Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Individu GGGB6023

Ulasan dan Kritikan Penggunaan Analisis Statistik (15%)

Bagi memenuhi keperluan kursus, setiap pelajar diminta untuk membuat satu tugasan berkaitan ulasan dan kritikan
ilmiah TIGA (3) artikel dalam penyelidikan Pendidikan dalam bidang pengkhususan masing-masing (lihat senarai
artikel). Setiap pelajar perlu mengenalpasti elemen-elemen penting dalam sesuatu kajian penyelidikan dan meninjau
kesesuaian penggunaan analisis statistik dalam kajian yang dijalankan. Pelajar perlu memastikan:

1. Tajuk artikel dan nama pengarang perlu ditulis mengikut Gaya Penulisan UKM.
2. Perlu muatnaik TUGASAN SAHAJA ke dalam aplikasi TURNITIN untuk dapatkan laporan. TURNITIN
akan ditutup pada 16 Mei 2017 (SELASA) jam 11.59 malam. Kemudian hantar hardcopy laporan
TURNITIN kepada pensyarah/tutor yang telah ditetapkan selewat-lewatnya 19 Mei 2017 (JUMAAT).
Markah akan ditolak bagi kelewatan tugasan dan tiada laporan TURNITIN.

Kriteria pemarkahan adalah berdasarkan elemen-elemen berikut (mohon mengikut susunan atau boleh
dalam bentuk jadual yang bersistematik):

1. Tujuan/persoalan kajian/hipotesis: Apakah tujuan kajian?/Apakah persoalan kajian?/Apakah hipotesis


kajian?
(1 markah)
2. Pembolehubah kajian dan jenis data: Apakah pembolehubah-pembolehubah dan jenis data (nominal,
ordinal, sela, nisbah) bagi setiap pembolehubah yang terlibat?
(1 markah)

3. Analisis data: Nyatakan ujian statistik yang digunakan. Bagaimanakah analisis data dijalankan? Apakah
statistik deskriptif dan/atau statistik inferensi yang dijalankan bersesuaian dan tepat dengan
tujuan/persoalan kajian/hipotesis kajian dan jenis data yang dikumpul? Analisis statistik yang digunakan
dalam artikel perlulah berkaitan dengan topik di dalam kuliah (contohnya: skala pengukuran, normality,
statistik deskriptif, t-test, Mann-Whitney/Wilcoxon, ANOVA, Kruskal-Wallis, Pearson/ Spearman
Correlation, Regression).
(3 markah)
Tugasan Kumpulan GGGB6023
Bab dalam Buku (15%)

Tugasan ini memerlukan pelajar berkerja secara berkumpulan (2-3 orang) untuk menghasilkan satu topik bab dalam
buku bagi topik statistik yang dibincangkan dalam kuliah (lihat senarai topik). Setiap topik bab dalam buku yang
dihasilkan perlu mengandungi konsep statistik, petikan artikel jurnal tentang penggunaan konsep statistik tersebut,
latihan dan kuiz berserta jawapan. Format penulisan: minima 10 mukasurat, 1 spacing, Times New Roman 12,
dan rujukan terkini (tahun 2007-2016) yang menggunakan gaya American Psychological Association (APA).
Pelajar perlu menggunakan templat yang disediakan dan memuatnaik tugasan tersebut ke dalam aplikasi
TURNITIN untuk mendapatkan laporan. Kemudian hantar hardcopy laporan kepada pensyarah/tutor yang
ditetapkan selewat-lewatnya 2 Jun 2017 (Jumaat).

Kriteria pemarkahan adalah berdasarkan elemen-elemen berikut:

1. Penulisan - penerangan konsep statistik, pilihan petikan artikel, latihan, dan kuiz berserta jawapan yang
relevan dengan topik
(12 markah)
2. Keseluruhan struktur, keaslian, bebas dari kesilapan, aplikasi kehidupan seharian
(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai