Anda di halaman 1dari 9

1.0

Sejarah adalah unsur yang amat penting dalam kehidupan manusia, apatah lagi setiap manusia mempunyai sejarah masing masing dan juga boleh dikatakan sejarah adalah masa lalu seseorang samaada ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan seseorang. Sejarah ditakrifkan sebagai satu kumpulan masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan tenatang keadaan yang sedang berlaku. Sejarah jika dihayati samaada mengenai diri sendiri, keluarga, masyarakat , negara serta dunia akan menimbulkan kesedaran akan perkembangan diri atau persekitaran serta kesan pergerakkan dunia kepada kehidupan.Orang barat juga mengangap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya seperti ilmu sains gunaan. Ini kerana pengkajian sejarah hanya untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa mempunyai motif yang lain ataupun untuk kepentingan pihak yang lain. Orang barat juaga menganggap bahawa ilmu sejarah sebagai bercakap kosong sahaja kerana bagi mereka sesuatu peristiwa didalam sejarah boleh diadakan dan disalahgunakan dan boleh menimbulkan bahaya jika didalam situasi politik dan juga kepada masyarakat. Ia agak boleh diterima kerana suadah terdapat banyak peristiwa yang berlaku kesan daripada salahgunakan, selewengkan dan dipalsukan oleh pihak pihak tertentu atas dasar berkepentingan tertentu.

Manakala sejarah seni visual pula tidak hanya terbatas persoalan atau pengkajian bentuk bentuk seni, sebenarnay sejarah seni melibatkan apa pa jua yang berkaitan denagn kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya, pelukis dan pereka, bentuk, stail, atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan kemungkinana yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu.

Dalam konteks ini, sejarah Seni Visual pada dasarnya meneroka faktor faktor pencetus terhasilnya karya akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai , makna, persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh sebab penghasilan karya seni ini

berhubung dengan bidang bidang ilmu dan kebudayaan yang luas , Oleh itu bidang sejarah seni visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang bidang ilmu dan professional lain. Sejarah Seni Visual dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia. ( Zakaria Ali ,1989; Muliyadi Mahamood,1993; Tansey dan Kleiner ,1996)

2.0 Kepentingan Sejarah

  • Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian. Ia timbul kerana manusia selalu ingin yang indah, dengan jalan menciptakan benda- benda yang indah.

  • Keindahan selalu menimbulkan kebahagiaan dan manusia ingin bahagia.

  • SENI, adalah manifestasi keindahan manusia yang diungkapkan melalui penciptaan suatu karya seni. Seni lahir bersama dengan kelahiran manusia.

  • Dari zaman ais sampai kini ternyata gejala seni itu sudah ada, sehingga lahirlah pendapat yang menyatakan, art is as old as mankind (seni berumur setua manusia).

  • Seni mempunyai banyak makna, termasuk kemampuan mentafsir, memproses dan menghasilkan.

  • Sejak zaman pra sejarah manusia sudah mengenal kesenian mendahului lain-lain bentuk kebudayaan

  • Dapat di lihat pada lukisan, topeng dan patung-patung primitif, dongeng-dongeng yang tak tertulis dalam lingkungan suku bangsa yang hidupnya masih sederhana dan sebagainya.

  • Dimana ada kesenian di situ ada manusia :

    • Kesenian Sebagai Pembentuk Peradaban Manusia

    • Kesenian Sebagai Keperluan hidup

    • Kesenian untuk Kebahagian Manusia

  • Seni masih sukar untuk diberikan pengertian dalam beberapa kalimat.Peranan seni

  • dalam kehidupan manusia dari zaman ke zaman sentiasa mengalami perubahan. Kebudayaan manusia berganti dan selera perseorangan serta zaman selalu berubah

    SENI

    SEBAGAI

    ALAT KOMUNIKASI

    Seni tampak mempunyai simbol-simbolnya yang tersendiri yang perlu dikuasai. Sebelum manusia menggunakan huruf, lukisan adalah merupakan alat utama untuk berkomunikasi. Menerusi seni fakta-fakta keagungan kerajaan zaman silam terus dapat dikekalkan, walaupun ia telah ratusan abad berlalu. Kita juga dapat mengetahui keadaan masyarakat di zaman batu dahulu menerusi lukisan-lukisan gua mereka seperti yang tedpt digua niah sa

    Sejarah Kampung Laut

    Masjid Kampung Laut adalah sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan , kira kira 20km dari pusat bandar Kota Bharu.Ia terletak di Nilam Puri yang berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan. Masjid ini dipercayai berusia 300 tahun dan ia dikatakan mempunyai kaitan dengan kedatanagan Islam di Kepulauan Nusantara pada abad ke-17 Masihi. Selain diiktirafkan sebagai masjid tertua di negara ini , Masjid Kampung Laut juga turut tersenarai antara masjid paling bersejarah” di Asia Tenggara seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja)

    Sejarahnya bermula suatu ketika dulu apabila sebuah kapal yang dinaiki oleh Syaid Husein Jamadil Kubra dan bersama enam wali keramah lain hampir karam kerana dipukul ombak dan terdaparlah disebuah pesisiran tanah yang tidak bertuan dan tidak tahu milik siapa. Kawasan sekeliling pada waktu itu dipenuhi dengan hutan belantara. Mereka semua terpaksa mendarat disitu dan juga bakal menjadi tempat kediaman mereka.

    Oleh kerana bekalan makanan semuanya telah dibawa arus kerana tragedy itu , mereka semua kelaparan. Dalam keadaan banginda dan ahli rombongan kelaparan , tiba tiba baginda terlihat seekor tupai sedang menikmati rebung buluh betung. Maka baginda pun mengarahkan semua yang ada untuk menikmati juga rebung buluh betung itu. Setelah selesai menikmati rebung tersebut, baginda bersumpah bahawa sesiapa anak cucu dan warisya yang memakan rebung buluh betung akan menjadi tidak waras atau gila.

    Selepas itu, berlaku satu lagi peristiwa yang aneh dimana baginda dan rombongan sekumpulan ikan kekacang sedang menampal cebisan cebisan papan dan kayu kapal baginda menjadi elok. Sekali lagi baginda bersumpah denagn sumpahan yang sama. Selepas dua kejadian itu , baginda dan ahli rombongan telah melakukan solat sunat syukur dan mereka telah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Kampung Laut. Tapak masjid kampong Laut kini berada 500 meter lebih dari masjid yang ada.

    Masjid kampung Laut 1966 (tapak lama) Masjid kampong Laut yang asal bukan sepert mana yang dilihat

    Masjid kampung Laut 1966 (tapak lama)

    Masjid kampong Laut yang asal bukan sepert mana yang dilihat pada hari ini . Ia adalah merupakan sebuah struktur yang asas dengan hanya emapt tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasan masjid ini hanyalah 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting pada akhir abad ke-19 dan masjid ini diperbesarkan untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan , peran serambi dan menara. Untuk menyangga binaantambahan ini ,20 tiang telah dibina.Teknik ‘Tebuk Pasak ‘ yang amat unik telah digunakan dalam binaan ini dimana ia tidak memerlukan atau menggunakan sepucuk paku sekalipun. Atap genting telah digunakan untuk menggantikan atap rumbia ..

    Oleh kerana masjid ini dibina ditepi sungai, asasnya menjadi lemah apatah lagi apabila sering

    dilanda banjir kilat. Banjir yang dikenali sebagai ‘Bah Merah’ yang melanda pada tahun 1926

    telah melemahkan lagi asasnya. Pada tahun 1966 berlaku sekali banjir teruk dan mengakibatkan sebahagian masjid tersebut telah dihanyutkan .

    Keadaan Masjid Kampung Laut selepas banjir

    Keadaan Masjid Kampung Laut selepas banjir

    Pada tahun 1968 masjid tersebut telah dipindah ketempat yang lebih selamat iaitu di Nilam Puri yang terletak dalam jajahan Kota Bharu ,atas saranan Persatuan Sejarah Malaysia. Pada tahun 1988, masjid ini diperbaiki denagn kemudahan kemudahan moden seperti elektrik, air paip , tandas, kawasan rehat. Ukiran kayu juga menghiasi tiang tiang dan dinding dinding masjid. Kawasan binaan masjid menjadi 13 kali lebih besar daripada masjid asalnya

    Pendefinasia

    Seperti mana kita maklum , masjid di Tanah Melayu pada zaman dahulu digunakan sebagai pusat ibadat dan juga pengajian . Masyarakat melayu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan masjid sebagai tempat segala pusat yang mana membentuk kebudayaan melayu itu sendiri. Terbinanya sesebuah masjid apabila keadaan sesuatu tempat mempunyai bilangan penduduk tertentu dan juga komunikasi antara penduduk telah mencapai keharmonian setempat.

    Seni bentuk masjid kampong laut dibina bukan sahaja menggambar identiti masyarakat setempat tetapi mengambil kira aspek serta rekaan memenuhi kehendak dan keperluan atau kegunaan masyarakat setempat. Jika diteliti, masjid kampong laut ini mempunyai rekaan asas dari segi penggunaan ruangnya yang mana setiap ruang yang dibina berdasarkan kehendak dan juga fungsi (form follow function). Rekaan nya mempunyai kawasan luas dan terbuka yang mana banyak aktiviti harian dapat dilakukan di kawasan ini. Selain dari sembahyang, kawasan ini juga digunakan untuk aktiviti harian seperti belajar mengaji , mendengar ceramah, kelas kelas agama dan lain lain lagi.

    Kawasan serambi pula lebih berfungsi kepada aktiviti sosial seperti perbincangan mengenai aktiviti kampong dan sebagainya. Fungsi serambi ini sebenarnya lebih terserlah apabila adanya majlis kenduri . Sudah menjadi budaya bagi masyarakat setempat jika ada kenduri maka di serambi masjid kampong lautlah menjadi tempat mereka bergotong royong. Di situlah masyarakat kampong laut menyediakan kelengkapan kenduri dan juga sebagai tempat menjamu ketika kenduri nanti. Rekaan keseluruhan masjid ini tidak mempunyai rekaan yang khusus untuk sesuatu fungsi sahaja malahan keseluruhan ruang yang ada mampu berfungsi bermacam macam.

    Di sekitar masjid kampong laut, terdapat beberapa penempatan dan

    juga bangunan yang

    berfungsi sebagai kemudahan penduduk setempat seperti sekolah pondok, warung dan juga kedai. Aktiviti harian penduduk kampong lebih kepada menekankan pembangunan sahsiah

    dan rohani selaras dengan ajaran agama

    Islam. .

    Masjid kampong Laut telah terbukti

    menjadi pusat pembangunan bangsa Melayu di kampung laut .

    Rumusan

    Rujukan