Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahan

5 keping roti gardenia


2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.

2. Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh juga blender
semua bahan dan tak perlu ditapis.

3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.

4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama
1 jam.

5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan minyak dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas
kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz
oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.

6. Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja.
Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..

7. Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong. Selamat mencuba...

Anda mungkin juga menyukai