Anda di halaman 1dari 4

http://www.panduanmalaysia.

com/2015/09/resepi-nasi-lemak-

sedap-dan-mudah-dibuat.html

mohon share admin

Nasi lemak merupakan makanan tradisi dan sangat popular di

Malaysia. Ianya juga boleh di dapati di Singapura, Indonesia

dan Brunei. Nasi lemak ringkaspada kebiasaanya dihidangkan

dengan telur, timun, ikan bilis goreng , kacang goreng dan

sambal. Perubahan masa menyaksikan nasi lemak kini dijual

dengan pelbagai lauk termasuk rendang daging,

ayam, sotong, udang, limpa dan hati (lembu).

Resepi Nasi Lemak Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Nasi lemak biasanya di makan pada waktu pagi. Tetapi kini

ianya juga dinikmati pada waktu makan tengah hari, petang

dan malam. Ini menjadikan nasi lemak kini adalah satu

sajian makanan yang popular dan ringkas yang menjadi pilihan

warga kota yang sibuk.


Berikut dikongsikan beberapa resepi Nasi Lemak yang sedap

dan mudah di buat:-

Resepi Nasi Lemak 1

Bahan untuk nasi

3 cawan beras

1 cawan santan

3 cawan air ( anggaran saja kadar air ikut jenis beras

yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)

3 hiris halia

1 helai daun pandan

3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam

Cara-caranya
Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak

seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal

6 sudu besar cili giling

3 biji bawang merah

ditumbuk 2 ulas bawang putih

ditumbuk 2 biji bawang besar

1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris

segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian

lagi di goreng )

sedikit air asam jawa

sedikit belacan jika suka

sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal

1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang

putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.

2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air

agar sambal tidak terlalu pekat.


3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan

ikan bilis yang telah di goreng.

Bahan sampingan lain;

ikan bilis goreng timun

dihiris kacang tanah telur rebus

Anda mungkin juga menyukai