Anda di halaman 1dari 2

6 Jam 12 Jam

3 Jam

Single Size Bed RM 55 RM 80 RM 100

Queen Size Bed RM 160 RM 200

Macam mana nak check-in di Capsule?

Macam biasa, pergi je terus ke kaunter untuk daftar masuk. Macam kes aku, sebab dah
buat reservation 2 minggu awal, so bila nak check-in just tunjuk resit pembayaran.
Kemudian, staff yang bertugas akan bagi kad akses dan satuameniti bag yang
mengandung tuala, berus gigi dan air mineral (500ml).

Oh, lagi satu jangan lupa time check-in tu kena tinggalkan deposit RM50. Timecheck-
out, kena hantar balik tuala yang dia bagi time check-in tadi, kemudian baru dia bagi
balik RM50 tu. Then, luggage/ bag boleh je bagi kat staff untuk tolong simpan.

Berbaloi tak stay di Capsule KLIA 2 dengan harga macam tu?

Bagi aku, memandangkan lokasi dia sangat sangat dekat dengan balai berlepas KLIA
2, jadi cukup berbaloi. Harga tu bukan saja untuk tempat tidur, malah dilengkapi dengna
pelbagai kemudahan yang lain seperti:

Foldable desk & cermin


2 bantal yang sangat comfy
In room hanger
Personal reading light
Electric power point
Earplug (on request)
Wake up call (on request)
Complimentary wifi access
Hot and cold shower
Complimentary locker storage (first come first serve basis)
Complimentary access to lounge area

Amacam, agak-agak berbaloi ke tidak? Aku kalau dah ada wifi, ok la tu, hahahaha.
Cuma, satu benda yang aku kurang berpuas hati iaitu berkaitan toilet dengan konsep
sharing. Mungkin part toilet yang ala-ala asrama tu perlu diperkemaskan lagi. Nampak
pintu pun macam dah nak tercabut dan kebersihan pun perlu dipertingkatkan lagi.
Overall, kemudahan yang lain tip-top. Tidur pun selesa!
Apa lagi kemudahan yang ada di Capsule KLIA 2?

Selain tempat tidur, loker simpan barang, dan shower, Capsule KLIA 2 juga ada
menyediakan satu ruangan khas untuk chill out. Sama ada nak lepak-lepak sambil on
wifi ataupun membaca, bolehlah lepak santai kat sini. Mana tahu ada yang tak dapat
nak tidur lena atau bangun tidur terlalu awal dan tak tahu nak buat apa kan? So,
bolehlah datang sini.