Anda di halaman 1dari 18

Topik Konsep Awal

3 Matematik:
Mengklasifikasi,
Memadankan,
Penyusunan
dan Susunan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti bahagian di mana kanak-kanak prasekolah perlu
belajar tentang mengklasifikasi, padanan, penyusunan dan
susunan;
2. Mereka bentuk panduan untuk pembelajaran, mengklasifikasi,
padanan, penyusunan dan susunan; dan
3. Membuat penilaian terhadap mengklasifikasi, padanan,
penyusunan dan susunan.

PENGENALAN
Kanak-kanak membina kefahaman terhadap konsep matematik mereka dalam
turutan berlandaskan konsep yang dibina atas satu konsep dengan konsep yang
lain.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 45
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Pembelajaran awal kanak-kanak secara lazimnya diperoleh melalui proses


penerokaan bebas dan pengalaman melalui bahan-bahan yang mereka gunakan
dalam aktiviti harian mereka.

Salah satu konsep awal matematik yang terbentuk pada kanak-kanak adalah
melalui konsep ciri. Ciri akan membezakan sesuatu bahan dengan yang lain
termasuk warna, saiz, bentuk, ketinggian, lebar, panjang dan berat.

Pemahaman mengenai konsep ciri akan menjadi asas kepada pembelajaran


konsep matematik yang lebih tinggi. Piaget mengaitkan pembelajaran
pengetahuan fizikal seperti warna, saiz, bentuk dan tekstur dengan proses
pembinaan logik-matematik kanak-kanak yang merupakan pengetahuan asas
dalam pemikiran matematik.

Pemahaman mengenai ciri membolehkan kanak-kanak melihat perbezaan antara


objek. Dengan kefahaman itu, mereka kemudian akan dapat melaksanakan
tugasan seperti pengelasan, padanan, isihan dan susunan objek. Kebolehan
untuk menjalankan tugasan tersebut merupakan asas yang sangat penting bagi
pembelajaran konsep algebra akan datang. Selain itu, aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang berkaitan dengan pengelasan, padanan, isihan, mengkategorikan dan
susunan juga memberikan kanak-kanak peluang untuk mengembangkan
keupayaan mereka dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
berfungsi sebagai seorang pelajar yang berdikari.

3.1 KLASIFIKASI
Salah satu konsep awal matematik yang diperoleh oleh kanak-kanak melalui
eksplorasi berpandu ataupun secara bebas ialah kemahiran mengklasifikasi.
Bagi melaksanakan tugas mengklasifikasi objek, kanak-kanak harus mampu
membezakan, memadan, menyusun, mengumpul atau mengkategorikan objek
berdasarkan ciri-ciri mereka terlebih dahulu. Pengetahuan mengenai konsep
mengklasifikasi merupakan asas untuk memahami konsep set dalam matematik.
Kanak-kanak perlu menggunakan deria mereka untuk membuat pemerhatian
terhadap pelbagai set objek dan juga mengenal pasti persamaan dan perbezaan
antara objek tersebut. Proses mengklasifikasi memerlukan kemampuan kanak-
kanak dalam mengumpulkan objek yang mempunyai satu atau lebih sifat atau
ciri-ciri.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


46 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Jadual 3.1 berikut menunjukkan senarai ciri dan nilai-nilai ciri yang berada di
tahap kualitatif.

Jadual 3.1: Senarai Sifat dan Nilai Kualitatif Mereka

Ciri Nilai Ciri (Kualitatif)


Warna hijau, merah, biru, kuning, hitam, putih
Saiz besar, kecil
Bentuk segi empat, segi empat tepat, bulatan, segi tiga
Ketinggian tinggi, rendah
Panjang panjang, pendek
Lebar luas, sempit, tebal, nipis
Berat berat, ringan

Dalam proses mempertingkatkan lagi konsep dan kemahiran dalam


mengklasifikasi, kanak-kanak perlu melalui pelajaran turutan Piagetian ataupun
logik seperti berikut:

(a) Belajar untuk membezakan, iaitu, untuk menentukan sama ada kedua-dua
objek yang diberikan adalah sama atau berbeza;

(b) Belajar untuk memadan dan mengumpulkan barangan berdasarkan ciri-ciri


tertentu; dan

(c) Belajar untuk mengklasifikasi atau mengkategorikan barang berdasarkan


kepada gabungan dua ciri atau lebih.

Memandangkan pentingnya dalam mewujudkan turutan yang logik


berkonsepkan peningkatan, guru perlu membentuk atau mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pembelajaran secara turutan.
Rajah 3.1 menunjukkan turutan yang dicadangkan dan berfungsi sebagai
panduan terhadap guru bagi merancang aktiviti pembelajaran untuk kanak
kanak:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 47
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Rajah 3.1: Turutan aktiviti yang dicadangkan untuk membimbing guru merancang
aktiviti pembelajaran kanak-kanak

3.1.1 Pemahaman tentang Set


Satu set boleh didefinisikan sebagai satu koleksi barang atau objek yang telah
ditakrifkan dengan beberapa sifat yang sama. Ia adalah sangat penting untuk
menentukan sifat atau kriteria dengan jelas bagi menentukan objek yang mana
harus dimasukan ke dalam sesebuah set. Contohnya, set haiwan berbeza
daripada set haiwan berkaki empat.

Gambar rajah Venn boleh digunakan untuk mengumpulkan objek ke dalam set
dan subset (Rajah 3.2), untuk menggambarkan pertindihan dan penggabungan
sebuah set.

Rajah 3.2: Gambar rajah Venn dengan subset

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


48 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Diberi dua set A dan B, manakala pada bahagian pertindihan adalah set yang
mengandungi unsur-unsur atau objek yang dimiliki kedua-dua A dan B. Sebagai
contoh, set A ialah set yang mengandungi semua murid dalam kelas Alpha yang
membawa makanan ke sekolah, dan set B ialah set yang mengandungi semua
murid dalam kelas Alpha yang membawa wang ke sekolah. Maka antara
pertindihan A dan B pula mengandungi murid-murid dari kelas Alpha yang
membawa makanan dan wang ke sekolah.

Rajah 3.3 mengambarkan maksud pertindihan set.

Rajah 3.3: Gambar rajah Venn yang menunjukkan satu pertindihan set A dan set B

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak dalam mengklasifikasikan


objek atau barang ke dalam set yang berbeza adalah apabila mereka membuat
tanggapan bahawa satu set hanya boleh mengandungi objek yang serupa. Pada
hakikatnya, objek di dalam satu set tidak semestinya serupa. Kemasukan objek
dalam satu set tertentu bergantung kepada definisi yang ditetapkan. Oleh itu,
adalah penting bagi guru-guru untuk menerangkan kepada murid tentang
kriteria yang akan menentukan set sebelum mereka ditugaskan untuk
mengklasifikasikan objek tersebut ke dalam set-set yang berbeza.

AKTIVITI 3.1
Kumpulkan gambar alat permainan daripada lima orang kanak-kanak
yang berbeza yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak
belajar mengklasifikasi berdasarkan kepada ciri. Tuliskan dengan jelas
jenis pembelajaran yang boleh diperoleh bagi setiap mainan yang anda
kenal pasti.

SEMAK KENDIRI 3.1

Apa yang anda faham dengan penggabungan dua set? Bolehkah anda
jelaskan maksud penggabungan set-set?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 49
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

3.2 PADANAN
Padanan adalah konsep sepadan satu dengan satu. Ia merupakan satu konsep
yang penting kerana ia membentuk asas untuk memahami sistem nombor, setiap
nombor akan diberi makna (1, 2, 3, ) dengan memadankan nombor untuk
kuantiti barang-barang yang diwakili oleh jumlah itu. Jadual 3.2 menunjukkan
beberapa contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak
belajar tentang padanan.

Jadual 3.2: Contoh Aktiviti Pembelajaran untuk Membantu Kanak-kanak Belajar


Mengenai Padanan

Aktiviti 1: Padankan Bentuk yang Sama


Aktiviti Kanak-kanak diminta untuk meletakkan setiap kad berwarna yang
Pembelajaran disediakan ke dalam lubang yang betul di papan kayu.
Kemahiran 1. Mengenal pasti bentuk yang sama dan bentuk yang berbeza.
Dipelajari 2. Padankan bentuk yang serupa.
Alat Bantuan
Belajar

Rajah 3.4
Konsep dan Idea 1. Sepadan satu sama satu
Matematik 2. Bentuk geometri

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


50 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Aktiviti 2: Memadan Bentuk dan Warna yang Sama


Aktiviti Kanak-kanak diminta untuk menggerakkan jalur segi empat tepat
Pembelajaran yang diberikan pada kedudukan yang betul pada lukisan
Konsep dan 1. Mengenal pasti bentuk yang serupa berdasarkan panjang dan
Kemahiran lebar
Belajar 2. Memadan bentuk dengan warna yang sama
3. Memadan bentuk yang serupa
4. Mengenal pasti bentuk dan warna
Alat Bantuan
Belajar

Rajah 3.5
Konsep dan 1. Sepadan satu sama satu
Idea Matematik 2. Bentuk geometri
3. Panjang dan lebar

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 51
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

3.2.1 Tugasan Padanan yang Mencabar


Tugasan padanan menjadi lebih mencabar terhadap kanak-kanak apabila:

(a) Barang yang perlu dipadankan adalah sama tetapi ia tidak simetri;

(b) Terdapat banyak barang untuk dipadankan;

(c) Kedua-dua set yang perlu dipadankan tidak mempunyai jumlah barangan
yang sama; dan

(d) Kedua-dua barang atau objek yang dipadankan tidak sama.

Rajah berikut menunjukkan setiap satu daripada kes-kes di atas.

Rajah 3.6: Barang yang akan dipadankan adalah sama tetapi tidak simetri

Rajah 3.7: Terdapat banyak barang untuk dipadankan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


52 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Rajah 3.8: Dua set untuk dipadankan tetapi tidak mempunyai jumlah barangan yang
sama

Rajah 3.9: Dua barang atau objek yang dipadankan adalah tidak sama. Kanak-kanak
perlu memahami hubungan antara kedua-dua barang untuk dipadankan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 53
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

AKTIVITI 3.2
Terangkan bagaimana anda menilai tahap pencapaian yang berbeza
bagi setiap kanak-kanak dalam melakukan tugasan padanan. Nyatakan
jawapan anda di dalam forum myINSPIRE.

3.3 MENYUSUN, MENGKATEGORIKAN DAN


KUMPULAN
Kanak-kanak yang telah membina kemahiran dalam menyusun, mengkategori
dan mengumpul sepatutnya mampu membuat perasingan barangan yang
sama, antara campuran kumpulan barangan. Mereka juga sepatutnya dapat
membezakan kumpulan barangan berdasarkan kriteria tertentu. Idea menyusun,
mengkategorikan dan kumpulan adalah idea matematik yang penting yang
membawa kepada konsep set.

Oleh itu, pemahaman dan memperoleh idea dan juga kemahiran ini akan memberi
manfaat kepada kanak-kanak apabila mereka mempelajari tentang set yang akan
membantu kepada pembelajaran algebra pada masa hadapan. Jadual 3.3
menunjukkan beberapa contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk membantu
kanak-kanak belajar tentang menyusun, mengkategori dan mengumpul.

Jadual 3.3: Contoh Aktiviti Melibatkan Menyusun, Mengkategorikan dan Pengumpulan

Aktiviti 3: Padankan Butang Mengikut Warna


Aktiviti Kanak-kanak diminta menyusun butang mengikut warna dan
Pembelajaran kemudian kumpulkan butang-butang mengikut warna yang
sama
Kemahiran 1. Mengenal pasti warna yang berbeza
Dipelajari 2. Menyusun barangan mengikut warna yang sama
Alat Bantuan Belajar

Rajah 3.10
Konsep dan Idea 1. Konsep set
Matematik 2. Menyusun dan mempamerkan data

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


54 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

3.4 PENYUSUNAN DAN SERIASI


Penyusunan selalunya melibatkan tiga atau lebih objek dalam satu jujukan
berdasarkan corak susunan yang tertentu. Antara faktor yang menentukan corak
susunan adalah seperti saiz (dari kecil ke besar, atau sebaliknya), panjang (dari
panjang ke pendek, atau sebaliknya), tinggi (dari tinggi ke rendah, atau
sebaliknya), warna (dari cerah ke gelap, atau sebaliknya) dan akhir sekali
muatan (dari banyak ke sedikit, atau sebaliknya).

Memandangkan aktiviti penyusunan melibatkan susunan lebih daripada tiga


objek, maka ia menjadikan tugasan ini lebih sukar dengan hanya membuat
perbandingan antara dua objek. Kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah,
mungkin tidak boleh membuat seriasi ataupun menyusun objek sama sekali.
Kebiasaannya, kanak-kanak yang berusia antara dua hingga empat tahun tidak
mampu untuk mengenal pasti corak susunan dan akan cuba untuk membuat
penyusunan secara rawak. Namun bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun,
kemungkinan mereka akan membuat penyusunan objek mengikut corak
susunan yang tertentu dengan menggunakan teknik cuba jaya. Kanak-kanak
yang berusia enam tahun ke atas pula berkemungkinan akan dapat menyusun
objek secara sistematik. Keupayaan kanak-kanak normal akan sentiasa berubah-
ubah dan sejajar dengan tahap perkembangan kognitif yang telah dikemukakan
oleh Piaget.

Penyusunan merupakan satu konsep yang sangat penting untuk kita pelajari. Ia
membentuk asas sistem penomboran kita, sebagai peringatan di mana dalam
sistem penomboran, kesemua nombor disusun mengikut taraf hierarki dari kecil
ke besar (1, 2, 3, 4, 5, 6, ...). Seterusnya, kemahiran dalam seriasi juga akan
membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kemahiran berfikir dan juga
penyelesaian masalah.

Aktiviti yang telah direka khas untuk mempelajari konsep penyusunan ataupun
seriasi boleh berada dalam lingkungan asas seriasi yang melibatkan penyusunan
satu set objek, ke seriasi berganda yang melibatkan penyusunan dua set objek,
ataupun seriasi songsang yang melibatkan susunan secara terbalik.

Kemahiran seriasi boleh diajar dan diperkukuhkan lagi melalui aktiviti amali
dengan perancangan yang sesuai. Antara aktiviti yang akan membantu mereka
memperoleh konsep kemahiran penyusunan atau seriasi ini ialah seperti di
dalam Jadual 3.4 dan 3.5.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 55
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

SEMAK KENDIRI 3.2

Bagaimana peringkat pembinaan kognitif Piaget berkaitan dengan


perancangan aktiviti-aktiviti yang membabitkan padanan, set-set dan
klasifikasi dan susunan atau seriasi?

Jadual 3.4: Aktiviti yang Melibatkan Seriasi Tunggal

Aktiviti 4: Meletakkan Silinder Kecil ke dalam Silinder yang Lebih Besar


Aktiviti Pembelajaran 1. Kanak-kanak diberi beberapa silinder berongga (katakan
empat silinder) dengan ketinggian yang sama tetapi
diameter yang berbeza
2. Kanak-kanak diminta untuk meletakkan silinder yang
lebih kecil ke dalam silinder yang lebih besar dalam
susunan yang betul sehingga kesemua silinder berada di
dalam silinder yang paling besar
Kemahiran yang 1. Mengenal pasti objek yang berlainan saiz
Dipelajari 2. Membezakan dan memilih objek berdasarkan saiz
3. Mengenal pasti turutan saiz
Alat Bantuan Mengajar

Rajah 3.11
Konsep dan Idea 1. Konsep saiz
Matematik 2. Konsep turutan saiz

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


56 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Jadual 3.5: Aktiviti yang Melibatkan Dua Seriasi

Aktiviti 5: Seriasi Berganda


Aktiviti Pembelajaran 1. Kanak-kanak diberikan tiga buah kotak yang sama tetapi
dengan saiz yang berbeza
2. Dengan berpandukan kotak yang diberi, guru akan
menjelaskan dan menerangkan kepada kanak-kanak apa
yang dimaksudkan dengan besar, sederhana dan kecil
3. Guru mengarahkan kanak-kanak untuk meletakkan
kotak di atas satu sama lain mengikut susunan saiz,
dari besar hinggalah kecil.
4. Guru mengarahkan kanak-kanak untuk meletakkan kotak
di atas satu sama lain mengikut susunan saiz, dari kecil ke
besar (konsep seriasi terbalik)
Kemahiran yang 1. Mengenal pasti objek yang berlainan saiz
Dipelajari 2. Membezakan dan memilih objek mengikut saiz dari besar,
sederhana dan kecil
Alat Bantuan Mengajar

Rajah 3.12
(Objek yang sama dengan saiz yang berbeza)
Konsep dan Idea 1. Konsep saiz
Matematik 2. Konsep susunan mengikut saiz
3. Konsep seriasi secara terbalik

3.5 PEMBELAJARAN SECARA TIDAK FORMAL


DI RUMAH ATAU DI SEKOLAH
Pembelajaran secara tidak formal memainkan peranan yang penting bagi
pendidikan kanak-kanak prasekolah. Berbanding pembelajaran secara formal,
yang sangat berstruktur dan mempunyai keputusan spesifik yang perlu dicapai,
pembelajaran secara tidak formal pula biasanya tidak tersusun dan tidak
mempunyai objektif yang tersedia.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 57
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal juga selalunya tidak


disengajakan. Ia boleh dikenali sebagai pembelajaran melalui pengalaman.
Walau bagaimanapun, persekitaran pembelajaran secara tidak formal mampu
diwujudkan, supaya kanak-kanak boleh memperoleh pengalaman mempelajari
matematik. Ibu bapa atau guru boleh membantu dengan mewujudkan satu
persekitaran yang menggalakkan pembelajaran mengklasifikasi, padanan, isihan
dan susunan dengan cara-cara yang berikut:

(a) Menjadikan aktiviti isihan sebagai rutin harian;

(b) Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam permainan yang


memerlukan mereka untuk melakukan aktiviti pemadanan;

(c) Menawarkan aktiviti yang melibatkan pengklasifikasian; dan

(d) Menggalakkan kanak-kanak untuk membuat pemerhatian terhadap objek


yang sama dan berlainan yang mereka temui dan membuat perbandingan.

3.6 PENILAIAN BAGI PROSES


MENGKLASIFIKASIKAN, PADANAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN
Perkembangan konsep matematik bagi kanak-kanak adalah berurutan. Oleh itu,
aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak seharusnya dirancang dengan cara
yang sedemikian agar dapat memberi pengalaman pembelajaran yang sesuai
dengan perancangan mereka. Dalam erti kata lain, penilaian yang bersesuaian
perlu dijalankan dari semasa ke semasa.

Guru prasekolah perlu sentiasa prihatin tentang keberkesanan penilaian yang


boleh digunakan untuk menilai pemahaman matematik kanak-kanak. Terdapat
dua cadangan.

Pertama sekali, sediakan dokumentasi yang bersesuaian terhadap kerja kanak-


kanak. Dokumentasi yang lengkap memberikan maklumat kepada guru-guru
tentang kemajuan kanak-kanak di dalam kelas mereka.

Kedua, sediakan satu senarai semakan untuk penilaian sahih setiap bidang
khusus yang akan dinilai. Senarai semakan tersebut haruslah mengandungi
penyusunan senarai kemahiran kanak-kanak mengikut pencapaian yang
dijangkakan. Bhargava & Kirova (2002) telah menyediakan tiga senarai semakan
untuk mengesan dan menilai perkembangan tiga konsep asas matematik kanak-
kanak:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


58 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

(a) Padanan dan penyesuaian satu-sama-satu (Jadual 3.6);

(b) Set dan klasifikasi (Jadual 3.7); dan

(c) Susunan atau seriasi (Jadual 3.8).

Jadual 3.6: Senarai Semakan bagi Konsep Awal Matematik Prasekolah: Padanan dan
Penyesuaian Satu Sama Satu

Tarikh Tarikh Tarikh


Konsep/Tahap Perkembangan Penilaian Penilaian Penilaian
Pertama Kedua Ketiga
Padanan barangan yang sama
1. Memadankan dua barang sama
2. Memadankan dua set barang yang
serupa dengan lima barangan atau
lebih bagi setiap set
3. Memadankan dua set yang tidak
sama dengan lima atau lebih
barang bagi setiap set
4. Menggunakan perbendaharaan kata
yang sesuai semasa membuat
padanan set (contoh terlalu banyak,
tidak cukupi)
Memadankan barang berkaitan yang
tidak sama
5. Memadankan dua set barang yang
berkaitan dengan lima barangan
atau lebih bagi setiap set
6. Memadankan dua set yang berkaitan
yang tidak sekata dengan lima
barangan atau lebih bagi setiap set
7. Menggunakan perbendaharaan kata
yang sesuai semasa membuat
padanan set (contoh: terlalu banyak,
tidak cukup)

Sumber: Diadaptasi daripada Bhargava & Kirova (2002)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 59
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Jadual 3.7: Senarai Semakan Konsep Awal Matematik Prasekolah: Set dan Klasifikasi

Tarikh Tarikh Tarikh


Konsep/Tahap Perkembangan Penilaian Penilaian Penilaian
Pertama Kedua Ketiga
Mengumpul dan mengklasifikasi objek
yang serupa
1. Menyusun objek berdasarkan satu ciri
fizikal sama ada warna, bentuk, saiz,
bahan, corak atau tekstur
2. Mengklasifikasi berdasarkan dua ciri
fizikal
3. Mengklasifikasi berdasarkan tiga ciri
fizikal
4. Menggambarkan atau menjelaskan
apa yang telah dilakukan apabila
mengklasifikasikan dengan 1, 2 atau 3
ciri
Mengklasifikasi berdasarkan ciri bukan
fizikal
5. Mengklasifikasi berdasarkan fungsi
umum
6. Mengklasifikasi berdasarkan
hubungan
7. Menggambarkan atau menjelaskan
apa yang telah dilakukan apabila
membuat klasifikasi berdasarkan sifat
bukan fizikal
8. Mengklasifikasi mengikut nombor

Sumber: Diadaptasi daripada Bhargava & Kirova (2002)

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


60 TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN,
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Jadual 3.8: Senarai Semakan Konsep Awal Matematik Prasekolah: Susunan atau Seriasi

Tarikh Tarikh Tarikh


Konsep/Tahap Perkembangan Penilaian Penilaian Penilaian
Pertama Kedua Ketiga
1. Perbandingan berlawanan (contoh:
panjang/pendek, besar/kecil,
berat/ringan dan lain-lain)
2. Susunan tiga objek secara rawak
3. Susunan tiga objek dengan cara cuba
jaya
4. Melaksanakan seriasi terbalik
5. Melaksanakan seriasi berganda
6. Menggambarkan atau menjelaskan
apa yang telah dilakukan apabila
menjalankan tugas seperti
perbandingan dan susunan

Sumber: Diadaptasi daripada Bhargava & Kirova (2002)

Aktiviti yang direka oleh guru bagi tujuan penilaian perlu sepadan dengan
pengetahuan dan kemahiran yang akan dinilai. Dengan aktiviti yang sesuai,
penggunaan senarai semakan akan dapat membantu dengan memastikan serta
memantau perkembangan dan prestasi kanak-kanak.

Perlu diingatkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan cara yang formal
serta melalui pemerhatian aktiviti naturalistik dan tidak formal kanak-kanak. Ia
amat berguna untuk menentukan tarikh penilaian supaya dapat mengekalkan
rekod yang baik bagi setiap perkembangan dan pembangunan kanak-kanak
prasekolah dari segi konsep dan kemahiran matematik. Senarai semakan
individu juga dapat membantu untuk mengenal pasti kelemahan setiap kanak-
kanak supaya bantuan pemulihan boleh disediakan.

Konsep ciri adalah asas bagi pembelajaran konsep-konsep matematik tinggi


yang lain.

Keupayaan untuk menjalankan tugas mengklasifikasi, padanan, penyusun


dan susunan merupakan asas penting untuk pembelajaran konsep algebra
akan datang.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KONSEP AWAL MATEMATIK: MENGKLASIFIKASI, MEMADANKAN, 61
PENYUSUNAN DAN SUSUNAN

Pembelajaran konsep dan kemahiran matematik untuk kanak-kanak


mengikut cara berurutan, yang selaras dengan peringkat perkembangan
kognitif Piaget.

Pembelajaran secara tidak formal merupakan satu bahagian penting dalam


pendidikan prasekolah kanak-kanak.

Kemajuan dan prestasi kanak-kanak dalam mata pelajaran matematik boleh


dipantau dan didapati melalui dokumentasi kerja kanak-kanak serta
menggunakan senarai semakan penilaian yang sesuai.

Penilaian boleh dilakukan secara formal dan tidak formal.

Dokumentasi Penilaian secara formal dan tidak formal


Mengklasifikasi Penyusunan
Padanan Senarai semakan penilaian
Pembelajaran mengikut turutan Susunan atau seriasi

Kirova, A., & Bhargava, A. (2002). Learning to guide preschool childrens


mathematical understanding: A teachers professional growth. Early
Childhood Research & Practice, 4(1). Dicapai dari http://ecrp.uiuc.edu/
v4n1/kirova.html

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai