Pengenalan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Penduduk bermaksud manusia yang tinggal di dalam sesuatu kawasan. Kamus dewan
bahasa dan pustaka mendefinisikan struktur sebagai kaedah penyusunan sesuatu aspek yang
melibatkan ekonomi, bahasa dan sebagainya serta pola sesuatu organisasi, badan yang
terbentuk daripada pelbagai unsur yang berkaitan antara satu sama lain. Terdapat juga
pengertian lain tentang penduduk. Antaranya ialah, penduduk merujuk kepada manusia yang
mendiami sesuatu tempat dalam wilayah tertentu tanpa melihat status kewarganegaraan yang
dianut oleh orang tersebut. Selain itu, penduduk juga komponen yang sangat penting dalam
sesuatu wilayah dan juga negara. Penduduk dapat dibahagikan kepada beberapa kategori
iaitu, penduduk produktif, belum produktif, dan tidak lagi produktif yang berkait rapat
dengan umur penduduk. Penduduk dalam kategori 19 tahun dan ke bawah dianggap belum
produktif. Hal ini kerana, mereka tidak terlibat dalam kegiatan ekonomi dan masih lagi
ditanggung oleh keluarga. struktur umur yang membawa erti kata suatu ukuran yang
berkaitan dengan pengelompokan corak guna tenaga yang ada di sesebuah kawasan atau
Negara.

Ketidakseimbangan komposisi umur yang telah menjejaskan guna tenaga. Struktur


umur biasanya merangkumi tiga bahagian iaitu kumpulan umur muda atau kanak-kanak,
penduduk dewasa dan penduduk tua. Manakala jantina pula bermaksud amalan pembinaan
sosial yang berhubung kait dengan biologi yang membentuk pemahaman tentang individu
dalam pengkategorian lelaki dan perempuan (Bonnie Slade, 2008, P.625). Struktur umur dan
jantina merupakan dua faktor utama dalam penganalisisan struktur demografi sesebuah
Negara. Kedua-dua unsur ini juga menjadi pertimbangan pokok dalam pembentukan
kelompok dan kumpulan , dan justeru itu mempunyai hubungan rapat dengan pola peranan ,
dan sekaligus mempengaruhi pola tindakan dan kegiatan. Malah sesetengah kejadian penting
seperti kelahiran anak, hanya boleh berlaku di kalangan penduduk perempuan yang berada
dalam lingkungan umur tertentu, biasanya antara 15-49 tahun.

Taburan penduduk dapat ditakrifkan sebagai sebaran atau agihan penduduk diatas
muka bumi yang tidak sekata. Corak atau pola taburan ialah satu susunan petempatan atau
bentuk petempatan yang terhasil akibat agihan penduduk. Maka akan terhasillah beberapa
bentuk petempatan seperti petempatan berpusat, petempatan berselerak dan petempatan
berjajar. Taburan penduduk di Asia Tenggara sangat berbeza dengan taburan penduduk di
kawasan barat. Hal ini disebabkan oleh, perbezaan antara ciri-ciri budaya dan fizikal.
OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada empat objektif iaitu;

1. Mengenal pasti struktur umur jantina penduduk di kampung Hampalan.


2. Membina jadual yang menunujukkan struktur umur dan jantina penduduk kampung
Hampalan.
3. Mengkaji empat faktor yang mempengaruhi struktur umur dan jantina penduduk
kampung Hampalan.
4. Menilai kesan struktur umur dan jantina penduduk terhadap sosioekonomi di
kampung Hampalan.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan pengkaji sepanjang kajian ini
dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan tepat. Melalui kaedah ini,
pengkaji telah mendapati banyak maklumat penting. Terdapat beberapa kaedah yang telah
digukanakan oleh pengkaji semasa penyelidikan dijalankan. Antaranya ialah kaedah soal
selidik, pemerhatian, perpustakaan dan internet.

Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik adalah kaedah utama yang pengkaji gunakan dalam kajian ini
bagi mengenal pasti umur, jantina dan juga bilangan isi rumah di kawasan kajian. Kaedah ini
memudahkan proses pengkaji untuk mendapatkan dat bagi menjalankan sesuatu kajian,
terutamanya kajian yang melibatkan masyarakat yang tinggal di kawasan kajian. Dengan
menggunakan kaedah soal selidik ia dapat memudahkan proses memungut data. Iaitu
pengkaji dapat mendapatkan maklumat secara bersemuka dengan responden. Dalam kaedah
soal selidik, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat
yang dikehendaki.

Dalam borang soal selidik tersebut, pengkaji menyatakan beberapa soalan yang
dikehendaki dalam mengenal pasti struktur dan komposisi penduduk. Antaranya ialah, soalan
yang berkaitan tentang jantina, umur, bangsa, dan juga jenis pekerjaan yang dilakukan oleh
penduduk di kawasan kajian. Penggunaan borang soal selidik telah memudahkan pengkaji
untuk mendapatkan maklumat tentang umur penduduk bagi melukis piramid penduduk.
Melalui kaedah ini, pengkaji turut memperoleh maklumat yang betul daripada responden di
lokasi kajian. Maklmat tersebut telah banyak membantu pengkaji dalam menjalankan kajian.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik dalam
mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. Melalui kaedah ini juga pengkaji
dapat memberkan gambaran tentang perkara yang berlaku di kawasan kajian. Kaedah ini
digunakan ketika meninjau kawasan kajian yang ingin dikaji. Iaitu, tentang struktur dan
komposisi penduduk di Kampung Hampalan, Semporna, Sabah. Kaedah ini dijalankan
menggunakan beberapa peralatan yeng sesuai, seperti kamera untuk mendapatkan gambar
yang diperlukan pengkaji. Hal ini, dapat menjelaskan keadaan yang berlaku di kawasan
Kampung Pangkalangan, Semporna, Sabah. Malah, dapat membantu pengkaji untuk
mendapatkan gambaran sebenar komposisi penduduk, umur, jantina, bangsa dan jenis
pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Kampung Pangkalangan, Semporna, Sabah.

Kaedah Rujukan

Untuk melengkapakan laporan mengenai komposisi dan struktur penduduk di


Kampung Hampalan, Semporna, Sabah beberapa rujukan telah digunakan pengkaji di
perpustakaan Semporna, Sabah. Bahan rujukan yang digunakan adalah seperti majalah, buku,
laporan dan jurnal untuk mencari maklumat yang lebih tepat dalam kajian yang dijalankan
oleh pengkaji. Antaranya ialah buku yang diambil sebagai rujukan iaitu buku geografi stpm.

Kaedah Laman Web

Pengkaji juga telah menggunakan laman web untuk melihat peta daerah Semporna
dan melukis peta lakar di kawasan kajian. Kemudahan internet memudahkan lagi kerja-kerja
penulisan kajian ini.
LOKASI KAJIAN

Peta Sempadan Kawasan Kajian

Skala 1 cm : 2000km

Sumber : Google Maps

Kawasan kajian ini telah dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah di daerah
Semporna yang merupakan sebuah wilayah kecil yang terletak di Pantai Timur Sabah.
Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880 ekar).
Sebelum mendapat status sebagai sebuah daerah penuh pada tahun 1959, daerah Semporna
termasuk dalam bahagian pentadbiran residensi Tawau bersama-sama Lahad Datu dan
Kunak. Seterusnya, Tong Talun adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang
bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab
untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima
Sakti dari keturunan Bajau Kubang . Ini kerana pada ketika itu daerah Semporna diselubungi
oleh hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan
nama Semporna yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah
sekarang.
Ciri-ciri Fizikal

Bentuk muka bumi di daerah Semporna merupakan kawsan tanah rendah dan
sebahagian besarnya terdiri dari kepulauan iaitu sebanyak 49 buah pulau seluas 23,486
hektar. Lokasi daerah Semporna terletak berhampiran dengan sempadan perairan
antarabangsa iaitu Indonesia dan Filipina. Daerah Semporna juga terletak berhampiran
dengan sempadan antara Bandar Tawau dan Kunak. Daerah ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Tanah Besar Semporna dan kawasan pulau yang dikenali sebagai pulau
Bum-Bum dan sekitarnya. Daerah Semporna mempunyai air laut yang jernih dengan
kepelbagaian hidupan laut yang mendiami terumbu karang dan kawasan paya yang
mengelilingi persisiran daerah.

Ciri-ciri Budaya

Daerah ini juga mempunyai 11 mukim dan 117 kampung iaitu 60 kampung di Tanah
Besar, 33 kampung di Pulau Bum-Bum dan 24 buah kampung di kepulauan yang lain. Di
daerah Semporna kebanyakan penduduk terlibat dengan aktiviti pertanian kerana keadaan
tanahnya yang subur dan dianggarkan sejumlah 54,222.5 hektar keluasan tanah di daerah
ini digunakan untuk pertanian. Daerah Semporna juga mempunyai jalan raya bertar yang
dibina bagi menghubungkan Bandar Tawau dan Kunak. Selain itu, terdapat juga
kemudahan lain seperti Hospital, Balai Polis, Balai Bomba, jabatan Imegresen, balai Polis
Marin dan sebagainya.
Peta lakar Kampung Hampalan, Semporna, Sabah.

Peta lakar Kampung Hampalan, Semporna

(sumber: Kajian Lapangan 2017)

Kampung Hampalan merupakan sebuah kampung yang terletak di salah satu pulau di
Semporna iaitu Pulau Bum-Bum. Lokasi kampung Hampalan berada di bahagian selatan
Pulau Bum-Bum. Kampung Hampalan berhampiran dengan kampung Tongkallok dan
kampung Sulabayan. Kampung Hampalan wujud sejak zaman penjajahan jepun. Pada masa
itu hanya ada beberapa buah rumah sahaja dan ketika itu ketua kampung yang pertama ialah
Imam Mahid. Ketika itu hanya ada satu sahaja kampung iaitu Hampalan Kajang seterusnya
dipecahkan kepada dua iaitu Hampalan Darat dan Hampalan Laut. Keseluruhan penduduk di
kampung Hampalan berbangsa Bajau dan ada segelintir mempunyai darah keturunan suluk.
Majoriti penduduk di kampung Hampalan adalah beragama islam dan kegiatan utama
penduduk kampung hampalan ialah perikanan.
Ciri-ciri Fizikal

Ciri fizikal yang terdapat di Kampung Hampaan meliputi ciri bentuk muka bumi jenis
kawasan pantai. Kawasan kajian mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan semak samun.
Tanah-tanih yang terdapat dikawasan kajian ialah berpasir yang menyokong pertumbuhan
tanaman pokok-pokok seperti pokok kelapa. Tanah jenis ini terbentuk daripada proses
luluhawa yang berlaku dikawasan kajian. Kawasan kajian terletak di pinggir pantai.
Kawassan pinggir pantai yang terdapat pokok-pokok bakau. Kampung Hampalan dikelilingi
oleh laut yang didiami oleh pelbagai hidupan marin seperti ketam, ikan dan sebagainya.

Ciri-ciri Budaya

Ciri budaya yang terdapat dikawasan kajian yang melibatkan penduduk di Kampung
Hampalan, Semporna adalah seperti jalan raya. Jalan raya bertar dibina di setiap laluan bagi
memudahkan pergerakan penduduk Kampung Hampalan di kawasan kajian. Selain itu,
terdapatnya juga kemudahan seperti Klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan
kepada penduduk Kampung Hampalan. Selain itu, kemudahan yang terdapat juga di kawasan
kajian ialah sekolah. Sekolah Kebangsaan Hampalan ditubuhkan bagi memudahkan kanak-
kanak di Kampung Hampalan dan penduduk di sekitarnya dapat menuntut ilmu di peringkat
sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai