Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN

Nilai kehidupan sebagai seorang manusia sememangnya berkait rapat dengan kualiti
hidup seseorang. Setiap kualiti yang wujud perlu dipelihara untuk memastikan keharmonian
dan kesejahteraan diri. Contohnya, aspek kesihatan dan kecergasan diri yang amat penting
bagi seseorang individu. Menurut Larsen, George, Alaxender, dan Feliingham, 2002 dalam
jurnal (Ahmad Bin Hashim,Mohd. Sani Bin Madon, Shaharuddin Bin Abd Aziz, 2007) melalui
aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan juga dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang
tertentu Kecergasan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kecergasan dari aspek
kesihatan dan kecergasan dari aspek perlakuan motor. Daya tahan otot merupakan salah
satu komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan.

Untuk mencapai kecergasan fizikal, beberapa faktor harus dipertimbangkan agar


tahap kecergasan yang dikehendaki dapat dicapai. Daya tahan merupakan salah satu
komponen yang harus dicapai selain daru kekuatan, kuasa, ketangkasan, kelembutan dan
lain-lain lagi. Mengikut Barrow (1979), daya tahan ialah kemampuan fisiologi untuk
melakukan sesuatu aktiviti dalam sesuatu jangkamasa tertentu. Rajah 1 di bawah
menunjukkan pecahan komponen yang terdapat dalam kecergasan fizikal.

KECERGASAN FIZIKAL
(KESIHATAN)

DAYA TAHAN KOMPOSISI DAYA TAHAN


KEKUATAN OTOT KELEMBUTAN KELENTURAN
OTOT LEMAK BADAN KARDIOVASKULAR

Rajah 1

Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan
penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Menurut ( Edward
L Fox, 1981) daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot atau kumpulan otot di
bahagian tertentu badan untuk melakukan sesuatu kerja secara cekap dan ekonomi untuk
jangka masa yang panjang. Kebolehan ini juga bergantung pada faktor genetik khususnya
kepada peratus fiber-fiber otot merah serta putih dan kecekapan dalam sistem peredaran
darah.Daya tahan otot ini dibahagikan kepada dua iaitu dinamik dan statik. Ia adalah

1
berkaitan dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau
tekanan untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Terdapat beberapa
pendapat tokoh berkaitan berkaitan daya tahan otot, antaranya:

MORROW, JAKSON DAN MOOD (1995)

Daya tahan relative : mengukur kebolehan menampung beban kerja secara berulang
sehingga yang termampu dilakukan contohnya tekan tubi

Daya tahan absolute : mengukur kebolehan otot menampung beban yang telah ditetapkan
secara berulang. Daya tahan absolute mempunyai perkaitan yang rapat dengan kekuatan
otot contohnya mengangkat dumbbell.

(CORBIN & LINDSEY, 1985)

Daya tahan statik : kebolehan otot menapung kerja pada kedudukan yang tepat paa satu
jangka masa.

Daya tahan otot dinamik : kebolehan otot menguncup dan relak secara berulang-ulang.
Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa

DEFINISI OTOT

Otot adalah salah satu tisu yang ada pada badan manusia. Ia mempunyai keupayaan untuk
menguncup dan mengembang serta boleh bertindak mengikut tindak balas yang dikenakan.
Binaan sel otot terdiri daripada satu unit asas iaitu myofibril. Myofibril merupakan suatu
struktur yang berbentuk halus dan berbenang yang dibentuk daripada protein. Myofibril juga
dibina daripada susunan miofilamen ( susunan secara selang seli ) yang terdiri dari dua
jenis, tebal dan nipis. Semasa proses penguncupan, susunan miofilamen yang berselang
seli itu saling menggelonsor sesame sendiri dalam susunannya. Mitokondria yang bertindak
menghasilkan tenaga semasa proses ini berlaku. Miofilamen terbahagi kepada dua

(Jadual 1):

( Jadual 1 )

Miofilamen tebal Mengandungi beberapa ratus molekul protein myosin

Miofilamen nipis Mengandungi dua jalus protein aktif

2
PENGENALAN OTOT

Otot merupakan jaringan yang terdapat di dalam tubuh manusia dan haiwan yang melekat
pada tulang dan menyebabkan tulang dapat bergerak. Otot juga disebut sebagai alat gerak
aktif. Setiap gerakan dan perbuatan yang dilakukan berpunca daripada 3 jennis otot utama
iaitu :

1. Otot berjalur

Terdiri daripada susunan selari yang banyak serat otot. Serat otot merupakan sel otot
tunggal yang berbentuk silinder, bergaris pusat kira-kira 10-100 um dan panjang antara 10-
40 cm. setiap serat otot dikeliling oleh membrane luar yang dinamakan sarkolema. Di hujung
serat otot, sarkolema akan bersatu dengan serat tendon yang terlekat pada tulang.

2. Otot polos

Rajah 2

Otot polos ( rajah 2 ) ataupun dikenali sebagai otot licin merupakan salah satu otot yang
bergerak dalam minda separuh sedar/involutari. Ia terdapat pada system urogenital, dinding
salur darah, bronkus serta bronkiol. Uris, otot silari dan kulit. Otot polos ini mampu mengecut
untuk masa yang lama pada kadar kekuatan yang sederhana dan pengecutannya
melibatkan hamper seluru jisim otot tersebut dan bukannya pengecutan unit motor individu.
Sel otot polos berbentuk gelndong dan mengandungi nukleas tunggal di tengah. Panjang
berjulat antara 20-500 um bergantung pada di mana ia didapati. Setiap otot polos
berhubung rapat dengan jirannya melalui satu hubungan intersel khusus yang dipanggil
desmosom.

Otot polos ataupun otot licin ini juga terbahagi kepada 2 iaitu :

a. otot licin tunggal

Terdapat pada setiap dinding salur darah kecil, organ gestro dan system urogenital. Selain
itu, ia juga wujud sebagai lapisan besar, mempunyai jambatan berintangan rendah antara

3
sel-sel otot dan berfungsi sebagai satu sinsitium. Ia sangat peka akan regangan, tekanan,
perubahan pH, suhu, hormone dan agen kimia dan otot ini akan bergerak balas secara
spontan terhadap ransangan tersebut.

b. otot licin multiunit

Otot ini boleh didapati pada jasad silari, iris, dinding ateri besar dan otot pilomotor di kulit. Ia
terdiri daripada sel-sel individu tanpa jambatan berintangan antara sel. Pengecutan otot licin
multiunit berlaku secara setempat dan halus. Otot ini tidak mempunyai ritma inheren dan
hanya mengecut sebagai gerak balas terhadap ransangan saraf hormone.

3. Otot kardiak / otot jantung

Jantung manusia dibentuk daripada dua jenis sel otot utama iaitu sel bekerja dan konduksi.
Dinding jantung iaitu atrium dan ventrikel dibentuk oleh sel ini dan membolehkan jantung
manusia berfungsi untuk mengepam darah dari jantung ke seluruh badan. Satu lagi sel iaitu
sel konduksi pula berfungsi dalam menghantar impuls kardiak yang menyebabkan proses
pengecutan otot bekerja.

( Jadual pembahagian dua jenis otot kardiak )

Otot bekerja Otot konduksi

Wujud pada dinding atrium dan Sel khusus yang membentuk system
ventrikel konduksi jantung
Otot ini mengandungi lebih banyak Mengandungi sedikit mikrofibril
mitochondria Kebolehan untuk menjana dan
Melalui prose pengecutan untuk menghantar impuls elektrik bagi
membolehkan darah di pam ke proses pengecutan sel otot bekerja
seluruh badan

4
PENGUNCUPAN OTOT

1. PENGUNCUPAN ISOTONIK

Kedudukan otot berada dalam keadaan memendek atau memanjang dengan regangan
yang tidak sama semasa mengangkat beban yang konsisten. Penguncupan otot jenis ini
juga dikenali sebagai dinamik atau phasic. Penguncupan isotonic pula dibahagikan kepada
dua:

a) penguncupan kosenterik

keadaan otot memendek semasa menguncup. Contohnya mengangkat barbell.

b) penguncupan esenterik

keadaan otot memeanjang semasa penguncupan. Contohnya semasa menuruni


tangga.

2. PENGUNCUPAN ISOMETRIK

Otot dalam keadaan static di mana regangan bertambah tetapi panjang otot tidak berubah.
Contohnya menolak dinding.

3. PENGUNCUPAN ISOKINETIK

Pergerakan yang meibatkan regangan otot yang maksimum dengan kelajuan yang konstan
pada otot tertentu. Contohnya ialah latihan menggunakan alat seperti mengayuh yang
mempunyai kelajuan dan rintangan.

De Vries 1974 mendefinisikan daya tahan otot sebagai kebolehan untuk menghalang
kelesuan otot dalam melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Daya tahan otot boleh dikelaskan
kepada tiga iaitu

I. Daya Tahan Otot jangka pendek :

aktiviti berintensiti tinggi yang dilakukan dalam jangka masa yang singkat contohnya
lari pecut.

II. Daya Tahan Otot sederhana :

Aktiviti berintensiti sederhana dalam jangka masa dan bebanan yang sederhana.

III. Daya Tahan Otot jangka masa panjang :

Aktiviti yang berintensiti rendah dalam jangka masa yang lama contohnya LSD.

5
SEJARAH PERKEMBANGAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT

Ujian daya tahan otot sebenarnya telah lama dijalankan akan tetapi, masyarakat
pada zaman dahulu tidak menyedari bahawa aktivit yang dilakukan itu sebenarnya adalah
termasuk dalam aktiviti-aktiviti ujian daya tahan otot. Contohnya, pada zaman Greek
masyarakat sering terlibat dengan peperangan. Jadi mereka memerlukan tenaga manusia
yang banyak untuk berperang dan sebelum pergi berperang setiap ahli tentera perlu diberi
latihan yang cukup untuk meningkatkan daya tahan otot mereka.

Selain itu, masyarakat dahulu yang hidup di kawasan kampung dan pendalaman
turut menjalankan aktiviti fizikal lain seperti mengangkat beban, berkebun dan sebagainya.
Kekuatan otot amatlah penting untuk melaksanakan aktiviti seharian dalam kehidupan kita.
Proses perkembangan pendidikan dalam kajian berkaitan lakuan motor dan daya tahan otot
membuatkan tercetusnya teori-teori pengujian yang dibina oleh para penkaji untuk menguji
daya tahan otot seseorang.

Sebagai contohnya, aktiviti tekan tubi dan skuad kaki dijalankan sebagai salah satu
ujian unyuk mengukur keupayaan daya tahan otot seseorang. Setiap aktiviti tersebut
mempunyai norma-norma tertentu yang akan menjadi markah ataupun skor dalam ujian
tersebut. Data yang diperoleh akan dianlisis dan kesimpulan berkaitan daya tahan otot
seseorang boleh dibuat berdasarkan data yang dikutip dari setiap ujian.

6
KAJIAN-KAJIAN YANG BERKAITAN

Kajian kajian lampau

Kemampuan otot merupakan salah satu bidang kajian yang menarik perhatian pa karpakar
fisiologi, kinesiologi dan sebagainya. Kebanyakan kajian ini dilakukan ke atas binatang dan
ahli-ahli sukan yang bertujuan mencari pertalian antara kemampuan otot dan pencapaian
fizikal individu atau kumpulan manusia.

Pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 beberapa orang penyelidik telah
mengemukakan kajian-kajian mengenai otot. Kebanyakannya tertumpu pada kekuatan otot,
kuasa otot dan daya tahan otot.

(Steve Roy, 1983) mengatakan sebagai tambahan kepada kekuatan dan kuasa, daya tahan
otot memainkan peranan untuk mencegah kecederaan. Atlit bukan sahaja memerlukan
tahap kekuatan tertentu tapi juga mempunyai keupayaan untuk mengekalkan peratusan
kekuatan yang tinggi bagi satu jangkamasa atau melakukannya secara berulang-ulang kali.

Roy seterusnya mengatakan, prinsip am yang diaplikasikan bagi pembentukan kekuatan


otot juga dapat diaplikasikan bagi pembemtukan daya tahan otot ; supaya kaedah latihan
kekuatan dapat diadaptasikan bagi kegunaan latihan daya tahan otot dengan melakukan
modifikasi berikut :-

o Kurangkan jumlah rintangan.


o Tingkatkan kadar kerja.
o Tingkatkan ulangan atau set jika boleh.

Barrow (1979) menegaskan ; bagi jenis daya tahan yang berkait dengan kekuatan, individu
yang mempunyai daya tahan mampu melakukan pergerakan -pergerakan yang berkesan
walaupun otot terpaksa menampung beban yang berat. Sudah tentulah orang yang kuat
boleh melakukan kerja lebih lama jika dibandingkan dengan orang yang lebih lemah. Namun
begitu kekuatan itu sendiri bukan merupakan jawapan yang mutlak kepada daya tahan otot.
Otot yang kuat boleh dipertingkatkan lagi dari aspek daya tahan dengan menambahkan lagi
keberkesanan kadar pemulihan.

Daya tahan secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu daya tahan otot dan
daya tahan kardiovaskular. Kesemua aktiviti yang dijalankan akan melibatkan ke dua-dua
jenis daya tahan ini. Daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot atau kumpulan otot
merujuk kepada kebolehan otot dibahagian tertentu badan untuk melakukan sesuatu kerja
secara cekap dan ekonomi untuk sesuatu jangkamasa yang panjang. Kebolehan ini juga

7
bergantung kepada peratusan fiber -fiber otot merah serta fiber-fiber otot putih dan
kecekapan dalam sistem peredaran darah di dalam otot yang terlibat.

KEGUNAAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT

Ujian daya tahan otot boleh diimplimentasikan dalam bidang Pendidikan Kesihatan
Jasmani dan Sukan oleh guru dan jurulatih sukan kerana ujian-ujian ini mempunyai
kegunaan yang tertentu. Guru dan jurulatih perlu mengetahui beberapa bidang dalam ujian
ini di samping kegunaannya. Di antara kegunan ujian daya tahan otot adalah seperti berikut:

I. Merupakan salah satu faktor asas dalam ujian kecergasan fizikal


II. Membantu guru Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk menilai tahap pencapaian
pelajar atau atlet dalam kemahiran-kemahiran yang tertentu.
III. Untuk mengesan potensi maksimum pelajar atau atlet dalam aktiviti sukan yang
tertentu.
IV. Sebagai langkah bersedia untuk seseorang pelajar atau atlet bagi menghadapi
aktiviti yang lebih mencabar.
V. Keputusan ujian yang diperolehi boleh dijadikan kriteria bagi memilih pelajar untuk
sukan atau permainan yang tertentu.
VI. Untuk memilih aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.
VII. Untuk memotivasikan pelajar atau atlet agar mereka dapat memperbaiki dan
meningkatkan tahap kecergasan mereka.
VIII. Untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan.
IX. Sebagai panduan bagi menyediakan program latihan yang sistematik dan efektif.
X. Menyarankan supaya program latihan beban (daya tahan otot) dimasukkan sebagai
satu komponen dalam latihan daya tahan otot bagi permainan yang menggunakan
otot kaki yang banyak.

8
LIMITASI UJIAN

Di antara limitasi dan masalah yang ketara berkaitan dengan ujian daya tahan otot adalah
seperti berikut:

i. Garis panduan yang mutlak dan protokol semasa menjalankan ujian yang tidak
diikuti dengan tepat akan menjejaskan skor.
ii. Kebolehperayaan dan kesahan ujian bergantung kepada kecekapan dan kemahiran
penguji.
iii. Kejujuran dan kesungguhan subjek dalam menjalankan ujian.
iv. Aktiviti memanaskan badan yang tidak sempurna sebelum ujian dijalankan akan
menjejaskan ujian.
v. Tidak dapat membezakan di antara pengukuran dan penilaian daya tahan atau
kekuatan otot.
vi. Pengsaingan otot bagaimana hendak mengasingkan otot dan kepastian otot yang
sedang diuji.
vii. Penentuan jenis pengucupan otot dalam ujian yang dijalankan.
viii. Intensiti dan masa ujian adakah intensiti bagi ujian cukup untuk masa yang singkat.
ix. Klasifikasi perkataan ketahanan otot adakah ujian yang dijalankan bertujuan untuk
pengukuran ketahanan relative atau subjektif.
x. Norma ujian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dengan keadaan persekitaran dan
subjek-subjek tempatan.
xi. Gangguan daripada subjek lain boleh menjejaskan tumpuan subjek yang diuji.
xii. Penguji menggunakan senaman yang menggunakan ketahanan otot dinamik dalam
program latihan tetapi mengukur keberkesanan mereka dengan menguji ketahanan
statik.
xiii. Ada sesetengah ujian ketahanan otot mengambil masa untuk dijalankan.
xiv. Ralat yang terdapat semasa membuat pengukuran akan menjejaskan keputusan.
Kesempurnaan alat yang digunakan mempengaruhi ujian.

9
BATERI UJIAN

1. Side Ramp

o Tujuan: Ujian jalan sebelah mengukur kawalan dan daya tahan otot teras stabil sisi.

o Peralatan diperlukan: permukaan yang rata, permukaan bersih, jam randik, kertas
mencatat, pen.

o Prosedur: Tujuan ujian ini adalah untuk memegang kedudukan yang tinggi untuk
seberapa lama yang boleh. Subjek meletakkan di sebelah kanan mereka, bahagian
atas badan disokong dari tanah dengan siku kanan dan lengan . Kaki lurus , dengan
kaki kiri (atas) di depan kaki kanan. Pinggul diangkat dari lantai supaya siku dan kaki
menyokong badan, mewujudkan garis lurus dari kepala ke kaki. Tangan kiri
diletakkan di atas bahu penyokong . Sebaik sahaja subjek berada dalam kedudukan
yang betul, jam randik dimulakan. Ujian ini adalah lebih apabila subjek tidak dapat
menahan lurus dan pinggul diturunkan. Selepas lima minit rehat, sisi lain diuji.

Rajah 2.0

o pemarkahan : Skor adalah jumlah masa yang lengkap untuk setiap sisi. Bandingkan
prestasi pada kedua-dua belah pihak. Jadual di bawah menunjukkan markah
Kedudukan garis panduan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan

10
Kategori Masa (saat)

CEMERLANG > 90

BAIK 75 to 90

SEDERHANA 60 to 75

LEMAH < 60

o kelebihan: ujian ini adalah mudah untuk dilakukan , dengan kos yang minimum dan
boleh menjadi diri yang ditadbir.
o kelemahan: penentuan apabila kegagalan berlaku adalah ukuran subjektif.

o ulasan: Apabila mengulangi ujian , pastikan sebelah yang sama diuji pertama untuk
mengawal keletihan sebelumnya.

o Sumber: http://www.topendsports.com/testing/tests/side-ramp.htm

11
2. Single Leg Squat (SLS) Test

Ujian mencangkung satu kaki adalah ujian yang biasa digunakan fungsi pinggul dan bawah
kaki, dan juga mempunyai unsur -kira. (Wood, 2008)

o Tujuan:

untuk mengukur kekuatan badan yang lebih rendah, terutamanya quadriceps dan
kumpulan gluteal otot, dan penstabil pinggul.

o Peralatan yang diperlukan:

tiada

o Prosedur : Berdiri di sebelah kaki sementara kaki yang lain diangkat dari tanah di
hadapan badan supaya hip itu dilentur kepada kira-kira 45 dan lutut kaki bukan
pendirian - dilentur kepada kira-kira 90 . Senjata diadakan lurus di hadapan ,
dengan tangan tergenggam bersama-sama. Dari kedudukan ini , mencangkung
sehingga kira-kira 60 akhiran lutut, kemudian kembali ke kedudukan permulaan.
Nota kaki yang telah diuji.

o pemarkahan : pemerhatian klinikal biasanya melibatkan penilaian lutut dan


kestabilan pinggul. Pada perlawanan ujian tunggal mencangkung yang pernah
dilakukan pada NHL menggabungkan , setiap pemain perlu melaksanakan lima
ulangan berturut-turut pada setiap kaki , dengan setiap mencangkung bernilai 15
mata dengan skor maksimum 75 (per kaki ).
o variasi / alternatif : lihat juga ini pinggul dan paha lain kekuatan ujian : ujian dinding
duduk , berdiri kerusi dan ujian rumah mencangkung . Terdapat juga beberapa ujian

12
keseimbangan yang memerlukan berdiri di atas satu kaki : Imbangan Flamingo dan
Stork Stand Test

o Kelebihan : Ujian ini adalah mudah untuk dilakukan dan memerlukan peralatan yang
minimum.
o Sumber: http://www.topendsports.com/testing/tests/squat-single-leg.htm

13
3. 30 Second Endurance Jump

30 Second Endurance Jump pernah menjadi sebahagian daripada sistem penarafan


SPARQ untuk bola keranjang dan bola sepak, dan protokol yang digunakan mereka
disenaraikan di sini.

o Tujuan : 30 Kedua Endurance Jump adalah ujian ketangkasan dan badan yang
lebih rendah kekuatan ketahanan

o Peralatan yang diperlukan : jam randik dan SPARQ Endurance Soft halangan (
12 "tinggi )

o Prosedur : Berdiri dengan selesa dengan kedua-dua kaki rata di atas tanah,
bersudut tepat dengan palang/halangan . Bermula dari gerakan pertama, atlet
melompat dengan kedua-dua kaki dari tempat asal kepada sisi lain melepasi
halangan , kemudian kembali lagi. Ujian ini terus selama 30 saat, dengan jumlah
lompatan dikira.

o Pemarkahan :

Jumlah lompatan disiapkan dalam tempoh masa yang direkodkan.

o Keputusan :

US Decathlete Bryan Clay mencapai 67 lompatan dalam 30 saat dalam ujian ini
semasa latihan ujian SPARQ (diterbitkan dalam Majalah SPARQ , Summer 2008)

14
MATLAMAT UJIAN DAYA TAHAN OTOT

I. Mengetahui dan memahami sejarah pengukuran daya tahan otot.


II. Mengetahui konsep dan kepentingan daya tahan otot.
III. Mengaplikasikan kaedah-kaedah pengelolaan ujian dengan betul.
IV. Dapat mengenali potensi dan tahap diri pelajar.
V. Tahap kecergasan sendiri dan membandingkan dengan kecergasan pelajar-pelajar
lain.

15
OBJEKTIF DAYA TAHAN OTOT

I. Kepentingan daya tahan otot dalam melakukan aktiviti harian.


II. Sebagai pengetahuan bagi ujian daya tahan otot dan latihan-latihan yang sistematik.
III. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti khusus.
IV. Mengetahui cara melakukan ujian aplikasinya.
V. Dapat mengetahui tahap daya tahan otot masing-masing.
VI. Mengenalpasti limitasi ujian daya tahan otot dan kaedah untuk mengatasinya.
VII. Memastikan bahawa daya tahan otot kaki boleh ditingkatkan melalui latihan yang
disusun khas.
VIII. Untuk menghasilkan kekuatan tenaga yang mampu memenuhi permintaan acara.

16
PERBINCANGAN

Mengikut Edward L. Fox (1981), daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot
atau kumpulan otot di bahagian tertentu badan untuk melakukan sesuatu kerja secara cekap
dan ekonomi untuk jangka masa yang panjang. Kebolehan ini juga bergantung pada faktor
genetik khususnya kepada peratus fiber-fiber oto merah serta putih dan kecekapan dalam
sistem peredaran darah.

Seseorang yang melakukan latihan untuk daya tahan otot dengan komsisten, akan
berlaku adaptasi tubuh badan terhadap keperluan kerja. Mengikut Fox (1979), kandungan
myoglobin yang bertambah dalam otot berfiber merah dapat mempertingkatkan kandungan
oksigen dan mempermudahkan pengangkutan oksigen ke sel-sel melalui proses resapan.
Kelebihan kandungan myoglobin di dalam sesuatu sel otot akan meningkatkan.

Melalui latihan yang dijalankan kita dapat melihat kebenaran kata -kata Fox (1981),
yang mengatakan faktor-faktor `biomechanical` dan fisiologo telah dapat mempertingkatkan
sehingga dapat melambatkan berlaku kelesuan otot. Antara sebab - sebabnya adalah :-

1. Kecekapan saraf motor (motor nerve) membuat transmisi impulse kepada fiber
fiber oto di antara unit-unit motor.

2. Kecekapan melepaskan `chemical transmitter` `acetylcoline` daripada hujung


saraf. Ini dipanggil pencekapan penyambung `neuromuscular`.

3. Kecekapan mekanisma pengecutan.

Di antaranya adalah : -

a. Pembuangan asid laktik


b. Penambahan bekalan ATP dan PC
c. Penambahan bekalan `glycogen` otot.

4. Kecekapan sistem saraf pusat

17
LAMPIRAN

18
Laporan Bateri Ujian ( Side Ramp )

Ujian dijalankan kepada 20orang subjek iaitu guru pelatih pismp sem 1 elektif pendidikan
jasmani ambilan jun 2015. Setiap ujian dikendalikan oleh dua orang penguji iaitu seorang
sebagai penjaga masa dan seorang lagi sebagi pemerhati.

Rajah di atas menunjukkan salah seorang guru pelatih lelaki sedang menjalankan ujian side
ramp

19
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

GURU PELATIH PISMP SEM 1 ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI


AMBILAN JUN 2015

SUBJEK : LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL KOD : PJMS3013

PENSYARAH : ENCIK WAN AZMANAN BIN WAN YUSOFF

BI NAMA NO. KAD OPSYEN


L PENGENALAN
1 AHMAD HAIZAN BIN BAHRIN 960323016831 PEND KHAS
2 AHMAD SYAHMI BIN AHMAD SUDIR 961119085535 PEND KHAS

3 CHEW KIAN MAY 961215015238 BHS MELAYU


4 FAERMA SOFEA BINTI ALISA 961111125192 PEND KHAS

5 KHOR SUE YING 960623085548 BHS MELAYU

6 LAYAH KUJAT 961201135466 PEND KHAS


7 MOHAMAD FAUZAN SYAKIR BIN AWANG 961223035845 TESL
8 MOHD AL-FATEH BIN NOOR MOHAMAD 961003115103 SEJARAH
9 MUHAMAD AMIR FIRDAUS BIN ROSLEE 950206016315 SEJARAH
10 MUHAMAD HAZIM BIN RAHMAT 950609105953 PEND KHAS
11 MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN AB RAHMAN 961004025495 PEND KHAS
12 MUHD FAHIM BIN MUHAMMAD FAUZI 960104025105 PEND KHAS
13 MUHD HAZMAN FAIZ BIN OTHMAN 960916107093 PEND KHAS
14 MUHD ZULFADHLI BIN MOHD ZAIRI 950731085589 PEND KHAS
15 NUR AQILAH BINTI ALIAS 960103106050 SEJARAH
16 NUR FARAHIN BINTI NORDIN 961223025364 PEND KHAS
17 NUR HIKMAH BINTI ARIFF 960414135916 PEND KHAS
18 NURUL NAIM BINTI JUSOH 960229086438 TESL
19 ONG HOAY HAR 960303025810 BHS MELAYU
20 SHANNEN ANAK DAY 960229136036 PEND KHAS

20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

GURU PELATIH PISMP SEM 1 ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI

AMBILAN JUN 2015

AKTIVITI : SIDE RAMP TEST HARI : SELASA

PENGUJI : AHMAD SYAHMI & AHMAD HAIZAN TARIKH : 21/07/2015

BI NAMA Masa yang diambil untuk bertahan(s)


L KANAN KIRI
1 AHMAD HAIZAN BIN BAHRIN >90 >90
2 AHMAD SYAHMI BIN AHMAD SUDIR >90 >90

3 CHEW KIAN MAY 67 60


4 FAERMA SOFEA BINTI ALISA 66 68

5 KHOR SUE YING 41 60

6 LAYAH KUJAT 73 66
7 MOHAMAD FAUZAN SYAKIR BIN AWANG 77 >90
8 MOHD AL-FATEH BIN NOOR MOHAMAD 12 60
9 MUHAMAD AMIR FIRDAUS BIN ROSLEE >90 >90
10 MUHAMAD HAZIM BIN RAHMAT >90 >90
11 MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN AB RAHMAN >90 >90
12 MUHD FAHIM BIN MUHAMMAD FAUZI 60 37
13 MUHD HAZMAN FAIZ BIN OTHMAN >90 >90
14 MUHD ZULFADHLI BIN MOHD ZAIRI 67 60
15 NUR AQILAH BINTI ALIAS 72 60
16 NUR FARAHIN BINTI NORDIN 51 70
17 NUR HIKMAH BINTI ARIFF >90 >90
18 NURUL NAIM BINTI JUSOH 63 70
19 ONG HOAY HAR 36 32
20 SHANNEN ANAK DAY 74 >90

SANGAT BAGUS >90 BAGUS 75-89


BIASA 60-74 LEMAH <59

21
RUJUKAN

Ahmad Bin Hashim,Mohd. Sani Bin Madon, Shaharuddin Bin Abd Aziz. ( 2007). Indeks
Prestasi. Indeks Prestasi, 2.

Corbin & Lindsey. (1985). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (6 edition). In
Dubuque, Concept Of Physical Fitness With Laboratories (6 edition). Lowa: Brown
Publisher.

Fox, E. L. (1981). The physiological basis of physical education and athletics. Saunders
College Pub.

Morrow, jakson dan mood. (1995). Measurement and evaluation in human performance.
Human kinetics

Roy, S. (1983). Sports Medicine Prevention Evaluation Rehabilitation. UK: Prentice-Hall.

Wood, R. (2008). http://www.topendsports.com/. Retrieved August 2, 2015, from


topendsports: http://www.topendsports.com/testing/tests/squat-single-leg.htm.

22