Anda di halaman 1dari 4

Minggu 8

Banding beza pemikiran Bandura mengenai cara kanak-kanak belajar


berbanding pandangan ahli teori behavioris dan kognitif.
Menurut pemikiran Bandura, kanak-kanak melakukan pembelajaran dengan
meniru apa yang ada di Terdapat hubungan yang erat di antara pelajar dan
Hasil pembelajaran adalah berupa kod perilaku visual dan verbal yang
diwujudkan dalam perilaku sehari-hari. Pembelajaran bandura disebut sosial
kognitif disebabkan pembelajaran terjadi adanya pengaruh lingkungan social.
Setiap proses belajar sosial terdapat dalam beberapa tahap iaitu tahap
pemerhatian, Tahap penyimpanan dalam ingatan, Tahap reproduksi dan tahap
motivasi. Belajar bukan setakat adanya perubahan tingkah laku yang diamati
tetapi juga merupakan pencapaian pengetahuan dan tingkah laku yang dapat
diamati berdasarkan pengetahuan tersebut. Ini bermaksud individu akan
banyak menunjukkan kelakuannya berbanding apa yang hanya dilihat.
Berbeza dengan pandangan Bandura, teori behavioris berpandangan bahawa
belajar adalah perubahan dalam tingkah laku sebagai akibat dari interaksi
antara stimulus dan respons. Atau dengan kata lain, belajar adalah perubahan
yang dialami pelajar dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan
cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan respons. Ia dilihat
satu gerak balas terhadap rangsangan yang boleh dilihat secara kuantitatif.
Pendekatan ini juga disebut sebagai rangsangan gerak balas atau psikologi R-
G (ringkasan) Contohnya apabila pelajar berdiri ketika diarah oleh guru. Berdiri
adalah gerak balas, rangsangan daripada arahan guru.

Teori kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah
mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak
kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana
seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda,
dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi.
Perubahan kognitif dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap
pemikiran seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan keupayaan.Ramai ahli
psikologi kognitif bersetuju bahawa perubahan yang berlaku dalam diri pelajar
disebabkan interaksi pelajar dengan persekitaran hidup dan situasi
pembelajaran yang dialami . Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan
sesuatu yang baharu, kita akan cuba menyelaraskan dengan apa yang telah
kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Untuk
berusaha kearah ini, kita mungkin menerima idea baru dan membuang idea
lama atau membung idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita.
Bandingkan pemikiran Carl Rogers berbanding Abraham Maslow
mengenai teori pembelajaran kanak-kanak dan jelaskan perbezaan
antara pandangan Islam mengenai pembelajaran kanak-kanak
berbanding pandangan barat.
Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya bahawa setiap individu
mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata lain setiap
individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan dirinya. Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang
akan mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan
kecemerlangan diri. Oleh itu, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan
yang diperolehi daripada persekitaran mereka akan membolehkan individu
masing-masing membentuk konsep kendiri, sama ada positif ataupun negatif
adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran tersebut.

Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan


hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan
dapat menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu,
pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila
ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang
berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna.
Selain itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis iaitu:
a) Pembelajaran kognitif yang tidak berguna ilmu pengetahuan yang
diperolehi oleh individu tidak digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan
seharian
b) Pembelajaran eksperiential ilmu pengetahuan yang diperolehi dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow.


Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan memenuhi keperluan
asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Mengikut
Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu
keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang,
penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri.

Maslow berpendapat motivasi dalaman akan mendorong manusia berusaha


mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan
tanpa kawalan atau ransangan luar. Apabila individu telah mendapat
kepuasan dalam sesuatu hirarki, keprluan hirarki yang lebih tinggi akan
berlaku secara semulajadi. Namun begitu, jika hirarki yang lebih rendah
masih belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi
tidak dapt dikemdangkan dengan sewajarnya. Terdapat ramai individu
sehingga akhir hayat mereka pun tidak dapat berkembang sehingga hirarki
tertinggi.

Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan


pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan
kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori pembelajaran
Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi
perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan untuk mencari apa
yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya. Maslow menganggap
motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan
diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus
bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai
keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira
budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang dibincangkan
oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan
perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang
diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan
dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan
oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam
bentuk hieraki.
Menurut pandangan Islam, belajar sebagai media pengembangan diri. Selain
itu belajar juga merupakan suatu proses yang akan mengakibatkan perubahan
dalam diri individu yang belajar. Belajar memiliki tiga erti penting menurut Al-
Quran. Pertama, bahawa orang yang belajar akan mendapatkan ilmu yang
dapat digunakan untuk memecahkan segala masalah yang dihadapinya di
kehidupan dunia. Kedua, manusia dapat mengetahui dan memahami apa yang
dilakukannya kerana Allah sangat membenci orang yang tidak memiliki
pengetahuan akan apa yang dilakukannya kerana setiap apa yang diperbuat
akan dimintai pertanggungjawabannya. Ketiga, dengan ilmu yang dimilikinya,
mampu mengangkat derajatnya di mata Allah.

Menurut pandangan barat, belajar sebagai perubahan tingkah laku yang relatif
menetap yang terjadi sebagai hasil dari pengalaman atau tingkah laku. Belajar
merupakan proses manusia untuk mencapai berbagaiu macam kompetensi,
ketrampilan dan sikap. Belajar adalah prosesyang diarahkan kepada tujuan,
proses berbuat melalui berbagai pengalaman.
Minggu 8

Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan Teori Pembelajaran


Sosial Albert Bandura dan Teori Pembelajaran Humanistik.- Carl
Rogers dan Maslow. Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan
rujukan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik simpan dalam
portfolio.

Anda mungkin juga menyukai