Anda di halaman 1dari 6

https://www.scribd.

com/doc/314150011/Teori-Domino

https://www.scribd.com/doc/100773050/teori-kemalangan

https://www.scribd.com/doc/314150011/Teori-Domino

http://mysafetynhealth.blogspot.my/2009/08/teori-domino-heinrich.html

http://www.safetysign.co.id/news/159/Fakta-Mengejutkan-Teori-Domino-Heinrich-Tentang-
Kecelakaan-Kerja
1.0 PENGENALAN TEORI HEINRICH DOMINO

Rajah 1: Teori Heinrich Domino

Setiap pekerjaan tidak lari dari berlaku kesalahan dan kemalangan atau kecelakaan.
Pendidikan atau mendidik pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan kerja merupakan
perkara yang amat di perlukan di zaman yang moden ini. Pelbagai teori yang wujud untuk
menyelesaikan masalah kemalangan di tempat kerja mahupun ditempat awam. Teori
Heninrich Domino merupakan teori yang sangat terkenal dan terawal di wujudkan untuk
mengelak dan mendidik pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Teori
ini di wujudkan pada tahun 1959 dan diperkenalkan oleh H.W.Heinrich. Terdapat lima faktor
utama yang diwujud dan kaitkan dalam teori ini. Antara faktor yang di perkenalkan dalam
teori ini ialah persekitaran, kesilapan seseorang, tindakan yang tidak selamat, kemalangan
dan kecederaan. Dalam teori ini setiap lima faktor utama diwakili oleh domino. Hal ini
kerana, setiap faktor atau sebab kemalangan saling berkait antara satu sama lain. Jika salah
satu domino tersebut tidak wujud atau tidak terjadi maka kemalangan tidak akan berlaku.
Secara asanya rajah 1 menunjukkan jika satu domino yang pertama jatuh dan faktor-faktor
yang lain juga wujud domino tersebut akan terus jatuh dan menjadi satu rantaian kemalangan
yang lengkap.
Teori ini menyatakan punca utama kemalangan berlaku di sebabkan cara seseorang itu
dan sifat buruk seseorang itu melakukan tindakan yang tidak selamat mewujudkan risiko
yang tinggi kemalangan dan akan berlaku kecederaan. Teori ini menekankan setiap
kemalangan dan kecederaan yang berlaku dalam setiap kemalangan berpunca dari pada
seseorang itu atau seseorang yang melakukan kerja tertentu dan tindakan tidak selamat
seseorang melakukan kerja atau tindakan. Menurut Teori Heinrich Domino jika domino
tindakan tidak selamat di keluarkan dari susunan domino maka kemalangan dan
kecederaan tidak akan berlaku. Antara kajian yang terdapat dalam teori ini 88% berlakunya
kemalangan dan kecederaan berpunca dari tindakan tidak selamat dari seseorang itu atau
pekerja. Tindakan yang disebabkan oleh bukan manusia ialah 10%. Selain itu, faktor luaran
atau faktor persekitaran dan takdir tuhan 2%.

Tindakan tidak selamat seseorang itu atau pekerja menjalankan kerja di pengaruhi
oleh beberapa sebab. Antara sebab yang dinyatakan oleh teori ini ialah genetik, persekitaran,
pendidikan, tekanan kumpulan, ciri am keselamatan, kesihatan, umur, pengalaman,
persekitaran terhadap risiko, keperluan atau sasaran kerja, keperluan atau sasaran individu,
latihan dan kaum. Semua sebab atau faktor yang di nyatakan adalah penyebab berlakunya
kemalangan dan kecederaan menurut teori ini. Antara sebab atau faktor utama yang sering di
kaitkan sekiranya berlaku kemalangan ialah persekitaran, tekanan, kesihatan, umur,
pengalaman, keperluan sasaran kerja dan latihan. Hal ini kerana, sebab dan faktor yang di
senaraikan tadi seringkali tidak mengikut syarat dan peraturan kerja yang di perlukan.
Menurut teori ini lagi kemalangan dan kecederaan di sebabkan satu rantaian tindakan tidak
selamat manusia atau melakukan perkara yang melebihi beban biasa serta tindakan kerja
tidak sesuai dan aktiviti yang tidak sesuai.

Kesimpulan yang boleh di buat setiap pekerja dan individu perlu mainkan peranan
masing-masing untuk mengelak dari kemalangan terus berlaku. Tetapi terdapat pertikaian
yang berlaku terhadap teori ini. Hal ini kerana, teori ini hanya memfokuskan sebab dan punca
berlakunya terjadi kemalangan dan kecederaan seseorang atau pekerja yang menjalankan
kerja tersebut sahaja. Hal ini, tidak releven dengan suasana kerja. Setiap kerja yang berlaku
tidak kira kerja yang di jalankan sekecil-kecil kerja tau sebesar-besar kerja mempunyai
majikan dan pemilik serta perkara-perkara yang lain yang terlibat. Tidak wajar jika semua
kesalahan kemalangan di letakan atas bahu orang yang melakukan kerja sahaja. Majikan dan
faktor dan sebab yang lain juga perlu di titik beratkan dalam menyiasat sesuatu kes
kemalangan.
1.1 TEORI HEINRICH DOMINO BERDASARKAN KAJIAN KES 1.

Seperti kajian kes yang di berikan dalam soalan, kes kemalangan yang melibatkan
lori tangki yang membawa bahan kimia. Terdapat tiga orang saksi yang di temuduga
dalam kes kemalangan tersebut. Saksi pertama pemandu bas sekolah yang menghantar
murid sekolah. Pemandu tersebut merupakan saksi utama kes kemalangan ini kerana
kemalangan ini terjadi di depan mata beliau. Saksi yang ke dua merupakan pemandu lori
tangki yang terlibat kemalangan tersebut. Saksi yang terakhir penyelia Syarikat Valuhaul
yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan keluar dan masuk lori tangki dan
menjaga dan menyelia pemandu lori tangki. Terdapat perbezaan pengakuan yang ketera
apabila temubual di lakukan terhadap ketiga-tiga saksi tersebut. Kita akan bincangkan
lebih mendalam dan terperinci mengenai kemalangan ini dengan merujuk Teori Heinrich
Domino.

Menurut Teori Heinrich Domino Sesuatu kemalangan dan kecederaan terjadi di


sebabkan oleh tindakan tidak aman atau tindakan tidak betul oleh seseorang atau pekerja
yang menjalankan sesuatu kerja atau aktiviti. Dalam kes ini kita boleh perhatikan
pelbagai tindakan yang tidak betul dan aktiviti yang tidak betul di lakukan oleh pemandu
lori tangki tersebut. Antara kesalahan yang ketara dilakukan oleh pemandu lori tangki
tersebut ialah menggunakan jalan yang salah atau jalan yang tidak diluluskan. Hal ini
kerana, lori tangki mempunyai kelebaran lapan hingga sembilan kaki dan sangat tidak
sesuai berada di jalan satu lorong atau jalan kecil. Ini merupakan penyebab utama
kemalangan tersebut berlaku. Syarikat lori tangki tersebut iaitu Valuhaul telah
menetapkan lori tangki hanya boleh melalui jalan utama yang mempunyai 2 lorong
sahaja. Selain itu, punca kemalangan yang lain ialah, lori tangki mengelak dari sebuah
kereta yang datang laju dari arah bertentangan. Selain itu, jalan tersebut mempunyai
selekoh yang tajam dan mempunyai had jambatan 10tan sahaja. Ini sangat tidak sesuai di
gunakan oleh lori tangki. Hal ini kerana, apabila kenderaan yang lain datang dari arah
bertentangan lori tangki yang bersaiz besar terpaksa berselisih laluan yang sempit akan
mengakibatkan pelbagai masalah seperti dalam kemalangan iaitu lori tangki tergelincir
dan terbalik.

Antara punca lain berlaku kemalangan ini di sebabkan tindakan yang tidak betul
dilakukan oleh seseorang atau pekerja ialah, memandu secara mabuk. Memandu secara
mabuk merupakan tindakan yang tidak wajar di lakukan oleh seorang pemandu tangki.
Tambahan pula lori tangki tersebut membawa bahan kimia yang boleh membahayakan
orang awam dan pemandu yang lain jika terjadi sesuatu kemalangan. Saksi pertama iaitu
pemandu bas ternampak bir yang di beli oleh pemandu lori tangki tersebut. Selain itu,
kenyataan yang di buat oleh pemandu lori tangki bercanggah dengan kenyataan yang
dilakukan oleh saksi pertama. Saksi pertama mengatakan lori tangki mengelak kereta
berwarna hijau dan pemandu lori tangki mengatakan mengelak kereta berwarna kuning.
Hal ini, memberi bukti kukuh bahawa pemandu lori tersebut berada dalam pengaruh
alkohol dan mabuk. Memandu dalam pengaruh alkohol salah dari segi undang-undang,
mengikut Seksyen 44, Seksyen 45 dan Seksyen 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hukuman yang akan di terima ialah hukuman selama tempoh tidak kurang daripada tiga
tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan di denda tidak lebih daripada lapan ribu
ringgit dan tidak lebihan dari dua puluh ribu ringgit.

Antara punca lain kemalangan dalam kajian kes ini ialah memandu tanpa kebenaran
dan kelayakan. Pemandu yang memadu lori tangki merupakan pemandu gantian. Beliau
tidak di benarkan memandu lori tangki disebabkan oleh pergantungan lesen oleh pihak
berkuasa. Hal ini kerana, pemandu lori tangki tersebut terlibat dengan satu kemalangan
tiga tahun dulu. Temubual yang dilakukan kepada saksi ketiga iaitu penyelia lori tangki
mendapati pemandu lori tangki memandu tanpa pengetahuannya. Penukaran pemandu
yang dilakukan tidak mendapat kelulusan syarikat dan beliau sendiri. Pemandu lori tangki
tersebut tidak di benarkan membawa lori tangki dan perlu berada di pejabat sahaja.
Setelah kemalangan berlaku pemandu lori tangki tidak memberi tahu kepada pihak
syarikat dan penyelia lori tangki. Penyelia lori tangki tersebut mengetahui kemalangan
tersebut setelah pihak polis menghubungi beliau. Pemandu lori tangki tersebut secara
jelas melanggar undang-undang syarikat dan undang-undang sebagai seorang pekerja Hal
ini menyalahi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Seksyen 24 ( kewajipan
am pekerja yang sedang berkerja ).

Antara punca kemalangan yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak aman
dan tidak sesuai dalam kes ini ialah kebanyakan pemandu tidak berdisiplin, Hal ini
kerana, temubual yang di lakukan kepada saksi yang ketiga mendapati pemandu lori
tangki sering meletakkan lori tangki bukan pada tempatnya. Maksudnya meletak lori
bukan pada kawasan meletak lori tangki yang sesuai. Selain itu, pemandu sering
melakukan mogok di tempat kerja. Selain itu juga, para pemandu loti tangki tidak boleh
di percayai dan tidak amanah dalam melakukan pekerjaan. Jika di tempat kerja sikap
pemandu sedemikian apatah lagi sikap pemandu apabila di atas jalan raya. Apabila
seseorang pemandu itu tidak berdisiplin di atas jalan raya, ini akan mengakibatkan
pelbagai masalah dan boleh membahayakan pemandu dan orang awam.

Kesimpulan yang kita boleh buat mengenai kemalangan ini ialah pekerja syarikat
tangki perlu mematuhi peraturan yang di tetapkan oleh syarikat dan majikan. Selain itu,
setiap pekerja perlu memahami setiap tugas yang diarahkan agar tidak melakukan perkara
yang tidak sepatutnya. Pekerja juga perlu memahami peraturan dan undang-undang yang
telah di kuat kuasa oleh pihak berkuasa. Pekerja perlu memahami setiap tindakan yang
dilakukan oleh mereka, jika tidak mengikut peraturan yang telah di tetapkan maka akan
mengundang kemalangan dan seterusnya akan membahayakan pemandu lain dan orang
awam.

Anda mungkin juga menyukai