Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Campuran pemasaran merujuk kepada unsur strategi utama yang perlu direka bentuk dan
diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran nilai yang memaksimumkan
kepuasan pengguna. Berdasarkan unsur-unsur di dalam campuran pemasaran, pemasar
boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempegaruhi permintaan terhadap
produknya. Campuran pemasaran dibentuk oleh empat unsur iaitu produk, perletakan
harga, pengagihan dan promosi.

Campuran pemasaran adalah set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan
berstrategi di mana setiap firma menggabungkan untuk manghasilkan maklum balas yang
dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam
campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk
mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu
produk, harga, promosi dan pengedaran.

Dalam kajian ini penyelidik telah memilih syarikat McDonalds Senawang, Seremban.
Penyelidik akan membuat analisis secara mendalam terhadap campuran pemasaran yang
diaplikasikan oleh syarikat ini. Selain itu, penyelidik juga akan mengenengahkan beberapa
cadangan bagi menambah baik kaedah pemasaran sedia ada bagi memberi manfaat kepada
organisasi dan juga pengguna.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

1.Menjelaskan campuran pemasaran dalam syarikat McDonalds

2.Menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat McDonalds

meliputi elemen berikut:

i. Produk
ii. Penetapan harga
iii. Promosi

2
3.0 LATAR BELAKANG

Mc Donalds merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia yang
berasal dari Arcadia, California. Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah
restoran yang dibuka oleh adik beradik iaitu Dick dan Mac McDonald. Sebelum
menumbuhkan restoran McDonalds Dick dan McDonald membuka gerai hot dog yang
dinamakan Airdome pada tahun 1937. Menu mereka mengandungi 25 jenis makanan,
kebanyakannya daging barbeku, hamburger. McDonalds yang pertama berharga
AS$0.15. Restoran ini menjadi suatu tempat yang amat popular dengan remaja-remaja
serta amat menguntungkan. Pada tahun 1948, selepas mendapat bahawa hampir kesemua
keuntungan mereka datangnya daripada hamburger, kedua-dua adik beradik menutup
restoran mereka selama beberapa bulan untuk mencipta dan melaksankan sistem
speedee iaitu sebuah sistem ranfakaina pemasangan yang lalu arus untuk hamburger.
Sewaktu restoran itu dibuka semula, mereka hanya menjaul harmburger, susu kocak, dan
kentang jejari. Dijual pada harga AS$0.15. Harga burgernya hanya merupakan setengah
daripada harga di tempat lain yang umum. Restoran ini amat Berjaya dan
kemasyhurannya disebar dari mulut ke mulut manusia dan akhirnya dikenali oleh ramai
pelanggan.

Pada tahun 1953 adik beradik McDonald memulakan francaisnya dengan Neil Fox
merupakan pembeli francaisnya yang sulung.Yang kedua dibuka di Phoneix, Arizona. Ia
merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk lengkung emas,
kemudiannya pada tahun yang sama,restoran yang asal dibina semula mengikut gaya
ini.Pada tahun 1953, restoran McDonalds yang keempat dibuka di Downey, California
pada sudut Lakewood dam Florence Avenue yang kini merupakan restoran McDonalds
yang tertua di dunia yang masih beroperasi. Pada tahun 1954, ushawan dan jurujual
pengadun susu kocak Ray Kroc terpesona dengan restoran McDonalds semasa membuat

3
lawatan. Apabila beliau mendapati keupayannya yang luar biasa serta kepopularannya.
Selepas melihat operasi restoran itu, Kroc bertemu dengan adaik beradik McDonalds
dengan cadangan supaya membenarkannya menjual francais yang pertama. Kroc bekerja
bersungguh-sungguh untuk menjual McDonalds dan juga memujuk Walt Disney yang
merupakan kenalanya supaya mengizinkannya membuka sebuah saluran keluar di
Disneyland yang akan dibuka tidak lama lagi.

McDonalds memiliki lebih 33,000 cawangan restoran di 188 negara seluruh dunia
dan mencatatkan jumlah pelanggan 66 juta setiap hari secara purata. Restoran
McDonalds yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada 29 april 1982 dijalan Bukit
Bintang,Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, McDonalds mencatatkan lebih daripada 200
perkembangan lokasi restoran dan operasi perniagaan dijalankan secara francais. Ronald
McDonalds adalah maskod utama McDonalds.McDonalds menepati kehendak
pelenggan dengan pilihan burger yang boleh dinikmati dengan segera. Antara menu yang
menjadi pilihan pelanggan McDonalds ialah double cheese burger, Quarter Pounder dan
Spicy McChicken. McDonalds juga menyediakan perkhidmatan pandu lalu dan servis
penghantaran bagi memudahkan pelanggan.

4
3.1 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian merupakan perkara yang sangat penting dalam melakukan sesuatu
kajian.Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, lokasi merupakan letak dan
kedudkan. Hal ini menunjukkan lokasi kajian ialah kedudukan atau tempat yang ingin
dicapai

3.1.1 Syarikat induk McDonalds

Peta 1 : Lokasi syarikat induk McDonalds

Peta 1 diatas menunjukkan lokasi syarikat induk McDonalds yang beroperasi di


Arcadia, California. Syarikat ini terletak dikedudukan yang strategi yang

5
membolehkan perniagaan ini berkembang dengan pesat. Penduduk setempat membeli
McDonalds untuk memenuhi kehendak mereka.

3.1.2 Syarikat cawangan McDonalds

Peta 2:Lokasi cawangan McDonalds di Senawang, Seremban

Peta di atas menunjukkan lokasi cawangan McDonalds yang terletak di Malaysia.


Syarikat ini terletak di Lot 2726, Jalan Taman Komersil Senawang 1 Taman Komersil
Senawang, 70450, Seremban, Negeri Sembilan, 70450, Malaysia. Syarikat
McDonalds ini terletak di kawasan yang strategi iaitu di kawasan penempatan yang
agak mewah dan sederhana.Penduduk di kawasan sekitar juga mempunyai kuasa beli
yang tinggi untuk membeli makanan keluaran syarikat McDonalds.

6
4.0 KAEDAH KAJIAN

Tujuan pennyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk mengaitkan antara objektif kajian
dengan hasil kajian. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah
sekunder sahaja. Kaedah sekunder meliputi kaedah kajian kepustakaan dan muat turun
bahan dari sumber internet. Melalui kaedah-kaedah ini, segala maklumat yang diingini
dapat diperoleh dengan tepat.

4.1 Data Sekunder

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002),d ata sekunder merupakan maklumat
sampingan yang boleh duigunakan dalam melaksanakan kajian.Antara kaedah
mengutip data sekunder ialah analisis dokumen, rujukan, dan pembacaan dan tinjauan
persuratan. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan data
sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan iaitu buku rujukan
dan laman sesewang

4.1.1 Buku Rujukan

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa buah buku dan
antara buku rujukan yang digunakan ialah marketing:An Introduction yang
ditulis oleh Armstrong, Gary & Kolter. Antara maklumat yang diambil dalam
buku rujukan ini ialah definisi umum campuran pemasaran, produk, penetapan
harga, dan promosi.Selain itu, penyelidik turut menggunakan buku rujukan
STPM Oxford Fajar dan buku teks STPM Longman.

7
4.2.2 Laman Sesawang

Kaedah ini memerlukan penyelidik mengakses internet dalam membantu


penyelidik memperoleh maklumat berkaitan dengan tajuk dan objektif yang telah
ditetapkan oleh penyelidik. Kaedah ini juga digunakan oleh penyelidik bagi
mendapatkan maklumat tambahan seperti peta kawasan bagi syarikat induk dan
syarikat cawangan. Antara laman web yang dilayari oleh penyelidik adalah
seperti berikut:

i. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_McDonald%27s
ii. https://www.google.com/maps/place/McDonald's
iii. http://apakes.com/health-wellness-beauty/1990-sejarah-restoran-
mcdonalds.html
iv. https://prezi.com/qmz4-qdg3e8i/latar-belakang/

5.0 DAPATAN KAJIAN

8
Bahagian ini menerangkan hasil kajian penyelidik yang diperolehi berdasarkan aspek-
aspek yang berikut iaitu jenis produk yang ditawarkan, penetapan harga, serta promosi
yang dijalankan oleh Syarikat McDonalds.

5.1 Campuran Pemasaran

Campuran pemasaran merujuk kepada unsur strategi utama yang perlu direka bentuk
dan diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran nilai yang
memaksimumkan kepuasan pengguna. Berdasarkan unsur-unsur di dalam campuran
pemasaran, pemasar boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk
mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Campuran pemasaran dibentuk oleh
empat unsur iaitu produk, perletakan harga, pengagihan dan promosi.

Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi
keperluan pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baharu
adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambil kira
persekitaran yang sentiasa berubah. Contohnya perubahan teknologi, keperluan, dan
kehendak pengguna serta persekitaran ekonomi. Memenuhi kehendak pengguna
selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada.

Seterusnya, harga ialah berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuian bagi
sesuatu produk. Perletakan harga mestilah mengambil kira kesemua kos yang terlibat
seperti kos operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan
pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji pekerja. Dalam masa yang sama harga
produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih

9
produk saingan. Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah
jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar. Bagi
sesetengah produk,harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti
tinggi. Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan meningkatkan
jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan.

Selanjutnya, promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai


sesuatu produk dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam panduan
pemasaran. Alat-alat promosi yang paling penting ialah iklan, jualan peribadi atau
terus, promosi jualan dan publisiti. Iklan merupakan satu bentuk komunikasi personal
yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai
sesuatu produk. Jualan peribadi ialah jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan
menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk. Banyak barangan industri
mengunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan disamping memberikan
perkhidmatan tambahan. Wakil jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada
pelanggan terutama untuk alatan atau produk yang teknikal dan canggih. Promosi
jualan biasanya digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal, ia melibatkan satu
tarikan kepada bakal pembeli. Hadiah percuma, kupon, dan potongan harga
ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.
Publisiti pula melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat
serta produk keluarannya.

Akhirnya,pengedaran berkaitan dengan bagaimana produk diagihkan kepada


kumpulan sasaran. Contohnya seperti pengunnan lori, kapal terbang, dan kargo.
Syarikat juga harus mengambil kira kadar inventori dan kos penyimpananya.

10
5.2 Elemen Campuran Pemasaran

5.2.1 Produk

Secara umumnya produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang
mempunyai atribut atau sifat-sifat yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki,
digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh
memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran. Secara ringkas,
produk boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di pasaran
oleh pengusaha dan mempunyai satu set ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna,
saiz, berat dan harga, dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan,
kecekapan, keberkesanan dan penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut
diperlukan oleh pengguna.

Umumnya restoran McDonalds menyediakan menu makanan yang tidak


terlalu banyak dan seragam di setiap cabnagnya. Hal ini untuk memudahkan alam
kecepatan penyajian, sehingga pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama
untuk memilih pesanannya. Pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk memilih
pesanan kerana menu yang disediakan oleh McDonalds adalah berpatutan dan
memudahkan pelanggan untuk memilih. Menu di setiap restoran McDonalds
adalah seragam, rata-rata pelanggan sudah pernah mencuba setiap menu sehingga
pelanggan tidak perlu ragu untuk memesan. Selain itu, McDonalds juga membuat
pakej menu sarapan, makan tegahari, makan malam dan makanan ringan.Hal
tersebut tentu saja membuat pelanggan semakin nyaman dan tidak terbatas lagi
dengan pilihan menu yang ada. Di dunia yang serba canggih ini, setiap orang
memerlukan kerja-kerja yang pantas,tidak terkecuali dalam hal makanan. Banyak
pekerja pejabat, mahasiswa, suri rumah, bahkan selebriti lebih memilih untuk
makan di McDonalds kerana perkhidmatannya lebih mantap dan cepat.

11
McDonalds telah menjadi restoran kegemaran pelbagai kaum dan bangsa. Setiap
cabang McDonalds selalu ditempatkan di tempat-tempat yang strategik agar
mudah dikunjungi oleh pelanggan. Sehingga tidak ada restoran McDonalds yang
kurang berhasil kerana lokasi yang kurang strategi.McDonalds juga menjalin
kerjasama dengan perusahaan besar lain.Contohnya coco-cola.Kerjasama ini tentu
saja memberikann kekuatan yang lebih besar bagi McDonalds.

Sebagai upaya kreatif untuk terus mempertahankan jumlah pelanggan, pihak


perusahaan McDonalds sentiasa melakukan beberapa cara yang terbaik terhadap
produk makanan yang dihasilkan diantaranya ialah menambah lebih banyak
rasa,memperkenalkan jenis baru dari produk McDonalds serta mengubah menu
yang sedia ada. Selain itu,M cDonalds juga menciptakan makanan khas misalnya

12
makanan mengikut usia seperti orang dewasa,remaja,dan kanak-
kanak.McDonalds juga menyediakan makanan sperti burger,my happy meals,
Chicken McD, nuggets, Ala carte, dessert, fries, McMuffin, pakej breakfast, pakej
lunch dan pakej dinner.

5.2.2 Penetapan Harga

Harga merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pemasaran suatu
produk kerana harga merupakan salah satu penentu keberhasilan suatu perusahaan dan
harga menentukan seberapa besar keuntungan yang akan diperoleh perusahaan dari
penjualan produknya.

Mcdonalds menerapkan strategi harga dengan memberikan berbagai penawaran


harga yang menarik kepada pelanggannya. Di antara strategi ini adalah dengan
memberikan pakej harga yang sangat menarik dan menguntungkan bagi pelangganya.
Selain itu, McDonalds juga menawarkan harga yang murah sehingga memungkinkan
pelanggan mahupun sekeluarga dapat menikmati menu pagi, tegahari dan malam di
McDonalds. Demi memuaskan citarasa rakyat Malaysia yang mengemarkan daging
ayam, satu sumber protein yang amat kaya iaitu McDonalds Chicken Foldover disaji
rapi dalam roti arab panas dengan bijian kalonji.

13
Strategi penentuan harga adalah untuk memaksimumkan jualan pada tempoh
yang singkat dan dapat memaksimukan kepuasan pengguna atau pelanggan.

5.2.3 Promosi

Promosi bermaksud proses, kaedah, atau cara untuk memberitahu, menyedarkan,


memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Promosi merupakan sejenis bantuan perniagaan.

14
Promosi juga memegang peranan penting dalam kejayaan McDonalds.Logo golden
arches,slogan Im lovin it Berjaya membawa McDonalds dikenali oleh seluruh
masyarakat di seluruh dunia.Dalam kalangan masyarakat muda, McDonalds
memperkenalkan tokoh dadut Ronald McDonalds yang juga berajaya menjadi daya tarikan
bagi pelanggan anak-anak muda. Logo Golden arches McDonalds yang sederhana dan
berwarna kuning sangat mudah diingati dan sekarang sudah menjadi salah satu logo yang
paling mudah dikenali oleh seluruh dunia. Logo golden arches tersebut telah menjadi ikon
yang sangat identik dengan McDonalds. McDonalds melakukan beberapa promosi kreatif
antaranya ialah iklan televisyen, publisiti, promosi di radio-radio, poster, internet dan
sebagainya. Kerjasama dengan pelbagai perusahaan dan pihak lain juga dilakukan oleh
McDonalds untuk melakukan upaya promosi besar-besaran. Selain itu, McDonalds juga
melakukan system yang kreatif dengan cara menghantar pesanan pelanggan di rumah.Ini
meyebabkan para pelanggan lebih selesa dan tidak perlu ke McDonalds untuk membeli
makanan tersebut.

15
7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat
McDonalds. Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang menentukan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti. Mana-mana industri
adalah lusa dan persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan.Organisasi
perlu merangka strategi inovasi. McDonalds telah memulakan perjalanan dekad yang
lalu dan mereka telah berjuang untuk megekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju
pasaran. Pelbagai telah berlaku pada masa lalu untuk syarikat McDonalds sama ada baik
atau buruk, tetapi ia adalah strategi yang menbantu mereka terus hidup dan mengekalkan
kedudukan mereka. Strategi syarikat ini adalah agar sama dengan strategi syarikat lain
dan kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada McDonalds tetapi mana-
mana kesilapan kecil yang dilakukan oleh McDonalds mungkin membuatkan
McDonalds sebagai penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu
menjadi pemimpin pasaran dan McDonalds perlu berhati-hati ketika melaksankan
strategi mereka.

Antara cadanganya ialahmemperbaiki makanan sedia ada McDonalds juga masih


memiliki beberapa kelemahan.salah satu yang paling jelas ialah masalah nilai gizi yang
terdapat dalam setiap kandungan sajian menunya. Menu makanan dan minuman yang
disajikan oleh McDonalds dianggap memiliki nilai gizi yang sangat rendah, tinggi
kolesterol dan berisiko mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kegemukan dan penyakit
jantung. oleh itu, McDonalds perlu menyediakan makanan yang lebih sihat terutamanya
untuk orang dewasa. Selain itu melakukan pengawetan terhadap bahan-bahan
McDonalds.Tambahan pula, membuat iklan untuk mengubah persepsi masyarakat
tentang McDonalds yang kebanyakkanya beranggapan McDonalds menpunyai nilai gizi
yang rendah dan tidak sihat. Akhirnya, membuat inovasi dengan menambahkan menu dan
memperbaiki menu sedia ada. Inovasi ini sangat membantu untuk menjaga pelanggan
agar tidak merasa bosan dan tetap menjadi pelanggan tetap di McDonalds.

16
Cadangan seterusnya ialahpenggunaan medium baharu dan terkiniPada zaman
globalisasi dan kepesatan teknologi jelaslah sekali terlalu banyak persaingan dalam
perniagaan yang dijalankan. Oleh yang demikian,Syarikat McDonald's seharusnya
merebut peluang secepat mungkin untuk menggunakan medium baharu dan terkini untuk
menarik pelanggan baharu serta untuk menperbanyakkan lagi pelanggan yang sedia ada.
Perniagaan masa kini dapat dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan
sesuatu produk dan perkhidmatan sekali gus dapat mengiklankannya.Laman sosial dilihat
sebagai medium hebahan pelbagai maklumat dan ianya sangat berkesan kerana
rangkaiannya yang luas, kos yang murah,pantas dan menarik. Dahulu peniaga sering
mengiklankan perniagaan mereka melalui poster, iklan, akhbar dan atau melalui media
massa seperti television dan radio. Kini media sosial seperti facebook, blog, youtube,
twitter, instagram dan lain-lain kini talah menjadi medium baharu untuk tujuan
mempromosikan barangan perniagaan. Dengan menggunakan kaedah media sosial seperti
ini membolehkan peniaga mendapatkan pelanggan baru yang lebih banyak dan mendapat
maklum balas dengan lebih pantas dan berkesan.Selain itu, penggunaan medium baru ini
dapat membina hubungan baik dengan pelanggan. Membina hubungan baik adalah salah
satu cara mengembangkan perniagaan. Dengan media sosial membolehkan kita berkongsi
maklumat mengenai perniagaan kita kepada orang ramai. Kini media sosial bukan sahaja
sebagai medium untuk bersosial tetapi juga untuk membantu dalam mengembangkan
perniagaan.

Selain itu, syarikat McDonalds juga meletakkan menu pada harga yang berpatutan
kerana masyarakat masa kini lebih gemar mencari dan memilih makanan- makanan yang
murah sejajar dengan kenaikan kos sara hidup masyarakat. Oleh yang demikian, pihak
McDonalds Malaysia seharusnya membandingkan harga produk dan menu mereka
dengan produk dan menu pesaing dari semasa ke semasa agar harga mereka kompetitf
dan dapat bersaing dalam pasaran.

17
Akhirnya, mempelbagaikan aktiviti promosi untuk menarik minat dan
mengekalkan pelanggan sedia ada. Pihak McDonalds perlulah mempelbagaikan bentuk
promosi makanan. Antaranya ialah dengan memberi sampel atau makanan McDonalds
percuma kepada orang ramai dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti permainan di dalam
McDonalds yang menghiburkan kanak-kanak. Selain itu, promosi melalui sekolah iaitu
memberi makanan percuma McDonalds kepada semua pelajar sekolah dan guru.

18
RUJUKAN

Rujukan merupakan sumber yang dirujuk. Terdapat pelbagai rujukan yang telah dibuat oleh
pengakaji bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan relevan. Berikut ialah rujukan yang
dibuat:

1.Buku Ilmiah

Encik Mokhtar Pet,2014 Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1,Selangor:Oxford

Fajar Sdn.Bhd.

Aini Hayati binti Mohamad dan Encik Lim Kong Teong,2012 Teks STPM Pengajian

Perniagaan Penggal 1,Rawang Selangor:Longman.

2.Internet

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_McDonald%27s (20/7/2015)
https://www.google.com/maps/place/McDonald's (24/7/2015)
http://apakes.com/health-wellness-beauty/1990-sejarah-restoran-mcdonalds.html
(27/7/2015)
https://prezi.com/qmz4-qdg3e8i/latar-belakang/ (5/8/2015)

19
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Gam
bar 1 : Logo McDonalds

20
Gambar 2: Harga promosi McDonalds

21
Gambar 3 : Pakej malam

Gambar 4 : Promosi McDonalds

22
Gambar 5: Menu yang disediakan oleh McDonalds

Gambar 6 : Pakej pagi McDonalds

23
LAMPIRAN 2:

BAHAN DAN MAKLUMAT DARIPADA SUMBER INTERNET

24

Anda mungkin juga menyukai