Anda di halaman 1dari 20

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PRORAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBAE 2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Nama : ROHANA BT MOHD ZALI

No. Kad Pengenalan : 771204-11-5412

Nombor Matrik :771204115412001

Nombor Telefon : 0199563172

Alamat E-mail : rohanamohdzali@ymail.com

Pusat Pembelajaran : TERENGGANU LEARNING CENTRE

SEMESTER MEI 2016


HBAE 2203

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Jenis Jenis Boneka dan Perbandingan 4-9

3.0 Contoh- Contoh Boneka 10 - 15

4.0 Penghasilan Boneka dan proses Membuatnya 16 - 19

5.0 Kesimpulan 20

6.0 Rujukan 21

1.0 PENGENALAN

Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Boneka
boleh dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan
bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Ia dibentuk dalam dua atau tiga
dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan
objek boneka.
Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis.
Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang di hasilkan

2
HBAE 2203

hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan
Romawi kuna, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala
masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia.
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak,lakonkan
oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.
Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk
menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi
boneka tanpasebarang sebarang dialog.
Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang
menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang
permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah
anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan
memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.
Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan
Portugis iaitu boneka yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam
terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.

Boneka juga merupakan sebagai sebarang, benda atau objek yang digerak, dan
dilakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Pemain akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog
yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka digunakan
sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita yang berkesan. Pendengar dapat menghayati
disamping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

2.1 Jenis Jenis Boneka

2.1.1 Boneka Sarung Tangan / Jari.

Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan
boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung
tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai
peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.

3
HBAE 2203

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2.1.2 Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,
diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,
plastik, lutsinar dan kertas tebal.

2.1.3 Boneka Wayang Kulit

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada
tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia
ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang
boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan
anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya
ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.

2.1.4 Boneka Tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan
sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya.
Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-rama dan bunga.

4
HBAE 2203

Contoh boneka tongkat

2.1.5 Boneka Bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster of-Paris
atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angooota
badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Contoh boneka bertali.

2.1.6 Boneka Beg Kertas.

Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama
seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan
rambutan.

Contoh boneka beg kertas

5
HBAE 2203

2.1.7 Boneka pinggan kertas.

Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut
cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Contoh boneka kertas.

2.1.8 Boneka penuh.

Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti
patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.

2.1.9 Boneka tangan.

Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah
memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing.

6
HBAE 2203

Contoh boneka tangan.

2.2 Perbandingan Jenis Jenis Boneka

Perkara Boneka Beg Kertas Boneka Piring Kertas

1. Bahan / alat - Kertas berwarna -Piring Kertas


- Beg Kertas - Dawai halus
digunakan
- Dawai Kokot -Pelekat
- Rot Kayu - Kayu atau buluh
- Kertas tisu lembut - Kain reja / perca
- Krayon - Tali

2. Konsep Sesuai untuk kanak-kanak mudah Diperbuat daripada piring


di buat dan boleh di gunakan kertas dan mudah di beli di
untuk membuat topeng kedai serta sesuai untuk
kanak-kanak peringkat
rendah

3. Bentuk Fizikal Di perbuat menggunakan beg Menggunakan piring kertas


kertas dan berbagai bentuk boleh dan dakwat untuk melukis
di buat bersesuaian dengan tema gambar yang dikehendaki.
dikehendaki

4. Proses / Teknik - Proses utama mestilah membuat - Lukiskan satu muka di


beg kertas mengikut tema atas piring kertas
- Lukis/ tampal boneka pada
menggunakan dakwat.
permukaan hadapan untuk - Bentukkan tangan, kaki
membentuk muka hadapan beg dan badan menggunakan
kertas bilah kayu atau kain reja.
-Tebuk lubang dengan - Gunakan kain perca / reja
memasukkan tali agar menjadi beg untuk menutup badannya
kertas yang cantik menggunakan pita litup.
.

5. Saiz / Warna - Bebas mengikut tema -Saiz sebesar piring kertas


- Menggunakan kertas warna yang

7
HBAE 2203

terang agar dapat menarik minat - melukis muka kertas pen


murid. dakwat. Tidak
menggunakan warna yang
pelbagai

6. Mesej - Di gunakan untuk mengisi - Membuat acara pentas


barang kecil bersesuaian dengan untuk dilakonkan dan boleh
beg kertas yang di buat diubahsuai mengikut cerita
yang dipentaskan.

3.0 Contoh Contoh Gambar boneka, alatan Dan Bahan Penghasilannya

8
HBAE 2203

Rajah 3.1 : Boneka piring kertas

Alat dan Bahan di gunakan :

Piring kertas

Dawai halus

Pelekat

Gunting

Kayu atau buluh

Kain reja (perca)

Tali

Pita litup

Cara Membuatnya :
Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat.Kemudian dengan
menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring. Gunting dan lubangkan di
tengah-tengah kain belacu atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan
lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat rambut
kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan
tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

9
HBAE 2203

Rajah 3.2: Boneka polisterina

Alat dan Bahan

Polistirena,

Kayu buluh/rot kayu

Pensil

Gam

Kertas pasir

Gunting

Pita litup

Pisau

Berus gam

Warna tempera

Cara Membuatnya :
Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian tampalkan telinga

10
HBAE 2203

pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai tangkai. Bola polistirena boleh
digunakan untuk membuat boneka tangan.

Rajah 3.3: Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat :

Gunting,

Kertas berwarna

Gam kanji

Cat air atau krayon.

Dawai kokot

Dua beg kertas

Pita litup

Rot kayu

Kertas tisu lembut

Cara Membuatnya
Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan

11
HBAE 2203

menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas.
Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut.
Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka
dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat
air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

Rajah 4.4: Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan

Kertas warna

Pollistirena

Penutup botol

Gabus

Pisau

Tali

Gunting

Gam

Cara Membuat

12
HBAE 2203

Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm x 40.50 cm.
Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel atau lekatkan tepinya dengan
kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder. Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat
bentuk asasnya, kita boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder
masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak dibuat maka bolehlah
mula memotong bahan-bahan yang hendak ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan
mukanya.. Untuk menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad
manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita memasukkan jari ke
dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan boneka itu dengan sempurna.

Rajah 4.5: Boneka Sarung Tangan

Alat dan Bahan

Kain belacu/sarung tangan

Pensil

Gunting

Jarum

Benang jahit dan benang bulu

Berus cat

Cara Membuatnya :

13
HBAE 2203

1) Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan
tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan
jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan
pengguntingan.

2) Gunting mengikut garisan pengguntingan.

3) Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

4) Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

5) Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.

6) Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

7) Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

14
HBAE 2203

4.0 Penghasilan Sebuah Boneka Beg Kertas dan Proses Membuatnya

Alat / Bahan yang


digunakan :

- Kertas bought
box

- Kertas sticker
berwarna

- Double tape

- Gunting

- Pisau Pembaris

- Pen maker

- Gam

- Pensil

Langkah 1 :

1.Potong kertas bought


box mengikut garisan
Langkah 2 :
yang telah dilukis
menggunakan
-Kertas yang telah pensil.
dilipat
digam agar membentuk beg
2. Lipat kertas tersebut
kertas.
untuk membentuk beg
kertas yang dkehendaki.

15
HBAE 2203

Langkah 3 :

-Lipatkan bahagian tapak pada


beg kertas.

-Kemudian gamkan bahagian


yang telah dilipat tadi

Langkah 4 :

-Gunakan double tape untuk


mengukuhkan lagi lipatan
pada kotak dan telah
membentuk beg kertas.

16
HBAE 2203

Langkah 5 :

-Gunting kertas sticker


berwarna untuk membentuk
mata, sayap, kaki dan badan
burung hantu.

-Kemudian tampal bahan yang


digunting pada beg kertas .

17
HBAE 2203

Langkah 6 :

- Gunting kertas berbentuk tiga segi untuk memenuhi ruang


pada kertas membentuk burung.

- Tebuk lubang dan masukkan tali supaya menjadi beg kertas


yang boleh digunakan untuk meletakkan barang yang sesuai
dengan saiznya.

- Gambar di atas menunjukkan wajah beg kertas yang telah di


buat berdasarkan gambar fauna seperti yang dikehendaki.

5.0 Kesimpulan

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat meransang minda murid untuk


memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,
kefahaman dan membina sebuah cerita. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan
bahan untuk membentuk dan membuat boneka

Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu


penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.
Penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak perlu diutamakan agar murid-murid
terpegun dan berminat terhadap boneka yang dihasilkan . Ini bersesuaian dengan sifat
kanak-kanak yang suka bermain dan inginkan keseronokkan.Pengetahuan mengenai alat dan
bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap
mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih
menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan
cerita

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman


adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak menghubungkaitkan dengan

18
HBAE 2203

keseronokan, meningkatkan perhatian, meredakan tekanan, meluaskan perbendeharaan kata


kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan simbolik.

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan


penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan. Justeru itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi meningkatkan prestasi
perkembangan kreativti yang lebih positf dan tidak terhalang.

Implikasi boneka dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat meningkatkan


daya kreativiti dan imaginasi murid dimana mereka dapat mewujudkan emosi marah, sedih,
gembira, sunyi, malu dan cemburu. Selain itu, murid juga dapat menggabungkan kemahiran
berbahasa dan kemahiran bersosial. Dua kemahiran ini amat penting diterapkan dalam diri
murid kerana ianya sangat membantu murid mencapai kemahiran sosial yang positif dan
bahasa yang digunakan akan lebih tersusun kreatif dan memperluaskan diksinya.

6.0 Rujukan

1. Boneka :
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka
2. Sosial Riadah dan Kreativiti:
http://epkhas.ses.usm.my/category/bidang/sosial-riadah-dan-kreativiti/pendidikan-
seni?page=3
3. Seni Boneka Presekolah:
http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah
4. http://kiliknote.blogspot.my/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaan-boneka.html

5. http://farhanabintiothman93.blogspot.my/2013/10/boneka.html

6. Panggung Boneka:
Http://www.panggungboneka.net/panggung-boneka
7. Panggung Boneka:
Http://www.cumilcumil.com/2011/12/panggung-boneka-cumil.html

19
HBAE 2203

NAMA : ROHANA BINTI MOHD ZALI

NO KAD PENGENALAN : 771204115412

TAJUK KURSUS : HBAE 2203

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

BEG KERTAS BERBENTUK FAUNA

NAMA PENSYARAH :

PUAN ALIZA BT ABD. RAHMAN

20