Anda di halaman 1dari 53

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

INI BUKAN EBOOK TEORI. INI

EBOOK PERKONGSIAN

EKSPERIMEN

Ebook siri native advertising ini adalah pengalaman dan

ujikaji saya dan pasukan Write to Wealth terhadap satu

kaedah pengiklanan yang berbeza dengan

kebiasaannya.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Kaedah ini mempunyai pelbagai jenis nama. Nama

popularnya adalah native advertising atau pengiklanan

natif.

Kajian kes atau ujikaji yang saya kongsikan ini langsung

tidak menjamin keberkesanannya pada bisnes tuan

puan.

EKSPERIMEN DAN KONGSI

HASILNYA

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Tugas kami adalah bereksperimen dan berkongsi hasil

yang diperoleh. Kemudian kami akan bentangkan

strategi yang kami gunakan dari A sampai Z.

KENAPA KAMI BEREKSPERIMEN

DENGAN NATIVE ADS?

Ramai klien, peserta seminar, pembeli produk Write to

Wealth bertanya kepada kami soalan ini,

"Kenapa tuan dan pasukan Write to Wealth melaburkan

masa, wang dan tenaga untuk menguji keberkesanan

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
native advertising? Bukankah ada teknik pengiklanan

lain yang terbukti berkesan?"

Ini jawapan saya:

1. Native advertising sebenarnya adalah strategi

pengiklanan kegemaran saya.

2. Kami sudah gunakan pendekatan ini sejak 3 tahun

lepas (di luar negara dan dalam negara). Cuma kami

tidak ada nama yang sesuai. Sebelum ini, kami

gunakan pelbagai jenis nama seperti PEC (Profitable

Engagement Content), dan juga content presell.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
3. Write to Wealth sendiri (perasan atau tidak)

menggunakan pendekatan native advertising setiap kali

mempromosikan produk atau servis.

4. Native ads ini bukan sesuatu yang baru. Ia digunakan

sejak tahun 90-an dan juga digunakan oleh penulis iklan

terkenal seperti David Ogilvy.

5. Tidak ramai pemilik bisnes yang boleh melakukan

native ads kerana ia perlukan pendekatan yang betul,

supaya setiap pelaburan terhadap iklan mampu

memaksimumkan keuntungan bisnes.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
8 MANFAAT EBOOK INI KEPADA

BISNES ANDA

Dalam ebook ujikaji bersiri native advertising, anda

akan belajar beberapa komponen penting seperti:

1. Apakah objektif utama yang kami tetapkan, sebelum

membangunkan kempen-kempen native advertising

untuk produk yang kami mahu jual (Dalam kes ini, DVD

Pensyarikatan oleh ABS).

2. Bagaimana kami memilih dan menetapkan segmen

pelanggan yang bersesuaian untuk menjual produk ini.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
3. Kenapa mereka? Apakah masalah yang mereka

hadapi?

4. Bagaimana kami hasilkan content yang mereka

mahu, secara tidak langsung mendorong dan

mempengaruhi mereka untuk membeli produk yang

kami promosikan.

5. Cara kami sebarkan content ini kepada pelanggan

yang kami mahu.

6. Struktur content yang kami gunakan.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
7. Faktor pemilihan ayat-ayat penting seperti tajuk,

content dan cara menjual. Apakah hasil daripada

eksperimen untuk semua ayat ini.

8. Bagaimana anda boleh ambil formula, templet yang

kami gunakan bagi tujuan melancarkan kempen native

ads untuk bisnes anda.

Dalam erti kata lain, anda sebagai pembaca ebook ini

akan faham keseluruhan proses bagi pembentangan

kajian kes ini. Terdapat 3 proses yang asas iaitu:

1. Sebelum - Apa yang kami buat sebelum melancarkan

kempen.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
2. Semasa - Apa yang kami buat semasa melancarkan

kempen.

3. Selepas - Data yang kami dapat selepas melancarkan

kempen native ads dalam jangka masa yang

ditetapkan.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
3 DATA YANG KAMI GUNAKAN

UNTUK UKUR KEBERKESANAN

UJIKAJI NATIVE ADS

Berikut adalah 3 data yang kami gunakan untuk

bereksperimen native ads bagi produk DVD Syarikat

ABS:

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Boleh rujuk content kami menerusi laman web ini:

http://writetowealth.my/bahayaenterprise/

(PS: Kami menjual produk ini sebagai agen affiliate)

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
1. Google Analytics - Mengetahui jumlah pelawat yang

masuk ke dalam laman web ini.

2. Facebook Ads - Dapatkan maklumat kos pengiklanan

yang kami keluarkan sepanjang tempoh yang

ditetapkan.

3. Ruangan penyata komisyen Aztetic - Supaya kami

dapat tahu hasil komisyen yang diperoleh. Dalam kes

ini, jualan kasar.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
DATA 1 - GOOGLE ANALYTICS

Tarikh eksperimen ini bermula dari 20hb April 2015

hingga 15hb Mei 2015.

Berikut adalah data daripada Google Analytics:

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Gambar di atas mungkin agak kecil untuk dilihat. Berikut

adalah data yang kami ambil kira untuk eksperimen ini:

2,361 pelawat yang masuk dan membaca content

ini dari 20hb April 2015 hingga 15hb Mei 2015.

Kadar purata masa yang mereka ambil untuk

membaca content ini adalah: 43 saat.

Peratus bounce rate untuk content ini adalah:

89.41%

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Kesimpulan ringkas yang dapat kami kongsikan

berdasarkan data Google Analytics, prestasi iklan ini

berada pada paras biasa-biasa sahaja.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
DATA 2 - FACEBOOK ADS

Untuk data Facebook Ads berdasarkan tarikh yang

sama, berikut adalah hasilnya:

Data yang kami ambil kira dalam eksperimen native ads

untuk produk ini adalah:

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Website clicks: Jumlah klik daripada iklan ini

adalah 1,072. Ini bermaksud tidak semua pelawat

yang membaca content ini datang daripada

Facebook Ads.

Reach: Jumlahnya adalah 30,515. Kami paparkan

iklan ini kepada individu yang sudah kenal jenama

Write to Wealth, Aqif Azizan dan beberapa jenama

yang berkaitan dengan topik bisnes.

Total spent: Jumlah yang kami laburkan untuk

iklan dari tarikh 20hb April 2015 hingga 15hb Mei

2015 adalah RM298.26.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Average cost per website click: Kos purata yang

Facebook caj kepada kami bagi setiap klik adalah

RM0.28 sen.

Ini adalah maklumat yang lebih mendalam terhadap

prestasi iklan yang kami gunakan untuk eksperimen

menjual produk ini adalah:

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Jumlah CTR (Click through rate): 3.589%.

Relevance score: Facebook beritahu bahawa nilai

relevansi iklan ini kepada sasaran pelanggan

adalah 7/10.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Paparan iklan news feed sahaja: Kami tidak

mensasarkan pengguna mobile kerana mahu

bereksperimen dengan pengguna desktop semata-

mata.

Ini pula paparan iklan yang kami gunakan. Apabila

pengguna Facebook klik pada iklan ini, mereka akan

pergi ke laman web yang mempunyai content:

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Kesimpulan ringkas yang kami boleh kongsikan

berdasarkan data yang diperoleh adalah:

1. Pelanggan suka respon pada iklan seperti ini.

2. Bilangan share (41 shares) untuk iklan seperti ini

meningkat. Secara tidak langsung mengurangkan

kos iklan kami dan mampu disebarkan kepada

lebih ramai pengguna Facebook tanpa perlu

keluarkan kos.

3. Kami tidak bereksperimen dengan kos yang

besar. Hanya RM15 sehari. Ia perlu dibandingkan

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
dengan jumlah jualan harian yang diperoleh

sebelum kami boleh buat kesimpulan rasmi.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
DATA 3 - RUANGAN PENYATA KOMISYEN AZTETIC

Ini adalah hasil eksperimen kami. Sila faham bahawa

penyata komisyen ini adalah berdasarkan gross sales.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Tujuan komisyen ini dipaparkan semata-mata untuk

eksperimen sahaja. Supaya para pembaca dapat faham

hasil yang diperoleh daripada ujikaji ini.

Seterusnya, kita akan pergi kepada struktur

pengiklanan yang kami gunakan untuk kempen native

ads ini.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
6 SOAL JAWAB PENTING

BERKAITAN EKSPERIMEN NATIVE

ADS - KHAS UNTUK PRODUK INI

Untuk bab ini, kami akan berkongsi jawapan yang lebih

mendalam terhadap kempen native ads untuk menjual

produk ini sebagai agen affiliate.

SOALAN #1

Apakah objektif utama yang kami tetapkan, sebelum

membangunkan kempen-kempen native advertising

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
untuk produk yang kami mahu jual (Dalam kes ini,

DVD Pensyarikatan oleh ABS)?

Objektif kami untuk eksperimen ini adalah direct selling.

Perjalanannya adalah seperti berikut:

Pelanggan respon pada iklan -->> Baca content -->>

Puas hati dengan content, baru membeli produk yang

kami tawarkan.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
SOALAN #2

Bagaimana kami memilih dan menetapkan segmen

pelanggan yang bersesuaian untuk menjual produk

ini?

Kami gunakan pelanggan sedia ada iaitu mereka yang

sudah kenal jenama Write to Wealth dan Aqif Azizan.

Segmen utama pelanggan kami adalah: Pemilik

bisnes yang sudah mempunyai mendaftarkan syarikat

enterprise.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Pemilihan segmen pelanggan ini sangat sesuai dengan

produk yang kami jual.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
SOALAN #3

Kenapa mereka? Apakah masalah yang mereka

hadapi?

Saya sendiri selalu dapat soalan seperti ini daripada

pelanggan yang sudah mempunyai syarikat enterprise,

Bilakah masa yang sesuai untuk daftar syarikat

Sdn. Bhd.?

Apakah komponen-komponen yang saya perlu

lihat dalam syarikat enterprise, sebelum saya buat

keputusan untuk daftar syarikat Sdn. Bhd.?

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Apa perbezaan ketara syarikat enterprise, PLT dan

Sdn. Bhd.?

Soalan-soalan ini yang menyebabkan kami memilih

segmen pelanggan yang hanya sudah mendaftarkan

syarikat enterprise.

Dalam masa sama, ada juga segmen pelanggan kami

yang terdiri daripada mereka yang sudah daftar syarikat

Sdn. Bhd., tetapi tidak tahu bagaimana untuk

menguruskannya dengan baik untuk mengembangkan

bisnes.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
SOALAN #4

Bagaimana kami hasilkan content yang mereka

mahu, secara tidak langsung mendorong dan

mempengaruhi mereka untuk membeli produk yang

kami promosikan?

Content yang kami hasilkan perlu menepati dua kriteria

iaitu:

Content itu bersesuaian dengan produk yang kami

jual.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Content itu mempunyai nilai yang tinggi kepada

pelanggan. Iaitu menyelesaikan masalah mereka

atau menjawab soalan.

Dalam eksperimen ini, kami menggunakan pendekatan

menghasilkan content untuk berkongsi tentang risiko

mempunyai syarikat enterprise.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Gambar di atas adalah sebahagian daripada paparan

content yang kami berikan kepada pengguna. Untuk

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
dapatkan paparan penuh, sila layari laman web di

bawah:

http://writetowealth.my/bahayaenterprise/

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
SOALAN #5

Apakah struktur content yang kami gunakan?

Struktur content yang kami gunakan adalah format asas

dalam mana-mana penulisan artikel. Berikut adalah

susunannya (dari atas ke bawah):

1. Tajuk - Tidak melebihi satu baris. Paling kritikal.

2. Sub-tajuk - Tidak melebihi 3 baris dan bahagian

ini akan menerangkan manfaat keseluruhan artikel

kepada pembaca.

3. Disampaikan oleh - Letakkan nama.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
4. Gambar - Gambar berkaitan dengan content yang

mahu disampaikan.

5. Pengenalan.

6. Isi kandungan.

7. Kesimpulan.

8. Tawaran kepada jalan penyelesaian

keseluruhan - Gunakan tajuk yang betul untuk

mendorong pembaca membaca tawaran produk

yang kita mahu kongsikan.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
9. Gambar produk - Gunakan gambar produk sedia

ada. Dalam eksperimen ini, kami gunakan gambar

produk yang dibekalkan oleh pihak penjual.

10. Penerangan ringkas tentang produk -

Terangkan fungsi utama produk dan bagaimana

ia boleh membantu pembaca dengan lebih

mendalam.

11. Arahan bertindak - Dalam eksperimen ini, kami

mempengaruhi pelanggan untuk klik pada ayat.

Apabila pengguna klik, mereka akan dibawa

kepada laman web jualan rasmi produk.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
12. PS - Kami memberi peringatan kepada pembaca

tentang siapa yang sesuai memiliki DVD ini.

Kerana kami mahu lakukan tapisan supaya

mereka tidak berpuas hati dengan produk yang

dibeli.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
SOALAN #6

Cara kami sebarkan content ini kepada pelanggan

yang kami mahu.

Memandangkan ini hanya eksperimen kecil dengan

bajet maksimum RM300 untuk 1 bulan, kami memilih

Facebook Ads sebagai alat untuk promosikan content

ini.

Kami menggunakan dua pendekatan untuk promosikan

content ini di Facebook iaitu:

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
1. Facebook Ads (Menggunakan Facebook Pages

Aqif Azizan).

2. Facebook Profile (Aqif Azizan).

Kenapa?

Kerana kedua-dua Facebook Pages dan Facebook

Profile ini mempunyai pengikut yang terdiri dalam

kalangan orang-orang bisnes. Lebih 90% sudah

daftarkan syarikat enterprise.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Maksudnya di sini, kami jelas dengan empat komponen

utama sebelum melancarkan kempen native

advertising:

1. Kenal siapa pelanggan.

2. Tahu pelanggan ada di mana.

3. Tahu apa yang pelanggan mahu.

4. Promosikan produk yang pelanggan cari.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
BAGAIMANA ANDA BOLEH

GUNAKAN EKSPERIMEN INI UNTUK

KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI?

Terima kasih kepada anda yang melaburkan sejumlah

wang untuk memiliki ebook kajian kes ini.

Seperti yang saya beritahu, 80% nilai pembelian ini

akan kami gunakan sebagai modal untuk

bereksperimen dengan native ads.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Supaya dari semasa ke semasa, kami boleh hasilkan

ebook kajian kes native ads dalam skala yang besar

dan pelbagai industri.

Dalam masa yang sama, saya mahu para pembeli

ebook ini memiliki peluang untuk buat duit.

Untuk ebook ujikaji siri pertama ini, saya ada bekalkan

bonus bernilai RM2,500+ iaitu templet web content

yang kami gunakan sepanjang bereksperimen

dengan native ads.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Ia milik anda 100%. Anda boleh buat apa sahaja

dengan fail (.html) ini.

Malah, anda boleh gunakan pendekatan yang sama

seperti kami gunakan dalam ebook ini, untuk

bereksperimen dengan native ads anda.

Berikut adalah langkah ringkas untuk anda gunakan

templet ini sebaik mungkin:

1. Buka fail (.zip) yang kami berikan sebagai bonus.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
2. Tukar link affiliate kepada link anda sendiri pada

bahagian arahan pembelian (daftar sebagai agen

affiliate produk ini di sini: https://dnc.aztetic.my/.

3. Tukar nama anda sebagai penulis.

4. Upload fail (.html) ini ke dalam laman web anda.

5. BONUS: Sila install komponen penting untuk

tracking seperti Google Analytics, Website Custom

Audience, Mixpanel dan sebagainya jika anda

tahu.

Sila gunakan dengan beretika.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda. Kami

akan terus bereksperimen dengan native ads.

- Aqif Azizan

Pengasas, Write to Wealth

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
MAHU KAMI BANTU ANDA

BEREKSPERIMEN DENGAN NATIVE

ADS KHAS UNTUK GANDAKAN

SALES BISNES ANDA?

Kami berbesar hati untuk bekerjasama. Misi kami

adalah bereksperimen dengan pelbagai jenis bisnes

untuk buat 1 kesimpulan rasmi terhadap potensi native

ads di Malaysia.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Tetapi, kami hanya mahu bekerjasama jika anda

memiliki 5 kriteria berikut:

1. Mempunyai pengalaman menggunakan alat

pengiklanan online (Cth: Facebook Ads).

2. Mempunyai bajet pengiklanan minimum RM500

sebulan, khas untuk bereksperimen dengan native

ads. Kami akan gunakan bajet ini.

3. Bayaran sebanyak RM250 sebagai caj

konsultansi native ads khas untuk bisnes anda

selama 1 jam. Anda akan jumpa dengan saya

secara personal di pejabat atau kawasan KL. Saya

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
akan terangkan kempen native ads yang

bersesuaian dengan bisnes anda.

4. Bersetuju untuk kami berkongsi kajian kes ini

kepada pemilik bisnes lain di Malaysia. Lagi

banyak kita berkongsi ilmu bermanfaat, lagi besar

ruang rezeki yang Allah buka untuk bisnes kita.

5. Faham maksud eksperimen - Ini bermakna, anda

mungkin akan menanggung kerugian dari sudut

sales apabila kempen native ads ini tidak

berkesan.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
Jika anda mempunyai 5 kriteria ini, maka saya berbesar

hati untuk berjumpa maksimum 5 pemilik bisnes

sahaja setiap bulan.

Sila hubungi staf saya yang komited untuk membantu

anda bereksperimen dengan native ads ini.

Beliau adalah Tuan Syazwan.

SMS "NA EKSPERIMEN" di talian 017 649 1442 untuk

bertanya tentang slot konsultansi dan servis eksperimen

native ads ini.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.
TERIMA KASIH KERANA

MENYOKONG EKSPERIMEN WRITE

TO WEALTH.

KAMI SAYANG ANDA. SERIUS.

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat | Aqif Azizan | Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.