Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI

16100 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
TAHUN 2015

TARIKH:
SEPANJANG TAHUN 2015

TEMPAT:
SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI

PENGANJUR:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI
SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI
PROGRAM GURU PENYAYANG TAHUN 2015

1.0 Rasional
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat
belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang
memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya
(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil
berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi
perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.Membudayakan
amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu
bapa, komuniti dan masyarakat.

2.0 Matlamat
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap
kasih sayang di sekolah.

3.0 Objektif
Melalui program ini diharapkan semua guru:-
3.1 Menjiwai amalan penyayang dan menjadi budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

4.0 Tarikh Pelaksanaan:


Sepanjang Tahun

6.0 Kumpulan Sasaran


Semua pelajar SRATAAP

7.0 Kaedah Pelaksanaan

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa
pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
1. Mengalu-alukan kehadiran murid
2. Pelaksanaan Program Mentor Mentee
3. Memberi penghargaan kepada murid

Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.


8.0 Sumber Pendapatan/Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH SEUNIT JUMLAH

1 Banner Mengalu-alukan murid 1 x RM 60.00 RM 60.00

2 Ucapan Hari Lahir Pelajar (Kad) 30 x RM 1.00 x 12 bln RM 360.00

JUMLAH BESAR RM 420.00

9.0 SUMBER KEWANGAN:


Unit Bimbingan dan Kaunseling

10.0 Jawatankuasa
Pengerusi : Pn. Hjh Siti Esah bt Yaacub (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Supian Ab. Ghani (GPK HEM)
Setiausaha : Pn. Nik Aizon bt Nik Baidilleh (Guru Bimbingan & Kaunseling)
AJK:-
: Pn. Kamariah (Guru Disiplin)
: Pn. Intan Fazlina Amir Hamzah (Guru PSS)
: Pn. Che Zaleha Harun (Penyelaras Tahun 1)
: Pn. Shamsiah Rozali (Penyelaras Tahun 2)
: En. Nasaruddin Mohd Yusof (Penyelaras Tahun 3)
: Pn. Mariani Awang (Penyelaras Tahun 4)
: En. Amberi Mamat (Penyelaras Tahun 5)
: Pn. Tuan NorhasanaTuan Aziz (Penyelaras Tahun 6)
Dokumentasi : Pn. Masitah Tumpang
: Pn. Ifaf Paku Rozi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ .................................................
(NIK AIZON BT NIK BAIDILLEH) (SITI ESAH YAACUB)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar,
SRATAAP SRATAAP
Lampiran : Aktiviti Guru Penyayang

BIL AKTIVITI KAEDAH

i. Aktiviti Mengalu-alukan murid i. Menyambut kedatangan murid;


1.
a. Guru mengalu-alukan murid di pintu a. Penampilan guru yang kemas dan
pagar sekolah ceria
b. Semasa murid memulakan sesi b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan
persekolahan baru menghormati murid
c. Semasa murid datang ke sekolah c. Ambil berat, prihatin dan sabar
d. Semasa murid pulang dari sekolah menyambut murid

ii. Membuat sapaan


a. Memberi salam dan menyambut
salam semasa datang sekolah
b. Lambaian pulang
c. Bertanya khabar

iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar


secara berhemah
Contoh
a. Membetulkan tudung
b. Membetulkan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi


b. Aktiviti Mentor Mentee 1. Strategi pelaksanaannya;
2.
1. Tujuan; i. Seorang atau dua mentor bagi setiap
i. Membangunkan sahsiah diri murid kelas
ii. Membina jati diri murid ii. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua
iii. Membantu menyelesaikan masalah murid kali sebulan dan dijadualkan
iii. Program untuk semua murid
2. Cadangan aktiviti 2. Pengisian semasa perjumpaan;
i. Sesi ramah mesra i. Membuat sapaan
ii. Sesi makan bersama ii. Menyemak dan prihatin latar
iii. Meraikan hari lahir belakang mentee
iv. Bimbingan hala tuju hidup iii. Membimbing mentee mengatasi
v. Lawatan/ziarah keluarga masalah
vi. Sesi perkongsian masalah iv. Membimbing mentee membina hala
tuju dan kerjaya
v. Membimbing mentee membentuk jati
diri dan sahsiah diri
3. Disenaraikan sebagai salah satu tugas
guru di sekolah
4. Menyediakan profile setiap mentee
a. Aktiviti Penghargaan Murid a. Mengumumkan ucapan selamat melalui
3
1. Aktiviti meraikan murid; pembesar suara sekolah
i. Hari lahir murid b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan
ii. Sambutan hari kanak-kanak tema sambutan
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut Contoh: Lagu Hari Lahir,Lagu Perayaan
kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Utama
Cina, Deepavali, Krismas termasuk c. Menghantar kad ucapan
perayaan utama di Sabah dan Contoh: Kad Hari Lahir, Kad Hari
Sarawak Perayaan
iv. Guru meraikan murid dalam suasana d. Aktiviti dilaksanakan semasa
kasih sayang perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai