Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Hari : Selasa

Tarikh : 4 Julai 2017

Pada hari ketiga di Sekolah Kebangsaan Nong Chik, saya dan rakan rakan praktikum
saya telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan guru pembimbing masing-masing dan
guru-guru lain. Kami telah berjumpa dengan guru yang bertanggungjawab terhadap urusan
buku teks. Kami telah memohon untuk mendapat buku teks agar ia akan menjadi panduan
kepada kami untuk merancang proses pengajaran dan pengajaran yang bakal kami jalankan.
Selepas itu, saya juga telah berjumpa dengan guru-guru yang sudi memberikan kelas mereka
kepada saya untuk mengajar. Saya telah mendapatkan maklumat tentang sekadar mana topik
pembelajaran telah diajar kepada murid-murid dan maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan murid seperti tahap pembelajaran, gaya pembelajaran, sikap, kekuatan dan
kelemahan mereka. Maklumat-maklumat ini adalah sangat penting kerana ia akan membantu
saya untuk memahami murid-murid saya dan menggunakan pendekatan yang sesuai kepada
mereka serta memudahkan pengurusan kelas.

Selepas itu, saya juga telah berjumpa dengan guru-guru pembimbing saya. Saya telah
diberi nasihat dan mereka juga berkongsikan pengalaman mereka sebagai guru. Guru-guru
tersebut sudi meluangkan masa dengan saya untuk berkongsi ilmu. Seterusnya, pada hari
tersebut saya telah memasuki kelas saya iaitu 4 Arif. Saya telah mengambil kesempatan ini
untuk mengenali murid-murid saya. Saya telah mengetahui nama, hobi dan cita-cita mereka
serta memperkenalkan dri saya kepada mereka. Segala perbualan antara kami adalah
berasaskan bahasa Inggeris. Ini kerana kelas tersebut mengikuti Dual Language Program,
maka saya dikehendaki untuk mengajar Sains dalam bahasa Inggeris. Saya juga telah
menjelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam kelas saya. Masa yang
selebihnya saya telah menjalankan aktiviti pengukuran isipadu bagi mereka di makmal sains.
Justeru itu, saya telah melihat sekeliling makmal sains dan memeriksa alatan, radas dan
kemudahan yang terdapat di sana. Selepas tamat sesi persekolahan, aktiviti 1 murid 1 sukan
dijalankan. Saya telah membantu En.Amar untuk membimbing murid-murid dalam sukan
Kriket dan saya juga berkesempatan untuk mengenali peraturan-peraturan dan kemahiran-
kemahiran asas sukan tersebut. Saya telah kenalpasti cabaran yang perlu saya atasi
sepanjang praktikum ini, iaitu mengajar Sains dalam bahasa Inggeris. Ini kerana murid-murid
ini juga kurang memahami bahasa Inggeris dn teragak-agak untuk menanya saya jika tidak
faham arahan. Maka saya membuat keputusan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu
mengikut keadaan seperti menjelaskan teori atau arahan yang kompleks. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai