Anda di halaman 1dari 16

Jurnal Pengajian Melayu.

jilid 16, 2005

EMOSI MELAYU: MELAYU DAN PERHAMBAAN


DI CAPE, 1652-1838 1
Hamidin Abd. Hamid

Afrika-Alam Melayu: Latar Belakang Sejarah

Walaupun wujudnya beberapa persoalan, namun Alam Melayu


mempunyai peranan dan tempatnya yang tersendiri dalam proses
perkembangan ketamadunan awal di Afrika terutamanya di kawasan
Afrika Timur. 2 Pengenalan beberapa jenis tumbuhan seperti pisang dan
kelapa serta penggunaan teknologi yang berasal dari kawasan Alam
Melayu seperti Gallawa adalah salah satu bukti tentang pengaruh Alam
Melayu terhadap Afrika Timur. 3 Madagaskar, contohnya, menerima
kesan dari segi perkembangan penduduk dan kebudayaan dari Alam
Melayu melalui dua gelombang migrasi yang berlaku di antara 200SM
sehingga Abad ke-2M dan di antara Abad ke-6M sehingga Abad ke-
12M.4 Sesetengah masyarakat Malagasy mengakui bahawa keturunan
terdahulu berasal dari Alam Melayu. Malahan bahasa yang dipertuturkan
oleh masyarakat Merina di kawasan tengah Madagaskar dikategorikan
dalam kumpulan bahasa Malayo-Polynesia kerana mempunyai persamaan
yang ketara dengan bahasa masyarakat Manyan yang mendiami kawasan
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

sebelah barat Kalimantan. 5 Selain itu, pengaruh Alam Melayu terhadap


masyarakat Malagasy juga boleh dilihat melalui bentuk seni reka rumah,
pengetahuan, clan kemahiran dalam penanaman padi di kawasan lereng
bukit. 6

Kedudukan strategik Alam Melayu berserta dengan peranan aktif


oleh kerajaan-kerajaan awal Melayu seperti Srivijaya juga memainkan
peranan dalam mempengaruhi perkembangan hubungan terutamanya
dari segi perdagangan antara Afrika Timur clan Alam Melayu.7
Bagaimanapun, hubungan perdagangan antara Afrika clan Alam Melayu
ini dijalankan oleh orang tengah seperti pedagang Arab, Parsi clan India. 8
Catatan yang dibuat oleh Periplus of Erythraean Sea (c. Abad IM) clan
catatan oleh Ptolemy (c. 150-160M) contohnya, dengan jelas
menunjukkan penglibatan kawasan-kawasan pelabuhan di pantai Timur
Afrika dengan aktiviti-aktiviti perdagangan di kawasan Lautan Hindi. 9

Kemunculan clan kebangkitan Islam, terutamanya selepas


kemunculan kerajaan Abbasiyah telah membawa era serta asas baru
dalam jalinan perdagangan clan perubahan dalam kebudayaan di sekitar
kawasan Lautan India. 10 Perkembangan clan pengukuhan dunia Islam
yang berlaku di antara Abad ke-7M sehingga Abad ke-15M telah
membuka lembaran clan peluang-peluang baru dalam hubungan di
antara Afrika clan Alam Melayu yang dapat dilihat melalui hubungan
yang berlaku di antara pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu clan
Afrika. 11 Barangan dari pelabuhan Melaka contohnya, telah
diperdagangkan di pelabuhan-pelabuhan di Afrika Timur seperti
Mogadishu, Mombasa clan Kilwa, sementara dari kawasan pantai Swahili
pula didagangkan di pelabuhan Melaka. Pelabuhan Melaka telah
dikunjungi oleh orang Swahili dari Afrika Timur untuk berdagang di
atas nama tuan punya kapal yang dimiliki oleh saudagar dari India clan
Timur Tengah. 12 Semula jadi hubungan di antara Alam Melayu clan
Afrika telah berubah selepas 1500M dengan kedatangan kuasa Barat yang
dimulai oleh Portugis clan kemudiannya diikuti oleh Belanda clan British.

Kegagalan untuk menembusi kota clan laluan kapal pihak Portugis


telah memaksa Belanda untuk mencari laluan baru ke Alam Melayu clan
mereka berjaya dengan menguasai Betawi clan Ceylon. 13 Penemuan
laluan baru ke kawasan Alam Melayu dari kawasan titik paling selatan
di Afrika sejak 1616 telah menjadikan kawasan Cape sebagai sebuah

117
jurna/ Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

kawasan penting untuk berehat dan bertukar berita di antara kapal yang
akan ke Eropah dan kapal yang menu juke Alam Melayu. Pihak Syarikat
Hindia Timur Belanda (selepas ini disebut sebagai SHTB) yang ketika
itu mempunyai kekuatan sebanyak 6,000 buah kapal dan hampir 48,000
anak kapal sememangnya memerlukan sebuah kawasan untuk
menguatkan lagi usaha mereka dalam percubaan untuk menguasai
perdagangan di antara Eropah dan Asia. 14

Pada 6 April 1652, bersama-sama dengan tiga buah kapal, Johan


Anthonie van Riebeeck telah membina penempatan di kawasan Table
Bay dan mengisytiharkan kawasan Cape sebagai pangkalan Belanda atas
perintah SHTB. Pada peringkat awal pihak Belanda hanya mahu
menjadikan Cape sebagai sebuah pangkalan persinggahan kepada kapal-
kapal mereka terutamanya sebagai tempat mendapatkan makanan dan
minuman dan sebagai kawasan beristirahat sebelum meneruskan
perjalanan ke Eropah ataupun ke Asia. Bagaimanapun permintaan yang
tinggi dari kapal-kapal yang singgah telah menyebabkan Cape
berkembang di luar jangkaan pihak SHTB. Apabila pengeluaran
makanan dan pertanian tidak lagi mampu ditampung oleh penduduk
peribumi seperti Khoi-Khoi maka pihak SHTB telah mengambil
keputusan untuk memajukan Cape. Bermulalah satu era baru dalam
hubungan di antara Afrika dan Alam Melayu. 15 Bagaimanapun,
hubungan yang ditunjangi oleh kekerasan dan kezaliman kolonialisme
ini adalah sebuah hubungan paksa yang berlaku tanpa kerelaan di antara
kedua-dua buah kawasan.

Pada 1957, pegawai dan tentera SHTB telah dibenar dan dibebaskan
dari kontrak mereka untuk membangunkan kawasan Cape. Kumpulan
bekas anggota SHTB ini dikenali sebagai Burgher. Kumpulan ini
diberikan tanah untuk dikerjakan (minimum seluas 135 ekar). SHTB
dan kerajaan Belanda juga mula mempromosikan kawasan Cape kepada
penduduk Eropah yang lain termasuklah dengan memberikan
pengangkutan percuma ke Cape. Sambutan yang menggalakkan telah
diberikan oleh penduduk berketurunan German dan Perancis.
Bagaimanapun, kumpulan Burgher ini menghadapi masalah untuk
membangunkan kawasan Cape kerana beberapa faktor seperti kewangan,
kepakaran dalam pertanian serta kekurangan pekerja. Di antara faktor
tersebut, kekurangan pekerja adalah perkara yang paling selalu
dinyatakan. Ini berlaku kerana tidak ada orang Eropah yang sanggup
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

bekerja untuk orang Eropah yang lain sementara pada masa yang sama
mereka memiliki tanah. Untuk mengatasi masalah inilah keputusan
dibuat untuk membawa masuk hamba sebagai tenaga buruh di kawasan
Cape. Bersama-sama dengan rempah yang akan dihantar ke Eropah,
kapal-kapal Belanda turut memuatkan manusia sebagai komoditi untuk
kegunaan petani Eropah di kawasan Cape.

Umumnya, migrasi paksa yang dilakukan ke atas penduduk Alam


Melayu oleh pihak Belanda telah dibawa masuk ke Cape melalui tiga
cara iaitu buangan politik, banduan, dan hamba.

Buangan Politik
Pada peringkat awal, kawasan Cape digunakan sebagai kawasan
penempatan pesalah politik dari kawasan jajahan Belanda yang terletak
di sebelah Timur Cape. Keganasan yang menjadi satu fenomena semula
jadi dalam kolonialisme Belanda di kawasan Kepulauan Melayu telah
menyebabkan banyak penentangan dilakukan oleh penduduk
tempatan. 16 Di kawasan Kepulauan Indonesia, salah seorang yang
penentang kolonialisme Belanda yang terkenal dalam konteks hubungan
di antara Alam Melayu dan Selatan Afrika ialah Sheikh Yusuf al-
Makasari. Nama Sheikh Yusuf al-Makasari sangat sinonim dengan proses
penyebaran dan perkembangan Islam di Cape. l 7 Bagaimanapun, Sheikh
Yusuf bukanlah buangan politik pertama dari Kepulauan Indonesia yang
dihantar ke Cape kerana pada 1682 telah terdapat buangan politik yang
pertama tiba di Cape dari Makassar yang tiba bersama-sama dengan tiga
orang puteri. 18

Banduan
Banduan dari Alam Melayu telah dihantar ke kawasan Cape.
Kumpulan banduan ini, seperti juga kumpulan buangan politik, berasal
dari pelbagai lapisan masyarakat di kawasan yang dijajah oleh Belanda.
Semasa mereka menjalani tempoh penahanan, kumpulan banduan ini
telah digunakan oleh Belanda membuat kerja-kerja buruh untuk
membina kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.
Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang telah tamat tempoh penahanan,
telah membuat keputusan untuk tinggal kekal di Cape. Di kalangan
banduan yang dibawa masuk ke Cape, terdapat golongan Ulama dari

119
]urna! Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

kepulauan Indonesia seperti Joudaan Tappa Santrij d,ui Jawa yang


dihantar ke Cape pada 1713; Noriman dari Cheribon pada J767, dan
Imam Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tuan Guru yang berasal d;i1 i
Ternate yang tiba di Cape pada 1780. l9

Hamb a
Hamba merupakan kumpulan terbesar yang dibawa masuk Kc'. c=ape
oleh pihak Belanda dari Alam Melayu, terutamanya dari kawasan yang
hari ini dikenali sebagai Kepulauan Indonesia. Kelangsungan bekalan
tenaga buruh dalam sektor pertanian di kawasan pendalaman dan juga
untuk keperluan penduduk di kawasan bandar adalah sebahagian
daripada faktor yang membawa kepada kemasukan hamba ke dalam
sistem masyarakat Cape. Masalah ini ditambah pula dengan masalah
kewangan petani Eropah untuk mengambil pekerja bergaji untuk bekerja
di ladang-ladang mereka. 20 Jumlah hamba yang dibawa masuk ke Cape
di antara abad ke-17M hinggalah aw al a bad ke-19 M dianggarkan seramai
63,000 orang. Daripada jumlah ini, hamba dari Kepulauan Indonesia
dianggarkan seramai 22.7% iaitu jumlah terkecil berbanding dengan
jumlah yang dibawa dari kawasan India dan Madagascar. 21
Bagaimanapun, kemasukan hamba yang meningkat dari setahun ke
setahun telah menyebabkan komuniti hamba mempunyai jumlah yang
lebih besar berbanding dengan penduduk Eropah menjelang 1793 iaitu
14, 747 hamba berbanding dengan 13,830 orang penduduk Eropah. 22

Perhambaan di Cape

Sebelum melihat clan menganalisis emosi Melayu Cape, adalah penting


untuk kita melihat latar belakang sejarah dalam konteks bagaimanakah
emosi Melayu di Cape ini perlu dilihat clan dikaji. Latar belakang
perhambaan yang berlaku serta dipraktikkan di Cape adalah amat
penting dalam kita menganalisis mengapakah emosi Melayu di Cape
terbentuk seperti yang akan dibincangkan. Dengan kata lain, emosi
Melayu di Cape tidak akan dapat difahami tanpa kita memahami
persoalan yang lebih besar, iaitu dalam kerangka bagaimanakah emosi
Melayu di Cape ini harus diletakkan? Oleh itu persoalan tentang
perhambaan di Cape adalah persoalan yang perlu kita tangani terlebih
dahulu sebelum kita menganalisis tentang emosi mereka.

120
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

Perhambaan dan perdagangan hamba merupakan salah satu bentuk


dan sumber ekonomi yang utama kepada kuasa-kuasa Eropah seperti
Portugal, Sepanyol, British dan juga Belanda, terutamanya selepas abad
ke-l 5M. Pembukaan 'Dunia Baru' iaitu benua Amerika dan Kepulauan
Carribean meningkatkan lagi permintaan ke atas hamba di Afrika dan
mencetuskan migrasi paksa yang paling tinggi jumlahnya dan yang paling
tidak berperikemanusiaan dari segi semula jadi iaitu perdagangan hamba
Trans-Adamik. Perkembangan sistem perladangan hamba inilah yang
menyebabkan lebih ramai peribumi Afrika dibawa keluar secara paksa
untuk menampung perkembangan ekonomi yang dikuasai oleh kuasa-
kuasa Eropah sehinggakan ramai sejarawan berpendapat bahawa 'Dunia
Baru' itu diwujudkan di atas keringat hamba.

Bagaimanapun, kemunculan dan perkembangan


ketidakperimanusiaan yang berlaku melalui perdagangan hamba yang
dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat bukanlah bermaksud tidak wujudnya
sistem perhambaan yang dipraktikkan di dalam masyarakat peribumi
Afrika. Berbagai-bagai bentuk ikatan yang melibatkan tenaga buruh
mencerminkan hubungan di antara yang kaya dengan yang miskin, yang
kuat dengan yang lemah, yang besar dan yang kecil jumlahnya, telah
lama wujud dalam sistem masyarakat peribumi Afrika. Namun begitu,
konsep perhambaan seperti yang didefinisikan oleh Barat itu jumlahnya
adalah amat sedikit dan bukannya bentuk yang paling dominan dalam
masyarakat peribumi Afrika. 23

Dari segi perbandingan, perhambaan yang diamalkan di Cape


mempunyai perbezaan dengan perhambaan yang dijalankan di Amerika
dan di Kepulauan Caribean. Pemilikan hamba yang tinggi oleh SHTB
mencerminkan semula jadi perhambaan di Cape iaitu sesuatu yang
bersifat perbandaran. Oleh kerana kebanyakan pemilikan hamba terlibat
dengan aktiviti-aktiviti komersial yang ditunjangi oleh peranan Cape
sebagai sebuah pelabuhan bebas, hamba-hamba di Cape yang majoritinya
terlibat dengan aktiviti komersial mendapat layanan yang lebih baik
berbanding dengan hamba yang terlibat dalam sistem ekonomi yang lain
seperti perladangan. Menurut Shell:

"Slavery in South Africa may be de.fined as the system in which a


person was freely disposed of to another free person in a legal
sanctioned sale, rite, transfer, of will or hired out for work, without

121
jurna/ Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

any consultation of, but not necessarily without compensation to,


enslaved person. "24

Bagaimanapun, perhambaan di Cape itu masih lagi jelas mengikut


definisi dan konsep perhambaan Barat yang secara umumnya melihat
hamba itu sebagai harta dan barangan komoditi yang dimiliki oleh tuan-
tuan hamba. Menurut Lovejoy:

"Slavery as a specific form of exploitation, had a number of


characteristic which distinguish it ftom other forms of exploitation.
First, slaves were property. As individuals they were owned, and
whike they were recognized as human being, their fundamental
characteristic was that they were commodities. "25

Perhambaan di Cape bermula sejak tarikh Von Riebeeck


melabuhkan sauhnya di Table Bay lagi. Kumpulan awal yang dijadikan
hamba oleh SHTB di kawasan Cape ini ialah golongan peribumi Afrika
yang sedikit jumlahnya dan tidak lama selepas itu pihak SHTB mula
mencari sumber hamba dari kawasan lain. Pada 1658, kumpulan
pertama hamba tiba dari kawasan Dahomey yang terletak di sebelah barat
Afrika dibawa masuk ke Cape hasil satu misi rahsia SHTB. Dalam tahun
yang sama juga SHTB berjaya membawa masuk 174 hamba dari kawasan
Angola. Pada tahun-tahun awal selepas 'pembukaan' Cape, kebanyakan
hamba yang terdapat di Cape adalah milik SHTB yang digunakan untuk
menjaga kemudahan pelabuhan. Menjelang l 720an SHTB memiliki
hampir 400 hamba dan kemudiannya telah meningkat kepada 946
menjelang 1779. Kebanyakan hamba yang dimiliki oleh SHTB bekerja
sebagai buruh awam, tukang kayu dan besi serta pekerjaan lain yang
umum yang terdapat di pelabuhan dan pusat bandar Cape. 26 Kumpulan
pemilik hamba yang paling besar jumlah pemilikan hambanya ialah
Burgher yang terlibat dalam aktiviti pertanian untuk memenuhi
permintaan dari Cape. Bagaimanapun, sistem pertanian yang dijalankan
oleh Burgher ini bukan dianggap sebagai sistem perladangan seperti yang
dilakukan di Afrika tetapi lebih kepada sistem kebun yang lebih besar.

Apabila berlakunya peningkatan dalam kedatangan peneroka


Belanda pada akhir abad ke- l 7M, perhambaan menjadi semakin penting
dalam perkembangan Cape. Penduduk kulit putih di Cape meningkat
dari 125 pada tahun 1670 kepada 1,695 pada tahun 1711, dan
meningkat kepada 4,511 pada tahun 1750 dan terus meningkat kepada

122
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

7,736 pada tahun 1770 seterusnya mencapai kemuncaknya pada 20,000


pada tahun 1798. Jumlah hamba juga turut meningkat sehinggakan
menyamai jumlah penduduk kulit putih menjelang tahun 1720 iaitu
seramai 2,000 orang. Keputusan SHTB untuk menghentikan
penggalakan migrasi dari Belanda pada 1717 menandakan keputusan
untuk membawa masuk hamba dengan jumlah yang lebih banyak mula
dilaksanakan. Selepas dari tarikh tersebut jumlah hamba di Cape
meningkat lebih tinggi dalam sesuatu masa dan mencapai jumlah yang
tertingginya menjelang 1790-an iaitu seramai 25,000 hamba. 27

Perbezaan dari segi falsafah dan konsep perhambaan yang diamalkan


di Alam Melayu dan di Cape merupakan salah satu faktor yang jelas
mempengaruhi emosi Melayu dalam sejarah perhambaan di Cape.
Sejarawan sememangnya bersependapat bahawa definisi dan konsep
perhambaan (slavery) dan hamba (slave) itu sememangnya berbeza-beza
dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Miers dan Kopytoff contohnya,
menekankan agar konsep perhambaan menurut pemahaman Barat
seharusnya ditolak dan penekanan terhadap pemahaman tempatan perlu
diketengahkan untuk mengelakkan penyalahgunaan konsep tersebut.
Bagi masyarakat Eropah yang terlibat dalam perhambaan dan
perdagangan hamba di antara Abad ke 16 hinggalah abad ke-19M, rata-
rata mereka melihat hamba itu sebagai harta.

Bagi Alam Melayu perhambaan sememangnya dipraktikkan namun


definisi serta konsepnya berbeza dengan pemahaman Barat. Seperti yang
dicadangkan oleh Reid bahawa perhambaan di Asia Tenggara
(termasuklah di Alam Melayu ini) sangat menarik untuk diperhatikan
kerana kewujudan interaksi antara pelbagai konsep terhadap perhambaan
seperti Islam, Hindu, Cina, Eropah dan juga tempatan. Namun Reid
juga bersetuju dengan konsep Barat apabila beliau bersetuju dengan
definisi yang diberikan oleh Nieboer untuk memberikan definisi hamba
itu sebagai "a man who is the property of another, politically and socially
at a lower level than the mass of the people, and performing compulsory
labour." 28

Bagaimanapun, perhambaan dalam konteks Alam Melayu ini bukan


sahaja melihat dari segi ekonomi dan hamba sebagai harta. Praktik 'yang
menyerupai perhambaan' yang berlaku di Alam Melayu lebih tertumpu
pada konsep orang berhutang. Konsep orang berhutang di Alam Melayu

123
Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16. 2005

menjangkau hutang dari sudut wang ringgit semata-mata. Menurut


Gullick konsep ikatan orang berhutang di Alam Melayu menjangkaui
kepentingan ekonomi.

"It is clear... that debt-bondage, although in form an economic


institution, was in substance a very mixed complex of several
elements. The Chief acquired and retained bondsmen as a means
of augmenting his power and prestige. The bondsman might exect
the creditor to provide him with a wife... 29

Emosi Melayu dan Perhambaan

Melayu yang dibawa masuk sebagai hamba di Cape sememangnya


terkenal dengan sifat menentang mereka terhadap sistem perhambaan.
Emosi Melayu yang menolak diri mereka sebagai hamba bagi golongan
kulit putih boleh dilihat melalui tanggapan terhadap Melayu di kalangan
golongan kulit putih. Sebagai salah seorang anggota tentera laut British
menguasai Cape pada 1795, Kapten Robert Percival mengatakan:

"The slaves of the Malay race are tolerably numerous..... This last
class ofpeople are extremely vindictive, treacherous, and ferocious;
implacable in their revenge, and on the slightest provocation, or
imaginary insult, will commit murder. They indeed a scourge to the
people they come amongst. When bent on revenge, or irritated at
some supposed insult, they scarcely ever fail of wrecking their
vengeance. "30

Pervical sendiri bukannya seorang yang asing dalam pengalaman


berdepan dengan emosi hamba Melayu apabila beliau sendiri mengakui
pernah merasakan bisa keris yang ditikam oleh seorang Melayu sebelum
Melayu tersebut dibunuh di Ceylon. Malahan semasa di Cape, Percival
sendiri melihat amukan seorang Melayu yang tidak dapat menerima
hinaan yang dikeluarkan oleh tuannya. Menurut Percival:

'/1 Malay far some insult or necessary chastisement received from his
master, drew a knife and stabbed him to heart, and immediately
rushed out into the streets with the weapons reeking with the blood
of his unfortunate victim. The first person he met was a very fine
slave girl about seventeen years old, into whose face he darted the
dreadful weapon. "3 1

124
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

Dalam satu lagi kejadian hamba Melayu yang mengamuk yang


dicatatkan oleh Percival semasa beliau berada di Cape ialah, apabila
hamba Melayu tersebut membunuh tuannya apabila permintaannya
untuk mendapatkan pelepasan dari kerja untuk menyaksikan keramaian
ditolak. Malahan bukan sahaja tuannya yang dibunuh tetapi juga hamba
Melayu tersebut telah membunuh hamba wanita yang menjadi
perempuan simpanan kepada tuannya.

Jelasnya, kejadian yang diceritakan oleh Percival dan lain-lain


catatan yang mengaitkan hubungan di antara orang Melayu dengan
amukan mereka adalah sebahagian daripada manifestasi hamba Melayu
terhadap perhambaan. Tekanan dari segi fizikal dan mental
menyebabkan hamba Melayu itu menunjukkan emosi mereka terhadap
penghinaan, penderaan dan sekatan sebagai seorang manusia yang
bergelar hamba dalam sistem perhambaan yang dijalankan dengan
melakukan amukan dan sedaya upaya secara berterusan berusaha untuk
melepaskan diri mereka keluar dari perhambaan walaupun harganya
adalah kematian.

Seorang tuan hamba berbangsa Eropah pernah mencatatkan pada


awal abad ke 19 bahawa:

"The Malay certainly are much superior in all kinds of works where
a ready immigination and genius is required, but they are treacherous,
shrewd, deceitful race. Scarce one but what has his creese and his
drugs, and woe betide the man who offends them. They may pass
over an injury for a time, but let years rool on, it lives in their
remembrance and they will watch the unguarded moments to revenge
it. Punishment deters them not; they are fearless ofdanger, regardless
of the consequences, and many of them look upondeath as a realease
from misery and the immediate passport to their own ... country. "32

Perbincangan tentang Emosi Melayu dan perhambaan di Cape tidak


akan lengkap jika tidak menyentuh tentang Islam. Kemunculan dan
perkembangan Islam di Cape sememangnya berkait rapat dengan Alam
Melayu dan merupakan sesuatu kehasilan yang tidak dirancang oleh
SHTB apabila mereka membawa masuk secara paksa penduduk dari
Alam Melayu ke Cape. Sejarawan Afrika Selatan seperti Shell melihat
bahawa pemelukan agama Islam di kalangan hamba adalah sesuatu yang
bersifat biasa dan praktikal. Shell mencadangkan bahawa bukan Islam

125
jurna! Pengajian Me!ayu, ji!id 16, 2005

memeluk Islam di Cape adalah kerana untuk mengatasi keterpencilan


mereka dari segi ekonomi dan juga untuk menolak pengasingan ras yang
berlaku dalam masyarakat Cape ketika itu, malahan Shell melihat
pemelukan agama Islam di kalangan hamba adalah sebagai salah satu
usaha mereka untuk mencapai status sosial yang lebih tinggi dan juga
untuk mencari sebuah komuniti di mana hamba tersebut boleh dikenal
pasti sebagai komuniti mereka.33 Malahan kebanyakan historiografi
tentang Islam di Cape menekankan kepada pemelukan Islam itu sebagai
satu fenomena sekular dan bukannya bersifat kerohanian. Sememangnya
penekanan yang diberikan oleh kumpulan seperti Davids dan Shell ini
mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu perkembangan dan
pemelukkan Islam perlulah dilihat dalam konteks perhambaan dan
sentimen perkauman yang diamalkan di Cape dalam abad ke-18 dan
ke-19M. Bagaimanapun pendapat seperti ini dicanggah oleh Ikenga-
Metuh dan Hefner yang melihat bahawa pemelukan kepada sesebuah
agama itu mestilah bersifat multicausal dan bukannya monocausal dan
unsur-unsur kerohanian itu sudah tentu merupakan salah satu penyebab
kepada pertukaran agama.

Islam dan amalan Islam yang berlaku di Cape dengan jelasnya


menunjukkan peranan spiritual dalam menarik perhatian bukan Islam
untuk memeluk Islam. Yang jelasnya perkembangan Islam di Cape dalam
peringkat awalnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan
perkembangan Sufi. Malahan amalan ritual seperti Ratip yang menjadi
sebahagian daripada amalan Sufi yang diamalkan di Cape menunjukkan
peranan spiritual dan emosi penganut Islam di Cape. Bagi mereka dari
Alam Melayu yang dipaksa ke Cape sebagai hamba, perhambaan
sememangnya berjaya menguasai keadaan fizikal mereka namun
bukannya spiritual. Oleh itu aliran Sufi yang mengamalkan Ratip ini
mudah mendapat tempat kerana ia berjaya memenuhi tuntutan emosi
orang Melayu yang dipaksa keluar dari 'dunia' mereka. Oleh itu amalan
keagamaan juga adalah sebahagian daripada manifestasi emosi Melayu
di Afrika.

Oleh itu peranan yang dimainkan oleh kumpulan Tariqa dan Sufi
juga amat penting dalam melihat kepada persoalan tentang Emosi
Melayu serta perhambaan di kawasan Cape. Ritual-ritual Sufi seperti
Ratip yang dibawa masuk ke Cape dari Alam Melayu ini telah dimulakan
oleh Melayu di Cape ini dengan jelasnya mencerminkan manifesrasi
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape. 1652-1838

emosi Melayu di Cape dalam konteks kaitannya dengan perhambaan.


Seperti yang dinyatakan oleh Mason iaitu:

"The very essence of slavery was the slave's total loss of control over
his person and his personality. Slaveowners expressed their domination
of their slaves in large part through the slave's bodies. It was the
body that the owner bought and sold, the body that the owner put
to work, the body that the owner flogged. The Ratiep provided slaves
with a sphere in which their owner's claim to and power of their
bodies could be challenged. ''3 4

Kesimpulan

Tanggapan peneroka dan pentadbir Eropah yang mengatakan bahawa


orang Melayu itu mempunyai emosi negatif yang tinggi perlulah dilihat
dalam konteks yang lebih luas apabila persoalan ini diperdebatkan dalam
dunia Melayu di Cape. Kehidupan yang tidak membawa sebarang makna
dalam dunia perhambaan yang diamalkan di Cape telah menyebabkan
orang Melayu yang dibawa masuk berterusan menentang sistem
perhambaan. Emosi Melayu memainkan peranan penting dalam
memberikan manifestasi penentangan orang Melayu terhadap
perhambaan di Cape.

No ta

Pada 1795, pergolakan yang berlaku di Eropah (Perang Napoleon)


menyebabkan British menakluki Cape untuk menggelakkannya
jatuh ke tangan Perancis. Walaupun Cape dipulangkan semula
kepada Belanda pada 1803, namun pada 1806 Belanda telah diusir
oleh British sekali lagi dan kedaulatan British di kawasan ini telah
diterima di Eropah. Penguasaan British ke atas Cape menyaksikan
perubahan yang amat besar terhadap sistem perhambaan. British
pada masa itu yang menjuarai usaha penghapusan hamba telah
secara perlahan-lahan mendesak kumpulan kulit putih di Afrika
selatan supaya menolak sistem perhambaan. Usaha British ini
kemudiannya telah dimanifestasikan melalui pengisytiharan
pengharaman perhambaan pada 1834. Di sebalik pembayaran ganti

127
jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005

rugi yang paling tinggi dalam sejarah pembayaran ganti rugi ke atas
penghapusan hamba di dalam empayar British, golongan kulit putih
berjaya menggunakan alasan tekanan dan kesan pengharaman
perhambaan terhadap ekonomi mereka untuk mengekalkan
perhambaan di bawah label yang barn iaitu sistem "apparantis"
sehinggalah sistem tersebut diharamkan pada 1838.
2 I. Hrbek, 'Africa in the Context of World History' dalam I. Hrbek
(ed.), General History ofAfrica, V<Jl. Ill Africa From the Seventh to
Eleventh Century, London: James Currey, 1992, hal. 12-14.
3 Hrbek, 'Africa in the Context of World History', hal. 12; C.
Wringley, 'Speculation on the Economic History of Africa, journal
ofAfrican History, Vol. 1, No. 2, 1960, hal. 197-198.
4 P. Verin, 'Madagascar', dalam g. Mokhtar, General History ofAfrica,
Vt.JI. II: Ancient Civilizations ofAfrica, London: James Currey, hal.
380-382; Hrbek, 'Africa in the Context of World History', hal. 13.
5 J.H. Green berg, 'African Linguistic Classification and the Language
Map of Africa, dalam J. Ki-Zerbo (ed.) General History ofAfrica,
Vt.JI. I: Methodology and African PreHistory, London: James Currey,
1998, hal. 113-121.
6 Verin, 'Madagascar', hal. 375.
7 Hrbek, 'Africa in the Context of World History', hal. 13; R.K. Kent,
Early Kingdom in Madagascar, New York: Holt, Rinehart and
Winston, 1970, ha;. 2-28; G. Connah, African Civilization,
Cambridge: Cambridge University Press, 1987, hal. 171-172.
8 Sila rujuk P. Risso, Merchant & Faith: Muslim Commerce and
Culture in the Indian Ocean, Oxford: Westview Press, 1995; Ahmad
ibn Maj id, Arab Navigation in the Indian Ocean Before the Coming
of the Portueguese, London: 1971; Historical Relations Across the
Indian Ocean, Report and papers of the Meeting of experts
organized by UNESCO, Port Louis, Mauritius, 1980.
9 G.F. Hourani, Arab Seafaring in the Indian Ocean in Ancient and
Early Medieval Times, Princeton: Princeton University Press, 1951,
hal. 33-35.

128
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

10 P.O. Curtin, Cross-Cultural Trade in World History, Cambridge


University Press, 1984, hal. 107.
11 K.N. Chaundhuri, Trade and Civilization in the Indian Ocean: An
Economic History from the Rise ofIslam to 1750, London: Cambridge
University Press, 1985, hal. 34-62; Currin, Cross-Cultural, hal. 106-
108; Hourani, Arab Seafaring, hal. 61.
12 M. Pearson, Port, Cities and Intruders: The Swahili Coast, India and
Portugal in the Early Modern Era, London: John Hopkins University
Press, 1998, hal. 39-41.
13 Curtin, Cross-Cultural, hal. 150-151.
14 L. Thompson, A History ofSouth Africa, New Haven, Yale University
Press, 1995, hal. 33; J.R. Bruijin, ES. Gaastra dan i. Schaffer, Dutch-
Asiatic Shipping in the J?h and J Bth Century, Vol. I, The Hague:
Matinus Nijhoff, 1987, hal. 56-62.
15 E. Walker, A History of Southern Africa, London: Longmans, 1962,
hal. 30-31; R. Ross, A Concise History of South Africa, Cambridge:
Cambridge University Press, 1999, hal. 21-22.
16 Sila rujuk C. Day, The Dutch in Java, Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1966 dan C. Fasseur, The Politics of Colonial
Exploitation, New York: Southeast Asia Program, 1992.
17 Sila lihat Abu Hamid, Sheikh Yusuf Makasar: Seorang Ulama, Sufi
dan Pejuang, Jakarta, Yayasan Obor Indonesia, 1994; Y. Oa Costa
dan A. David, Pages From Cape Muslim In History, Pietermarlzburg:
Shutter and shooter, 1994; R. Shell, 'Islam in Southern Africa',
dalam N. Levtzion dan R. Pouwels (eds), The History of Islam in
Africa, London: James Currey, 2000.
18 Shell, 'Islam in Southern Africa', hal. 328.
19 Shell, 'Islam in Southern Africa', hal. 329-330.
20 Shell, Children ofBondage, hal. 10-39; Thompson, A History of South
Africa, hal. 36.

129
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

21 Shell, Children of Bondage, hal. 40-41; Ross, A Concise History, hal.


23. Persoalan yang sering diketengahkan dalam konteks perhambaan
dan Melayu di Cape ialah dari kawasan manakah di Kepulauan
Melayu ini kumpulan hamba diperolehi oleh SHTB? Terdapat
pandangan individu clan kumpulan tertentu mengatakan bahawa
majoriti hamba yang dibawa adalah dari kawasan yang sekarang
ini dikenali sebagai Malaysia. Malahan, ada yang terus menyatakan
dari kawasan Umbai, Melaka! Ini sangat menarik untuk dibahaskan
kerana sumber sejarah yang tersimpan di Arkib-Arkib di Jakarta clan
juga di Cape Town serta Pretoria secara jelasnya menunjukkan
bahawa majoriti kumpulan hamba yang dibawa masuk oleh Belanda
ke Cape dari Kepulauan Melayu adalah dari kawasan yang hari ini
dikenali sebagai Indonesia terutamanya dari kawasan yang dikenali
sebagai kepulauan Timur seperti Ambon dan Timur Sulawesi.
22 Thompson, A History of South Africa, hal. 36.
23 Lihat Curtin, Miers Dan Kopytoff, Manning clan Lovejoy.
24 Shell, Children of Bondage, hal. xxxiii.
25 love joy, Ideology of Slavery, hal. 11.
26 J.C. Amstrong, 'The Slaves, 1652-1795, dalam R. Elphick clan H.
Giliomee (eds.), The Shaping of South Africa Society, Cape Town:
Longman, 1979, hal. 85-90.
27 Lihat Amstrong, hal. 92, Greenstein, Lewis, J., Slave and Citizaen:
The South African Case, Race, 15, 1, 1973, hal. 27-34; dan M.F.
Katzen, 'White Settlers and the Origin of a new Society, 1652-1778
dalam M. Wilson, clan L. Thompson, (eds.), The Oxford history
of South Africa, Vol. 1, Oxford: Oxford University Press, 1969.
28 Reid, Charting The Shape ofEraly Modern Sout East Asia, hal. 182.
29 Gullick, 99.
30 R. Percival, hal. 288.
31 R. Percival, hal. 289.
32 Samuel Hudon seperti dipetik dari Shell, Chidren of Bondage, hal.
53.

130
Emosi Melayu: Melayu Dan Perhambaan Di Cape, 1652-1838

33 R. Shell, "From Rites to Rebellion," Canadian Journal of History,


XXVIII (December 1993), 413-418.
34 Mason, hal. 13.

131

Anda mungkin juga menyukai