Anda di halaman 1dari 10

SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN GERHANA MANUSIA cikguphong(1)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimantang. Kilau kilatnya gagal
memadamkan amarah hati. Doktor Mumi, semalam 50 pek darah masuk ke
tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi?
Prognosisnya terlalu tipis.
Ini arahan, Nusia. Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya
muram.
Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan
darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau
semuanya boleh dibeli?
Nusia!
Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Mumi melantun ke dinding pejal wad Unit
Rawatan Rapi.Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga
sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret
kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pemah pun dijenguk Profesor Doktor
Juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang
dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang
semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi
darah?

i.Mengapakah Nusia tidak bersetuju dengan Doktor Murni dalam pembahagian


darah kepada pesakit? [2]
Nusia tidak bersetuju dengan Doktor Mumi dalam pembahagian darah kepada
pesakit kerana Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada pesakit yang
sama sedangkan masih ramai pesakit lain yang amat memerlukan darah.

ii. Sekiranya anda Nusia, bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah


dengan Doktor Murni? [3]
Sekiranya saya Nusia, cara saya menyelesaikan masalah dengan Doktor Murni
adalah dengan berunding secara baik dengan Doktor Murni. Selain itu, saya
akan merujuk kepada pengarah hospital untuk mencari jalan penyelesaian

iii.Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar
tempat lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]
Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas ialah Wad Unit Rawatan
Rapi. Contohnya, Nusia bertekak dengan Doktor Murni tentang pembahagian
darah. Satu latar tempat lain daripada keseluruhan cerpen tersebut adalah di
tabung darah. Contohnya, tempat stok pek darah disimpan adalah di bank darah.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN GERHANA MANUSIA cikguphong(2)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang
menyakitkan hatiku itu. Manusiakah dia?
Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu
hak dia. Terhidu amarahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh
walaupun hatiku ketara pedih.
Bank darah sudah kontang. Faham?
Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar
Musa. Cari kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?
Dengan pantas kucapai sebotolgelafundin. Titisannya laju meluncur masuk ke
salur darah. Tekanan darah meningkat. Siapa sebenarnya yang tidak tulen,
Solehah? Manusiakah? Kemanusiaankah? Kutenung wajah Solehah yang koma
dan tenang syahdunya.
Pek-pek darah dalam bank darah hospital, kepunyaan kelab, boleh dijual untuk
membeli minuman keras. Gagal kupelihara kesabaranku apabila renungan mata
Doktor Mumi menikam anak mataku.

i.Mengapakah Solehah hanya diberikan gelafundin dan bukannya darah tulen?[2]


... bekalan darah di bank darah sudah kehabisan
... darah yang ada dikhususkan untuk Tuan Besar Musa yang dikatakan lebih
memerlukan darah

ii.Masyarakat kini masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti minum
minuman keras. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
... mereka tidak sedar tentang bahaya amalan tersebut kepada kesihatan diri
... mereka terikut-ikut dengan gaya hidup moden
... mereka sudah sebati dengan amalan gaya hidup tidak sihat dan tidak mahu
berubah.

iii.Huraikan satu perwatakan Nusia yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu perwatakan lain Nusia daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat
dalam petikan. [4 markah]
Satu perwatakan Nusia yang terdapat dalam petikan di atas ialah seorang yang
penyayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap
kesihatan pesakit-pesakitnya.
Satu perwatakan lain Nusia daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan ialahseorang yangbertanggungjawab Contohnya, Nusia berusaha untuk
memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya, Tuan Besar Musa dengan
penuh tanggungjawab.
... seorang yang berhati mulia. Contohnya, Nusia bersama-sama dengan Doktor
Murni ke bank darah untuk menderma darah bagi kegunaan pesakit di hospital.
... seorang yang mudah bersimpati. Contohnya, Nusia bersimpati terhadap
penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN GERHANA MANUSIA cikguphong(3)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pemah adil, Solehah.
Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. Engkau hanya memerlukan tiga
pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak
mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu..., sebak menyendat di dadanya.
Dapatkan 10 pek darah sekarang! Arah Profesor Doktor Juaidi apabila
cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita
tentang bank darah yang kontang. Dapatkan di hospital lain; segera.
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak
menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia
dermawan yang prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam
tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor
Doktor Juaidi. Dia menoleh.
Berikan gelafundin, arahnya acuh tak acuh. Dia memerlukan darah. Hatiku
pilu tiba-tiba.
Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah. Mata bulat berkening lebat
doktor tua itu terjegil. Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah.
Sekurang-kurangnya dia tidak mati untuk hari ini.

i.Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Profesor Doktor Juaidi


mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa berbanding pesakit lain?
... beliau banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital
... seorang dermawan yang prihatin dan pihak hospital terhutang budi kpd beliau
... menaja makan malam tahunan hospital yg menelan belanja beratus-ratus ribu

ii. Pada pandangan anda, mengapakah tabung darah itu penting bagi sesebuah
hospital atau pusat perubatan?
... dapat digunakan ketika kecemasan
... setiap manusia mempunyai jenis darah tertentu dan sukar untuk mendapatkan
bekalan darah dalam tempoh masa yang singkat
... tabungan bagi pihak hospital apabila menerima ramai pesakit

iii. Jelaskan satu pengajaran yag lerdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
...Pengajaran dalam petikan ialah sbg doktor kita hendaklah adil dalam merawat
pesakit tanpa mengira status ataupun hartanya. Contohnya, Profesor Doktor
Juaidi lebih mengutamakan pesakit bemama Tuan Besar Musa kerana dia
seorang korporat dan teknokrat yg banyak menyumbang kepada pihak hospital
...Pengajaran dalam cerpen ialah kita mestilah berani mempertahankan
kebenaran walaupun kita kehilangan ganjaran keduniaan. Contohnya, Doktor
Murni yang berasa tidak bersetuju dengan tindakan Profesor Doktor Juaidi
akhirnya meletakkan jawatan.
i.Mengapakah Profesor Doktor Juaidi tidak mahu Tuan Besar Musa mati?[2]
Profesor Doktor Juaidi tidak mahu Tuan Besar Musa mati kerana beliau
merupakan ahli korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana
kepada kelab elit hospital. Selain itu, pihak hospital terhutang budi kepadanya
kerana makan malam tahunan mereka yang beratus-ratus ribu itu ditaja oleh
Tuan Besar Musa. Kebanyakan hospital di negara kita kekurangan bekalan
darah.

ii.Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat tidak gemar menderma


darah? [3 markah]
Pada pendapat saya, punca-punca masyarakat tidak gemar menderma darah
ialah masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan menderma
darah. Selain itu, masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang kebaikan
menderma darah. Akhirnya,masyarakat berasa takut untuk menderma darah.

iii.Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.[4 markah]
Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah
...sikap pilih kasih dalam memberikan rawatan. Contohnya, Profesor Doktor
Juaidi lebih mengutamakan Tuan Besar Musa dalam memberikan rawatan
kerana Tuan Besar Musa banyak berjasa kepada hospital.
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut ialah
...tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Doktor Murni dan
Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan yang terbaik kepada
pesakit-pesakitnya.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN GERHANA MANUSIA cikguphong(4)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Kalau celopar mulutku, akan kutambah dengan pendekatan yang lebih tidak sopan.
Kemanusiaan itu fleksibel dan relatif, kalau kelembutan tidak terkesan, biar kurang ajar
saja yang membekas.
Mataku terpaku pada layar rakaman hayat mahasiswa leukemia. Anemia yang menelan
oksigen tubuhnya tinggal 50 peratus. Hanya empat pek darah perlu memerahkan pudar
nyawa. Platelet, plasma segar yang dirungkai dari pek darah, mampu memekatkan cair
darah yang tidak berhenti meleleh dari segala liang.
Mahu disalahkan takdir, Doktor Murni? Kita kehabisan seratus pek darah.
Dua hari untuk menyelamatkan si koma yang memang tidak boleh diselamatkan ...
pembziran darah. Diskriminasi kemanusiaan yang lebih zalim daripada aparteid.
Ventilator bayi buangan menjerit. Mata Doktor Murni melekat ke dalam mataku.
Sesetengah pek darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu. Mustahil
sangatkah? Tidak mustahil dia bakal Perdana Menteri. Firasat itu umpama mimpi
barangkali, dia tidak perlu dihidupkan.
Doktor muda itu tunduk. Peratusan oksigen di mesin sokongan hayat ditingkatkan. Aku
menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang foraks,
memancut bagai paip bocor. Tulang selangka yang remuk, salur darah di ruang
foraks, memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang, kaku dalam
selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat
penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke
jannah . Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi.

i.Bagaimanakah keadaan gadis malang seperti yang digambarkan dalam petikan


cerpen di atas? [2markah]
... kaku dalam selimut merah jambu
...otaknya berdarah akibat hentaman potongan kayu
...anak matanya membulat penuh
...saat kematiannya begitu hampir

ii.Dalam keadaan genting, seseorang itu perlu membuat keputusan dengan


tepat. Sekiranya anda juruteknik makmal darah, apakah keputusan anda untuk
menyelesaikan masalah. kekurangan darah? [3 markah]
...saya akan berbincang dengan pegawai perubatan terlebih dahulu
...saya akan menyerahkan pek-pek darah itu untuk menyelamatkan orang yang
lebih memerlukan
...saya akan melihat kepentingan kemanusiaan lebih daripada kepentingan darjat
dalam mengagihkan pek-pek darah
iii.Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat
dalam petikan.[4 markah]
Satu latar masyarakat dalam petikan:...masyarakat yang bersimpati dan prihatin
terhadap pesakit. Contohnya, Nusia berasa sedih apabila pesakit-pesakit yang
lebih memerlukan bekalan darah diabaikan kerana mahu memberikan perhatian
sepenuhnya kepada Tuan Besar Musa
Satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen: ...masyarakat yang
bertugas sebagai doktor dan jururawat. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi dan
Doktor Murni sebagai pegawai perubatan manakala Nusia bertugas sebagai
jururawat

i.Berdasarkan petikan di atas, mengapakah bekalan darah tulen amat diperlukan


untuk pesakit? [2 markah]
... untuk memerahkan pudar nyawa
... mampu memekatkan cair darah yang tidak berhenti meleleh dari segala liang
... untuk memanjangkan hayat bayi buangan itu

ii.Pada pendapat anda, mengapakah rakyat Malaysia masih kurang berminat


untuk menderma darah? Berikan tiga sebab itu. [3 markah]
... bimbang akan memudaratkan kesihatan
... perasaan fobia terhadap jarum suntikan
... sikap individualistik yang masih menebal dalam kalangan rakyat Malaysia

iii.Jelaskan satu persoalan yang terkandung dalam petikan dan satu persoalan
lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
Satu persoalan dalam petikan cerpen:
... kepentingan sumber darah untuk nyawa manusia. Contohnya, setengah pek
darah sahaja yang diperlukan untuk menghidupkan bayi itu.
Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:
... kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Profesor Doktor
Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan
bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan
stok.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN GERHANA MANUSIA cikguphong(5)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hanya lima pek darah untuk empat orang yang sedang koma. Prognosis yang baik,
kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.
Tapi darah ini untuk Tuan Besar Musa. Juruteknik makmal darah berwajah kelat.
Anak mataku bulat penuh. Hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang
merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.
Tandatangan Profesor Doktor Juaidi in bagaimana?
Saya rela menerima herdiknya.
Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Lima pek darah sejuk telah berada
di angan. Tarikan nafas Solehah, mampu menyusunkan anak keenam, kelima-lima anak
yang lain pula, gagah memanjat tangga sekolah. Denyutan jantung mahasiswa leukemia
mampu menyudahkan tesis. Sinar mata al-Hafiz, ketujuh-tujuh anak masih belum yatim,
beratus-ratus tahfiz kecil, boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran.
Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi.
Tidak, bukan kerana kematiannya nanti akan meninggalkan isteri jelita yang tidak
setia, berpuluh-puluh si penggoda tersilau harta, sepasang anak penagih heroin yang
hilang diri, gedung perniagaan dari tapak muslihat yang membuncitkan perut lintah
daratnya. Siapakah aku yang mahu menghukum?

i.Jelaskan tiga nilai yang terkandung dalam petikan cerpen di atas.[5 markah]
... keberanian. Contohnya, Nusia berani mengugut juruteknik makmal darah
sebagai pembunuh jika dia tidak menyerahkan lima pek darah kepadanya.
... belas kasihan. Contohnya, Nusia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan
bekalan darah tulen untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakitnya.
... rasional. Contohnya, Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa
bekalan darah tulen tidak perlu disimpan untuk Tuan Besar Musa
memandangkan dia hanya hidup bergantung pada adrenalina, dopamine, dan
altropina yang merangsang denyutan jantungnya.

ii.Pada pendapat anda, wajarkah Nusia mengugut dan memujuk juruteknik


makmal darah agar menyerahkan bekalan darah yang telah dikhaskan untuk
Tuan Besar Musa kepadanya? Berikan empat alasan anda. [4 markah]
Wajar kerana:
... Tuan Besar Musa sudah tidak boleh diselamatkan kerana hanya adrenalina,
dopamin, dan altropina yang merangsang denyutan jantungnya.
... memberikan lima pek darah kepada Tuan Besar Musa merupakan suatu
pembaziran kerana sistem tubuhnya sudah tidak mampu menerima bekalan
darah.
... pesakit-pesakit lain lebih memerlukan bekalan darah tersebut untuk
meneruskan hidup.
... sekiranya Tuan Besar Musa masih hidup, dia akan meneruskan kegiatan
perniagaannya berasaskan sikap lintah darat itu.
.
SOALAN PEMAHAMAN-CERPEN GERHANA MANUSIA cikguphong(6)

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan yang diberi dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan
kehilangan RM 100 ribu. Huh! Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam
mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni. Tulis laporan
kematian Tuan Besar Musa. Ke mana perginya lima pek darah yang saya tahu
ada di bank darah pagi tadi? Suaranya memetir.
Prof.
Tidak percaya aku, Doktor Mumi boleh tersenyum semanis itu. Ini surat
peletakan jawatan saya. Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu
menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di hospital ini, saya yakin ada di
hospital lain.
Profesor Doktor Juaidi temganga.
Doktor Mumi berlari menggapai tanganku. Nusia, kita ke bank darah. Dua pek
darah daripada awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan
semua yang koma dalam Unit Rawatan Rapi kecuali Profesor Doktor Juaidi.
Cahaya kalimantang menyinari dinding pejal Unit Rawatan Rapi. Aku tersilau
dalam redup mata Doktor Mumi. Seakan-akan tergema suara Munkar dan Nakir
menyoal: siapa saudaramu; wahai Nusia?

i.Berikan dua alasan peletakan jawatan Doktor Murni.


... Doktor Mumi tidak mahu sekadar menjadi doktor manusia, tetapi beliau mahu
menjadi doktor yang mempunyai sifat kemanusiaan juga
...Doktor Mumi akan mencari pekerjaan di hospital lain

ii.Sekiranya anda Profesor Doktor Juaidi, apakah tindakan anda untuk


menghalang Doktor Mumi daripada meletakkan jawatan?
... cuba memujuk Doktor Mumi secara baik supaya tidak meletakkan jawatan
... memberi Doktor Mumi cuti untuk menenangkan fikirannya
... menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada Doktor Murni.

iii.Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di


atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak
terdapat dalam petikan.
satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
... keyakinan diri. Contohnya, Doktor Mumi yakin bahawa beliau akan
mendapatkan pekerjaan di hospital lain selepas beliau meletakkan jawatannya
Satu nilai kemanusiaan lain yang tidak terdapat dalam petikan.
... Belas kasihan - Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang
ditanggung oleh Solehah
... Tanggungjawab - Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk
merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
Latihan 5: bmspm

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Perengus itu tidak malang. Bertahun-tahun keladak minuman keras


bergelodak didalam perutnya. Dialah yang menjemput virus-virus esofagus itu
merebak ke seluruh tubuhnya. Darah hanyir busuk hitam memancut keluar dari
rongga hidung.
Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan alveolus paru-paru.
Mata terpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja nafsu itu berkulit hitam berkerut
seribu. Najis lendir berdarah- teramat busuk bertakung di punggung.
Bank darah sudah kering
Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu
menderma darah.
Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni? Hujung getah sedutan kucecahkan
ke hujung bibir pesakit yang koma itu. Lendir liur berdarah-busuk amat, berpintal-
pintal masuk kedalam botol tadahan kumuh, sudah dibuang untuk kali ketiga
dalam sehari.

i. Berdasarkan petikan, nyatakan keadaan Tuan Besar ? [2 markah]


Berdasarkan petikan, keadaan Tuan Besar ialah darah hanyir dan busuk serta
berwarna hitam memancut keluar dari rongga hidung. Matanya terpejam rapat.
Najis yang berlendir berdarah dan teramat busuk bertakung di punggung.

ii. Pada pendapat anda, apakah cara untuk mengelakkan seseorang terjebak
dengan minuman keras? [2 markah]
Cara mengelakkan kita terjebak dengan minuman keras ialah tidak mengunjungi
kelab-kelab malam atau tempat yang menyediakan minuman tersebut. Hal ini
demikian kerana, jika kita telah membuat minum minuman tersebut, kita akan
ketagih. Selain itu, jauhi rakan yang mengamalkan minum minuman keras.
Rakan merupakan manusia yang mudah mempengaruhi diri kita.

iii. Berdasarkan keseluruhan cerpen, nyatakan dua latar tempat yang ada dalam
novel berserta bukti. [4 markah]
Latar tempat yang ada dalam novel ialah Wad Unit Rawatan Rapi Hospital
(ICU). Tempat tersebut merupakan tempat Doktor Murni dan Nusia bekerja.
Tuan Besar Musa juga dirawat disitu.
Selain itu, bank darah, hospital. Tempat ini merupakan tempat juruelektrik
makmal bekerja dan tempat menyimpan pek-pek darah yang diderma.
Latihan 6: bmspm

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan
Besar Musa itu mati, lebih bermanfaat kepada yang hidup. Dia sudah tidak
boleh diselamatkan. Dia di ambang sakaratulmaut. Syahadah. Yasin lebih
diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?
Profesor Doktor Juaidi mahu dia hidup:
Untuk membela atau mebuang kemanusiaan
Jangan terlalu beremosi. Kita dibayar gaji
Wad Unit Rawatan Rapi dilimpahi cahaya kalimatang. Kilau kikatnya gagal
memadamkan amarah hati. Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke
tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar. Hari ini dia mahu diberi darah lagi?
Prognosisnya terlalu tipis
Ini arahan, Nusia Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya
muram.
Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan
darjat, padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau
semuanya boleh dibeli?

i. Berdasarkan petikan mengapakah Nusia marah terhadap Doktor Murni? [2


markah]
Nusia marah terhadap Doktor Murni kerana Doktor Murni tetap menerima arahan
Profesor Doktor Juaidi agar membiarkan Tuan Musa mati. Doktor Murni juga
mengendahkan pendapat Nusia yang mengarahkan untuk Tuan Musa hanya
layak untuk mati.

ii. Jika anda berada di tempat Nusia, apakah yang akan anda lakukan untuk
membela prinsip kemanusiaan? [3 markah]
Jika saya berada di tempat Nusia, saya akan cuba untuk berbincang bersama
dengan profesor Doktor Juaidi dan Doktor Murni . Saya juga akan melepaskan
individu ini kepada pihak berwajib kerana isu ini melibatkan nyawa ramai orang.
Akhir Sekali, saya akan membangkitkan isu kemanusiaan ini kepada doktor-
doktor lain agar mereka memboikot hospital tersebut. Oleh itu, pihak hospital
akan mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Doktor Juaidi.

iii. Jelaskan satu nilai daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan
cerpen. [4 markah]
Nilai yang terdapat dalam petikan ialah nilai berani mempertahankan pendapat.
Hal ini jelas ditunjukkan oleh Nusia yang berselisih pendapat dengan Doktor
Murni kerana Nusia berpendapat Tuan Musa tidak layak untuk hidup.