Anda di halaman 1dari 2

UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA MELAYU BERKUMPULAN

TEMA: SEMANGAT PATRIOTIK

KUMPULAN: 9

NAMA: WAN NUR SYARAFINA BINTI WAN ZAINAL ABIDIN

KELAS: 5 FITRAH (2017)

NAMA GURU: PUAN ROSINA BINTI ABU BAKAR

PUNCA-PUNCA GENERASI MUDA KURANG TERSEMAI SEMANGAT


PATRIOTIK DALAM DIRI

Semangat patriotik dapat didefinisikan sebagai rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri.
Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat patriotik
dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang
dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-
punca berlakunya masalah ini.

Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat patriotik
dalam diri ialah kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan
negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang
kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain- lain lagi. Hal
ini demikian tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan
aman damai. Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang
amat pesat. Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
negara-negara lain di rantau ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenangan
hidup yang dirasai dan dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan
nipis semangat patriotik dalam diri mereka.

Di samping itu, kita dapati sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita juga kurang
memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara. Mengapa dikatakan begitu?
Perhatikan sahaja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira ataupun
ringkasnya 3M. Lanjutan daripada KBSR Kementerian Pendidikan melaksanakan pula Kukikulum
Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993. Kedua-dua kurikulum ini menjurus ke arah
kecemerlangan dalam peperiksaan. Melalui KBSR murid-murid tahun tiga telah diberi peluang
menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-murid yang lulus cemerlang
berpeluang melangkau kelas. Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij
seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mempunyai
kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya. Tambahan pula, perkara yang menghairankan
kita iaitu mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat patriotik dalam kalangan
pelajar kurang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan. Justeru, dalam hal ini pihak manakah
yang sepatutnya dipersalahkan?

Sehubungan itu, kita tidak menafikan bahawa mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral
diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, kepentingan kedua-dua mata pelajaran ini masih
menjadi tanda tanya. Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam mata pelajaran Sejarah?
Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral? Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam
kedua-dua mata-mata pelajaran ini? Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya
diperingkat yang lebih tinggi. Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para
pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajar pun ibarat
melepas batuk di tangga sahaja. Jelaslah di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu
elemen nipisnya semangat patriotik dalam kalangan generasi masa kini .

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bertanggungjawab dan tidak boleh
sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan
gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara kita. Justeru, kita haruslah ingat bahawa pemuda
pemudi hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah
Melayu patah tumbuh hilang berganti. Oleh itu, kita perlulah melahirkan warganegara yang
mempunyai semangat patriotik kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita
ke persada antarabangsa.