Anda di halaman 1dari 8

Cerpen BM T1 - OREN

Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan dalam cerpen BM


Tingkatan 1 - OREN

Cerpen "Oren" karya Saifullizan Yahaya merupakan antara tiga cerpen pilihan yang
termuat dalam Antologi Komsas BM Tingkatan 1, Kuingin Berterima Kasih. Cerpen tersebut
menekankan kepentingan nilai kasih sayang bukan sahaja sesama manusia malahan terhadap
haiwan dan alam. Saifullizan Yahaya dalam karyanya menampilkan watak anak kucing jantan
berwarna oren yang kekurangan kasih sayang daripada penjaganya sehingga merajuk lalu
membawa diri. Kehilangannya telah memberikan kesan emosi kepada penjaganya. Sinopsis
cerpen, tema, persoalan, watak dan perwatakan yang disenaraikan bertujuan untuk
memudahkan murid-murid untuk menelaah, menelusuri dan memahami jalan cerita seusai
membaca skrip asal cerpen dalam pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah.

Sinopsis Cerpen OREN


Oren, kucing jantan, masih tidak pulang pada hari keempat. Ayah masih tercari-cari
akan Oren. Aku pernah melihat Oren di tepi longkang di belakang rumah. Adikku, Anis ada
melihat Oren bermain-main di bawah pokok tua di taman perumahan di hadapan rumah dua
hari yang lalu. Sudah seminggu, hampir setiap malam, pada hujung pertengahan Disember,
hujan turun diiringi guruh dan angin.
Kelabu masih di pangkuan ayah. Kelabu dipungut oleh ayah sekembali dari tempat
kerja setelah ibunya kemalangan dilanggar oleh ayah. Sejak kehadiran Kelabu, berbulu kelabu
seperti kucing Siam, Oren semakin terpinggir daripada belaian dan perhatian ayah. Malam
itu, ayah tidak berselera untuk makan malam. Ayah terlalu risau akan Oren. Ibu, aku, Azura
dan Anis terdiam. Ibu telah berpesan kepada kami agar tidak membangkitkan hal Oren, takut-
takut perasaan ayah mudah tersinggung.
Menurut adik keduaku, Azura bahawa Oren tidak pulang ke rumah kerana Kelabu.
Barangkali Oren iri hati kerana Kelabu selalu di samping ayah. Kemanjaan Kelabu
membuatkan Oren tersisih daripada ayah. Pada mulanya, ayah menyamaratakan kasih sayang
kepada kedua-duanya. Barangkali, oleh sebab Kelabu lebih memperlihatkan kemanjaannya
dan Oren pula suka menyendiri dan pendiam, maka Kelabu menjadi pilihan ayah. Kelabulah
yang selalu menyambut kepulangan ayah. Oren pula membiarkan Kelabu menjamah makanan
dahulu sebelum Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu. Oren dan
Kelabu tidak pernah bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh. Bagai tetamu, Oren selalu
menjaga sikapnya. Kebersihan dirinya juga sering diurus sendiri. Oren tidak membuang
najisnya di dalam rumah. Kelabu pula perlu diajar mengikut cara Oren.
Ayah seolah-olah terbayang akan kehadiran Oren. Ayah membawa Oren ke dapur.
Diberi Oren, susu. Susu tidak dijamah oleh Oren. Oren kembali kepada ayah sambil
menggeselkan badan di kaki ayah. Oren memandang ayah dengan lembut. Ayah mencium
Oren. Timbul persoalan di hati sanubari ayah. Ayah cuba untuk menepis perasaan sayu dan
bersalah kerana mengabaikan Oren setelah kehadiran Kelabu. Oren sekadar mengiau-ngiau.
Ayah terpinga-pinga keluar dari biliknya lantas ke ruang tamu. Ayah bertanya tentang
Oren. Menurut ayah, dia bermimpi tentang kepulangan Oren! Tiba-tiba Anis muncul di ruang
dapur. Di pangkunya, Oren. Oren yang sudah tidak bernyawa lagi. Anis terjumpa akan Oren
di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman permainan. Mata ayah mulai berkaca.

Tema:
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
Persoalan:
a. Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan konflik.
b. Belas kasihan tidak hanya terhad kepada manusia tetapi juga meliputi haiwan.
c. Perhatian terhadap diri seseorang adalah kerana kebijaksanaannya meletakkan dirinya dan
mengambil hati.
Watak dan Perwatakan

Watak Oren, Kelabu dan ayah cukup dominan dalam plot cerpen OREN hasil karya Saifullizan
Yahaya selain kehadiran watak yang bersudut pandangan orang pertama, iaitu aku.
OREN AYAH KELABU
Oren tidak makan makanan Ayah, bapa kepada tiga orang Kelabu kucing jantan.
yang disediakan oleh ayah. anak. Kelabu berwarna kelabu.
Oren tidak menunjukkan Ayah suka akan kucing. Kelabu tidak terurus dan kurus
kemanjaannya dalam keluarga Ayah bersikap belas kasihan. ketika dibawa pulang oleh ayah.
ayah. Ayah resah akan untung nasib Kelabu semakin tembam
Oren kucing jantan. Ibunya Oren setelah empat hari tidak dipelihara oleh ayah.
telah dilanggar oleh ayah "aku". pulang ke rumah. Semasa kecil, Kelabu selalu
Bulu Oren berwarna oren. Ayah memanjai Kelabu. membuang najis di merata-rata
Oren hanya mengangkat Ayah tidak berselera makan tempat.
kepala apabila melihat ayah. malam. Bulu Kelabu berwarna kelabu
Oren lebih suka menyendiri, Ayah bermonolog dan dan menarik.
pendiam dan semakin tersisih. bermimpikan Oren. Kelabu bermanja dengan ayah.
Oren mampu berdikari dan Ayah menyesali tindakannya Kelabu pandai mengambil
pandai membuang najisnya di membiarkan Oren bersendirian. kesempatan untuk
tandas atau di dalam longkang. Ayah ketua keluarga yang baik. menunjukkan kejinakannya
kepada keluarga ayah.
Kelabu sering menyambut
kepulangan ayah.
Cerpen: Oren
Karya: Saifullizan Yahaya
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada
mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren
pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai
Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak
beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah
dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati
dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah
amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren
telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.
PERSOALAN
i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-
dua kucing tersebut
ii. Konflik antara Oren dan Kelabu
Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan
Kelabu.
iii. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
PLOT
i. Permulaan/Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren
telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga
ii. Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah.
Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku
bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian
daripada seluruh ahli keluargaku.

iii. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren
menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda
apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan
mendatangkan masalah kepada Oren.

iv. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan
hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut.

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.
iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri
selama empat hari.
iv. Monolog Dalaman
Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau
memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu
adalah ibu Oren.
v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah
mereka.
vi. Imbas Muka
Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan
dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama

Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren
Watak Sampingan

1. Oren

i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren


ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu
makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan
Kelabu
2. Kelabu

i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah


ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah
LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i. Rumah ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan
halaman rumah
iii. Taman permainan tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk
bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka
dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

Gaya Bahasa
i. Simile seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkof tika (ketika)
Nilai
i. Kasih sayang ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya
iii. Baik hati ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

Pengajaran
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain
manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup.