Anda di halaman 1dari 4

ABSTRAK

Kajian ini melibatkan penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
penggunaan CD interaktif. Kaedah ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti
proses pembelajaran dengan lebih terbuka. Para pelajar berpeluang belajar mengikut tahap
kemampuan masing-masing serta bebas untuk mengulangi mana-mana bahagian subjek yang
tidak difahami. Aplikasi CD interaktif ini membolehkan pelajar berkomunikasi secara maya
dengan guru atau sesama mereka melalui perkhidmatan internet seperti e-mail, "bulletin
board" dan perbincangan forum yang disediakan dalam CD ini. Pelajar boleh mengemukakan
soalan mengenai tajuk atau topik yang kurang difahami tanpa had masa dan tempat. Guru
pula boleh memberi panduan dan huraian tambahan bagi membantu pelajar memahami tajuk
atau topik yang sedang dipelajari. Dalam kajian ini, satu perisian bahan pengajaran dan
pembelajaran multimedia berbantu komputer (PBK) dalam bidang reka bentuk dan teknologi
dengan tajuk tanaman dan penyediaan sajian telah dibangunkan mengikut sukatan pelajaran
tahun lima. Perisian ini terdiri daripada aktiviti pembelajaran yang berasaskan kepada
pengalaman, pembelajaran kolaboratif, pelbagai sumber, dan pembelajaran penerokaan.

LATAR BELAKANG

Trend masa kini telah meletakkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Ia dapat memperbanyakkan sumber maklumat dan menggalakkan
kolaborasi antara guru dan pelajar. Pendidikan akan menjadi satu proses sepanjang hayat,
penting dan tersedia untuk semua dan sekolah akan menjadi pusat pembelajaran yang global.

E-pembelajaran membolehkan penggunaan maklumat dan teknologi komunikasi


dilakukan dalam pembelajaran. Pelajar dapat membina (construct) ilrnu pengetahuan baru
melalui teknologi e-pembelajaran yang bersifat terbuka rnelalui penggunaan CD ineteraktif.
Pembelajaran terhasil dalarn konteks sosial di kalangan sekumpulan rnanusia yang berkongsi
minat dan objektif yang sarna. Cabaran yang getir adalah untuk membina
persekitaranpembelajaran yang dapat memberi kesan positif kepada pelajar.

Kini, wujud keperluan terhadap corak pernbelajaran baru di mana kedua-dua pihak
tenaga pengajar dan pelajar saling memperolehi keuntungan. Dengan menggunakan teknologi
CD-ROM, capaian terhadap maklumat pendidikan dan kandungan yang terbaik serta efektif
dapat ditingkatkan di samping berlakunya penurunan dari segi kos dan kewangan.
PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, masalah kelemahan pelajar dalam pembelajaran di sekolah masih
menjadi topik perbincangan hangat di kalangan masyarakat. Ia menjadi satu isu utama
pendidik pada masa kini. Kaedah pembelajaran tradisi, lebih menekankan hafalan dan latih
tubi. Pelajar-pelajar dibekalkan dengan fakta sehingga menghalang proses celik-akal dan
berfikir secara kreatif. Akhimya ramai pelajar akan gagal, takut dan benci terhadap RBT.
Maka guru tidak boleh menyalahkan sifat negative yang diambil oleh murid tersebut.

Perkembangan teknologi ICT telah mencetuskan fenomena baru dalam penggunaan


teknologi dalam pendidikan. Gabungan teknologi komputer dan teknologi komunikasi yang
diikuti dengan pengurangan kos dalam pemerolehan peralatan dan perisian telah mendorong
penggunaan ICT dalam semua bidang kehidupan termasuk pendidikan.

Di negara kita, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan konsep sekolah


bestari yang menekankan kepada penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
memerlukan perancangan yang teliti untuk mengelakkan daripada sekolah menjadi lambakan
peralatan teknologi moden tanpa pengisian penyampaian pengetahuan dan kemahiran yang
berkesan.

Oleh yang demikian, kajian ini adalah sebagai satu usaha untuk mengoptimakan
penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan
membangunkan prototaip perisian kursus multimedia interaktif berlandaskan kepada teori
pembelajaran konstruktivisma.

OBJEKTIF KAJIAN

(i) Membina persekitaran pembelajaran interaktif dan kolaboratif berasaskan CD


interaktif bagi mata pelajaran RBT

(ii) Mengkaji kesesuaian integrasi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang


dimuatkan dalam CD dalarn pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

(iii) Mengkaji kesesuaian, keboleh terimaan dan kebolehgunaan antara rnuka


pengguna bergrafik (GUI) perisian kursus multimedia interaktif dan kolaboratif

(iv) Mengkaji keberkesanan penggunaan perisian kursus interaktif dan kolaboratif


berasaskan CD interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
KERANGKA TEORI

Teori pembelajaran konstruktivisma telah memberikan asas yang penting dalarn


penggunaan teknologi dalarn pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan kepada teori
pembelajaran konstruktivisma Jonassen, Peck & Wilson (1999) mencadangkan
Pembelajaran Bermakna (Meaningful Learning) yang terdiri daripada
komponenkomponen yang saling berkaitan antara satu sarna lain seperti ditunjukkan
dalam

Gambarajah 1.

Teknologi digunakan untuk menyokong pembelajaran bermakna. Oleh itu teknologi


digunakan untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, intentional,
authentic dan koperatif. Ini bermakna teknologi digunakan sebagai penggalak atau fasilitator
dalam pembinaanpemikiran dan pengetahuan. Jonassen et. al. (1999) menggariskan
penggunaan teknologi (termasuk ICT) dalam pembelajaran adalah untuk:

(i) membolehkan pelajar menyatakan idea, pemahaman dan kepercayaan pelajar dan
menghasilkan pengetahuan multimedia yang tersusun,
(ii) mengakses maklumat dan membandingkan perspektif, kepercayaan dan

pandangan,

(iii) memberi ruang kepadaperkembanganpemikiranpelajar secara selamat,

(iv) menyokong "learning by conversing" - kolaborasi, perbincangan, berdailog, dan


membina konsesus,

(v) membantu pelajar mencurahkan apa yang mereka tahu, refleksi

mengenai apa yang mereka telah pelajari dan bagaimana mereka boleh

mengetahuinya dan menyokong "mindful thinking".

SOALAN KAJIAN / HIPOTESIS

Persoalan utama kajian adalah samada penggunaan perisian kursus multimedia


interaktif yang dibina lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah berbanding dengan secara tradisional. Oleh yang demikian hipotesis nul yang
diuji adalah seperti berikut:

Tiadaperbezaan signifikan dalam pencapaian mata pelajaran RBT di antara pelajar-


pelajar yang menggunakanperisian kursus multimedia interaktifdengan pelajar-pelajar
yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

BATASAN KAJIAN PROJEK

Kajian adalah mengeluarkan prototaip produk perisian kursus multimedia interaktif


dengan menggunakan medium perantara CD Ineteraktif berasaskan kepada pandangan
daripada teori pembelajaran kontruktivisma. Untuk menentukan dan memastikan
prototaip memenuhi kehendak dan keperluan kurikulum serta pelajar yang menjadi
sasaran, kajian hanya bertumpu kepada sampel yang diambil daripada pelajar-pelajar
ttahun 5 SK LKTP Kemelah, Segamat. Kajian juga terbatas kepada dua tajuk dalam
kurikulum RBT tahun 5 iaitu Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga.