Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh : 8 OGOS 2014


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kantin SK Titian Bintangor

QUE BUTIRAN CATATAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera dan salam 1
Ketibaan Malaysia
Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Mohd


Muhagirin bin Mohd Ayub dan isteri, Pn Hajah Latipah
Othman dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Para tetamu dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih sempena persaraan Tn Hj Mohd Muhagirin
bin Mohd Ayob , Mantan Guru Besar SK Titian Bintangor
dan Pn Hajah Latipah Binti Othman mantan guru SK Titian
Bintangor dan majlis perpisahan buat En Muhd Zaidi bin
Zahar Mantan GPK HEM SKTB dan En Azlan bin Muhd
mantan guru SKTB

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia. Oleh kerana kita masih berada
dalam bulan Syawal iaitu hari yang ke 11 saya bagi pihak
majlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada
semua dif-dif kehormat, Tetamu Yang diRaikan, para
tetamu jemputan serta hadirin dan hadirat sekalian.
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh: Al Fadil Ustaz Ismail
Ibrahim bin Hafiq. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ismail
Ibrahim atas bacaan doa itu tadi.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Ucapan Sayang pesanan terlupa sudah;
Alu-aluan Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berhormat Dato Dr Hj Awaluddin bin Said


( Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan
Daarul Khusus
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota

Yang Dihormati Datin Hajah Naemah binti Dahalan


Pegawai Pedidikan Daerah Rembau

Yang Diraikan
Tn Hj Mohd Muhagirin bin Mohd Ayub
Mantan Guru Besar SK Titian Bintangor

Yang Diraikan
Pn Hajah Latipah binti Othman
Mantan Guru SK Titian Bintangor

Yang diraikan
En Mohd Zaidi bin Zahar
Mantan GPM HEM SKTB

Yang Berusaha Tn Hj Ahmad bin Shapiee Pemangku


Guru Besar
Merangkap Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Titian
Bintangor

Yang Dihormati En Yahya bin Mohd


YDP Majlis Guru Besar, Daerah Rembau

Yang Dihormati En. Mohd Shamsulrani bin Mohd Yusof


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Titian
Bintangor

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar atau wakil
Sekolah-sekolah Daerah Rembau

Dif-dif jemputan, seterusnya para guru, ibu bapa, murid-


murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Persaraan Yang Diraikan Tn Hj Mohd Muhagirin bin
Mohd Ayub, Mantan Guru Besar SK Titian Bintangor serta
Pn Hajah Latipah Othman Mantan guru SK Titian Bintangor,
En , Zaidi bin Zahar Mantan GPK HEM SKTB
Serta En Azlan Mantan Guru SKTB

Terlebih dahulu kami bagi pihak majlisn mengucapkan


syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk meraikan Tn Hj Mohd Muhagirin bin Mohd Ayub, dan
Pn Hajah Latipah Othman. Buat En Muhd Zaidi dan dan En
Azlan jasamu tuan ketika bersama kami akan kekal
selamanya.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Tn Hj Mohd
Muhagirin bin Mohd Ayob dan Pn Hajah Latipah Othman, En
Muhd Zaidi dan En Azlan sepanjang perkhidmatan mereka
di dalam dunia pendidikan yang berakhir di SK Titian
Bintangor.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan PPD
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian dengan


ini :

Majlis menjemput Yang Di Hormati Datin Hajah Naemah


binti Dahalan Pegawai Pelajaran Daerah Rembau untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Datin atas


ucapan beliau sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat
Ucapan YB Dato Dr Hj Awaludin bin Said Speaker Dewan Undangan
Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap Ahli
Dewan Undangan Kawasan Kota. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat


Dato atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Ucapan Para Hadirin yang kami muliakan,
Yang Dirai
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Diraikan
Pn Hajah Pn Hajah Latipah binti Othman. Sebelum itu pihak majlis
Latipah menjemput Pn Hajah Latipah untuk naik ke pentas utama.
(Baca (Baca biodata).
Biodata)
Dijemput Pn Hajah Latipah untuk menyampaikan ucapan.
******* Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hajah
Latipah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

**************************************
Hadirin yang dihormati,
Persembahan
Multimedia,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Baca Biodata
Itu adat, itu lumrah kehidupan
& Ucapan
Begitulah rentetan perjalanan
Mantan GB
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Mantan Guru Besar SKTB Tn
Hj Muhd Muhagirin bin Muhd AYub.

Mudah-mudahan persembahan multimedia itu tadi dapat


memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tiba lah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan ini


mempersilakan yang turut diraikan Tn Hj Mohd Muhagirin
bin Mohd Ayub untuk berada di pentas utama. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
(Baca biodata).

Majlis menjemput Tn Hj Mohd Muhagirin untuk


menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

****************************************************
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Mohd Muhagirin dan Pn
Hajah Latipah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Persembahan Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
Khas sama-sama kita saksikan Deklamasi sajak dan persembahan
lagu-lagu Hari Raya daripada murid-murid SKTB :
Deklamasi **** persembahan
Sajak
Semoga terhibur dengan Deklamasi Sajak dan persembahan
lagu-lagu hari raya yang cukup istimewa sebentar tadi.

Persembahan itu tadi dijayakan oleh murid-murid :

Tahun 1 dan 2 dengan tajuk lagu Balik Kampung


Tahun 3 dengan tajuk lagu Suasana Hari Raya
Tahun 4 dengan tajuk lagu Hari Raya
Tahun 6 dengan tajuk lagu Anugerah Syawal

Manakala Sajak telah disampaikan oleh adik :

Nur Shamira Binti Azmi

Adik Osama Al Qawi bin Rasmi

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Cenderahati
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Cenderahati yang


akan disampaikan oleh YB Dato Dr Hj Awaludin Bin Said
kepada Yang Diraikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan YB Dato Dr Hj Awaludin


bin Said Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri
Sembilan Darul Khusus merangkap Ahli Dewan Undangan
Kawasan Kota ke pentas utama dengan diiringi Datin Hajah
Naemah Tn Hj Ahmad Shapiee Guru Penolong Kanan SK
Titian Bintangor, En Yahya bin Muhd - YDP Majlis Guru
Besar Daerah Rembau dan En. Mohd Shamsulrani bin Mohd
Yusof YDP PIBG SK Titian Bintangor untuk menyempunakan
penyampaian cenderahati tersebut. Majlis mempersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Tn Hj Mohd


Muhagirin bin Muhd Ayub untuk menerima cenderahati
kenang-kenangan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan Pn Hajah Latipah binti


Othman untuk menerima cenderahati daripada Yang
Berhormat Dato.
Seterusnya majlis menjemput En Muhd Zaidi bin Zahar
untuk menerima cenderahati kenang-kenangan daripada
Yang Berhormat Dato.

En Azlan bin Muhd..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berhormat Dato atas kesudian menyampaikan cenderahati
itu tadi..

Begitulah tadi selesainya upacara penyampaian cenderahati


Penutup kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan pada pagi ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian


Yang Berusaha Tuan PPD, Tn Hj Ahmad Shapiee, EN Yahya
dan En Abd Rani mengiringi Yang Diraikan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis Menjemput Tn Hj Shapiee bin Muhd


Pemangku Guru Besar SKTB merangkap Guru Penolong Kanan
SKTB untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berhormat Dato. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas


kesudian dato menerima cenderahati daripada pihak kami.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Tn Hj Muhagirin dan Puan Hj Latipah :

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasamu dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tn Hj Muhagirin dan Pn Hajah Latipah serta En
Muhd Zaidi kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan bertambah ceria dan bahagia dalam kehidupan
seharian.

Ucapan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang


sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis
pada pagi ini.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua


AJK , Ahli Jawatankuasa PIBG serta para ibu bapa yang
bertungkus lumus dalam penyediaan majlis pada hari ini.
Pihak kami juga mengucapkan Se3lamat Hari Raya Aidikfitri
Maaf Zahir dan Batin kepada semua hadirin pada pagi ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan T, dif-dif kehormat, para


tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di meja
yang telah disediakan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahi Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai