Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN KELAB HOKI


PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN

YOUNG BARRACUDA
HOCKEY CLUB

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI


PENGKALAN
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB HOKI PEREMPUAN
BAWAH 12 TAHUN SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM DI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PENGKALAN

Tujuan

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak pentadbir
Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan bagi menubuhkan Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun
dan memohon dana untuk membeli kelengkapan kelab.

Nama Kelab

Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun dan akan dijenamakan sebagai Young Barracuda
Hockey Club.

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan telah ditubuhkan pada tahun 1955 di atas sebidang tanah
yang terletak di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat. Semenjak sekolah ini ditubuhkan, banyak
kecemerlangan dari segi akademik mahupun kokurikulum telah pun diperoleh. Namun demikian,
sekolah ini tidak pernah mempunyai kelab hoki seperti mana sekolah-sekolah lain di Daerah
Batu Pahat ini. Sehubungan dengan ini, kertas kerja ini dihasilkan untuk mencadangkan agar
Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun dapat ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam
aktiviti Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan.

Matlamat

Matlamat penubuhan Kelab Hoki Sekolah ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada
murid Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
kokurikulum untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan intipati falsafah
pendidikan Negara iaitu keseimbangam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI)
seterusnya menjadikan Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun sebagai medium penting untuk
mencungkil dan mengasah bakat sumber modal insan yang berupaya mencapai wawasan sekolah
seterusnya wawasan negara.
Objektif

i) Memberi peluang kepada murid perempuan SK Seri Pengkalan untuk beraksi di


peringkat yang lebih tinggi.
ii) Meningkatkan keyakinan diri murid ke tahap yang maksimum.
iii) Melatih semangat berkerja secara berkumpulan.
iv) Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan yang disertai.
v) Mencungkil dan mengasah bakat pelajar yang terpendam.

Sasaran Pencapaian

Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan menyasarkan
sebagai juara kumpulan bagi Kejohanan Hoki Outreach Bawah 11 tahun.

Kelab ini juga menyasarkan layak sehingga suku akhir bagi Kejohanan Hoki Peringkat Daerah
Batu Pahat.

Kelab ini juga berharap untuk menyertai Kejohanan Hoki Terbuka Bawah 12 Tahun yang
dianjurkan sepanjang tahun.

Sumber Kewangan Kelab

Sumber kewangan merupakan cabaran utama penubuhan kelab ini. Justeru pelbagai inisiatif telah
dirangka bagi menampung segala perbelanjaan kelab.

Cadangan sumber kewangan adalah seperti berikut:


1. Peruntukan dari pihak sekolah.
2. Penajaan badan korporat.
3. Sumbangan komuniti setempat.
4. Jualan produk kelab. (Baju T-Shirt, pelekat, cenderamata, dsb.)

Pemilihan Dan Pendaftaran Pemain

Pemilihan murid-murid yang akan menganggotai Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun
dibuka kepada semua murid perempuan Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan.

Pada masa yang akan datang, pemilihan murid-murid di sekolah sekitar akan dipertimbangkan
bagi menyediakan sebuah pasukan yang mantap dalam kejohanan yang akan disertai.
Pelan Pembangunan Kelab Hoki

Tahun 2017 2018 2019 2020 2021


Penubuhan Penubuhan Sesi
dan verifikasi
rasmi aktiviti pemilihan dan
aktiviti Kelab
Kokurikulum pendaftaran
Hoki SK Seri pemain luar
Pengkalan
Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan Penyertaan
Kejohanan Kejohanan Kejohanan Kejohanan Kejohanan Hoki
Hoki Outreach Hoki MSSD Hoki MSSD Hoki MSSD MSSD Batu
11 Tahun Batu Pahat Batu Pahat Batu Pahat Pahat
Aktiviti / Sasaran juara Sasaran layak Sasaran layak Sasaran layak Juara
Penyertaan kumpulan ke suku akhir ke separuh ke peringkat Kehonanan
/ Sasaran MSSD Batu akhir MSSD akhir MSSD Hoki MSSD
Pahat Batu Pahat Batu Pahat Batu Pahat
Penyertaan ke Penyertaan ke Penyertaan ke Penyertaan ke
Kejohanan Kejohanan Kejohanan Kejohanan
Terbuka Terbuka Terbuka Terbuka
Sasaran juara Sasaran layak Sasaran layak ke
kumpulan ke suku akhir separuh akhir
Kejohanan Kejohanan Kejohanan
Terbuka Terbuka Terbuka

Spesifikasi Alatan

Untuk menubuhkan Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun ini, langkah pertama yang harus
dijalankan ialah dengan membeli peralatan yang diperlukan oleh murid semasa membuat latihan
atau menyertai pertandingan.

Bil. Nama Alatan Bilangan yang Diperlukan Harga


1.
Padding lengkap Penjaga Gol jenama 1 Set RM 1250.00
Alfa
2. Set gawang gol 2 Set X RM 500.00 RM 1000.00
3. Kayu Hoki jenama KC 12 batang x RM 125.00 RM 1500.00
4. Bola Hoki 15 biji x RM 15.00 RM 225.00
5. Set Jersey Perlawanan 12 helai X RM 25.00 RM 300.00
6. Set Jersey Latihan 20 helai X RM 15.00 RM 300.00
JUMLAH RM 4575.00
Penutup

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun ini merupakan satu aset
yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi murid seterusnya menaikkan nama
baik sekolah melalui setiap pertandingan yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan
disiplin yang diterapkan dalam kelab hoki ini mampu melahirkan kelompok masyarakat yang
bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh: Diluluskan

. ...
Zulhairi Bin Osman Ruhiyati Binti Mohd Taib Wan Abdullah Bin Wan Ahmad
Guru GPK Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Sekolah Kebangsaan Seri Sekolah Kebangsaan Seri
Pengkalan Pengkalan Pengkalan

Anda mungkin juga menyukai