Anda di halaman 1dari 1

Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan.

Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara
kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan.
Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi duri dalam daging yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari
bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh
mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku
semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh
teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama
anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat
tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak
kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran


melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen
dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program
yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit
Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat
patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-
negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-
masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai