Anda di halaman 1dari 6

Perkataan globalisasi dirujuk kepada fundamental, skala besar, pantas dan

sangat kompleks dalam perubahan sosial. Sesetengah berpendapat globalisasi


adalah proses di mana politik, sosial, ekonomi dan budaya meningkat seiring
dengan pembesaran skala globalisasi. Istilah ini juga dikaitkan dengan
transformasi yang hebat di dalam masyarakat ketika abad ke-19 iaitu Revolusi
Industri yang mengambil tempat di Eropah. Perkembangan sIstem kapitalis
selepas itu semakin merebak setelah proses penjajahan mengambil tempat.

Tidak seperti trend globalisasi yang lalu, abad ke-20 dan 21 berkaitan rapat
dengan perkembangan pantas teknologi, barangan keperluan, kewangan,
manusia dan idea yang memberi kesan ke seluruh dunia. Keadaan ini telah
menimbulkan tandatanya kepada kewujudan sistem kerajaan di seluruh dunia
dan peranan negara bangsa bagi menentukan hala tuju masing-masing. Pasaran
baru, inovasi teknologi seperti internet dan telefon selular, pedagang, jaringan
dan peraturan baru serta standard tertentu telah melihat perkembangan khusus
masyarakat yang menginginkan kebebasan.

Globalisasi bukannya sesuatu yang abstrak dan berada dalam proses yang
terpencil. Skala, kelajuan dan kekuatan jaringan globalisasi ini memberi kesan
segera kepada setiap perubahan. Memandangkan ia adalah fenomena yang
pelbagai, fikiran setiap pembuat keputusan tidak boleh diketepikan daripada
perubahan global. Hari ini, realiti globalisasi diketahui secara meluas oleh
pemikir dan aktivis sosial di seluruh dunia. Globalisasi berada di mana-

Sebahagian daripada ciri-ciri jelas globalisasi ialah masyarakat di seluruh dunia


dapat berhubung antara satu sama lain tanpa melihat sesama sendiri melalui
jaringan komputer. Keadaan ini menyebabkan institusi sosial menghadapi
masalah untuk meningkatkan interaksi. Perkembangan seperti ini adalah impak
daripada teknologi baru yang dianggap sebagai enjin baru pembangunan. Era
globalisasi ini turut digelar sebagai era informasi, masyarakat berjaringan dan
informasi kapitalis.

Ciri lain ialah pengeluaran produk industri diedarkan ke seluruh dunia melalui
kerjasama antarabangsa. Peningkatan aktiviti ekonomi seperti ini tidak lagi
mengambil kira citarasa masyarakat tempatan tetapi mengutamakan standard
antarabangsa yang lebih tinggi. Dalam usaha mengekalkan persaingan
antarabangsa, para pelabur ini meletakkan keutamaan kepada pengurangan kos
pengeluaran, bertindak balas

Keperluan terhadap bahagian antarabangsa diwujudkan bagi menyelia dan


memantau perjalanan perdagangan antarabangsa. Kebanyakan penjawat
jawatan ini dibayar dengan gaji yang tinggi, kerjaya yang terjamin dan biasanya
lelaki. Mereka ini diperlukan dan dijaga dengan baik kerana kemahiran tingi yang
dimiliki. Masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik sangat bertuah apabila
ekonomi negara China dan India berkembang pesat kerana banyak syarikat
multinasional yang bertapak di Malaysia mengembangkan perniagaan di kedua-
dua buah negara ini. Kemahiran yang dimiliki oleh rakyat Malaysia telah
membantu syarikat-syarikat antarabangsa ini menyelami rakyat tempatan kerana
pengalaman Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya telah
terbukti dapat dijadikan sebagai panduan untuk hidup di dalam masyarakat yang
pelbagai latar belakang.

Perubahan ekonomi diiringi perubahan yang signifikan terhadap perubahan


politik dan ideologi khususnya Perang Dingin di hujung era 1980-an yang
menyaksikan kejatuhan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur. Negara-negara ini
mengambil sepenuhnya sistem kapitalis demokratik liberal dan pengurusan
kebajikan sosial. Berakhirnya Perang Dingin turut menjadikan Amerika Syarikat
sebagai negara paling berkuasa di dunia. Terdapat dua kesan yang ketara
selepas Amerika Syarikat menguasai ekonomi dunia iaitu bertambahnya
penggabungan ekonomi pelbagai negara ke arah sistem ekonomi tunggal yang
tidak adil yang didominasi oleh negara-negara industri yang kaya raya. Dalam
pada masa yang sama, proses ini turut melihat perpecahan di sesetengah
negara yang menyebabkan landasan politik dan ekonomi dilaras semula sebagai
tindak balas terhadap dinamika globalisasi.

Proses perubahan yang kompleks ini turut memberi kesan ke atas kerajaan yang
dipilih secara demokrasi yang bertanggungjawab terhadap para penyokong
mereka bagi mengawal politik, ekonomi dan pembangunan sosial dalam
masyarakat. Syarikat korporat antarabangsa bebas memilih untuk membina
kilang pengeluaran baru di negara-negara yang memberi pasaran buruh yang
murah. Mereka mempunyai keputusan penuh sama ada hendak melabur
ataupun tidak di mana-mana negara di dunia. Keputusan politik dan ekonomi
adalah di antara pertimbangan yang diambil kira kerana negara-negara di dunia
ketika ini lebih cenderung mengadakan blok pakatan sesama sendiri seperti
Amerika, Eropah atau Asia. Negara yang berada di luar lingkungan tiga blok ini
(seperti Afrika) menghadapi risiko dipinggirkan daripada pembangunan dunia.
Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa globalisasi dan regionalisasi adalah
dua proses yang saling melengkapi. Kerajaan juga menghadapi kekangan
daripada kesan perubahan politik antarabangsa dan pembentukan kesatuan
negara-negara yang dilihat semakin berkuasa dan berpengaruh. Pada masa
yang sama terdapat perkembangan pergerakan sosial yang semakin besar di
peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa yang menentang kesan-kesan
negatif globalisasi dan gerakan seperti ini sangat mempengaruhi agenda global
dunia masa kini.
Perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat global memberi kesan
mendalam terhadap keadaan sosial dan budaya. Memandangkan komunikasi
merentas sempadan dan semakin meningkat dengan perkembangan media,
migrasi dan budaya, pertukaran intelektual dan budaya, lebih ramai terdedah
kepada idea-idea baru, nilai, norma, bahasa dan agama. Situasi ini menjadikan
kefahaman terhadap perbezaan budaya dapat meningkatkan toleransi dan
harmoni di kalangan masyarakat dunia. Bagaimanapun, perubahan yang
dihasilkan oleh globalisasi memberi ancaman ke atas kewujudan budaya sedia
ada yang dimanifestasikan dengan munculnya perselisihan antara kaum,
fundamentalis agama, diskriminasi, tekanan, pilih kasih dan prejudis.

Dimensi lain ialah terbentuknya budaya baru di kalangan pengguna. Pengaruh


Barat sangat jelas di dalam kehidupan seharian masyarakat yang mesra Barat
khususnya pakaian dan makanan. Jenama antarabangsa bukan sekadar
memberi kepuasan malah membawa sekali imej dan nilai Barat yang dianggap
lebih baik, berkualiti dan berstatus tinggi.

Pengantarabangsaan budaya, keserantauan dan tuntutan terhadap hak untuk


mengamalkan budaya telah meningkat melalui perkembangan penerbitan di
seluruh dunia. Peluasan perdagangan antarabangsa dalam industri kebudayaan
dapat dilihat dengan jelas melalui liberalisasi perdagangan yang ditekankan oleh
Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Memandangkan pasaran akan
menjadi lebih bersepadu, pengguna membeli barangan daripada pelbagai
negara di dunia di kedai dan pasar raya tempatan. Peniaga tempatan mula
terasa bahang persaingan kemasukan barangan luar ini di dalam komuniti
tempatan dan memungkinkan terdapatnya risiko dan peluang baru bagi
meningkatkan parasan eksport.
Ketika globalisasi dibincangkan dengan hebat bersama dengan perkembangan
ekonomi, politik dan budaya, makna globalisasi bagi perkembangan sosial dan
implikasinya ke atas sosial masyarakat tidak dapat difahami sepenuhnya
khususnya kebajikan sosial dan buruh. Kepentingan hubungan kemanusiaan,
jaringan kerjasama sosial, kepercayaan dan rasa kekitaan yang menjadi
sebahagian daripada lambang masyarakat semakin tergugat. Kebajikan sosial
yang melibatkan sokongan sistem sokongan sosial dan emosi serta jaringan
kerjasama dalam komuniti seperti perlindungan untuk kanak-kanak dan warga
tua, pesakit dan orang kurang upaya. Penyertaan wanita ke dalam sektor industri
turut meningkat selepas Perang Dunia Kedua memberi kesan ke atas struktur
ekonomi dan keluarga.

Perubahan-perubahan ini memberi cabaran besar ke atas pembuat polisi


negara. Cabaran seterusnya ialah menggalakkan kesaksamaan gender dan
pembahagian beban dan kos bagi menguruskan sokongan sosial dan kebajikan
sosial dalam masyarakat. Teknologi komunikasi mempunyai potensi untuk
menguatkan jaringan sosial masyarakat melalui perhubungan sesama manusia
dari seluruh dunia dan meningkatkan sistem penyampaian sosial masyarakat.
Walau bagaimanapun saintis sosial berhujah bahawa disebabkan pasaran
perdagangan dan hubungan sesama manusia lebih bersifat peribadi dan jauh,
kebanyakan orang tidak lagi mempunyai ikatan yang kukuh dengan masyarakat
tempatan.

Oleh yang demikian, khidmat masyarakat dan kesukarelaan mencuba untuk


mencari kaedah baru bagi mempromosi kebajikan sosial di semua peringkat.
Khidmat masyarakat semakin bertambah penting dan disifatkan sebagai institusi
sosial yang signifikan.
SEJARAH

Di Inggris dan Amerika Serikat, pekerja sosial muncul karena menanggapi banyak
dampak negatif yang disebabkan oleh keseluruhan proses industrialisasi ekonomi dan
urbanisasi seperti kemiskinan dan penciptaan kelas-kelas pekerja.[4] Sejarah awal pekerja
sosial pada kedua negara industrialisasi tersebut sebenarnya adalah sebuah sejarah
tentang berbagai aktivitas kedermawanan atau filantropis demi menolong rakyat miskin
atau juga dikenal dengan istilah penanganan kemiskinan(Hick 2003).[4] Aktivitas-
aktivitas filantropis itu secara resmi diturunkan dari undang-undang terkenal mengenai
kemiskinan: yaitu Undang-Undang kemiskinan Elizabeth yang keluar pada abad ke-17
(Barkerm1995).[4] Gerakan dari aktivitas kedermawanan ke arah sebuah profesi modern
disebabkan oleh suatu kenyataan bahwa jenis bantuan yang ada bagi rakyat miskin
memunculkan kesulitan-kesulitan besar.[4] Sebagian besar hambatan tersebut adalah
keterbatasan sumber daya, kurang koordinasi, pelaksanaan yang diskriminatif,
ketidakperdulian, kurangnya transparansi, dan ketidakmampuan untuk memberikan
pelayanan secara memadai (Midgley,1981).[4] Awalnya, ada dua reaksi spesifik terhadap
bentuk baru dalam meregulasi kaum miskin sebagaimana dinyatakan dalam Undang-
Undang Kemiskinan itu.[4] Yang pertama adalah the Charity Organization Society
(COS), dan kedua Fabian Society, yang ditransformasikan langsung kepada sebuah
pendekatan the Settlement House Movement, adalah asal-muasal profesi pekerja sosial,
dan secara nyata adalah produk-produk industrialisasi dan urbanisasi (Jhon 1995).[4]

Anda mungkin juga menyukai