Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 1 Praktikum Fasa II 2017

2 Julai 2017 6 Julai 2017

1. Masalah

Pada minggu pertama saya menjalani praktikum sebagai guru pemulihan di SK


Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan, saya telah menghadapi masalah yang pelbagai.
Antaranya, saya tidak dapat berjumpa dengan murid pemulihan kerana terdapat tiga hari
saya menjalankan tanggungjawab sebagai fasilitator untuk Program LINUS 2.0 di IPG
Kampus Kota Bharu. Saya tidak dapat mengenal pasti jumlah murid pemulihan serta
perangai mereka dengan baik. Hal ini juga mengakibatkan beberapa kesulitan yang
tertimbul.

2. Analisis

Pertama sekali, saya memerhati bahawa saya tidak berkenalan dengan murid
pemulihan. Saya tidak dapat menjalankan Ujian Diagnostik Matematik dan Ujian Diagnostik
Bahasa Melayu. Oleh itu, penulisan Rancangan Pengajaran Harian untuk pengajaran dan
pembelajaran kelas pemulihan harus ditundakan. Saya tidak mendapat gambaran tentang
tahap penguasaan Matematik dan Bahasa Melayu bagi murid-murid pemulihan melalui Ujian
Diagnostik. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan tidak dapat
dijalankan pada minggu pertama.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Untuk menangani masalah ini, saya memerhati bahawa puncanya perlu dikenal pasti
dan diambil tindakan. Saya akan memastikan saya meminta masa walaupun beberapa minit
untuk berjumpa dengan murid pemulihan pada kelainan masa situasi yang serupa berlaku.
Saya juga akan berbincang dengan Guru Penolong Kanan 1 dan guru pembimbing untuk
mengetahui situasi murid pemulihan supaya dapat merancang Rancangan Pengajaran
Harian berdasarkan tahap murid.

4. Tempoh masa

Sebagai pendekatan untuk meminimalkan masalah ini, saya akan mengambil masa
seminggu untuk membaiki situasi. Saya akan mengambil masa yang lebih selain daripada
masa pdp untuk berkenalan dengan murid dan menjalankan Ujian Diagnostik. Dengan
adanya Ujian Diagnostik, saya dapat mengesan tahap kebolehan setiap orang murid
pemulihan dan merancang pengajaran harian mengikut kumpulan mereka.

5. Tindakan Susulan

Saya sentiasa berprihatin dengan kemajuan murid dan meluangkan masa memahami
cara pembelajaran mereka. Saya akan mengajar dengan berdasarkan tahap dan keperluan
murid.

Anda mungkin juga menyukai