Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERTAS KERJA
TAJUK : BENGKEL PEMBINAAN WEBSITE 2016
TARIKH : 13 OGOS 2016 (SABTU)
TEMPAT : IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PERKARA TANDATANGAN/ ULASAN


Ulasan:
Disediakan oleh:
Khor Yu Jie
Ketua Bengkel Pembinaan Website,
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor

Ulasan:
Disokong oleh:
Muhammad Khairi bin Khairul Anuar
Naib Yang Di Pertua 1
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor

Ulasan:
Disemak oleh:
En. Shaifol Bahary bin Sulaiman
Penasihat Biro Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor

Disahkan oleh : Ulasan:


Tn. Hj A. Latif Bin Abdullah
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor

Disahkan oleh : Ulasan:


En. Samsudin Bin Haji Saad
Ketua Unit Khidmat Pengurusan
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor

Ulasan:
Diluluskan/ Tidak Diluluskan oleh:
Dr. Hamzah bin Ihsan
Pengarah
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA :
BENGKEL PEMBINAAN WEBSITE 2016

TEMPAT :
MAKMAL KOMPUTER 1 (B8)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TARIKH :
13 OGOS 2016 (SABTU)

ANJURAN :
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
EXCO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN (TMP)
SESI 2016/2017
DENGAN KERJASAMA KELAB MEDIA IPGKTHO
DAN
PENSYARAH DC. TEY KIEN HUAT
RINGKASAN EKSEKUTIF

NAMA Bengkel Pembinaan Website 2016


PROGRAM

TARIKH 13 OGOS 2016 (SABTU)

TEMPAT Makmal Komputer 1 (B8) , Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

MASA 1 hari

ANJURAN Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Exco Teknologi Maklumat dan Penerbitan


Sesi 2016/2017 IPG Kampus Tun Hussein Onn

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan
daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn bagi
mengadakan program ini dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di IPGKTHO ini.

OBJEKTIF Pada akhir program ini diharapkan guru pelatih dapat :


1. Memahami cara membina website dengan lebih mudah dan cepat
dengan perkongsian daripada orang lebih berpengalaman.
2. Mengetahui tentang cara membina website menggunakan
WordPress.

JENIS PROGRAM Aktiviti akademik, penggunaan teknologi dan komunikasi dalam kalangan
guru pelatih IPGKTHO.

BILANGAN
PESERTA 30 orang guru pelatih
KERTAS KERJA
BENGKEL ASAS FOTOGRAFI 2016

1.0 PENGENALAN

Kini, penggunaan blog untuk menghasilkan website telah semakin popular.


Pembinaan blog telah menyediakan kemudahan yang dapat membantu pembina blog
untuk menghasilkan website yang memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Bukan
itu sahaja, kemudahan yang disediakan oleh penyedia blog juga sangat mesra
pengguna. Maka, pembinaan website dapat dilakukan oleh sesiapa yang langsung
tidak mengetahui bahasa pengaturcaraan. Walaupun begitu, masih terdapat ramai
orang yang tidak memahami cara menggunakan penyedia blog di negara kita. Hal ini
menyusahkan penduduk Malaysia untuk mendapat maklumat dalam Bahasa
Malaysia. Realitinya, kebanyakan website disediakan oleh penduduk luar negara.
Menyedari hal ini, maka Exco Teknologi Maklumat dan Penerbitan dengan
kerjasama kelab media IPGKTHO dan pensyarah, Dc. Tey Kien Huat telah mengambil
langkah proaktif untuk mengadakan Bengkel Pembinaan Website 2016. Bengkel ini
ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang
penggunaan teknologi sekarang dengan lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan
produk yang mengikut permintaan pelanggan pada masa sekarang.

Dengan pengalaman penceramah sebagai pembina website yang


berpengalaman, bengkel ini akan mengajar cara-cara asas untuk membina website.
Dengan modul yang ringkas dan padat, anda dapat menjimatkan masa dan wang
guru-guru pelatih.

Diharapkan agar usaha yang dilaksanakan oleh Exco Teknologi Maklumat dan
Penerbitan dengan kerjasama kelab media IPGKTHO dan pensyarah, Dc. Tey Kien
Huat dalam menganjurkan bengkel ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam
membina guru-guru pelatih yang lebih berpengetahuan dan memahami tentang
kecanggihan teknologi sekarang dalam bidang membina website dan Internet,
sekaligus merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan masyarakat yang
mantap dari segi penggunaan teknologi yang semakin pesat berkembang mengikut
arus dunia. Semoga dengan usaha yang dilakukan dapat membantu guru-guru pelatih
memahami dan mahir dari segi teknik yang betul serta mengamalkannya dalam
kehidupan harian mereka.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan
daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn bagi
mengadakan majlis ini dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di IPGKTHO ini.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini diharapkan guru pelatih dapat :

3.1 Memahami asas ilmu pembinaan website untuk melaksanakan program


tertentu yang bakal dianjurkan.

3.2 Mengetahui tentang teknik yang betul dan mudah bagi menghasilkan
sesuatu website menggunakan WordPress.

3.3 Mempelajari dan mengetahui cara membuat Website untuk sesuatu


tujuan.

3.4 Membentuk keperibadian yang cemerlang dalam penggunaan teknologi


pada masa kini dengan lebih efisien, kreatif dan inovatif.

4.0 MAKLUMAT MAJLIS

4.1 NAMA PROGRAM


Bengkel Pembinaan Website 2016

4.2 TARIKH
Program ini akan diadakan pada 13 OGOS 2016

4.3 HARI
Sabtu

4.4 MASA
7:45 pagi 2:00 petang

4.5 TEMPAT
Makmal komputer 1 (B8), Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein
Onn.

4.6 ANJURAN
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Exco Teknologi Maklumat dan
Penerbitan Sesi 2016/2017 IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan
kerjasama kelab media IPGKTHO dan pensyarah, Dc. Tey Kien Huat

4.7 KUMPULAN SASARAN


30 orang guru pelatih IPGKTHO.

5.0 TENTATIF PROGRAM


Seperti pada lampiran A

6.0 STRUKTUR ORGANISASI


Seperti pada lampiran B

7.0 PERBELANJAAN
Seperti pada lampiran C

8.0 PROMOSI
Promosi akan dibuat melalui poster dan siaraya

9.0 PENUTUP
Pihak JPP dan Exco Teknologi Maklumat dan Penerbitan berharap agar segala
aktiviti ini dapat memberikan segala manfaat yang berguna dari segenap aspek
untuk membentuk individu yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan sesuatu produk bagi meningkatkan taraf keperibadian warga
pendidik di negara ini.

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM :

BENGKEL PEMBINAAN WEBSITE 2016

HARI : SABTU

TARIKH : 13 OGOS 2016

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER 1 (B8)

MASA AKTIVITI

7.45 pagi Pendaftaran peserta

8.00 pagi Sesi 1

10.00 pagi Rehat

10.30 pagi Sesi 2

12.00 tengahari Sesi Soal Jawab

1.00 petang Solat Zohor Berjemaah

2.00 petang Bersurai


LAMPIRAN B

JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL PEMBINAAN WEBSITE 2016


IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT

Ketua Penyelaras Bengkel 1 : Syafiq Izham

Ketua Penyelaras Bengkel 2 : Emir Uzair Farhan

Pengarah Program : Khor Yu Jie

Timbalan Pengarah Program : Nik Haikal Amir Bin Nik Hassan

Setiausaha : Ng Shi Hui

Bendahari : Hanif Bin Hussin

Ahli Jawatankuasa

Jemputan dan Pendaftaran : Muhammad Faiz Bin Rahim

Persiapan Tempat & Kebajikan : Hadziq Nielham

Publisiti & Dokumentasi : Aris Farhan

Jemputan dan Pendaftaran : Nurul Ainin Mastura Binti Fisal

Peralatan : Khor Kai Soon

Cenderamata : Tee Jia Xuan


LAMPIRAN C
YURAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH(RM)

1. BUKU RUJUKAN 45.00 x 30 orang 1350.00

2. MAKANAN 5.00 x 30 orang 150.00

Jumlah 1500.00

YURAN KHAS PESERTA

BIL PERKARA HARGA SEUNIT(RM) JUMLAH(RM)

1. YURAN PESERTA 50.00 x 30 orang 1500.00

Jumlah 1500.00

Anda mungkin juga menyukai