Anda di halaman 1dari 4

SJK TAMIL LADANG SIALANG, 72100 BAHAU,

NEGERI SEMBILAN.

TEL: 06-4549004
KOD SEKOLAH: NBD 6008 FAKS: 06-4541857
____________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KANTIN BIL 1/2017

TARIKH : 25.1.2017
MASA : 2.00-3.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN :
1. EN.S.KANNAAN GURU BESAR
2. PN.D.KAMALA GPK 1
3. PN.V.SUGANYASEEMA
4. PN.S.UMAIYAMBAL
5. PN.R.TAMILSELVI
6. PN.S.UMAH
7. PN.B.BONNITA
8. EN.V.GOPAL
9. PN.K.ABIRAMI
10. CIK.R.ESWARY
11. CIK.R.NISHANTHI

TURUT HADIR :
1. PN.R.TAMILCHELVI GPK HEM

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Aluan
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Perkara baharu
5. Hal-Hal Lain
6. Penangguhan mesyuarat
1.0 UCAPAN ALUAN
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit Kantin bagi tahun 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih serta mengharapkan kerjasama
daripada semua guru dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


4.1 KECERIAAN KANTIN
4.1.1 Keceriaan kantin perlu ditingkatkan kerana sudah banyak tahun
berlalu, namun masih tiada perubahan. Penyeleras menyatakan
bahawa carta organisasi lama masih ditampal dan ia perlu
digantikan dengan yang baru.
4.1.2 Bahan bacaan perlu ditambah dan ditempatkan ditempat yang
sesuai.
4.1.3 Papan info dikantin perlu ditukar latar belakangnya supaya tidak
nampak terlalu usang. Setelah itu, guru yang bertanggungjawab
perlulah mengisikan papan info dengan maklumat.
4.1.4 Unit Kantin hendaklah memaparkan Carta Organisasi, Jadual
Bertugas Guru dan Senarai Tugas.

Tindakan:

Semua guru

4.2 Tender Kantin


4.2.1 Tender kantin SJKT Ladanag Sialang akan tamat pada tahun ini.
Sekolah akan tender baru dalam bulan Ogos 2014.
Tindakan :

Tindakan:

Semua guru
4.3 Buku Laporan Kantin
4.3.1 Buku Laporan Kantin telah perlu disi setiap hari.

Tindakan :

Semua guru

4.4 Buku Laporan AJK Kantin


4.4.1 Buku Laporan AJK Kantin perlulah diisi pada setiap hari.
4.4.2 Segala aduan hendaklah ditulis didalam buku laporan ini dan
maklumkan kepada pengusaha kantin untuk penambahbaikan.

Tindakan :

Semua guru
5.0 Hal-hal lain
5.1 Teguran daripada guru-guru iaitu:
5.1.1 Pinggan yang retak ada kotoran melekat masih digunakan.
5.1.2 Sudu dan garpu yang berkarat hendaklah tidak digunakan lagi.
5.1.3 Pihak pengusaha kantin hendaklah mempelbagaikan menu dengan
menu yang berbeza dalam setiap minggu.
5.1.4 Makanan dan lauk pauk yang disediakan hendaklah mencukupi
untuk guru, kerana kadangkala guru kehabisan makanan untuk
makan semasa waktu rehat. Ini adalah disebabkan ada guru yang
hendak membungkus makanan.
5.1.5 Pihak pengusaha kantin juga perlu menyediakan duit kecil untuk
pemulangan duit baki bayaran.
5.1.6 Lantai hendaklah dibersihkan dengan pembersih anti kuman /
bakteria.
5.1.7 Makanan untuk murid-murid juga perlulah dipelbagaikan dengan
pelbagai menu.
5.1.8 Pengerusi menyatakan bahawa Unit Kantin akan mengadakan
mesyuarat Ajk.
5.1.9 Unit Kantin bersama dengan pentadbir dan pengusaha kantin
dalam masa terdekat.
Tindakan :

Semua guru
6.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh:

____________________
(CIK.ESWARY A/P RAJAGOPAL)
PENYELARAS KANTIN,
SJKT LADANG SIALANG.

Anda mungkin juga menyukai