Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

SENI CETAK DI MALAYSIA


Hasil penulisan tentang perkembangan seni cetak di Malaysia masih terlalu kurang jika
dibandingkan dengan seni catan.Seperti seni arca, seni cetak tidak begitu mendapat
perhatian dalam perkembangan awal seni lukis kontemporari Malaysia kerana
perkembangan sejarah seni moden lazimnya dilihat dari sudut sejarah seni catan.Hal ini
diburukkan oleh hakikat bahawa seni cetak hanyalah kegiatan "seni pinggiran" bagi
karyawan catan pada peringkat awal perkembangan seni lukis kontemporari Malaysia.

Fenomena ini menyebabkan seni cetak terpinggir, meskipun dari sudut


sejarah,seni cetak berkembang seiringan dengan seni catan sewaktu era penjajahan
Inggeris.Bastin dan Rohatgi dalam kajian mereka menyebut bahawa penemuan teknik
cetakan akuatin telah memungkinkan keindahan landskap tanah jajahan yang
dirakamkan menerusi lukisan dan catan pelukis Barat sekitar 1786 hingga 1824
dipindahkan dalam bentuk seni.Dalam konteks ini, seni cetak turut memainkan peranan
dalam mempopularkan tema landskap dalam kegiatan seni lukis era penjajahan.

Antara faktor lain yang menghalang seni cetak berkembang sebaik catan adalah
kerana disiplin seni ini memerlukan persediaan kelengkapan yang besar kos
perbelanjaannya seperti penyediaan bengkel dengan peralatan-peralatan khusus.Hal ini
tidak memungkinkan kegiatan seni cetak dilakukan secara serius oleh kebanyakkan
pelukis,kecuali mereka yang benar-benar komited.

Di samping faktor-faktor fizikal ini, seni cetak turut dihimpit oleh kecenderungan
khayalak dan institusi seni yang secara umumnya lebih memihak kepada seni catan,
baik dalam konteks penaungan,pemilikan,mahupun penganjuran aktiviti serta
pemeran.Kefahaman khayalak terhadap konsep dan etika disiplin seni cetak asli masih
diragukan,serta lenyapnya batasan dalam mentakrifkan cabang-cabang seni halus juga
merugikan bidang seni cetak.

Di samping itu,kemunculan seni digital yang berlandaskan kemajuan teknologi


komputer turut mencabar kewibawaan bidang seni cetak dalam mengharungi arus
perkembangan seni lukis negara.Justeru,kepentingan pengertian seni cetak semakin
dipersoalkan.

Perkembangan awal seni cetak kontemporari di negara ini boleh dirujuk kepada
kegiatan seni cetak potongan kayu oleh pelukis-pelukis Akedemi Nanyang di Singapura
pada akhir tahun 1940-an.Tidak seperti kegiatan seni catan awal pada akhir tahun
1920-an yang tertumpu pada tema landskap alam semula jadi yang romantis,karya seni
cetak awal lebih banyak menggambarkan suasana kehidupan seharian
masyarakat,seperti kehidupan pekerja buruh kasar,peniaga,dan kehidupan penduduk di
kawasan setinggan dan kampung Melayu.Hal ini ada kaitan dengan prinsip seni pelukis
Nanyang,kecenderungan media massa, dan pengaruh seni cetakan kayu Cina.

Meskipun kecenderungan merakamkan pemandangan tempatan menjadi trend


umum pelukis-pelukis nanyang sejak penubuhannya pada tahun 1938,terdapat
sekumpulan pelukis muda akademi itu pada akhir tahun 1940-an yang lebih berminat
menggambarkan tema kemasyarakatan.

Mereka terdiri daripada beberapa tenaga pengajar muda seperti Lim Yew
Kuan,Chuah Mia Tee,dan Tan Tee Chie.Mereka menganggap diri mereka sebagai
pelukis realis yang menekankan gambaran realiri kehidupan seharian tanpa ciri-ciri
romantik dan sentimental.

Perkembangan tema dan gaya seni lukis kontemporari Malaysia pascamerdeka


banyak dipengaruhi oleh faktor pendidikan.Pada dekad 1950-an,dua kumpulan pelukis
yang penting telah ditubuhkan di Kuala Lumpur,iaitu Wednesday Art Group (1952) dan
Angkatan Pelukis Semenanjung (1956),Ketika negara belum mempunyai sekolah seni
lukis secara formal, kedua-dua kumpulan ini memainkan peranan besar dalam
mengembangkan seni lukis menerusi kelas-kelas lukisan yang dianjurkan.

Pada tahun 1954 program latihan guru seni lukis diperkenalkan di Institut
Perguruan Ilmu Khas untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam mengendalikan mata
pelajaran seni lukis di sekolah-sekolah.Kesedaran akan pentingnya pendidikan seni
serta kekurangan guru-guru terlatih memungkinkan lebih ramai pelukis dihantar belajar
ke luar negara bagi mendalami bidang seni.Antara mereka ialah Tay Hooi Keat,Syed
Ahmad Jamal,Abdul Latiff Mohidin,Lee Joo For,Yeoh Jin Leng,Ismail Zain,dan Ibrahim
Hussein.Pada dekad 1960-an lebih banyak pelukis menuntut di luar negara,seperti
Redza Piyadasa,Sulaiman Esa,Joseph Tan,Long Thien Shih,Loh Foo Sang,Hashim
Hassan,dan Ahmad Khalid Yusof.

Lee Joo For dan Abdul Latiff Mohidin adalah antara pelukis negara yang aktif
menghasilkan karya seni cetak pada dekad 1960-an.Meskipun begitu,seni cetak
umumnya masih bersifat sampingan kerana kerja kreatif utama pelukis Malaysia ketika
itu ialah catan.Menerusi cetakan gurisan asid dan potongan lino,Lee Joo For
menggabungkanjalinkan imejan-imejan kepelbagaian budaya yang dipinjam daripada
kesenian dan tradisi Jepun,India,dan malahan daripada karya-karya pelukis moden
seperti Matisse,Picasso,dan kubisme.
Meskipun kegiatan seni cetak masih bersifat pinggiran,terdapat juga beberapa
pameran khusus mengenainya di Kuala Lumpur pada sekitaran dekad 1960-an
itu.Antaranya pameran seni cetak potongan kayu Akedemi Nanyang (1966) dan
pameran gurisan asid pelukis Atelier 17 Paris di Galeri Samat (1968)

Pameran-pameran seumpama ini telah mendedahkan khayalak,terutamanya


guru-guru dan murid-murid sekolah akan keunikan seni cetak,justeru telah
mempopularkan bidang seni cetak potongan lino di sekolah-sekolah.Edward Pragasam
adalah antara guru seni cetak yang gigih mendidik pelajar-pelajarnya seni cetakan lino
di Sekolah Menengah Baki Johor Bahru pada sekitar 1970-an.

Menjelang akhir tahun 1960-an,lebih banyak pelukis tempatan melanjutkan


pengajian di luar negara.Antara mereka yang turut menyumbang ke arah
perkembangan gaya dan tema seni cetak di negara ini ialah Sulaiman Esa,Long Thien
Shih,Loo Foh Sang,dan Ahmad Khalid Yusof.Long Thien Shih,Loo Foh Sang,dan Abdul
Latiff Mohidin mengikuti pengajian seni cetak di Atelier 17,Paris,pada akhir dekad 1960-
an.

Ahmad Khalid Yusof yang menuntut di Wichester School of Art di England (1965-
69) banyak menghasilkan karya seni cetak sutera saring pada tahun 1970-an,begitu
juga dengan Lee Kian Seng yang belajar seni cetak di Institut Seni Cetak
Tokyo,Universiti Seni Halus Jepun.Sumbangan para pelukis ini dalam perkembangan
gaya dan tema seni cetak Malaysia begitu menyerlah mulai tahun 1970-an.

Long Thien Shih dalam tulisannya menyebut bahawa pada akhir tahun 1960-
an,karya seni cetak terus terpinggir oleh kepopularan seni catan abstrak dan seni catan
bukan objektif.Seni cetak yang berukuran kecil tidak dapat bersaing dengan karya catan
yang besar.

Dalam keadaan seni cetak terus terhimpit,kegigihan beberapa pengkarnya untuk


terus mengetengahkan seni cetak telah memastikan ia tidak terus terkubur.Dalam
konteks ini,penglibatan para lulusan Atelier 17,Paris,seperti Long Thien Shih,Loo Foh
Sang,Abdul Latiff Mohidin,dan Sulaiman Esa,serta karyawan-karyawan lain seperti Lee
Joo For,Ahmad Khalid Yusof,dan Lee Kian Seng amat penting dalam meneruskan
tradisi seni cetak kontemporari di negara ini.

Pada tahun 1970 seni cetak menerima nafas baru apabila ditawarkan sebagai
satu bidang pengkhususan di samping catan dan arca dalam program diploma seni
halus di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR),Institut Teknologi MARA (ITM).Antara
tenaga pengajar ketika itu ialah Abdul Latiff Mohidin,Sulaiman Esa,Lee Kian Seng,dan
Kok Yew Phuah.
Penawaran seni cetak sebagai satu bidang pengkhususan dalam program seni
halus di KSSR,ITM telah berjaya menghasilkan banyak pengkarya seni cetak yang
utama di negara ini seperti Ponirin Amin,Mansor Ibrahim,Ismail Latiff,Juhari Said,Awang
Damit Ahmad,Rahime Harun,Bahaman Hashim,dan Mohd Jamil Mat Isa.

Sistem kurikulum yang membolehkan pelajar memilih bidang pengkhususan


major dan minor daripada cabang-cabang seni catan,arca dan cetakan telah
memungkinkan pelajar-pelajar di institusi itu terdedah kepada seni
cetak.Hasilnya,mereka kenal dan mampu menghasilkan karya seni cetak,kalaupun
tidak menjadikannya sebagai ,edium ekspresi estetik yang utama.

Ada antara lulusan seni cetak itu yang melanjutkan pengajian di luar negara
dalam bidang seni cetak itu yang melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang
seni cetak dan kembali sebagai tenaga pengajar,misalnya Ponirin Amin (West Surrey
School of Art and Design,Manchester Polytechnic UK),Abdul Mansor Ibrahim (Atelier
17,Paris),Bahaman Hashim (School of Art Institute,Chicago),dan Mohd. Jamil Mat Isa
(University of Central England).

Juhari Said pula menerima anugerah penyelidikan daripada Kerajaan Perancis


untuk mengikuti pengajian seni cetak di Paris pada tahun 1993 dan anugerah daripada
Japan Foundation untuk mengikuti pengajian seni cetak tersohor Jepun Yoshisuke
Funasaka.Dalam barisan nama pelukis tanah air,Juhari Said muncul sebaga salah
seorang pengkarya seni cetak sepenuh masa yang paling profilik,gigih,konsisten dan
berjaya.

Selain penawran seni cetak sebagai bidang pengkhususan program seni halus di
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan,suasana sihat seni cetak pada dekad 1970-
an turut tercermin menerusi panganjuran pameran dan pertandingan seni cetak oleh
Balai Seni Lukis Negara.Lee Kian Seng memenangi hadiah utama menerusi karya of
Image Object,Illusion off Series Mechanism dalam Pertandingan Terbuka Seni Lukis
dan Cetakan Grafik 1971 anjuran ESSO dan dikelolakan oleh Balai Seni Lukis
Negara.Pameran Terbuka dan Pertandingan Seni Cetak Kebangsaan pada tahun 1974
yang bertujuan menghidupkan minat terhadap seni grafik di negara ini menerima 196
karya daripada 41 peserta.Karya serigrafi Raja Zahabuddin Raja Yaacob yang berjudul
Luar dari yang Tidak Diketahui memenangi hadiah utama.Dalam Salon Malaysia
1978/79,karya Ponirin Amin berjudul Di Atas Pentasmu Nan Sepi dan karya Ismail Latiff
Lembah Binaan memenangi anugerah Frank Sullivan.

Tema dan gaya seni cetak tidak terpisah daripada isu-isu berkaitan kebudayaan
dan kesenian setempat,terutamanya dalam persoalan mencari identiti.Setelah gaya
seni abstrak Barat mendominasi seni lukis dekad 1960-an,para pelukis berusaha
mencari pengucapan seni yang baru bersesuaian dengan rupa dan jiwa setempat,di
samping mempersoalkan gaya sedia ada.

Justeru,muncul kumpulan pelukis yang berusaha mencari gaya estetik alternatif


menerusi pameran-pameran seperti The New Scene (1969),Experiment ' 70 (1970),dan
Dokumentasi ' 72 (1972).Pelukis-pelukis yang terlibat dalam pameran-pameran ini ialah
Redza Piyadasa,Sulaiman Esa,Tan Teong Eng,Tan Teong Kooi,Tang Tuck Kan,dan
Choong Kam Kow.

Mohamed Ali Abdul Rahman dalam kajiannya Modern Malaysian Art :


Manifestation of Malay Form and Content antara lain menghuraikan aspek-aspek rupa
dan jiwa Melayu dalam karya-karya seni tempatan terjelma menerusi rujukan para
pelukis terhadap kesusasteraan dan mitologi ; agama,kepercayaan dan adat ; alam
semula jadi,kuasa ghaib dan luar biasa ; serta hikayat da lagenda.Sumber-sumber asas
ini diolah oleh para pengkarya menerusi tatabahasa visual yang pelbagai.

Pendekatan figuratif dalam seni cetak digunakan oleh Long Thien Shih dan Lee
Kian Seng dalam menyelesaikan persoalan identiti.Long Thien Shih menerusi cetakan
gurisan asid Not Yet,But It's Going To Happen (1971) dan Roh-roh yang
Mentertawakan Kita (1975) menggabungjalinkan unsur-unsur jenaka dan surealistik
bagi membangkitkan isu kemanusiaan dan alam sekitar.Lee Kian Seng pula
menggunakan ciri-ciri seni pop melalui teknik serigrafi dan batik untuk menggarap isu-
isu jati diri dan identiti seperti dalam Of Image Object,Illusion off Series Mechanism
(1971) dan Yin Yang Series Soul and Form ... Sound (1973/74).

Persoalan identiti,terutamanya isu pertembungan atau konflik nilai Timur-Islam


dengan Barat telah dikupas oleh Sulaiman Esa menerusi karya cetakan gurisan asid
yang kontroversi berjudul Waiting For Godot (1978).Pertentangan nilai itu dikiaskan
oleh pelukis menerusi imejan figura wanita bogel yang mewakili budaya barat dengan
ragam hias seni bina Islam bagi mewakili nilai-nilai Islam.

Dalam konteks seni lukis kontemporari Malaysia,Piyadasa menyifatkan salah


satu sumbangan besar Sulaiman Esa dalam dunia seni lukis tempatan adalah menerusi
bidang seni cetak yang diceburinya.Menjelang pertengahan 1980-an,Sulaiman Esa
menemui identiti keislaman dalam seninya menerusi karya-karya abstrak motif Islam ke
Arah Tauhid

Kongres Kebudayaan Kebangsaan mempengaruhi terutamanya bentuk dan


makna karya-karya seni cetak pelukis Melayu dan lulusan KSSR,ITM.Ahmad Khalid
Yusof menerusi catan dan cetakan sutera saring seperti Alif Ba Ta (1971)
menggunakan huruf-huruf Jawi sebagai motif seni yang bukan sahaja menyelesaikan
masalah ruang dan permukaan karya malah menjawab kepada persoalan mencari
identiti seni berteraskan nilai-nilai tradisi dan keislaman.Dalam konteks ini,dia telah
sejak awal 1970-an menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dalam Kongres
Kebudayaan Kebangsaan.

Di samping Ahmad Khalid Yusof,nafas kesenian Islam turut terjelma dalam


karya-karya cetakan Ponirin Amin,lulusan dan tenaga pengajar di ITM.Berbeza
daripada Ahmad Khalid Yusof yang menggunakan Jawi,Ponirin memindahkan petikan-
petikan ayat suci al-Quran ke dalam karya seni cetaknya,justeru menghubungkan
secara langsung tradisi seni cetak kontemporari Malaysia dengan pendekatan seni
Islam.

Karyawan-karyawan lain yang turut merujuk kepada aspek-aspek tradisi dan


peribumi ialah Victor Chin,Ilse Noor,Tay Chee Toh,Ismail Latiff,Othman Mansor,Lai
Loong Seng,Mansor Ibrahim,Juhari Said,Awang Damit Ahmad,Mohd Jamil Mat Isa,dan
Wan Jamarul Imran.

Antara pengucapan unik yang tercermin dalam karya-karya Juhari Said,merujuk


kepada peribahasa dan simpulan bahasa sebagai asas subjek dan pengerak bentuk
serta mesej,seperti dalam karya Katak Nak Jadi Lembu (1999) dan Bila Telunjuk
Menunding,Tiga Jari Menunding ke Arah Kita (1996).Rujukan terhadap kedua-dua
cabang kesusasteraan tradisi ini amat menarik dan segar,kerana sebelumnya banyak
karyawan merujuk kesusateraan tradisi sebagai sumber ilham,tetapi lebih tertumpu
pada aspek-aspek sejarah,hikayat dan legenda.

Namun begitu,sebelum menemui siri karya berasaskan peribahasa dan simpulan


bahasa ini,Juhari telah melewati beberapa tahap penting dalam kariernya : era
percubaan (1982/83) ; pencarian subjek kukuh (1984/85) ; siri taman (1986/89) ; siri
baju kurung (1990/92) ; dan printmaker's drawing : baju kurung no. 1-9 (1993).Karyanya
Tiga Cawan Kopi (potongan kayu dan lino,1991) memenangi hadiah utama bahagian
seni cetak dalam salon Malaysia 1991/1992.

Percubaan beberapa karyawan memperkenalkan teknik cetakan komputer dari


satu sudut memperluaskan kemungkinan baru dalam pengolahan tatabahasa visual
seni itu,dan dari satu sudut yang lain memperjudikan nilai seni cetak asli dengan
mengaburkan definisi dan etika penghasilannya.

Penerimaan karyawan dan khayalak seni cetak terhadap cetakan komputer


Kamarudzaman Md Isa Tanpa Tajuk (1985),ataupun karya-karya Ismail Zain Al Rumi
(1986) dan Happy Birthday,Mr. Parameswara (1987) sebagai seni cetak asli ,masih
boleh dipertikaikan.Namun begitu,dalam era pluralis yang menyaksikan peranan seni
berpihak kepada suatu wadah pernyataan,apa jua bentuk seni yang dilihat daripada
persepsi konvensional akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Jika direnungkan kembali serta dibandingkan dengan perkembangan pada
dekad 1940-an hingga akhir 1960-an,seni cetak di negara ini ternyata telah melalui satu
proses perubahan yang memberansangkan,sama ada dari segi tema mahupun
gaya,ataupun penerimaan khayalak dan institusi seni secara umumnya.

Dalam era pluralis yang memberi banyak ruang serta kebebasan untuk pelukis
berkarya tanpa dikongkong oleh batasan perngertian bentuk seni,kefahaman khayalak
terhadap konsep dan etika disiplin seni cetak asli sewajarnya diperkukuhkan.Lenyapnya
batasan dalam mentakrifkan seni cetak asli hanya akan merugikan bidang seni cetak itu
sendiri.

Kemunculan seni digital yang berlandaskan kemajuan teknologi komputer turut


mencabar kewibawaan bidang seni cetak dalam mengharungi arus perkembangan seni
lukis negara.Justeru,pengertian serta etika menghasilkan seni cetak asli sewajarnya
dipelajari dan dipertahankan,di samping menggunakan kemajuan teknologi sebagai
pengukuh dalam proses pengkaryaan.
BIODATA
JUHARI
SAID
Dilahirkan pada tahun
1961 di Perak

Mendapat pendidikan
di Universiti Teknologi
MARA dari 1979-1983

Pelukis cetak prolifik


dalam teknik cetakan
kayu, lino dan
gurusan asid dengan
pelbagai gaya seperti
ekspresionisme dan
surelisme

Antara karya terkenal


ialah Baju Kurung dan
Secawan Kopi dan
Pernah menerima Katak Nak Jadi
biasiswa Japan Lembu.
Foundation untuk
mempelajari cetakan
kayu tradisional
KARYA
KATAK NAK
JADI LEMBU II
BAJU KURUNG
DAN
SECAWAN KOPI
ANUGERAH
2011
Karyawan
Tamu,Universiti
Malaya,Kuala Lumpur.

2009
Anugerah Karyawan Seni
by ministry of Unity,
Culture, Arts and Heritage
Malaysia
2008
Ahlicipta (Creative Fellow),
School of Arts, Universiti
Sains Malaysia

1994
Fellowship Programme to
study traditional woodblock
print in Tokyo under the
tutelage of Mr. Yoshisuke
Funasaka, awarded by
Japan Foundation
1993
Research Grant for
Printmaking in Paris awarded
by the Government of France

1991
Major Award for Printmaking,
Salon Malaysia 1991

Anda mungkin juga menyukai