Anda di halaman 1dari 3

19

4.0 REFLEKSI

Pembentangan simulasi Rancangan Pengajaran Slot (RPS) secara berkumpulan telah dapat
dilaksanakan dengan baik. Hasil pemerhatian rakan-rakan, proses pengimbasan semula
kendiri dan analisis video rakaman pembentangan, beberapa kekuatan dan kelebihan dapat
dikesan. Kelebihan pertama, guru merancang dan menjalankan set induksi yang menarik
minat murid untuk meneruskan pengajaran. Hasil pemerhatian terhadap rakaman video, set
induksi tersebut dapat merangsang minda murid untuk mengaitkan set induksi dengan isi
pengajaran dan pembelajaran yang akan dipelajari. Murid-murid dapat memberikan respon
yang positif dan bersemangat untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan kedua, penerangan guru jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Penerangan dan intonasi guru yang pelbagai, lantang dan jelas dapat membantu murid
memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa
memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat dengan fokus terhadap bahan yang
ditunjukkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan suara yang kuat dan
jelas juga dapat meningkatkan perhatian dan pemahaman murid terhadap guru serta isi
pengajaran yang disampaikan. Sepanjang simulasi sesi pengajaran dan pembelajaran
diadakan, tidak ada masalah dari segi penyampaian isi dan arahan daripada guru.

. Kelebihan ketiga, Guru peka terhadap persoalan dan tindakbalas murid. Murid dapat
menyesuaikan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Hal ini dapat
dilihat apabila murid berkeyakinan bertanya soalan, memberikan pendapat, menjawab soalan
dan melaksanakan permintaan serta arahan daripada guru. Apabila murid mula menunjukkan
ekspresi muka yang keliru, guru menerangkan semula isi pengajaran dan arahan. Apabila
murid menunjukkan tindakbalas yang kurang memberangsangkan, guru akan berusaha
menarik semula minat murid dengan bertanyakan soalan. Perkara-perkara ini sememangnya
menunjukkan bahawa guru seorang yang cekap terhadap perkembangan semasa murid-
muridnya.

Kelebihan keempat, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang disediakan juga bersesuaian.
Alat bantu mengajar yang fleksibel dan menjimatkan masa seperti video dan paparan slaid
membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lebih lancar tanpa perlu mengambil
masa untuk menulis nota di papan putih atau mengagihkan bahan-bahan. Penggunaan video
dapat memudahkan penerimaan informasi kepada pelajar kerana video yang digunakan padat
dan jelas mengenai apa yang ingin ditunjuk serta disampaikan. Pemaparan lirik lagu
menggunakan paparan slaid juga menyenangkan sebelum serta semasa perjalanan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak perlu menyalin atau menulis lirik di papan putih atau
kertas kad manila. Dengan menggunakan paparan slaid, menjimatkan masa, tenaga dan
memudahkan murid-murid melihat dengan jelas lirik lagu yang digunakan.
20

Kelebihan yang kelima, guru merupakan seseorang yang mempunyai unsur kecindan,
tidak terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika murid tidak dapat menjawab soalan
atau kurang memberikan perhatian, guru turut memberikan penghargaan dan galakan seperti
memberikan tepukan dan kata-kata pujian kepada murid yang dapat menjawab soalan dan
melaksanakan arahan guru dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan jalinan hubungan
antara murid dengan guru. Justeru, murid akan berasa selesa untuk bertanya atau berkongsi
idea bersama dengan guru. Unsur kecindan juga dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Murid-murid tidak menghadapi tekanan
negatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat membantu mereka
bersedia menerima ilmu dan pembelajaran yang baharu.

Pada keseluruhannya, satu lagi kelebihan yang dapat dikesan daripada pembentangan
simulasi RPS iaitu guru melaksanakan langkah penutup dengan baik. Kebolehan murid
merumuskan semula isi pelajaran dapat menguji kejayaan serta pencapaian sesi pengajaran
dan pembelajaran pada hari itu. Rumusan oleh guru juga penting untuk memantapkan
pengetahuan murid tentang apa yang telah dipelajari. Selain itu, persoalan yang diajukan oleh
guru kepada murid-murid dapat dijawab dengan betul dan memuaskan. Proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan juga berakhir pada waktunya. Pendek kata, simulasi
pembentangan yang diimplementasikan berjalan dengan lancar dan padat dengan isi
pengajaran yang telah dirancang serta disampaikan untuk murid-murid.

Namun, setiap guru tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan mempunyai
kelemahan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan dan
kekurangan dalam pembentangan simulasi ini dapat diperolehi menerusi pemerhatian
rakaman video dan refleksi kendiri. Beberapa kelemahan yang boleh dilihat ialah kurang
pengisian dari segi penyediaan bahan. Dalam langkah 3 RPS, murid sepatutnya menghasilkan
kerja di atas kertas menggunakan pensil. Tetapi, pada hari kejadian guru tidak menyediakan
kertas putih atau A4 untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Disebabkan kekurangan tersebut,
murid hanya mampu menjelmakan lukisan daripada lagu yang dipelajari di belakang rakan
murid yang lain.

Dalam erti kata lain, murid-murid tidak dapat melihat secara terus dan maujud lukisan
yang dihasilkan. Perkara ini sedikit sebanyak menggangu cara penyampaian simulasi RPS
tersebut kerana langkah-langkah dan aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan.
Walaubagaimanapun, guru menjalankan juga aktiviti lain yang dapat memberikan hasil respon
yang lebih kurang sama. Seterusnya, kelemahan yang dapat dikesan ialah guru lebih banyak
menghabiskan masa dalam menyampaikan jenaka dan beberapa perkara yang kurang sesuai.
Murid-murid lebih seronok apabila guru menyampaikan jenaka berbanding menyampaikan isi
pengajaran yang sebenar.
21

Apabila murid-murid terlebih berseronok dan bergelak ketawa, pengawalan kelas


menjadi agak sukar. Kajian oleh Frymier et al., (2008) menunjukkan jenaka dalam bilik darjah
membantu berlakunya interaksi guru dan murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran. Sebaliknya, jika berlebihan murid-murid akan berasa sangat selesa
sehingga kurang menghormati guru. Kesannya, berlebihan elemen kecindan dapat
mewujudkan kelas yang riuh, bising dan tidak terkawal. Miura dan Jones (2005) mendapati
bahawa kesan jenaka yang tidak kondusif kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran
juga berlaku seperti ulasan tidak berisi oleh murid, murid bercakap tanpa henti, murid asyik
ketawa sehingga mengganggu rakan-rakan yang lain dan murid meniru aksi guru yang kurang
sesuai dicontohi.

Sebagai rumusan, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan mestilah


memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang
disenaraikan tadi, penambahbaikan yang perlu diambil ialah guru haruslah menyediakan
bahan-bahan pengajaran secukupnya. Persediaan awal juga perlu dijalankan dengan lebih
sistematik dan kritis. Guru dikehendaki menyemak dan semula RPS yang dirancang dengan
lebih kritikal agar tiada bahan yang tertinggal atau lupa untuk disediakan kepada murid-murid.
Kesilapan seperti ini adalah berisiko tinggi, mampu menggusarkan perjalanan RPS yang telah
dirancang semasa diaplikasikan kepada murid-murid. Hasilnya, objektif pembelajaran tidak
tercapai dan mengundang persepsi negatif daripada murid kepada guru itu sendiri. Akibatnya,
murid akan memberikan komitmen yang kurang kerana kesalahan guru yang berlaku semasa
kelas yang lalu.

Penambahbaikan yang seterusnya ialah guru perlu mengehadkan elemen kecindan


dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh mengamalkan jenaka dalam bilik darjah
dengan menggunakan jenaka yang relevan dengan isi kandungan pelajaran dalam tugasan
bacaan. Cari contoh yang berunsur jenaka dalam kehidupan, bahasa Inggeris, Sains dan
sebagainya. Penggunaan bahan media juga dibolehkan seperti video yang mengandungi
unsur jenaka, hal ini dapat membantu menceriakan persekitaran pembelajaran di bilik darjah.
Pemilihan video berunsur jenaka itu mestilah mengenai atau mempunyai kaitan dengan isi
kandungan pelajaran. Terdapat juga beberapa jenis jenaka yang ditegah untuk dilakukan iaitu
jenaka jenis mengejek, jenaka berunsurkan lucah dan jenaka berkaitan dengan kaum atau
agama. Konklusinya, guru mestilah menjalankan refleksi atau bermuhasabah bagi setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan agar kualiti isi pengajaran yang disampaikan
dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.