Anda di halaman 1dari 5

KONSEP PENGGABUNGJALINAN,

PEYERAPAN, PENGAYAAN,
PEMULIHAN DAN PENILAIAN(5P)
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu
interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain
itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan
unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh
digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua
kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan
dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil
pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang
dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan;
membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa
serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre
penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan
Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai
Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan
Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik
Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinan
Ada 3 bentuk penggabungjalinan
1. Penggabungjalinan kemahiran
2. Penggabungjalinan bahan
3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran.


K1: Kemahiran mendengar
K2: Kemahiran bertutur
K3: Kemahiran membaca
K4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:


2. Penggabungjalinan Aktiviti
Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan
kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan Bahan
Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan
pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan
harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan
tahap pencapaian murid.

Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran
bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur
ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang
mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang
namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

Mencirikan
Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
Membuat kaitan dan perhubungan
Membanding dan membeza
Menyusun atur
Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
Membezakan fakta dengan pendapat
Menganalisis
Mengesan kecondongan pendapat
Mengenal pasti sebab akibat
Meramal
Mensintesis
Mengitlak
Membuat analogi
Membuat inferens
Membuat kesimpulan
Menginterpretasi, mentafsir
Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
Menilai
Menjana idea
Merumus, meringkas
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir
tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan
bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan
mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan
murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata
pelajaran lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik

Penilaian
Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada
dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).

Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu


1. Penilaian mengesan penguasaan
2. Penilaian mengesan kemajuan
3. Penilaian mengesan pencapaian

Aktiviti Penilaian
Pada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan:

Mengesan kemajuan pelajar


Melihat keberkesanan pengajaran guru
Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif
pengajaran
Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru
ii. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau
semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan
mengandungi semua aras kemahiran.
Penilaian ini bertujuan:

Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran


Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid
Membuat perbandingan pencapaian antara murid

Pemulihan
Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-
kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya
berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan
merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah
pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh
jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu
yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan
menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak
memuaskan dalam pelajaran.

Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang
dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan
bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari,
kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri,
kumpulan dan masyarakat.

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Menggunakan daya usaha sendiri


b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiri
c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
e. Melibatkan pembacaan luas dan
f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

Pembelajaran akses kendiri


Kerja projek
Bacaan tambahan
Permainan dan rekreasi da
Pembelajaran berbentuk komputer
Latihan
1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :

2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami.

3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain.

4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui.

5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan.

6. Apakah tujuan penilaian?

7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu?

8. Nyatakan objektif pemulihan.

9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti
pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai