Anda di halaman 1dari 5

Agen-agen sosialisasi

Kanak-kanak sejak kecil lagi telah dikelilingi oleh agen-agen sosialisasi termasuklah ibu bapa,

pengasuh dari tadika dan juga dari keluarga yang terdekat. Apabila mereka di bangku sekolah,

agen sosialisasi telah bertambah banyak seperti sekolah sendiri, rakan sebaya dan persatuan yang

mereka ceburi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku,

sikap, nilai, motif, kepercayaan, personaliti dan kemahiran yang tertentu.

Perhubungan yang baik akan membentuk ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh.

Jean Piaget ahli psikologi terkenal berpendapat bahawa pembentukan personaliti seseorang ialah

berdasarkan empat perkembangan kognitif seseorang, iaitu 0-2 tahun, 2-6 tahun, 6-12 tahun dan

12-15 tahun. Sekiranya seseorang kanak-kanak dapat melalui perkembangan proses sosialisasi

tersebut dengan teratur maka dapatlah ia menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Faktor-Faktor Berlakunya Sosialisasi

Keluarga

Keluarga intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu meliputi ayah, ibu, saudara

kandung yang belum bernikah dan tinggal bersama dalam satu rumah. Menurut Gertrudge Jaedar

keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada anak-anak kerana anak-anak

sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu bapa mereka. Menurut George

Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan ( Preparatory Stage )
yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat meskipun

perbuatan itu tidak sempurna.

Rakan sebaya

Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen sosialisasi.

Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan

berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk keperibadian

seseorang individu. Dalam pergaulan anak-anak akan memperlajari peraturan yang mengatur

peranan dan kedudukan seseorang dan mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.

Kemajuan teknologi dan media massa

Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini

telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan kemajuan

teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu apabila melihat maklumat

yang terkandung dalam internet.

Media massa juga merupakan agen sosialisasi anak- anak kerana kebanyakan setiap rumah

mempunyai tv yang menyiarkan berbagai- bagai rancangan yang boleh membentuk perilaku

anak-anak. Kanak- kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut George Herbert Mead,

pada tahap meniru ( Play Stage ) kanak kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang

dewasa dan apa yang dia lihat.


Sekolah

Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan

kemahiran asas.Sekolah adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu

dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Ia juga merupakan

agen sosialisasi formal yang pertama untuk kanak-kanak

Sekolah merupakan agen sosialisasi. Ini kerana sekolah bukan saja menjadi tempat menuntut

ilmu bahkan warganya sudah pasti akan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi

tuntutan hidup. Sosialisasi berlaku di sekolah boleh diklasifikasikan kepada 3 cara :

I. interaksi murid bersama murid


II. interaksi guru bersama murid
III. interaksi antara kakitangan sekolah.

Oleh itu, sekolah merupakan salah satu tempat berlakunya pertembungan, asimilasi dan

pembentukan watak dan pemikiran seseorang pelajar. Melalui interaksi dan komunikasi yang

berlaku baik antara pelajar dengan pelajar atau antara pelajar dengan para guru, ianya memberi

kesan yang mantap.(Prof.Madya Dr. Jaffry Awang, Prof.Madya Dr.Rozmi Ismail,Kamaruddin

Salleh dan Hairunnizam Wahid )

Terdapat tiga cara berlakunya proses sosialisasi di sekolah seperti dinyatakan diatas. Namun

begitu, di sini saya hanya ingin membincangkan proses sosialisasi yang berlaku di dalam bilik

darjah iaitu interaksi murid bersama murid dan murid bersama guru. Bilik darjah merupakan unit

interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).

Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan murid di dalam bilik

darjah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum. Ketika P&P,
murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan

membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada

perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan

berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila

aktiviti kokurikulum dijalankan. Melalui aktiviti kokurikulum, murid dapat meluaskan

persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu,

pelajar juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang pelajarinya di dalam kelas. Justeru

itu, melalui kepimpinan persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.

Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru dan murid. Dalam soal ini,

murid secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara untuk berinteraksi dengan

individu yang lebih tua daripadanya. Selain daripada mendidik berkaitan dengan sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya menerapkan norma dan

nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan diharapkan dapat membantu

muridnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam masyarakatnya.

Melalui iklim kelas yang baik dan terkawal juga membolehkan interaksi yang baik antara guru

dan murid. Daripada kajian yang dilakukan oleh Duaen E.Thomas, Karen L.Bierman dan

C.J.Powers (2011) mendapati bahawa ciri iklim kelas yang tinggi positif dan menyokong

interaksi guru-murid memupuk pembangunan kendiri dan kemahiran pengurusan konflik, sekali

gus mengurangkan murid yang agresif. Oleh itu, guru perlu bijaksana menyusun strategi agar

suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu

membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan

berkesan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad.

Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi

secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan

untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru

bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam

menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel

Universes", 1994).

Anda mungkin juga menyukai