Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN B (30 markah)

Soalan 21-Soalan 25

Soalan 21

Garisi kata kerja yang paling sesuai dalam ayat yang di bawah.

1. Fang Chi membantu ibu ( meletakkan , diletakkan ) peti pertolongan cemas di atas almari.

2. Yi Jian menyarung jaket ( menyelamatkan , keselamatan ) sebelum aktiviti menyelam di dasar

laut dilakukan.

3. Puan Ang sedang ( pengawasan , mengawasi ) anaknya bermain di taman permainan.

4. Api yang marak itu berjaya ( memadamkan , dipadamkan ) oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat.
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. [2 markah]

Ayat tanya:

Jawapan: Saya akan pulang ke kampung pada cuti sekolah.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. [2 markah]

Di manakah kamu
tinggal, Mohan?

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah. [2 markah]

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


Soalan 23
Baca perbualan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amar : Selamat petang, Tok Wan. Apa Tok Wan buat itu?
Tok Wan : Oh, Amar! Selamat petang. Tok sedang membaja anak-anak pokok
cili dan pokok bunga ini.
Amar : Saya lihat tanaman tok subur-subur belaka. Apakah faedah yang
boleh kita dapat dengan berkebun, tok?
Tok Wan : Dengan berkebun, badan kita akan menjadi sihat kerana
mengeluarkan peluh. Kita juga dapat berjimat cermat kerana tidak
perlu membeli cili di pasar.
Amar : Oh, begitu. Saya juga terasa mahu berkebun.
Tok Wan : Bagus, Amar. Berkebun juga dapat memupuk sikap cinta akan alam
sekitar.
Amar : Berkebun memang baik. Kalau begitu, saya minta diri dahulu. Saya
hendak mengajak ayah saya membeli benih pokok. Jumpa lagi, tok.
Tok Wan : Baiklah. Selamat jalan.

a. Apakah yang sedang dilakukan oleh Tok Wan?


Tok Wan sedang

[2 markah]

b. Berdasarkan petikan yang manakah bukan faedah berkebun?


Tandakan salah (X) pada pernyataan tersebut. Pilih satu jawapan sahaja.
Pernyataan Betul/Salah ( / | X )
dapat berjimat cermat
mendapat pendapatan yang lumayan
badan kita akan menjadi lebih sihat
dapat memupuk sikap cinta akan alam sekitar
[2 markah]

c. Perkataan berkebun dalam petikan bermaksud

[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 2, Taman Ara Indah,


13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
3 Mac 2015.

Menemui sahabatku, Janani yang kini berada di Ipoh, Perak dengan selamatnya.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudari ke Pesta Air
yang akan diadakan tidak lama lagi. Pesta Air ini akan berlangsung selama
seminggu di Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang.
Pelbagai pertunjukan air akan diadakan nanti dan pastinya akan mendapat
sambutan yang meriah. Terdapat acara-acara sukan air seperti perahu naga dan bola
tampar pantai.
Saya berharap, kita tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Sila
maklumkan persetujuan saudari nanti. Di sini, saya sertakan risalah mengenai Pesta
Air tersebut.
Akhir kata. sambutlah salam mesra untuk saudari sekeluarga. Sekian, terima
kasih.
Sahabatmu,
Boon Xian Long

a. Tujuan penulis surat menulis surat kepada sahabatnya adalah untuk

[2 markah]

b. Mengapakah Pesta Air akan mendapat sambutan yang meriah?


Pesta Air akan mendapat sambutan yang meriah kerana

[2 markah]

c. Daripada manakah penulis mendapat maklumat tentang Pesta Air?

[2 markah]
d. Apakah maksud berlangsung dalam petikan?
Maksud berlangsung dalam petikan ialah

[2 markah]

Soalan 25
Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Bulan Membaca SJK (C) Choong Hua 3

Pada 5 Mei 2015, Persatuan Bahasa Malaysia telah menganjurkan Bulan


Membaca selama dua minggu bagi tujuan melahirkan murid yang gemar membaca.
Bulan Membaca dirasmikan oleh guru besar, Encik Lai Kah Chun di
perhimpunan mingguan sekolah. Beliau menyeru kepada semua murid agar bersama-
sama menjayakan Bulan Membaca demi kebaikan mereka sendiri.
Sambutan Bulan Membaca ini sangat menggalakkan terutamanya bagi aktiviti-
aktiviti seperti kuiz ejaan, pertandingan bercerita, dan sebagainya. Bulan Membaca
ini dapat menambahkan pengetahuan serta mencungkil bakat murid-murid.
Aktiviti seperti itu perlu diadakan secara berterusan demi meningkatkan
penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan
KERTAS murid-murid.
SOALAN TAMAT
hmkkkkkk
Disediakan oleh, 19 MEI 2015.
Song Xuan Yan
(SONG XUAN YAN)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK (C) Choong Hua 3.

a. Tujuan Bulan Membaca ini diadakan adalah untuk

[2 markah]

b. Apakah yang dikatakan oleh guru besar kepada semua murid?

[2 markah]

c. Contoh aktiviti yang sesuai diadakan pada Bulan Membaca selain kuiz ejaan dan
pertandingan bercerita ialah

[2 markah]

8
[2 markah]