Anda di halaman 1dari 6

saya nak baca ..

Search

Berita
Terkini
Utama
Nasional
Wilayah
Luar Negara
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti
Video
Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik
Rencana
Utama
Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis
Forum
Agama
Blog Editor
Sukan
Hiburan
Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang
Pendidikan
Umum
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama
Sains & Teknologi
Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar
Gaya Hidup
Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga
Kesihatan
Fesyen
Sukan
Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain
Rencana Sukan
Lain-lain Clickheretolearnmore!
Galeri Foto
Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert
Facebook
Sign in

rencana Waktu Solat Kuala Lumpur

ARKIB : 25/06/1998

Kesan buruk globalisasi Subuh5:40


Zohor1:15
Asar4:40
GLOBALISASI ialah satu proses membuka keadaan. Sekarang ini 'globalisasi' pada Maghrib7:23
umumnya difahami sebagai proses di mana sempadan negeri-negeri semakin runtuh dan Isyak8:38
Klik untuk waktu solat kawasan lain
seluruh buana (atau dunia) ini semakin berubah menjadi satu unit.
Dalam unit global itu hubungan adalah cepat dan rapat. Manusia boleh terbang
mengelilingi dunia dari satu kota ke satu kota lain dalam sehari semalam.
Mereka dapat menonton melalui televisyen di Kuala Lumpur perlawanan bola Piala

Dunia yang berlangsung di Paris pada ketika yang sama; mereka mungkin menguruskan
jual-beli saham atau perdagangan lain hanya melalui komputer tanpa perlu bertemu
untuk berbincang.
Semua ini dimungkinkan oleh perkembangan teknologi elektronik dan perhubungan
yang sangat pesat terutama sekali dalam dua tiga abad yang lalu.
Proses globalisasi ini juga terjelma dalam hubungan serta interaksi ekonomi di seluruh
dunia, akan tetapi secara tidak seimbang. Ini ialah kerana meluasnya perkembangan
syarikat-syarikat antarabangsa (multinational corporation - MNC) dari dunia pertama,
yang selalu disebut sebagai pusat kapitalis dunia ke kawasan-kawasan pinggirnya, iaitu
negara-negara dunia ketiga.
KETAHUI LANJUT
Kebanyakan MNC menguasai sebahagian besar daripada bidang-bidang pengeluaran dan
perdagangan di dunia ketiga yang hendak membangun. Mereka selalunya mengaut
keuntungan banyak dengan membayar upahan yang rendah kepada pekerja dan menjual DengarSuriaFM
mahal hasil pengeluaran syarikat mereka. RadioSuriaFMMenceriakanDuniamu

Penguasaan ekonomi oleh beberapa negara kapitalis global membawa juga kepada RiuhRioBrazil2014
pengaruh yang kuat dalam bidang politik ke atas negara-negara pinggir yang sedang LamanwebmikrobolasepakPialaDunia2014

membangun. Semua ini membawa kepada pembentukan struktur ekonomi dan politik di TragediPesawatMH370
peringkat antarabangsa, yang kadang-kadang memainkan peranan lebih penting UtusanLivelaporkehilanganpesawatMH370
daripada struktur ekonomi dan politik di peringkat kebangsaan. KE7BGreenland2014
LaporanEkspedisiKE7BGreenlandMalaysia2014
Selain itu ia menggalakkan juga penyebaran apa yang sering disifatkan sebagai budaya
dunia, misalnya, jenis-jenis hiburan, pakaian atau makanan 'antarabangsa' menjadi lebih
penting dan popular di kalangan sesetengah orang muda daripada hiburan, pakaian atau
makanan 'kebangsaan'.
Ada anggapan bahawa globalisasi merupakan satu hal yang baru, bermula dan
berkembang terutama sekali dalam tahun 1980-an, selepas keruntuhan beberapa rejim
sosialis dan nasionalis, diikuti pula oleh kemunculan beberapa buah negara Asia sebagai
kuasa kapitalis yang bertambah kuat daya saingnya.
Oleh sesetengah pihak, globalisasi ini dilihat sebagai proses meluaskan pengaruh
perdagangan, perindustrian, teknologi dan ilmu pengetahuan daripada pusat
pembangunan kapitalis di Barat ke kawasan-kawasan pinggir dalam dunia ketiga. Oleh
kerana itu ia dianggap sebagai satu faktor pengaruh yang boleh mendatangkan kebaikan
untuk membawa kemajuan serta permodenan kepada negara-negara pinggir yang FIND OUT MORE
kurang maju.
Sebenarnya, ditinjau dari segi sejarah, globalisasi adalah proses yang sudah lama
berlaku. Ia berasal sejak apa yang dikenali sebagai ''voyages of discovery'', apabila Vasco
da Gama dan Columbus mengelilingi dunia untuk mencari kekayaan bagi raja mereka.

Clickheretolearnmore!
Ertinya ia bermula dengan munculnya perkembangan kapitalisme di Eropah kira-kira
lima ratus tahun dahulu. Perkembangan selanjutnya adalah dalam bentuk sistem
penjajahan dan imperialisme.
Ciri utama sistem ini ialah penindasan atau perompakan ekonomi ke atas wilayah atau
bangsa yang dijajah atau dikuasai, untuk memastikan penimbunan modal atau kekayaan
oleh negara-negara penjajah atau imperialis itu. Dari segi kualitatif, sebenarnya tidak
banyak perbezaan di antara penjajahan dan imperialisme dengan globalisasi sekarang.
Cuma mungkin proses globalisasi lebih mendalam.
Oleh itu ramai yang menganggap globalisasi itu sebagai satu bentuk penjajahan baru
ataupun imperialisme baru yang boleh mengakibatkan kemunduran serta kerugian
kepada negara atau bangsa sedang membangun yang dipengaruhi atau dikuasainya.
Pada masa-masa penjajahan yang lampau, kuasa ketenteraan sering digunakan untuk
melaksanakan penaklukan atau penguasaan ekonomi dan politik. Ini jarang berlaku
dalam zaman globalisasi terkini, walaupun masih ada unsurnya (misalan dalam kes KETAHUI LANJUT
Perang Teluk). Jikalau tidak ada serangan militer pun, maka tekanan atau sekatan
ekonomi dikenakan, umpamanya, ke atas negara-negara seperti Cuba dan Iran, yang
ePlayerSukan
tidak mahu tunduk kepada kuasa kapitalis Barat, terutama sekali Amerika Syarikat (AS).
Kuasa-kuasa besar boleh juga menggunakan agensi-agensi antarabangsa untuk
memperluaskan pengaruh global mereka. Contoh yang jelas ialah bagaimana AS sering
menggunakan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan dasar
atau strategi globalnya.
Antara agensi dalam bidang ekonomi yang boleh digunakan oleh pusat kapitalis dunia,
khususnya AS, untuk mempengaruhi atau menguasai negara-negara pinggir dalam dunia
ketiga ialah Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (lebih terkenal dengan nama
IMF). Kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1945.
Kuasa undi di dalamnya adalah didasarkan kepada jumlah dana atau modal yang
disumbangkan oleh negara-negara anggotanya. AS merupakan penyumbang yang
terbesar - 36 peratus dalam IMF dan 35 peratus dalam Bank Dunia, bahkan AS beserta
beberapa buah negara kapitalis dunia yang lain, seperti Jepun, Jerman, Britain dan
Perancis menguasai majoriti modal dan sekali gus majoriti undi dalam kedua-dua
institusi.
Apabila Bank Dunia atau IMF memberikan pinjaman kepada negara-negara membangun
yang memerlukannya, maka mereka mengenakan berbagai-bagai syarat. Antaranya
ialah apa yang disebut sebagai penyusunan semula (atau restructuring) dalam bidang
ekonomi dan juga politik. Penyusunan semula ekonomi atau korporat melibatkan MENARIK
langkah-langkah untuk mengurangkan kos dan menguasai buruh, supaya kedudukan Ruangiklanpercumahartanah,produk
mereka untuk bersaing boleh diperkuatkan. Ini biasanya mengakibatkan penurunan gaji Promosikanperniagaanandakepadadunia.
ataupun peningkatan produktiviti tanpa tambahan gaji. Seterusnya, perbelanjaan yang JomlangganakhbarUtusanMalaysia
dianggap sebagai subsidi kepada perkhidmatan sosial termasuk pendidikan, kesihatan Dapatkanterusakhbardengancaramudah.
dan perumahan dikurangkan, dan dengan demikian bantuan kepada golongan yang Aduansukardapatnaskhahakhbar
lemah dalam masyarakat juga terjejas. Pengalaman di beberapa buah negara (seperti Beritahukamijikaakhbartiadaditempatanda.
Mexico dan Filipina) menunjukkan bahawa pinjaman dari Bank Dunia dan IMF boleh
GambarkahwinAlbumRajaSehari
mengakibatkan mereka terletak di bawah telunjuk AS melalui badan-badan tersebut. Abadikankenanganindahandadidadaakhbar.

Negara-negara yang menjadi pusat globalisasi adalah yang kuat mengamalkan sistem MaribacaUtusanMelayuMingguan
kapitalisme, dan yang paling besar sekali kuasanya ialah AS. Sistem kapitalis di pusat- Kekalkantradisi,pelajaritulisanjawi.
pusat kapitalis dunia itu berkembang luas dan meresap ke negara-negara pinggir yang SMSNewsAlertUtusanMalaysia
tidak berdaya menolak pengaruhnya. Banyak aspek sistem ini diterima oleh sebahagian Dapatkanberitaterkiniditelefonbimbitanda.
besar negara-negara pinggir yang juga mahu berkembang mengikut jalan kapitalis; di
antaranya ialah apa yang boleh dipendekkan sebagai dasar-dasar LDP, iaitu liberalisasi,
deregulasi dan penswastaan. Malaysia adalah salah sebuah negara dunia ketiga yang
boleh dikatakan telah menerima hampir sepenuhnya dasar-dasar tersebut.
Ini sesuailah dengan matlamatnya untuk memajukan negara dan memodenkan bangsa
mengikut landasan kapitalisme.
Dasar liberalisasi menggalakkan, antara lain, pasaran bebas dan kemasukan modal asing
tanpa batas. Pasaran bebas memang boleh menggalakkan kecekapan dan persaingan
yang sihat, akan tetapi ia sering didorongkan oleh matlamat untuk mengaut untung yang
besar, sehingga kepentingan atau kebajikan rakyat diketepikan. Banyak MNC, yang
mempunyai kuasa monopoli boleh menentukan syarat-syarat mereka ke atas gaji,
kemudahan dan keistimewaan pekerja khususnya. Umpamanya untuk menarik modal
dalam bidang elektronik, pemerintah negeri ini mengadakan berbagai-bagai peraturan
yang menguntungkan pemodal asing akan tetapi boleh merugikan negara dan rakyat

Clickheretolearnmore!
seperti bebas cukai untuk industri perintis, sekatan untuk menubuh kesatuan dan gaji
rendah serta pekerjaan bahaya bagi wanita.
Deregulasi menguatkan lagi kemungkinan perasingan bebas dengan cara mengurang,
mengetepi atau menghapus segala peraturan atau sekatan dan salah satu akibatnya ialah
melemahkan lagi kedudukan rakyat yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh, kita
boleh ambil peraturan mengecualikan bayaran ataupun mengenakan bayaran murah
untuk golongan berpendapatan rendah bagi yuran sekolah ataupun bayaran perubatan.
Sekiranya peraturan ini dihapuskan atas desakan IMF, umpamanya yang tidak mahukan
subsidi diberi kepada mana-mana golongan maka sudah tentulah ia akan menimbulkan
bebanan kepada golongan yang daif kedudukan ekonominya.
Seterusnya ada desakan kuasa-kuasa besar -- melalui IMF, Bank Dunia dan APEC, supaya
dihapuskan umpamanya sekatan-sekatan di negara-negara sedang membangun yang
bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi negara-negara tersebut dan dibuka pintu
seluas-luasnya untuk modal dan barangan dari negara-negara pusat kapitalis itu.
Sekiranya ini berlaku, maka lama kelamaan tentu sekali ekonomi negara pinggir yang
baru hendak membangun akan akhirnya dikuasai oleh negara pusat kapitalis tadi. Maka
akan bermulalah proses penjajahan bentuk baru.
Penswastaan, seperti yang luas diketahui sekarang ialah dasar memindahkan
perusahaan milik awam/pemerintah kepada swasta. Kini semakin nyata bahawa dasar
ini boleh memberi keuntungan besar kepada segelintir orang yang istimewa
kedudukannya dan pada masa yang sama membebankan rakyat terbanyak. Memang
benar penswastaan lebih baik sekiranya urusan/pentadbiran awam tidak cekap,
membazir dan juga rasuah akan tetapi kita lihat bahawa dalam amalannya penswastaan
tidak semestinya menjanjikan urusan yang lebih baik. Pengurusan air, api dan telefon
selepas penswastaan tidak kelihatan lebih baik daripada sebelumnya, akan tetapi
bayaran untuk ketiga-tiga perkhidmatan tersebut telah meningkat sehingga
memberatkan lagi bebanannya ke atas orang ramai. Begitu juga, akibat pengkorporatan
IPT, yuran pelajar-pelajar ijazah tinggi dan juga - praijazah semakin meningkat,
manakala mutu pendidikan semakin merosot.
Walaupun proses globalisasi meluas berlaku, namun pada masa yang sama kita dapati
banyak negara dalam rantau-rantau tertentu memperkukuhkan kedudukan atau
melindungi kepentingan mereka sendiri. Misalnya, beberapa buah negara di wilayah
Amerika Utara mengadakan gabungan untuk perdagangan bebas bergelar NAFTA, yang
merupakan satu blok perdagangan. Pada hakikatnya NAFTA lebih menguntungkan AS,
dan ia membolehkan AS melakukan dumping ke atas Mexico, misalnya bagi industri-
industri yang paling mencemarkan alam sekitar dan membuka kilang-kilang yang
membayar gaji lebih murah kepada pekerja-pekerja tempatan.
Di rantau sebelah sini pula, atas inisiatif pemerintah Australia, APEC telah dibentuk. Kini
ia mempunyai 18 negara dari Asia Pasifik sebagai anggota termasuk AS, Australia,
Kanada dan New Zealand. Kehadiran keempat-empat negara tersebut mungkin untuk
memastikan APEC tidak menjadi satu blok yang akan bersaingan atau bertentangan
dengan NAFTA. Berbeza dengan NAFTA, APEC bukannya satu blok perdagangan dan
tidak memberikan apa-apa keutamaan perdagangan atau pelaburan kepada mana-mana
negara anggotanya. Pada masa ini peranan utama APEC ialah untuk mempercepatkan
proses perundingan bagi melaksanakan deregulasi di rantau ini dengan cuba
meruntuhkan segala peraturan yang dilaksanakan oleh dunia ketiga untuk melindungi
kepentingan mereka sendiri.
Kita tahu memang wujud kebimbangan di kalangan sesetengah anggota ASEAN,
terutama Malaysia, bahawa APEC boleh didominasi oleh AS untuk melanjutkan
kepentingannya sendiri. Itu sebabnya Malaysia telah mempelopori usaha menubuhkan
EAEC (East Asia Economic Caucus), akan tetapi usaha ini tidak begitu berjaya oleh sebab
Jepun tidak sanggup memberikan pimpinan, sebagaimana yang diharapkan, semata-
mata kerana tidak berani bertentangan dengan AS. Pada tahun 1997 AS telah cuba
mendesak supaya APEC membuka pintu istimewa (preferential access) kepada negara-
negara anggotanya.
Segala 'pagar' perlindungan atau sekatan hendaklah dirobohkan oleh negara-negara
anggota ini, dan ini pasti akan membuka peluang kepada AS untuk memperluaskan lagi
pengaruh serta kekuasaannya di rantau ini. Desakan ini belum diterima lagi untuk
dilaksanakan akan tetapi AS sudah tentu akan terus mendesak supaya ia terlaksana pada
masa akan datang. Bahkan ini telah pun disetujui akan dilakukan berperingkat-peringkat
pada tahun-tahun 2010 dan 2020. Apabila ini berlaku negara dan rakyat akan
menanggung kerugian, sebab asas sistem kapitalis atau pasaran bebas yang hendak
dibawa oleh AS itu ialah berasaskan penguasaan ekonomi, penindasan rakyat serta
pengautan keuntungan dalam berbagai-bagai bentuk. Clickheretolearnmore!
Ramai pemimpin dari dunia ketiga sudah mulai sedar bahawa proses globalisasi dan
dasar-dasar LDP yang dibawanya adalah bahaya. Ia boleh, dan dalam setengah-setengah
negeri sudah pun mengakibatkan krisis ekonomi. Tetapi merekalah yang pada mulanya
menerima proses serta dasar yang sama. Berikutan itu, mereka membenarkan 'wang
panas' (atau modal portfolio) masih untuk melakukan spekulasi, mereka melulus atau
menggalak pinjaman jangka pendek dengan menggunakan wang asing, mereka
menganjurkan projek-projek gergasi yang tidak produktif, dan mereka membiarkan
defisit akaun semasa meningkat. Akhirnya nilai saham dan wang jatuh. Akibatnya harga
barang keperluan harian naik, gaji turun, ramai dibuang kerja dan krisis ekonomi
bertambah serius sehingga di beberapa negara menimbulkan krisis politik pula.
Jadi mengapa pemimpin-pemimpin tersebut menerima globalisasi dan LDP? pertama,
mungkin arus globalisasi dan pengaruh kuasa-kuasa besar terlalu kuat, sehingga tidak
dapat dibendung atau disekat oleh kebanyakan negara dunia ketiga. Kedua, di rantau
Asia, banyak negara atau pemimpin menerima sistem kapitalis sebagai sistem yang
mereka fikir terbaik untuk mencapai kemajuan dan pembangunan, dan oleh itu mereka
menerima pengaruh globalisasi yang berpunca dari negara-negara pusat kapitalis,
walaupun mereka sedar tentang beberapa kekurangan dan bahayanya. Ketiga, setengah-
setengah pemimpin politik beserta tokoh ekonomi yang rapat dengan mereka
menganggap bahawa proses globalisasi, dasar globalisasi dan sistem kapitalis itu boleh
mendatangkan keuntungan besar bagi diri dan golongan mereka. Seperti terbukti kini,
ramai yang menjadi tamak dan kaya melalui korupsi dan pilih kasih. Inilah yang
akhirnya menjatuhkan mereka.
Oleh: DR. SYED HUSIN ALI
Kongsi Konten di :

TAJUKTAJUKBERITALAIN:

TugasanbesarmenantiMalaysiadiUNSC
ManaadakelaspakainamaMelayu...
Bersihkanagensipenguatkuasaandaripadapengkhianat
BISIKBISIKAWANGSELAMAT
Mistikbelantara
Jelmaanbigfoot,pontianakusikpendaki
Khemahdigoncanglembaga
DiekoripocongpuncakNuang
Terserempakkumpulanpembawaobor
'Disapa'jintanahdiKemLolo
Gangguanbolehmendatangkanmudarat
Jutawanbekaspengemis
Kamerarakamperbuatankejijururawatlelaki
Bukanmudahbergelarhajidanhajah
Citranegaraperludalampelaksanaandasarbahasa
Lebihbaikmiskinmaterialdaripadamiskinjiwa
BISIKBISIKAWANGSELAMAT
Pluralismeprodukliberalisme
ProjeksturgeondanTamanNegara
Tokohpentadbirterbilang

Clickheretolearnmore!
UtusanOnline
LikePage 1.8Mlikes

UtusanOnline
1hr

UKDISERANGLAGI
MukaHadapan,UtusanMalaysia5/6/2017
#BeritaUtusan#BeritaMalaysia

Nasional Artikel Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Rekreasi Xtive


DalamNegeri Rencana Kota Tempatan DalamNegeri Ekonomi Sekolah Rekreasi Video
Politik Forum Selatan RancanganTV LuarNegara Korporat Kampus Pemotoran BlogEditor
Parlimen Kolumnis Johor RencanaSukan Produk/Servis Sastera Pancing SuaraRakyat
Terkini Jenayah Cuit Utara GayaHidup Golf Agro Agama Pelancongan SalamAidilfitri
BeritaUtama Mahkamah Selak Timur Feminin EURO2012 Saham ImpakAlam
ArkibBerita LaporanKhas Blog Pahang Keluarga ePlayer Matawang Sains CatatanKembara
KamiPrihatin Sabah&Sarawak Kesihatan Sains&Teknologi
EnglishEdition LuarNegara SuaraRakyat Polis&Tentera Megabait
Kesihatan

HubungiKami|JomIklan| Facebook| Twitter| RencanaRSSFeed|PolisiPrivasi|PrivacyPolicy|

KumpulanUtusan|Kosmo!|Tutor|ADaP|eLab|ManggaOnline|SajiOnline|disini.my|MyBooks|JobHouse|UtusanKarya

MengenaiKami | Terma&Syarat
WWW.UTUSAN.COM.MY 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Clickheretolearnmore!

Anda mungkin juga menyukai