Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN KURSUS

xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual adalah salah satu kursus Open
University Malaysia (OUM) yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga
15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Sarjana Muda Pengajaran
dalam bidang Pendidikan Seni Visual dengan kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang
sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan
bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piwaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xii PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengetahuan asas dalam pengenalan Seni Visual sekolah
rendah;
2. Mengkategorikan bidang dan menentukan topik-topik yang sesuai untuk
tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah; dan
3. Mengaplikasikan konsep pembelajaran Pendidikan Seni Visual melalui
teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sebagai bakal
guru.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut.

Topik 1 memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa pengenalan


kepada Pendidikan Seni Visual dan menyatakan matlamat serta objektif mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Di samping itu anda juga
didedahkan kepada pendapat-pendapat dari tokoh-tokoh Pendidikan Seni Visual
dan bagaimana Pendidikan Seni Visual mengambil peranan besar dalam dunia
pendidikan kanak-kanak.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xiii

Topik 2 menyentuh mengenai pengenalan konsep Pendidikan Seni Visual sekolah


rendah terutamanya dalam proses pembinaan insan dalam konteks JERI selaras
dengan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Topik 3 menjelaskan satu bidang yang diajar di sekolah rendah, iaitu menggambar
diperkenalkan dengan panjang lebar dari segi teknik, alat dan bahan serta proses
untuk mengekspresi bidang tersebut.

Topik 4 membincangkan rekaan dan corak yang mewakili bidang kedua dalam
pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

Topik 5 memberi pengetahuan asas dalam membentuk dan membuat binaan.


Dalam konteks pengenalan bidang ini, objek-objek tiga dimensi yang diperkenalkan
terdiri daripada arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama,boneka,
topeng dan origami. Bagi setiap objek dinyatakan bahan dan alat yang digunakan
dan bagaimana teknik pembuatan objek tiga dimensi ini dihasilkan.

Topik 6 membantu kita mengenal kraf tradisional sebagai bidang yang perlu
dikuasai oleh bakal guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Pengenalan
awalan ini menjurus kepada pensejarahannya, bahan dan alatan yang digunakan
untuk menghasil seterusnya teknik membuat kraf yang berkenaan.

Topik 7 menjurus kepada persediaan untuk mengajar Pendidikan Seni


Visual sekolah rendah. Sebagai bakal guru, persediaan ini perlu diteliti untuk
menghasilkan perancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.

Topik 8 menjelaskan pengajaran makro dan mikro dalam Pendidikan Seni Visual
yang mengambil kira situasi pembelajaran, aras pemikiran pelajar, pemilihan
strategi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya bagaimana untuk mengaitkan
kepada situasi sebenarnya supaya sentuhan pembelajaran benar-benar berlaku di
dalam diri pelajar.

Topik 9 mengajak anda untuk membuat apresiasi dalam Pendidikan Seni Visual.
Ia menjurus kepada kaedah penghayatan dalam seni dengan betul dan bersifat
naratif.

Topik 10 membantu kita menguasai pengurusan studio Pendidikan Seni yang


baik dan berkesan. Dalam hubungan ini, mentadbir studio seni memerlukan
ilmu dan pengalaman yang baik untuk mendapatkan output dan outcomes yang
menggalakkan dalam hasil pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xiv PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan
susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk
merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya,
susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik
anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda
telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-
perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak
kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami
kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian
dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya
terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami
setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xv

beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di


akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Rujukan disenaraikan pada akhir setiap topik ini.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24 7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai