Nilai faktor ini
disediakan dalam Lampiran 9. Perkara-perkara yang harus diambil
kira sebagai faktor kadaran ialah suhu ambien, kumpulan kabel,
cara penyusunan kabel, jenis sarung kabel dan kelas pelindung
arus lebih.
Kesan bagi jangka masa panjang sekiranya kabel yang sesuai
tidak dipilih maka kabel itu akan hilang ketahanan penebatannya
kerana arus dalam litar itu sering berubah.

b) Luas keratan rentas pengalir

Luas keratan rentas pengalir atau ringkasnya saiz pengalir,


memberikan nilai voltan susut yang berbeza kerana saiz pengalir
mempengaruhi nilai rintangan pengalir itu. Pengalir yang besar
saiznya mempunyai nilai susutan yang kecil berbanding dengan
pengalir yang bersaiz kecil tetapi pada keupayaan membawa arus
yang sama. Oleh sebab itu jika voltan susut pada sesuatu kabel
hendak dikurangkan maka saiz pengalir yang digunakan haruslah
besar.

c) Jenis bahan pengalir

Pengalir yang dibuat daripada bahan yang baik memberikan susut


voltan yang rendah berbanding dengan pengalir yang dibuat
daripada bahan yang kurang baik. Contohnya, pengalir kuprum
memberikan susut voltan yang rendah berbanding dengan
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

aluminium pada saiz yang sama. Ini sebenarnya disebabkan oleh


faktor kerintangan sesuatu bahan pengalir.

d) Panjang pengalir

Apabila pengalir itu dipanjangkan, susut voltan akan meningkat. Ini


disebabkan oleh penambahan rintangan pengalir kerana
pemanjangan kabel itu. Oleh itu panjang kabel diambil kira ketika
mencari voltan susut kabel tersebut.

e) Arus yang dibekalkan/arus biasa

Arus yang besar akan menyebabkan voltan susut yang besar. Nilai
arus ini mestilah sesuai dengan saiz kabel agar tidak melebihi had
keupayaannya. Sekiranya sesuatu kabel mengalirkan arus lebih
daripada yang sepatutnya, ia akan menyebabkan kabel tersebut
panas.ini menunjukkan bahawa kabel ini tidak berupaya untuk
membawa arus tersebut.

3.2 Faktor Pembetulan

3.2.1 Suhu Ambien/ suhu sekitaran (Ca)

a) Suhu sekitaran bermaksud suhu sekeliling dalam keadaan biasa


tempat kabel itu dipasang atau akan dipasang. Suhu ini
termasuk juga suhu setempat bangunan iaitu kepanasan tetapi
tidak termasuk suhu kepanasan kabel.

b) Pada kadaran biasa suhu ini dikadarkan pada 30 0C . jika


tempat yang hendak dipasang itu suhunya lebih atau kurang
daripada 30 0C, faktor kadaran kabel itu mestilah diperhatikan
dan diambil kira semasa membuat pemilihan kabel.

c) Suhu sekitaran ini boleh membantu kendalian pelindung lebihan


arus sama ada kelas halus atau kelas kasar. Seterusnya suhu
sekitaran ini akan menentukan keupayaan kabel tersebut dan
memberikan satu nilai kadaran arus kabel tersebut dan
memberikan satu nilai kadaran arus kabel yang baru.
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

d) Suhu sekitaran ini mestilah ditentukan dahulu sebelum sesuatu


pemilihan kabel dibuat agar dapat disesuaikan dengan jenis dan
saiz kabel yang akan digunakan.

3.2.2 Kelas Pelindung Lebihan Arus

Sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan MS IEC 60364 -432.1


ialah setiap pengalir dalam pemasangan itu mestilah dilindungi
daripada lebihan arus dengan alat-alat pelindung lebihan arus yang
diperlukan. Pemilihan kelas pelindungan lebihan arus yang salah akan
membawa bahaya kepada penggunaan kabel itu nanti. Misalnya, fius
separuh tertutup berada dalam pelindungan lebihan arus kelas kasar.
Ini bermakna ia akan hanya putus dalam jangka waktu lebih daripada 4
jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus litar mengalir di dalamnya.
Sekiranya kabel itu tidak dapat menahan arus sebanyak itu maka
penebat kabel tersebut akan rosak dan seterusnya akan merosakkan
kabel tersebut.

3.2.3 Kumpulan Kabel (Cg)

Dalam suatu pemasangan yang mempunyai beberapa litar dan


kemungkinan litar-litar ini berkumpul lalu menyebabkan kabel-kabel
tersebut menjadi panas, maka kabel-kabel tersebut perlu dikira secara
berkumpulan.kabel yang dipasang secara berkumpulan sukar
mengeluarkan haba kepanasan yang wujud berbanding dengan kabel
yang dipasang berasingan. Dengan itu kadaran kemampuan
membawa arus kabel berkenaan berubah.

3.2.4 Kabel Penebat Terma (Ci)

Kabel yang digunakan untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya.


Kabel ini dihalang dengan bahan penebat terma agar suhu kepanasan
itu dapat disebarkan untuk memanaskan bilik. Saiznya juga lebih besar
berbanding dengan kabel untuk kegunaan biasa.
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

3.2.5 Penggunaan faktor pembetulan

Berpandukan faktor diberi untuk mengira keupayaan kabel membawa


arus yang perlindungannya selain daripada fuse separuh tertutup BS
3036 boleh menggunakan formula tersebut:

Manakala untuk mengira keupayaan kabel membawa arus yang


perlindungannya daripada fuse separuh tertutup BS 3036
menggunakan formula

A. Untuk satu litar

1. Arus nominal pada alat pelindung mestilah dibahagikan dengan


faktor pembetulan suhu ambien Rujuk Jadual 4C2.
2. Faktor pembetulan tersebut digunakan untuk penebat termal
(Ci) sebagai pembahagian.
3. Dibahagikan pula dengan 0.725.

4. Pemilihan saiz kabel hendaklah berkeupayaan membawa arus


yang telah dikira daripada formula di atas dan hendaklah
melebihi kadar arus alat pelindungan.

B. Bagi kumpulan

1. Bahagikan arus nominal (In) dengan faktor pembetulan untuk


kumpulan kabel. Rujuk Jadual 4B1
In
It
0.725 F

F = kadar faktor kumpulan


Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

3.3 Susut Voltan

Di dalam Hukum Ohm ada menyatakan tiga perkara iaitu:


a) Rintangan berkadar terus dengan panjang sesuatu pengalir di mana
apabila panjang sesuatu pengalir bertambah, maka nilai rintangan juga
turut bertambah
b) Rintangan adalah berkadar songsang dengan luas keratan rentas (saiz
pengalir) sesuatu pengalir dimana apabila luas keratan rentas bertambah
maka rintangannya menjadi kurang dan arus mudah mengalir melalui
kabel tersebut.
c) Rintangan juga berkadar terus dengan suhu sekeliling pemasangan
dibuat.

Di dalam Peraturan MS IEC 60364 -525 menyatakan bahawa susut volan di


antara pemasangan (biasanya terminal bekalan) dan peralatan menggunakan
arus tetap tidak melebihi 4% daripada voltan nominal bekalan. Ini bermaksud:

a) Untuk fasa tunggal (single phase) 230V, susut voltan tidak melebihi 4%
daripada 230 = 9.6 V.
b) Untuk tiga fasa (three phase) 400 V, susut voltan tidak melebihi 4%
daripada 400 V= 16.6 V.

Vd = Voltan susut

Vs VL BEBAN

Vd = Voltan susut

BEBAN
Vs
VS = Vd + VL
VL

Rajah 5 : Voltan susut


Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

Voltan susut dalam sesuatu pengalir bergantung pada 3 perkara:


a) Arus yang mengalir melalui kabel berkenaan.
b) Panjang litar berkenaan (dari punca bekalan ke terminal beban).
c) Voltan susut dalam kabel bagi setiap satu meter panjang bagi setiap
ampere yang mengalir melaluinya disukat dalam unit mV/A/m atau

mV/A/m
1000
Dimana;
mV = milivolt
A = Ampere (I)
m = meter

Formula untuk mencari voltan susut dalam sesuatu pemasangan:


Vd = mV x Ib x L
1000
Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C02/ P(2/53)
Drp / of : 31

SOALAN/ QUESTION :

1. Senaraikan EMPAT (4) jenis kabel.

i.
ii.
iii.
iv.

2. Berikan TIGA (3) bahagian dalaman kabel.

i.
ii.
iii.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Kabel Penebat Terma?

RUJUKAN/ REFERENCES :

1. MD NASIR BIN ABD MANAN(2010), Pendawaian elektrik di bangunan kediaman,


Edisi Pertama, IBS Buku Sdn. Bhd, ISBN 978-967-950-307-4.

2. ABD SAMAD HANIF(1997), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2

3. JABATAN KESELAMATAN ELEKTRIK SURUHANJAYA TENAGA (2008), Garis


Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman

Anda mungkin juga menyukai