Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kertas Kerja
Program Latihan Kebakaran
(peringkat dalaman) ,
Dan
Kerjasama dengan
1
Kertas Cadangan Dewan Terbuka SK Poring -Poring, Kota Kinabalu. 1
NAMA PROGRAM
*Latihan Kebakaran SK Subang Bestari Dua 2016, bertema Melahirkan Persekitaran Sekolah Yang Selamat.
PENDAHULUAN
Kebakaran merupakan satu tragedi yang harus dielakkan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang
disyorkan oleh pihak Bomba. Kebakaran boleh menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa. Oleh yang
demikian warga sekolah perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi kebakaran.Aspek keselamatan merupakan
elemen yang terpenting dalam semua institusi, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang
berbentuk peningkatan dan keselamatan murid.
Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya isu keselamatan diambil
berat oleh semua pihak. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberikan impak yang besar kepada tahap
keselamatan sekolah kita.
Asas utama menyelamatkan diri dari ancaman kebakaran di bangunan-bangunan tinggi adalah bila mana penghuni
dapat membelakangkan api dan keluar ke tempat yang selamat tanpa pertolongan orang lain.
RASIONAL
Memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada setiap masa dan ketika.
Keselamatan adalah keutamaan sekolah.
OBJEKTIF LATIHAN
Untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran setiap individu mengenai bahaya kebakaran dan cara-cara
bertindak dengan cepat, tepat dan betul semasa kebakaran dari peringkat permulaan hingga keadaan diisytihar
selamat.
Mengenalpasti kelemahankelemahan yang ada dan mengambil langkah- langkah penambahbaikan bagi
mempertingkatkan tahap keselamatan warga sekolah, prosedur dan keyakinan individu serta organisasi semasa
latihan.
2
Latihan Kebakaran SK Subang Bestari 2 (2016 -)
OBJEKTIF KHUSUS
Supaya penghuni warga sekolah yang di ancam kebakaran boleh bertindak dengan tenang dan
teratur.
Supaya jalan-jalan laluan keluar dan tangga-tangga keselamatan (Mean of Escape) digunakan
mengikut kaedah-kaedah yang dirancang.
Supaya tindakan pengungsian bangunan dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
Untuk melatih petugas-petugas kebakaran / kecemasan menjalankan tugas yang diberikan dengan
sempurna dan mengikut prosedur.
Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan peralatan kebombaan pada sesebuah
bangunan.
MATLAMAT
Menubuhkan pasukan bertindak kecemasan , yang terdiri daripada pasukan SAR & Fire team SKSBD.
Arahan-arahan untuk petugas-petugas (guru).
Arahan-arahan umum untuk penghuni-penghuni (murid/warga sekolah)
Menyediakan floor plan termasuk rancangan bertindak.
Mengadakan plan tempat berkumpul (assembly area), sekurang-kurangnya 30 meter (100 kaki) jaraknya dari
bangunan.
Tentukan jalan-jalan, laluan-laluan, pintu keluar, kecemasan tidak terhalang oleh sebarang halangan.
Tentukan semua sistem kebombaan berfungsi.
Pihak bomba hendaklah diberitahu sebagai pemerhati.
SASARAN
Semua murid Pra Sekolah, murid Tahun 1-6 dan warga Sekolah Kebangsaan Subang Bestari Dua yang lain.
3
BUTIRAN PROGRAM
Tentatif :
11:00 pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.
5:00 ptg - : Semua guru, murid bergerak ke tapak selamat yang telah ditetapkan.
- : Semua berhimpun di tapak selamat dan semakan jumlah warga sekolah selamat sampai di tapak
selamat.
- : Mencatat kronologi/ masa & menunggu pelaporan bangunan selamat oleh Ajk SAR & FIRE
team SKSBD.
- : Post Mortem/Ucapan Guru Besar. Penilaian program dibuat selepas mendapat maklum balas
diperoleh (selepas latihan kebakaran dijalankan.)
- : bersurai..
Tentatif :
9:00 pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.
- : Semua guru, murid bergerak ke tapak selamat yang telah ditetapkan.
- : Semua berhimpun di tapak selamat dan semakan jumlah warga sekolah selamat sampai di tapak
selamat.
- : Mencatat kronologi/ masa & menunggu pelaporan bangunan selamat oleh Ketua Bahagian ajk
Pelaporan Bangunan Selamat atau ajk SAR & FIRE team SKSBD.
- : Post Mortem/Ucapan Guru Besar. Penilaian program dibuat selepas mendapat maklum balas
diperoleh (selepas latihan kebakaran dijalankan.)
- : Semua guru dan murid kembali ke kelas masing-masing.
- : Jamuan ringan pentadbir & pasukan bomba dan ambulans di kantin sekolah.
4
Latihan Kebakaran SK Subang Bestari 2 (2016 -)
PROSEDUR
5
JAWATANKUASA LATIHAN KEBAKARAN
Pegawai Insiden : Guru Besar dan dibantu oleh Penolong Kanan HEM.
Ketua Tingkat/bahagian/Disiplin dan Keselamatan Murid : Semua guru dalam kelas P&P
-(sewaktu loceng kecemasan berbunyi).
Bertangungjawab terhadap pengungsian murid dari kelas ke tapak selamat.
-Periksa kelas sebelum tinggalkan kelas.
Semakan jumlah murid setiap kelas di tapak selamat : semua guru kelas.
-Panggil nama murid ikut kelas masing-masing di tapak selamat
& jaga disiplin murid di padang/tapak selamat.
-Lapor kepada Pegawai Pengungsian/Puan Suriani jika ada murid hilang.
Penyelaras laporan kehadiran & Murid Hilang & Jumpa Murid : Pn. Suriani binti Mohd Sapawi
-(menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas
kemudian melaporkan jumlah kesemuanya kepada pegawai insiden)
Pasukan Pemadam (FIRE team) Encik Mohd Shahril bin Shaffie (Ketua)
Maklumkan kpd Pn. GB Fire team Encik Ahmad Nizam bin Mohamed
tidak dapat padamkan api (api marak dll) Encik Anuar bin Shaari
utk serah tugas kpd pihak bomba (lakonan)
Pasukan Mencari & Menyelamat (SAR team) Encik Dasuki bin Mohamed (ketua)
Maklumkan kpd Pn GB SAR team tidak dapat Encik Zulhisham
selamatkan 2 mangsa sbb api marak/keadaan bahaya Encik Mohd Faris
& serah tugas kpd pihak bomba. (lakonan)
6
Latihan Kebakaran SK Subang Bestari 2 (2016 -)
Pasukan Perubatan (Medic Team) : Ustaz Ab-dullah (Ketua) dan di bantu guru BSMM
Pegawai Insiden : Guru Besar dan dibantu oleh Penolong Kanan Petang
Ketua Tingkat/bahagian/Disiplin dan Keselamatan Murid : Semua guru dalam kelas P&P
-(sewaktu loceng kecemasan berbunyi).
Bertangungjawab terhadap pengungsian murid dari kelas ke tapak selamat.
-Periksa kelas sebelum tinggalkan kelas.
Semakan jumlah murid setiap kelas di tapak selamat : semua guru kelas.
-Panggil nama murid ikut kelas masing-masing di tapak selamat
& jaga disiplin murid di padang/tapak selamat.
-Lapor kepada Pegawai Pengungsian/Puan Suriani jika ada murid hilang.
Penyelaras laporan kehadiran & Murid Hilang & Jumpa Murid : Cik Alvera
-(menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas
kemudian melaporkan jumlah kesemuanya kepada pegawai insiden)
Pasukan Mencari & Menyelamat (SAR team) Encik Syahreezan b. Abdul Jalil
Maklumkan kpd Pn GB SAR team tidak dapat
selamatkan 2 mangsa sbb api marak/keadaan bahaya Encik Mohd Fakri b. Muda
& serah tugas kpd pihak bomba. (lakonan)
Tentatif :
: Loceng kecemasan dibunyikan.
- : Semua guru, murid bergerak ke tapak selamat yang telah ditetapkan.
- : Semua berhimpun di tapak selamat dan semakan jumlah murid setiap kelas & guru selamat sampai
7
di tapak selamat.
- : Mencatat kronologi/ masa & menunggu pelaporan bangunan selamat oleh Ketua Bahagian ajk
Pelaporan Bangunan Selamat atau ajk SAR & FIRE team SKSBD.
- : Post Mortem/Ucapan Guru Besar. Penilaian program dibuat selepas mendapat maklum balas
diperoleh (selepas latihan kebakaran dijalankan.)
- : Semua guru dan murid kembali ke kelas masing-masing.
ANGGARAN PERBEELANJAAN
1 Peralatan
2.1 Petrol 10 liter 2.10 21.00
2.2 Tong Minyak Diesel 5 liter 2.00 10.00
31 x 2 = 62.00
Rencam
2 Minyak tanah 5.00
67.00
Jumlah keseluruhan
KESIMPULAN
Program ini memerlukan kerjasama dan sokongan seluruh warga sekolah, khususnya murid. Ketertiban dalam
pergerakan dari lokasi insiden ke tempat berhimpun dan pelaporan yang tepat menjadi kayu ukur kejayaan
simulasi berkenaan. Pihak sekolah mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif yang
telah digariskan.
(SUHAIDA BINTI SAID) (PN NOOR AZNEEN MOHAMED RAZALI) (SAPIAH BINTI JAFFAR)
Penyelaras Latihan Kebakaran, Penolong Kanan HEM, Guru Besar,
SK Subang Bestari Dua. SK Subang Bestari Dua. SK Subang Bestari Dua
8
Latihan Kebakaran SK Subang Bestari 2 (2016 -)
LATIHAN KEBAKARAN
Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan sekali pada
penggal kedua sesi persekolahan. Pelan Kebakaran Bangunan ada diletakkan di dalam setiap kelas dan
bilik-bilik khas. Segala maklumat berkenaan panduan mengosongkan bangunan ada dilekatkan pada Papan
Kenyataan Bahagian Keselamatan Sekolah.
Apabila berlakunya KEBAKARAN di sekolah, orang pertama yang nampak kebakaran perlulah
memaklumkan kepada Guru Besar, guru bertugas atau pegawai pejabat dengan segera.
Guru yang sedang mengajar dikelas, haruslah dengan segera menghentikan pengajaran dan
mengarahkan para murid keluar dari kelas tanpa membawa beg atau sebarang benda.
Guru mengarahkan para murid keluar dari kelas. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan
9
membawa beg sekolah atau sebarang benda, membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan
menuju ke tempat berkumpul mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan dengan cepat,
senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain. (Hanya
dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.)
DILARANG BERMAIN ATAU MENOLAK ANTARA SATU SAMA LAIN. Murid seterusnya akan
diiringi oleh guru waktu itu menuju ke padang sekolah atau tapak selamat.
guru adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan
lampu serta semua pintu. Guru perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam
pergerakan menyelamatkan diri.
Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan
(seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang
ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang
telah ditetapkan, atau tempat yang diarahkan oleh guru.
Guru kelas akan memastikan semua murid (kelas masing-masing) berada di tapak selamat
berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira
murid-murid yang telah tiba di tapak selamat. Ketua kelas kemudiannya dikehendaki mengira
bilangan murid yang hadir dan seterusnya memaklumkan kepada guru kelas.
Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-
merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Subang Bestari Dua juga
harus berada di tapak selamat.
Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang
tertinggal.
10
Latihan Kebakaran SK Subang Bestari 2 (2016 -)
Apabila keadaan sudah terkawal dan selamat, semua guru dan murid akan dibenarkan
balik ke kelas masing-masing untuk meneruskan proses p&p mereka.
Selain daripada mengikut laluan ini terdapat juga arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh semua murid dan guru.
Ketepatan tindakan yang dibuat akan dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda.
11
12
Latihan Kebakaran SK Subang Bestari 2 (2016 -)