Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Sejarah seni adalah merupakan rakaman dan juga catatan peristiwa yang telah berlaku
pada masyarakat terdahulu. Beberapa faktor yang terlibat dalam proses pembentukan
sejarah seni ini adalah seperti kehidupan, budaya, masa, tempat dan situasi. Sejarah
dalam bidang ini adalah berbeza dari sejarah dalam bidang lain. Perbezanyanya dapat
dilihat adalah melalui hasil hasil kerja seni yang terdahulu yang mana masih lagi
digunakan secara menyeluruh sebagai bahan kajian dan rujukan untuk menghasilkan
karya seni yang baru.

Perkembangan sejarah seni di Eropah sejajar dengan perkembangan revolusi yang


mana, pada abad ini, hasil karya seni telah meluas hampir ke seluruh Eropah,
terutamanya di Perancis, Itali, Jerman, Britain dan Rusia. Dalam zaman inilah hasil
seni telah berjaya menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat. Disamping itu , ia
juga telah banyak memberi pengaruh sehingga terbentuknya kesatuan seni sama
aliran. Terdapat tiga revolusi penting yang telah berjaya mengubah masyarakat di
Barat pada waktu itu adalah seperti :

i. Revolusi Industri di Britain (1760)


ii. Revolusi Industri di Amerika (1775)
iii. Revolusi Industri di Perancis (1789)

Zaman revolusi ini atau dikenali juga sebagai Zaman Penyedaran ( The Enlightenment Era
@ The Age of Reason Era ). Gelaran tersebut diberikan berdasarkan perubahan tersebut telah
memberi kesan secara menyeluruh. Perubahan tersebut bukan hanya berlaku kepada hal hal
politik, keagamaan, ekonomi dan masyarakat , malahan perubahan juga turut berlaku dalam
bidang kesenian. Perubahan yang berlaku ini telah menyebabkan hilangnya pengaruh gereja
keatas karya karya seni. Oleh kerana itu juga , maka telah munculnya pengelompokan
dalam kehidupan budaya iaitu kelompok seniman,ilmuwan, industriawan, pekerja dan juga
buruh fabrik.

Pada waktu itu, kumpulan pengiat seni mula menghasilkan karya karya berdasarkan kata
hati mereka sendiri tanpa pengaruh mana mana pihak dan ini telah menyebabkan hubungan
antara golongan seniman dan pihak gereja semakin renggang. Selain itu, pada zaman ini juga
telah munculnya gaya individu atau personal style yang diperkenalkan oleh para pengkarya.
Maka dengan itu , sumber pendapat golongan seniman tidak lagi bergantung pada institusi
gereja, golongan bangsawan dan juga hartawan semata mata . Ini kerana golongan seniman
telah kormersilkan karya mereka dan mendapat hasil dari jualan karya karya tersebut.

Di negara negara Eropah seperti Perancis, England, dan Itali telah berlaku perubahan
perubahan karya. Ini dapat dilihat contohnya di Perancis yang mana catan catan easel yang
kecil telah menggantikan karya karya awam yang besar. Selain itu ,golongan pertengahan
di Perancis juga telah dapat memiliki catan catan yang dihasilkan , yang mana sebelum ini
hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan sahaja. Selain itu, aliran Inggeris juga telah
berkembang di England. Ini dapat dilihat dengan terhasilnya pelbagai jenis karya, contohnya
karya karya yang bertemakan kemasyarakatan juga seniman Gainsborough Reynolds telah
menghasilkan potret dan landskap yang mana karya ini dihasilkan untuk golongan raja,
bangsawan dan kelas pertengahan.

2.0 Perkembangan Karya Seni Era 1750 1900

Pada abad ke-18 , telah berlakunya perkembangan sains dan teknologi dinegara negara
Barat , ini dapat dilihat dengan terciptanya mesin wap yang mana telah banyak membantu
memudahkan kerja kerja di kilang - kilang dan di ladang. Apabila berlakunya
perkembangan teknologi ini telah mempengaruhi keadaaan sosial masyarakat Barat serta
memberi kesan secara tidak langsung terhadap karya karya seni pada zaman tersebut.

Selain itu, perubahan sosial juga berlaku yang mana masyarakat pada masa itu telah mula
bergaul secara bebas dan terbuka serta tidak ketinggalan juga para pengkarya seni juga turut
membuat perubahan dengan bergaul dengan semua golongan dan tidak terikat dengan cara
klasik lagi. Dengan ini para seniman mula menjadi perantaraan serta jurucakap dengan
golongan atasan .Kerajaan mula mengamalkan sistem demokrasi dan sistem sekular yang
mana para pejuang bebas menyuarakan pendapat dan hak masing masing secara terbuka.
Pada abad ke-18 dan ke-19, kebanyakan para seniman terdiri dari golongan yang
berpendidikan dan terpelajar serta mempunyai latar belakang seni. Dengan ini maka karya
karya yang dihasilkan oleh seniman pada zaman ini amat bermutu, berkualiti serta
mempunyai mesej yang jelas dan menonjol. Paul Gauguin antara contoh pelukis Post-
Impressionists pada zaman itu yang mana ia merupakan anak kepada journalist. Sebelum
bergiat cergas dalam dunia seni ,Paul Gauguin pada mulanya merupakan pembantu broker
pada tahun 1871 .

Selain itu, seorang seniman yang lahir dalam golongan orang kaya di Cadaques, Costa Brava
Sepanyol iaitu Salvador Dali , yang mana beliau mendapat pendidikan formal dalam bidang
kesenian di School of Fine Arts di Madrid. Begitu juga dengan seniman Pablo Ruiz Y
Picasso yang dilahirkan pada tahun 1881 di Kota Malaga, Sepanyol yang mana mewarisi
bakat dari ayahnya yang merupakan seorang seniman dan juga guru seni. Dalam usia belasan
tahun Pablo Picasso telah mula dikenali ramai kerana bakatnya sebagai pelukis.

Seterusnya, kesan daripada perkembangan industri telah mewujudkan golongan pekerja di


kawasan kawasan industry yang mana ini telah mencetuskan idea bagi penggiat seni untuk
menghasilkan karya karya yang bertemakan golongan pekerja serta tema - tema yang sedia
ada seperti lanskap dan potret.

Selain itu, suasana politik pada waktu itu juga turut memberi pengaruh besar kepada karya
yang dihasikan . Sebagaimana catan masyhur yang bertajuk Guernica (1937) yang
dihasilkan oleh Pablo Piccaso yang mana ia berkaitan dengan masalah politik. Ia dihasilkan
berdasarkan peristiwa pengeboman Guernica di negeri Basque oleh Jerman dan juga
kapalterbang Itali pada 26 April 1937 bagi menentang tentera nasionalisme sepanyol semasa
perang tercetus di Sepanyol.

GAMBAR
Era peralihan antara tradisi kepada moden yang berlaku pada abad ke -19 merupakan abad
yang paling penting dalam perkembangan seni lukis kerana banyak aliran seni yang muncul
pada waktu itu. Sebelum era peralihan ini, stail seni biasanya dikelompokkan dalam satu
abad, iaitu seperti Renaisance pada abad ke 15 dan ke 16, manakala Baroque pula pada
abad ke 17 dan Rococo pula pada abad ke 18.

Pada abad ke 19 telah muncul tiga era utama iaitu :

i Seni Sebelum Zaman Perang Dunia Pertama yang terdiri dari era Neo Klasik,

Era Romantisme, era Realisme, era Impressionisme dan era Post


Impressionisme.

Ii Seni Selepas Zaman Perang Dunia Pertama terdiri dari era Fauves dan era
Ekspressionisme.

Iii Seni Akhir Abab ke 19 yang terdiri dari era Kubisme dan era Futurisme

3.0 Aliran Neo-Klasik

Definisi Neo-Klasik adalah seperti berikut yang mana neo bermaksud baru atau the
sense new dan manakala klasik pula membawa erti unik, sumber rujukan, standard,
terpuji, baik, terutama dan sebagainya. Dengan ini dapat dinyatakan bahawa aliran
neo-klasik ini bertujuan untuk menghidupkan dan mengembalikan zaman
kegemilangan seni klasik pada waktu itu. Gaya aliran neo-klasik terhasil dari
tindakbalas terhadap fenomena seni Rococo yang dikatakan lari dari kaedah seni
klasik dengaan sebutan ugly dan mengalami penurunan nilai dalam karyanya. Dengan
kata lain aliran neo-klasik ini muncul untuk mengembalikan dan memurnikan idea
klasik dengan menggali, mempelajari, dan memgembangkan kaedah kaedah kuno
Yunani dan Romawi klasik. Ia mula muncul pada penghujung abad ke 18 dan
berkembang pada awal abad ke -19. Walaupun kewujudannya berkait rapat dengan
Rococo, namun mesej dan falsafah yang disampaikan oleh kedua dua gerakan ini
adalah amat berbeza. Rococo hanya tertumpu untuk golongan istana dan golongan
bangsawan
sahaja Zaman neo-klasik berkembang seiring dengan pengaruh persekitaran
termasuklah dengan keadaan politik, ekonomi dan revolusi industry pada waktu itu.n

Era neo-klasik berlangsung antara tahun 1750 hingga 1790 yang mana ini
merupakan fasa yang paling kerana pada waktu inilah tokoh tokoh seni terawal yang
menjadi pelopor aliran mula dikenali seperti Benjamin West dan Jacques Louis
David. Antara tahun 1790 hingga 1830, aliran neo-klasik dijadikan alat propanda
untuk menyampaikan maksud dan ia berlaku pada zaman Rom, Perancis, dan
empayar Napolean khususnya. Aliran ini terus berkembang dan memberi sumbangan
kepada seni moden juga serta sebagai perintis kepada seni moden. Ia berlaku dalam
tahun 1830 dan berterusan sehingga terlahirlah gerakan romantisme. Salah seorang
pelukis yang terkenal pada zaman in ialah Jaques Louis David.

3.1 Jacques-Louis David

GAMBAR

Jacques Loius David adalah seorang pelukis Perancis yang lahir pada 30 Ogos 1748 di
Paris, Perancis dan meninggal dunia pada 29 Disember 1825 ketika berusia 77 tahun di
Brussels, Belanda. Beliau merupakan tokoh terkemuka neo-klasik dan terkenal sebagai
pelukis Napoleon serta menjadi salah seorang pendukung Revolusi Perancis. Beliau
menghasilkan karya karya yang berbentuk lukisan dan catan. Catan yang bertemakan
sejarah banyak dihasilkan oleh beliau pada tahun 1780-an.

4.0 Aliran Romantisme

Aliran seni Romantisme ini berkembang sekitar akhir abad ke -18 dan awal abad ke-19.
Prinsip utama aliran ini adalah suatu kepercayaan terhadap nilai nilai pengalaman
induvidu
4.1 Eugene Delacroix

Ferdinard Eugene Victor Delacroix dilahirkan pada 26 April 1789 di Perancis yang
sememangnya mempunyai latar belakang keluarga yang cenderung dalam bidang seni
lukis. Beliau lebih dikenali dengan nama Eugene Delacroix dan mempunyai pengaruh
yang sangat kuat dalam aliran romantik. Seusia 17 tahun beliau telah memulakan
pembelajaran seni dibawah jagaan Baron Pierre-Narcisse Guerin orang penting dalam
Pendidikan Seni.

Seorang arkitek dan juga hiasan Adolphe Theirs telah memberi bimbingan kepada
Eugene Delacroix dikala beliau berumur 24 tahun. Sememangnya dari awal
penglibatan lagi, beliau memang telah terpengaruh dengan gerakan romantic
ditambahnya pula sahabatnya sendiri seorang artis Frederic Chopin telah bergelumang
dengan aliran tersebut.

Master of Colour itulah jolokan yang diberikan kepada Eugene Delacroix . Ini
kerana beliau sangat meminati lukisan landskap aliran romatik dan dapat mencungkil
teknik yang digunakan untuk mengembangkan lagi keunikkan terhadap warna serta
menjadikan hasil lukisan itu sukar dilupakan. Karya yang dihasilkan dapat
mencetuskan satu pengalaman hebat bagi pengamat hasil lukisan beliau kerana
teknik yang digunakan dan juga ditambah dengan keseniannya dan juga peristiwa.

Penulis George Kent telah menyatakan bahawa Eugene Delacroix telah membuka
pintu kepada seni Moden di dalam buku Readers Digest Family Treasury Of Great
Paintings (1965). Selain itu , beliau juga menyatakan bahawa Eugene Delacroix
bukan sahaja mempunyai teknik melukis yang ideal dan pantas malahan mempunyai
teknik sapuan warna yang lembut dan teliti. Selain itu, George Kent telah mengangkat
beliau sebagai pelukis yang bertanggungjawab dalam membuka pintu kea rah seni
moden kerana Eugene Delacroix telah menghasilkan lukisan yang memprotes tentang
pembunuhan masal iaitu orang orang Greek di Pulau Chios.
Gambar

The Massacres at Chios (1824)

Lukisan The Massacres at Chios mengisahkan tentang peperangan berlaku pada abad
ke-19 yang mana merupakan perjuangan orang orang Greek menentang penjajah
Turki untuk membebaskan negara mereka. Serangan tersebut agak ganas dan
menyebabkan pulau hangus terbakar serta sebilangan penduduk terkorban.
Memandangkan kedua-dua peristiwa ini sangat penting dan ia menarik minat untuk
dilukis dalam aliran romantik mengikut penilaian beliau sendiri dan ia
menggambarkan pembunuhan yang kejam

5.0 Aliran Realisme

Definasi bagi aliran seni Realisme adalah usaha kesenian meniru alam sekeliling dengan
menggunakan berus warna. Pelukis pelukis aliran ini mempunyai kemahiran yang tinggi
malahan juga mempunyai pengamatan yang tajam dalam memindahkan subjek yang dilihat
keatas kanvas. Gerakan aliran ini bertentangan dengan prinsip prinsip Neo-Klasik dan
Romantisme. Seniman aliran ini ingin menggambarkan keadaan subjek subjek sebenar ke
atas kanvas seperti kepayahan hidup golongan bawahan. Dalam hal ini, karya karya mereka
bersifat satira dan kritikan. Muliyadi Mahamood (2001) menyatakan bahawa, Landskap dan
kehidupan harian (catan catan genre) penting bagi mereka. Berikut ialah pelukis pelukis
aliran Realisme yang terkenal iaitu Corot, Millet, Daumier dan Courbet.

5.1 Honore Daumier

Honore Daumier dilahirkan pada tahun 1808 di Marseilles, Perancis dan membesar di Paris.
Ayahnya seorang tukang, memasang kaca jendela, dan bergiat dalam bidang sastera namun
tidak berjaya. Beliau dianggap super kerana mempunyai daya pengamatan dan ingatan
yang kuat. Ia mendapat gelaran itu kerana beliau dapat melukis pemandangan spontan aktiviti
manusia. Selain itu beliau juga tidak memerlukan model untuk dilukis , kerana cukuplah
dengan memerhati gelagat manusia lalu menyimpan kedalam memeori dan dilakarkan keatas
kanvas tanpa tertinggal satu unsur pun.

Gambar

The Third-Class Carriage

The Third-Class Carriage atau dikenali sebagai Le Wagon de Troisieme Classe yang mana
mengisahkan tentang kekeluargaan. Dalam lukisan ini , ia menggambarkan mengenai kitaran
kehidupan yang mana semua orang akan mengalaminya . Ia mengambarkan mengenai tiga
generasai keluarga iaitu golongan tua, golongan pertengahan dan golongan muda yang
hampir mlengkapkan kitaran hidup manuasia. Catan ini menonjolkan wajah siibu yang manis,
wajah nenek yang penuh dengan keperitan hidup yang perlu bekerja keras sepanjang
hidupnya.

6.0 Aliran Impressionisme

Aliran Impressionisme ini muncul pada abab ke 19. Makna Impressionisme ini ialah hasil
catan yang dihasilkan adalah berdasarkan apa yang sebenar dilihat didepan mata dan
bukanlah apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Ia bererti bahawa
pelukis menghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada
suasana dan objek yang sebenar tanpa mengubah atau menambah sesuatu pada catan. Prinsip
aliran Imperssionisme ini bertentangan dengan prinsip aliran Romantis yang menyatakan
bahawa seni untuk meluahkan perasaan. Terdapat beberapa pengaruh luar dalam aliran ini
seperti seni foto dan seni cetak potongan kayu Jepun . Berikut adalah ciri ciri dalam aliran
Impressionisme adalah :

Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.


Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih tindih.
Tidak melukis secara jelas.
Mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak watak alam.
Mengutamakan suasana yang dilihat seperti pagi, petang dan malam.
Aliran ini condong ke aliran Naturalisme.
Palitan warna spontan dengan apa yang dilihat.

Pelukis pelukis yang terkenal dalam aliran Impressionisme ialah