Anda di halaman 1dari 14

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML 3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYU

Nama : ROHANA BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan : 771204 11 5412

Nombor Matrik : 771204115412001

Nombor Telefon : 0199563172

Alamat E-mail : rohanamohdzali@ymail.com

Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2016


ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Tatabahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu KSSR


2.1 Konsep Dan Kepentingan 4
2.2 Tujuan Dan Matlamat 4
2.3 Kandungan 5

3.0 Kepentingan Wacana Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


3.1 Konsep Wacana 6
3.2 Jenis-Jenis Dan Fungsinya 7
3.3 Kepentingan Kohesi Dan Hubungan Dengan Koheran 8

4.0 Pengaplikasian Wacana Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


4.1 Wacana Berformat 9
4.2 Wacana Tidak Berformat 10
4.3 Proses Pengaplikasian Wacana Argumentatif dan Peskriptif1 11
4.4 Sorotan Kajian-Kajian Dahulu 12

5.0 Kesimpulan 13

6.0 Rujukan 14

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan tatabahasa dalam pengajaran


bahasa melayu dan kepentingan wacana dalam pembelajaran bahasa melayu di sekolah
rendah. Saya telah membuat kajian ini di Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Ajil yang
melibatkan 2 orang guru bahasa melayu mengajar tahun 4.

Melalui tinjauan awal saya di dalam kelas telah didapati banyak kesalahan
tatabahasa yang telah dilakukan oleh murid-murid ketika membuat karangan atau membina

2
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

ayat. Hasil tinjauan tersebut menunjukkan bahawa murid kurang faham mengenai
tatabahasa dan penggunaan tatabahasa dalam ayat yang digunakan.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya bidang tatabahasa merupakan aspek


yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh guru-guru. Aspek tatabahasa merangkumi
beberapa perkara yang perlu di ajar kepada murid-murid untuk mahir dalam pembinaan
ayat, penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai dalam sesuatu ayat serta mengenali
pelbagai jenis ayat dan kata. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan
Pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu ini akan mengajar
tatabahasa secara langsung dan ada juga secara tidak langsung kerana aspek tatabahasa
perlu ada dalam setiap sesi pengajarannya.
Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip mendukung makna asas atau dasar
yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian atau tindakan sesuatu teori. Dengan itu,
sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip yang perlu dipegang dalam pengajaran.
Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa, maka sesi
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa menjadi lebih berkesan lagi dan efektik dalam
menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan
oleh guru. Prinsip-prinsip pengajaran dalam tatabahasa sangat pelbagai dan terpulang
kepada guru itu sendiri untuk mengaplikasikannya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa.
Berbagai teknik atau kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran
tatabahasa menggunakan prinsip-prinsip yang ada agar objektif pengajaran tercapai. Ini
penting bagi semua guru bagi membantu murid lebih memahami apa itu tatabahasa kerana
pembelajaran tatabahasa ini bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi murid-murid perlu
mengetahui banyak perkara melalui tatabahasa seperti penggunaan tanda bacaan yang betul
dan tepat pada ayat selain dapat membantu murid membezakan jenis-jenis ayat. Prinsip-
prinsip pengajaran tatabahasa ini juga boleh diperoleh serta boleh digunapakai berdasarkan
teori-teori pembelajaran seperti Behavioris. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini sangat
penting sebagai garis panduan dalam pengajaran tatabahasa agar guru dapat mencapai
objektif dengan cemerlang.

3
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

2.0 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU KSSR

2.1 Konsep Dan Kepentingan

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata dapat menimbulkan bunyi ayat
menggunakan formula atau peraturan tertentu. Tatabahasa terbahagi kepada dua bidang iaitu
morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan kajian mengenai kata dan pembentukan kata,
kelas kata dan imbuhan. Manakala sintaksis pula mengkaji mengenai pembentukan ayat.
Kenyataan ini telah disokong oleh (Nik Safiah Karim et al., 2004).
Menurutnya lagi, morfologi adalah bidang yang mengkaji mengenai struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, morfem ini merupakan unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu yang menjadi unsur perkataan. Seandainya kata ini
tidak dipecahkan kepada unit yang bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka ia
merupakan satu unit atau satu morfem. Misalnya minum . Minum tidak akan berfungsi
dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum
boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum . Kesimpulannya, perkataan
boleh terdiri daripada beberapa morfem. Manakala morfem pula boleh dibahagikan kepada
dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ini dapat berdiri dengan sendiri
dan mempunyai maksudnya yang tersendiri manakala morfem terikat pula berupa bentuk
imbuhan dan tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu serta
boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna pada ayat.
Sintaksis ini merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji mengenai bentuk,
stuktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis ini bukan sahaja mengkaji proses
mengenai pembinaan ayat tetapi mengkaji juga mengenai hukum-hukum yang menentukan
cara perkataan itu disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat,
iaitu unit-unit yang akan membentuk ayat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang
terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan dan jika terdiri daripada satu perkataan,
ia berpotensi untuk diperluaskan untuk menjadi dua perkataan atau lebih. Manakala frasa
tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Subjek adalah konstituen yang sama
ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang akan menjadi judul atau
unsur yang diterangkan. Predikat pula adalah kumpulan perkataan yang tergolong dalam
satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan tentang subjek.

2.2 Tujuan Dan Matlamat

4
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

Tatabahasa dipelajari bertujuan membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar


dan mudah difaham. Ini membolehkan kanak-kanak dapat memahami makna dalam satu
perkataan atau ayat serta menganalisa kedudukanya. Secara tidak langsung, murid-murid
boleh menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu. Kesannya
dapat memberi faedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka kerana
mereka suka belajar mengikut peraturan tertentu (mengikut bahasa ibunda mereka).

Tatabahasa ini perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik.
Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang
sebelum diperkenalkan kepada murid-murid agar mahir berbahasa dengan baik.
Jika murid-murid mempelajari tatabahasa tetapi tidak menghafaz peraturan serta undang-
undang, murid-murid ini masih lagi boleh memahami tatabahasa berdasarkan contoh yang
sesuai kerana kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan
peraturan dan undang sesuatu bahasa.

2.3 Kandungan

Tatabahasa sering dianggap oleh murid sebagai subjek yang membosankan dan
menakutkan kerana kononnya tatabahasa ini hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa,
sama halnya dengan Matematik. Bercakap tentang tatabahasa seolah-olah bererti bercakap
mengenai soal salah betul penggunaan bahasa semata-mata.

Oleh itu, marilah kita mengenali kandungan tatabahasa ini dengan lebih dekat lagi.
Kandungan pertama yang perlu kita tahu adalah mengenai Konsep Perkataan. Konsep
Perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna dalam Pembentukan Kata
Tunggal. Kata Tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Akronim yang
sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada,
tadika (taman didikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
Kata Terbitan pula terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses
pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Kata Majmuk terbentuk
daripada hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. Rumus ini sangat penting kerana tiada
kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain
dan membawa makna tertentu, maka ianya bukan kata majmuk tetapi tergolong dalam frasa.
Manakala Kandungan tatabahasa seterusnya ialah Kata Ganda. Kata ganda ini ialah

5
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

pengulangan kata dasar, sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan
penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa). Contoh kata ganda ialah
suka-suka, labah-labah dan rama- rama. Manakala contoh penggandaan separa pula ialah
pepatung dan lelabah.
Proses pengimbuhan adalah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk
menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu,
imbuhan ini terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan
ini tergolong dalam empat jenis, iaitu kata imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan adalah Kata Nama. Kata nama boleh menerima keempat-empat jenis imbuhan
awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Contoh Imbuhan pada Awalan Ayat Awalan Varian ialah
penggunaan ke- ke kerabat, kekasih Kerabat diraja itu makan di warung sahaja. Maksud
awalan ke- dalam ayat di atas menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin
konkrit atau abstrak.

3.0 KEPENTINGAN WACANA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

3.1 Konsep Wacana

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris.


Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983: 522 bererti hubungan fikiran dengan
kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara
umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi
formal, kuliah, ceramah serta khutbah. Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi
Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen
yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa
yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang
pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi

6
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

hierarki tatabahasa, wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang
tergambar dalam rajah berikut:

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Wacana ialah suatu bahagian atau unit yang paling tinggi sehingga melampaui
sebaris ayat yang lengkap. Oleh itu, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk
sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007),wacana membawa
maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta
percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982)pula, wacana merupakan unit
bahasa yang melebihi batas ayat.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas, dapatlah dikatakan bahawa setiap bahasa


mempunyai bilangan ayat yang tidak terhad. Sejumlah ayat hanya membawa satu tumpuan
makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula membentuk satu fokus pemikiran
yang mana di dalam tatabahasa ianya disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh
disebut sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga
menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah, buku
seminar, bengkel, forum dan sebagainya.

3.2 Jenis-Jenis Wacana

Wacana berasal daripada perkataan Jawa iaitu wocono atau woco yang membawa
maksud baca. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis iaitu Wacana Jenis
Lisan dan Wacana Jenis Tulisan.

3.2.1 Wacana Jenis Lisan

Wacana jenis lisan ialah wacana yang melibatkan antara penutur dengan
pendengar.Wacana lisan dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi
secara langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian, temu
ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini melibatkan ekspresi
wajah, nada suara dan gerak badan dan dalam menyampaikan sesuatu maksud.Wacana juga
penting untuk menghasilkan kerja yang bermutu . Contoh penggunaan wacana yang betul
melalui percakapan menyebabkan seseorang itu akan lebih dihormati.

3.2.2 Wacana tulisan

7
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

Wacana Jenis Tulisan pula merupakan wacana yang melibatkan bidang penulisan
antara penulis dengan pembaca.Komunikasi yang berlaku dalam wacana tulisan ini adalah
secara tidak langsung. Contohnya tulisan rencana, akhbar, majalah, novel, surat rasmi yang
ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya. Wacana bukan sekadar diperingkat
ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu
dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau
pengucapan.Sesebuah wacana tulisan yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan
kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat
dengan ayat atau antara satu perenggan dengan satu perenggan, bahkan dari satu bab dengan
bab yang lain. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana
yang utuh.

3.3 Kepentingan Kohesi Dan Hubungan Dengan Koheran

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan
mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren).
Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi
hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi
sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti
hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah
mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau
memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau
hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren
yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda
wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan
penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah

8
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea
yang ingin disampaikan itu.

4.0 PENGAPLIKASIAN WACANA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Setelah diteliti bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu
mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun
penulisan. Seseorang penulis mestilah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan
wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan
serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan penggunaan kosa kata dan
penggunaan bahasa secara keseluruhan.

Pelajar-pelajar sekolah rendah perlulah didedahkan dengan cara-cara meningkatkan


kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan
wacana yang lemah akan menjejaskan kualiti sesebuah karya. Menurut Kamaruddin Hj
Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu
keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan
perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa
dan selepas menjalankan aktiviti penulisan.

9
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya
atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan
membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan
sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui
penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka
nanti.

4.1 Wacana Berformat


Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungi
format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secatra kohesif
dan koheran (Kamarudin Husin, 1998). Diantara jenis penulisan berformat yang biasa
dipraktikkan di sekolah ialah surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi, dialog,
syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan. Wacana berformat
melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan berformat (Zainol Ismail, 2003).

4.2 Wacana Tidak Berformat


Wacana Tidak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan sebagai
penulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format (Kamaruddin Husin,
1988). Wacana tidak berformat dalam penulisan meliputi penulisan ransangan atau ransang
kata, penulisan jenis pengalaman, cerita, gambaran atau situasi, penulisan jenis fakta atau
penerangan, penulisan jenis melengkapkan cerita, penulisan autobiografi atau biografi dan
penulisan jenis peribahasa.Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini banyak memfokuskan
kepada pencorakan idea dan kesinambungan yang kreatif (Fatimah Busu, 2003). Ciri-ciri
wacana tidak berformat berkisar kepada penggunaan kaedah, penyusunan, proses semasa
penulisan dan penyemakan (Raminah Sabran dan Rahim Syan, 1986).

4.3 Proses Pengaplikasian Wacana Argumentatif dan Peskriptif

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerimaan pesanan


supaya melakukan perubahan sikap dan tindakan (Renkema, 2004). Di dalam wacana ini,
fungsi ajakan yang terdapat pada mana-mana model Organon Buhler iaitu disebut sebagai
aspek signal bahasa di mana penerima pesan mengesan sesuatu daripada pesanan.

Terdapat dua aspek penting yang mempengaruhi kualiti argumentatif adalah


kekuatan dan valensi. Manakala, terdapat empat jenis faktor yang biasa digunakan dalam

10
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

membentuk argumentatif iaitu memberi alasan, sebab atau penjelasan, membuat


perbandingan atau analogi, memberi contoh dan menyatakan sumber yang autoritatif.

Tujuan penulisan berdasarkan pendekatan telah memperlihatkan bahawa dalam iklan


yang dibentuk dalam sesuatu keadaan adalah untuk menghapuskan ingatan pengguna
terhadap nilai guna utama objek. Kemudian menggantikannya pula dengan nilai guna
sekunder dengan cara membongkar struktur argumentatif yang telah membentuk teks iklan.
Penulisan wacana argumentatif ini memberikan fokus kepada penggubalan iklan di sekolah.

4.4 Sorotan Kajian-Kajian Dahulu

Penulisan karangan merupakan komponen penting dalam kemahiran bahasa


sehingga ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada
pada peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Kamarudin Husin (1996:
192) memetik pendapat Loban menyatakan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada
empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan akhir sekali ialah kemahiran
menulis. Penguasaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bagi
semua peringkat sekolah adalah tingkat terpenting kemahiran bahasa.

Menurut Puan Tuminah binti Baharom (2012), dalam kajian yang dilakukan oleh
pelajar berkaitan dengan kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan murid tadak
mahir menulis karangan . Contohnya penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai
penanda wacana seperti namun, tetapi, malah dan manakala. Oleh itu, beliau menyarankan
agar murid membuat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan bagi
mengurangkan kesalahan tatabahasa dalam penulisannya.

Manakala Mariam Saad (2011) telah mengkaji tentang penulisan karangan naratif.
Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan kebolehan
menulis karangan dikalangan murid. Hadil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik
penulisan karangan menggunakan pendekatan 6 kata tanya iaitu apa, siapa, di mana,
mengapa, bagaimana. Sebagai rumusannya mendapati bahawa penggunaan kata tanya dalam
penulisan karangan adalah satu keperluan untuk membantu guru dan murid memperloeh
maklumat dan isi karangan yang baik.

11
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

Ketrampilan dalam mengarang perlu dikembangkan sejak dari peringkat sekolah


rendah sehinggalah peringkat menengah melalui sistem pendidikan negara.Ini kerana semua
mata pelajaran memerlukan kecekapan dalam pengucapan idea, fakta, dan hujah dalam
bentuk tulisan. Marohaini Yusoff (1989: 179) mendapati bahawa fenomena pengajaran dan
pembelajaran di sekolah lebih tertumpu kepada penghasilan isi atau fakta dalam kegiatan
menulis atau mengarang. Kemahiran menulis adalah antara cabang kemahiran yang perlu
dipelajari oleh manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural
dan mudah. Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dinyatakan dengan
jelas bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib bagi selain daripada kemahiran
membaca, mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk
perlaksanaan modul-modul pembelajaran di alaf baru ini.

Keempat-empat kemahiran ini perlu melangkah seiring memandangkan keperluan


pendidikan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang masih menetapkan pengukuran
prestasi dan keupayaan murid-murid dinilai secara bertulis. Menulis tidak seperti membaca
memerlukan kaedah yang spesifik dan memerlukan koordinasi minda dan anggota tubuh.
Proses menulis adalah proses berterusan yang tidak tertakluk kepada pengajaran di sekolah
tetapi berlangsung sepanjang hidup.

Daripada A C Krizan dan Joyce P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah


proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga
melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan
semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti.
Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan
pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang
dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada
umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.

12
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

5.0 KESIMPULAN

Dalam pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu merupakan satu proses yang
berterusan untuk disampaikan atau secara langsung mahupun secara tidak langsung
mengikut prinsip-prinsip pengajaran agar apa yang disampaikan oleh guru itu dapat diterima
oleh murid dengan lebih berkesan. Perancangan lebih awal oleh guru amat penting agar
guru boleh memikirkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta
menarik melalui Rancangan Pengajaran Harian.
Wacana pula ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang
menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Penanda
wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara
satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Tidak dapat dinafikan
bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi yang
banyak dan bertepatan dengan tajuk.

Oleh itu, pemahaman tatabahasa dalam bahasa melayu sangat penting bagi
menghasilkan penulisan yang baik dan penggunaan penanda wacana yang betul agar dapat
menghasilkan penulisan yang baik dan bermutu. Penggunaan penanda wacana atau dikenal
juga sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara
satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan akan
memantapkan hasil penulisan.

13
ROHANA BT MOHD ZALI (771204115412)

HBML 3203

6.0 RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan

Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk

menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah

Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar

Bakti, Petaling Jaya.

Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara

Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

14