Anda di halaman 1dari 3

Bagi mereka yang ingin menggunakan jalan darat ke Ao Nang Krabi, pelancong boleh menggunakan laluan jalan

darat dengan menggunakan pintu masuk ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam (Kedah) 343KM, Padang Besar
(Perlis) 364KM atau Wang Kelian (Perlis) 335KM.

Laluan Ke Krabi

1. Melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah

Hatyai-Pathalung-Trang dan Krabi


6 - 7 jam perjalanan dari sempadan

2. Melalui Padang Besar, Perlis


Cha Lung-Thung Wa-Trang-Krabi
4 - 5 jam perjalanan dari sempadan
Checklist sebelum ke Krabi:

1. Passport setiap seorang


2. Lesen kereta
3. Geran kereta asal @ beberapa salinan fotostat
4. Surat kebenaran pemilik kereta (sekiranya kereta bukan milik kita. Mana milik kita? Semua milik Dia. Ecewah
bernasyid tiba-tiba)
5. GPS / Aplikasi Waze
6. Insurans kereta (buat di Changlun) RM16 untuk 9 hari
7. White card (beli di Changlun)
8. Hotel voucher (aku dah book awal melalui Agoda.com)
9. Duit RM dan Baht secukupnya. Kami tukarkan RM9.. kepada 8000 baht.
10. Pakaian secukupnya, telekung jangan lupa, sunblock, etc. (Sunblock sangat penting ya!)
11. minyak kenderaan secukupnya kerana harga minyak Ron95 di Thailand lebih mahal
12. Pastikan memilih hotel yang mempunyai tempat letak kenderaan dan pastikan betul-betul parkir tersebut
tidak terhad untuk beberapa buah kereta sahaja
13. Pemilihan hotel satu bilik dua orang, pastikan hanya masuk ke bilik dua orang sahaja. Kalau lebih akan
dikenakan caj RM80 untuk satu kepala bagi satu malam melainkan kanak-kanak. Pihak hotel akan meminta
semua passport pelancong yang akan bermalam.

Princeville hotel

Anda mungkin juga menyukai