Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi dan salam sejahtera
Perhatian kepada semua ibu bapa dan murid, senarai nama murid telah
ditampal di pintu belakang dewan, pintu hadapan dewan, di laluan
ilmu dan juga di foyer SMK Pulau Indah. Ibu bapa boleh pergi ke lokasi
tersebut untuk mengetahui kelas Tingkatan 1 bagi anak tuan-tuan dan
puan-puan.
Seterusnya, sila ke kaunter pendaftaran mengikut kelas yang
ditetapkan untuk mengambil nombor giliran dan semua dipersilakan
berada di dewan bagi sesi taklimat pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi
sesi 2017.
YANG BERUSAHA
ENCIK MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI
PENGETUA SMK PULAU INDAH
YANG DI HORMATI
PUAN HAJAH SITI HUNAINI BINTI OTHMAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK PULAU INDAH
ENCIK MOHD RODZI BIN ABD RAHMAN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA PAGI INI, MARILAH KITA Bacaan Doa
SAMA-SAMA MENGAMINKAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN OLEH ENCIK
SHUZAIDI BIN SAMSUDDIN.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik Azmi bin Abu Bakar,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pulau Indah atas ucapan itu tadi.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Rodzi bin Abd Rahman,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Pulau Indah atas ucapan itu
tadi.