Anda di halaman 1dari 67

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu
yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk
seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.
Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula
adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab
Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai
pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek
yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu
( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni
tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya
terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-
tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu
menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di
antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is
Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang
terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan,
kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan

Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang
seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan
seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang
indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran
memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif.
Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka
masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia
yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu,
moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin
ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat
seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni
ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut
digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan,
emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh
dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh
bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua
ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya
berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan
corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-
kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik,
sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat
bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung
menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti
melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak

melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-
elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu
mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya
pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap
aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh

danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan
dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan
pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-
teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah
dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita
untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik
perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam
ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi
pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan
nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara
bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna
yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita
terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang
lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda
untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan
lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat
membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu,
kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi
kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian
masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri
dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang
dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar
dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni
juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.
Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,
membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan
dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan
seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut
dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat
mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini.
Posted by Hushna Afendi at 10:11 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Artikel-artikel Seni
Artikel 1

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai
3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai
digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu,
sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat
atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang
utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza
dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai
media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa
lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah
belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain
itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui
aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai
murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan
bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni
visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria
sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama
manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk
belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja
mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat
dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan
kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka
dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea
dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan.

(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat
dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah
laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh
mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat
melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin
keberkesanannya.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Artikel 2

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya
kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan
memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan
mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan,
kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi
kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi
asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna
harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia
boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai
mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau
bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain
itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya
penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu
yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar
dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji,
berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam
melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara
tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial,
bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks
kehidupan yang sebenar.

Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai

bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang
berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru
peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang
sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini,
guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri
dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat
mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan
kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam
tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam
pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat

Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema : Persekitaran pokok.

Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah
dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu,
murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak
langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan
melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga
boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam
matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti
pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan
pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi
dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga
bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara
tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan
kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang
dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-
langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan
strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam
sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau
artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan
ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata
pelajaran Bahasa Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-
nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan,
ketuhanan dan sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat
kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi

Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni
dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar
untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah
mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan
maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi
kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila
setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses
penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi
menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik
di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program
aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah

Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan
ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap
aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini
pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan
pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca,
menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan
bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis.

Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak
keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan
membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih
berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan
kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini
akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan
bijak membuat pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan
visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-
aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat
secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka
dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang
lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan
memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai
dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi
supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

ARTIKEL 3

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI

artikel dari:
Prof. Madya Hj. Iberahim
Dekan
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada

Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya
akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah
berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas
kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran
pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan
berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah
falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.

Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat
dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan
dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah
untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar
agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah
itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini
perlu dijelaskan.

Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education

kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu
menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini
dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran
tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada
yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan
membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa
dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni
menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan
pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah
dan apresiasi seni .

Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah

dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan.
Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan
bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang
diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan
yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran
ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali.

Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat

Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti
kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas
pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan
amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan
tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih
kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep
Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang
saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan
pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-
teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut.

Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
Siapa yang kita ajar
Mengapa kita mengajar
Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978)

Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di

peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang
mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar:
Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas
ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa.
Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita
ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu
Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam
pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan
kemahiran psikomotor mereka.
Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di
bilik darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana
penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini.
Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam
kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid
atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial,
fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa
berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang
ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita
mengamalkan kepercayaan selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, buat sahaja
perancangan pelajaran tahun lalu atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan
pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah kekurangan.

Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang
positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau
universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran pendidikan
seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuan-pengetahuan
dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara
lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan
perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus
dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat
disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa.
Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini.
Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan
ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah.
Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai
kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat
terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan
oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk
menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus
pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur
oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah,
matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang
pelajaran dengan berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat
seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar
secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar
menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng
berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin
boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan
dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh
seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan
mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku,
pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar
boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian
membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia
merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep
gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman
mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah
gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang
kerja-kerja mereka pula.

Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah
gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan
ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah,
kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka
pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini
yang penting adalah :
peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni

Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi
Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni,
pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah
mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap
institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan
masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang
kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama
setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan
pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni
STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang
berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi,
kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan
pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini
diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan
sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk
lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar.
Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di
peringkat ini.

Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab
perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di
peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting.
Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya
di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih
merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh
kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan
pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping
perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak
menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni
perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan
yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan
seni untuk bakal guru sekolah rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni,
Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi

Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa
sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-
guru berehat setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi
tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari
pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini
semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang
pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih
rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih glamour.

Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta
kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran
pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar
juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah
kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-
pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan
pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong,
hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar
dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar
terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang
Padang)

Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru
perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai
keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah
menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar
Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama
walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya
sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai
keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk
memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh
membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam
kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguh-sungguh.
Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain:
Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran
yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang
ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah
tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga.
Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan
jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun
sama iaitu tiga waktu seminggu.

Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang
mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam
berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus
dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu
pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula
mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai
kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi
di bidang pekerjaan.

Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam
pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki
tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah
mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran
mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-
kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang
tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh
jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi
kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu
sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan
tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu
tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat
permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran
lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau
sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di
atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam
bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah ,
keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai
masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama
seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains.
Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya,
mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti
ura-ura jabatan Pendidikan Johor ?

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan

yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya
menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai
pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan
Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman
(1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan
pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan
masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan
mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan
kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan
mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka
secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh
digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada
mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli
behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-
pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan
dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih
berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah
guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah
ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan
terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka
bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni.

Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan
tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang
relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan
tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu
perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran
untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan
diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk?

Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni.

Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah
atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan
persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi
(pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan
semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria
itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas
dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam
persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian,
menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat
yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang
itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni
aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal
persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap
keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan
pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan
pembelajaran.

Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini

perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan,
dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program perlu
disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras
kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni
adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang
memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah
PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa
pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara
kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu
ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni
dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap,
minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai
sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan
kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot
dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang
kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang
mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan seni.

Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu
yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau
bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia
Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan
matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini
kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan
STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil
dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan
objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan
selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan
seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha
untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran
kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk
generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat
renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan
harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan
menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat
pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan
bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas,
mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan
memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu
diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih
kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat
yang sewajarnya.

Posted by Hushna Afendi at 8:51 AM 7 comments:

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASASKANAK-KANAK
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik makaakan dapat
merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagipembelajaran.
Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-
isup e r s e k i t a r a n y a n g m e m b e r i k e s a n k e p a d a m e r e k a . I n i m e m b o l e h k
a n m e r e k a menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui
interaksi danp e m a h a m a n t e r h a d a p p e r s e k i t a r a n . K a n a k -
kanak mesti diberi peluang untukmenyatakan pendapat dan
p e n g e t a h u a n y a n g m e r e k a t e m u i . S u a r a k e r i a n g a n kanak-kanak yang
jelas kedengaran di dalam bilik dajah patut digalakkan semasa pembelajaran
sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai prosespendidikan tanpa
sebarang perbezaan.Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada
kanakkanak.Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh
diumpamakanberada didalam tahap fi siologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan
asas kepadak a n a k -
kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menu
s i a bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan
estetik.Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bergantungk e p a d a t a k a d m a n a k e p e r l u a n k e p e r l u a n p e l a j a r d a p a t d i p e
n u h i . O l e h i t u u n t u k mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-
langkah berikut: Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti
keperluan fi siologi iaitumakanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik
darjah yang kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang
Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan

Teori konstruktivisme
menyatakan bahawa kanak-
k a n a k t i d a k b e r o l e h pengetahuan secara pasif
tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif.Pembelajaran secara aktif
dan interaksi sosial digalakkan dalam
persekitarany a n g s e l a m a t d a n k o n d u s i f d i m a n a p e m b e l a j a r a n d i
c a p a i m e l a l u i a k t i v i t i meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau
bahan. Oleh
itu Seni DalamP e n d i d i k a n b o l e h d i j a d i k a n s e b a g a i w a d a h u n t
u k m e m b o l e h k a n m u r i d mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b)
Teori Kecerdasan Manusia
( 1 9 8 3 ) o l e h H o w a r d G a r d n e r m e n g e s y o r k a n bahawa terdapat
sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang se harusnyadisuburkan di
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah.
Realitinya kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasanlinguistik
dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lainakan
hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek
yangdigabungseperti dalam matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan
inidapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak.
Selaindaripada itu dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh.T e r u t a m a n y a a p a b i l a s t r a t e g i p e m b e l a j a r a n d a n p e n g a j a r a
n y a n g d i r a n c a n g dapat dilaksana dengan baik dan berkesan.(c)
Howard Gardner
(1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakandi dalam pengajaran, murid
tertentu sahaja akan mendapat bahan yangdisampaikan. Ini disebabkan murid
mempunyai kebolehan menakul danmenanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasiterhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan pemikiranmurid kepada yang lebih kreatif.
KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
(d)
Hermann
(1991) di dalam
Quadrant Concept
yang mengkaji perkembanganotak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran rasional danintiutif seseorang individu.(e)
Einstein
pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untukmemahami
deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak.
Gabungandari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan
seperti kemahiran muzik, kecerdasan
SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF

PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK. yatie2838_my@yahoo.com

View my complete profile
Monday, August 15, 2011
PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI (Strategi & Pelaksanaan
di Malaysia)- BY SITI HAYATI
Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup dalam
aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang difahami dan dihayati
bersama dalam kelompok masyarakatnya. Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup
dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.

Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan menggunakan
simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol. Kemampuan
manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan adalah proses budaya.

DEFINISI SOSIAL

Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui
pengalaman dan aktiviti.(DBP: ms 1186 ) .Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu
ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan
moden. Secara mudah kita boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Vander Zanden
(1996) dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan
organisasi. Bagi Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan suatu bidang kajian saintifik mengkaji
masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi sosial,
perkembangan kebudayaan dan jenis-jenisnya.

Menurut Giddens (1993) pula, sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-
kumpulan dan masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman bagaimana pengaruh-
pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.Waters (1994) pula menegaskan bahawa perkara
yang diperhatikan bidang sosiologi sangat jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan
interaksi antara manusia.
Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses menyelaraskan individu-individu
tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya dan berfungsi sebagai makhluk sosial dan anggota
masyarakat yang sesuai dengan kebudayaan masyarakatnya.

Zanden (dalam Suharso,1992) mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah proses interaksi
yang memberi peluang kepada anggota masyarakat mengenai cara berfikir,berperanan dan berkelakuan
positif. Jelas kepada kita manusia memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan
kelompok masyarakatnya. Broom (1981) menyatakan, Manusia memerlukan hubungan sosial
dengan manusia lain.

Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan sebagai pedoman hidup oleh warga masyarakat
dan bersifat tidak mudah berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi yang lazim bagi penganut
sesuatu masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah buatan manusia dan pasti boleh berubah.

Menurut Bennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi sesuaidigunapakai mengikut arus

perubahan, maka kebudayaan akan diubah, dan disesuaikan agar dapat menepati keinginan baru.

PENDEKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT:

Yang dimaksudkan dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu sebagai
suatu sistem. Ia diertikan sebagaikonsep yang digunakan untuk menganalisis seterusnya sebagai objek
kajian. Dalam konteks ini sosial dipandang sebagai satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang
berfungsi, beroperasi atau bergerak dalam satu sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem
yang sistematik; merujuk kepada aspek-aspek seperti individu, sosial dan budaya dari kehidupan
manusia sebagai sistem sosial budaya dan masyarakat persekitarannya. (Parson:1966; Spindler
1977;Spradley 1972;Suparlan 1985)

Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama iaitu
melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya
sesuatu masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon
mereka terhadap sesuatu perkara.

Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk sosial dan budaya,
menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk mempertahankan peradapan nilai-nilai sosial
dalam lingkungan masyarakatnya. Melalui proses pendidikan ini setiap individu dalam masyarakat
mengenal, mewarisi dan menghayati segala unsur unsur kebudayaan iaitu nilai-nilai, kepercayaan-
kepercayaan serta teknologi sangat diperlukan dalam sistem sosial budaya kerana dari situ mereka
mempelajari intipati sosial, mempelajari simbol-simbol budayanya serta menerap nilai murni yang
terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk dijadikan panduan serta pedoman dalam kehidupan
seharian sekaligus dalam masyarakat lingkungannya.

Seni dan sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu kurikulum
integrasi. Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman
manusia. Seni memberi peluang untuk memahami pengalaman manusia dengan baik.

Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi
sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat. Sebagai contoh bahan-bahan dan teknik penghasilan
seni yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni boleh memberi kefahaman tentang faktor
geografi, alam sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat. Malahan di zaman moden para pengiklan,
penghibur dan ahli politik menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesej dan memupuk sistem
kumpulan masyarakat.

Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk menyampaikan sesuatu idea atau perasaan
yang begitu kuat yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Imej juga boleh menimbulkan semangat
patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan. Seni juga boleh menyampaikan mesej tanpa komunikasi
lisan kepada sesuatu masyarakat.

Untuk membolehkan pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu
mengalami sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri proses yang
dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni.

Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu latarbelakang sosial.
Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan sesuatu masyarakat.
Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa, zaman, budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-
bahan yang digunakan, teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada
dapatan maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan agama.

Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat memberikan kita
pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi masyarakat, memberi
mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh; bagaiman imej digunakan untuk
menyebarkan semangat patriotik dan kempen anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan
pendekatan sosial di mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu
masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial memahami pemikiran
masyarakat.

Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar mengalami
pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam penghasilan sesuatu bahan seni. Proses
penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar untuk memahami persoalan seperti
kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada
masyarakat. Semua aktiviti seni ada kaitan dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh
sejarah dan geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek
sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni, apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana
ilmu seni itu boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama,
politik, ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan
pendekatan sosial.

Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan sosial harus perlu ada keseimbangan. Satu cara
intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai
sebagai perkongsian untuk subjek yang mempunyai matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini,
setiap topik dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan
sosial secara bergilir-gilir. Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan
Pendidikan Seni akan tercapai.

Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni dengan
baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu produk dari asal usul sejarah
dan budaya. Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan dengan isu semasa ketika itu.
Menurut Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat kombinasi kedua-dua struktur seni dan
sosial adalah satu pencapaian kognitif.

Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya menggunakan
simbol sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Pendidikan merupakan satu proses budaya.

PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :

Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap
ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan
bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat
matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama),
Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-
aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar
seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan
pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM
iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh
menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).

Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid.

Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan,
menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama
nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.

Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang
dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan
dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.

Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu
yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam
menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-
norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.

Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi
kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini
perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini
berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka.
Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura
Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi
seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan
bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin
diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi
hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar
boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai
profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.

Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang,
menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri. Justeru
kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri
di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai
agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentangseni telah bermula sejak zaman kanak-
kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat permainan yang beraneka rupa bentuk
dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan
warna yang disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada
kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia
menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-
simbol yang mudah dan ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-
bentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari.Kajian ini dibuat
oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education Through Art.

Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras
kepada pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta
kepada nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan
moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Tanpa kesan estetika kesenian mungkin
boleh membawa penyakit yang menjurus kepada wabak sosial yang memudaratkan.

Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek
penghayatan estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman agama dan segala
aspek yang bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh diubati.Memahami makna estetika dalam
seni itu sendiri cukup mendalam, keindahan yang mutlak dan hakiki. Penghayatan terhadap seni yang
mendalam dan diamalkan dalam penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran
Tuhan juga menuntut kita merenung jauh tentang setiap kejadian itu.

Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan insan,
pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan kehidupan seharian. Seni bukan
semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik
manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah
menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat.

Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang
dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang
utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu:

a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan

b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan

c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan

d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan

Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individuseterusnya masyarakat sekelilingnya

mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.

Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif
para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan ilmu yang
berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula menunjukkan
kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini sekiranya pelajar diberi
kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan
berkembang.

Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana pelajar
mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses pembesaran
mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak menerima bimbingan
yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar
yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan
berminat dengan mata pelajaran tersebut.

Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat kerana masyarakatMalaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan kegunaan harian
seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan
tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun
temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan
moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika
dahulu cukup dipelihara.

Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana budaya
menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu
kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya.

Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan
kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.

Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak
pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua
masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi
warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.

Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk

berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada
faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan
berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan
Allah SWT.

Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah
perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni
dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.

Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-
ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka
dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak
diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni
diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan
lemah sahaja. (pelajar lemah)

Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan
penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);

.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art
education: each is important in itself...............

Peranan kita sebagai ahli masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati tetapi juga
memiliki. Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati karya seni, mereka juga perlu
diajar untuk melihat lebih mendalam, memahami, mempelajari, menghayati dan mengetahui proses
sesuatu produk yang dihasilkan. Di samping cuba memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni
tersebut iaitu nilai estetika yang tersirat ataupun tersurat.

Proses memahami dan menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni Visual di mana konsep-konsep Asas
Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Kraf, Sejarah Seni Visual menjadi sebahagian dari
intipati Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak
bersunguh-sungguh berdasar respon masyarakat yang menganggap mata pelajaran ini terbelakang
berbanding mata pelajaran lain.
Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in accordance with the National
Education Philosophy which has as its core the concept of life long education towards the developement
of a morally upright person who is intellectually, spritually,emotionally and physically
intergrated..............

PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI

Seni mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap produk yang dihasilkan akan
diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi.
Hubungan rapat antara seni dan masyarakat dijalinkan melalui jaringan kasih dari simbol dan makna
yang diterjemah oleh seniman.

Menurut Muliyadi Mahamood: ....................... seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan
biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni kita perlu terlebih dahulu
memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri
luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting dalam mengenengahkan
perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.......

Pendidikan Seni dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Satu daripadanya ialah dalam kontaks
sosial. Seni tidak bermakna apabila tiada pemerhati ataupun penghayatnya kerana seni dipengaruhi oleh
persekitaran. Seni menjadi jambatan yang menghubung antara individu dan masyarakat. Ia
menghubungkan sesama manusia dan tempat serta bagaimana manusia bergantung sesama mereka.
Antara aspek sosial yang terlibat ialah kumpulan keluarga, komuniti,kumpulan umur, fenomena kelas,
kaum dan etnik, agama serta jantina dan baka. Semua elemen tersebut menyumbang ke arah
pembangunan sosial.

Keluarga merupakan insttusi sosial yang penting walaupun kini ia tidak berperanan sebagai
institusi menghasilkan produk seni. Malahan ada menyatakan masyarakat Melayu tidak lagi menjadi
pencipta sebaliknya hanya sebagai pengguna. Warisan menghasilkan produk semakin terhapus.
Sewajarnya melalui Pendidikan Seni inilah warisan seni budaya harus dikekalkan dan tidak pupus seperti
dalam kraftangan. Umpamanya seni anyaman mengkuang, seni anyaman kelarai,seni tekat, tembikar
dan lain-lain. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Ini
disebabkan faktor perkembangan ekonomi industri di mana untuk mendapatkan sesuatu barangan kraf
misalnya, boleh di dapati dengan mudah dan cepat.
Begitu juga pendapat masyarakat terhadap kefahaman kraf dan makna apresiasi serta kritikan
dalam pengajaran kraf. Kewujudan kraf tangan di negara ini amat hebat dan mempunyai kepentingan. Ia
dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa Melayu, kaya dengan falsafah dan mempunyai nilai
estetika yang tinggi bahkan dikagumi oleh para sarjana Barat. Terdapat pelbagai barangan kraf dalam
masyarakat kita, cuma fungsinya sahaja berbeza mengikut kaum dan etnik.

Perkembangan kraf tradisional amat pesat membangun pada suatu ketika dahulu di zaman awal
ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya mempunyai nilai dan jati diri masyarakat Melayu. Ini
disebabkan suasana sosial yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Memang tidak
dinafikan sesebuah keluarga pada ketika itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang dan akan
diturunkan ilmu tersebut kepada setiap anggotanya untuk diwarisi.

Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan banyak lagi
barangan kraf yang lain diperturunkan ilmu berdasar keperluan dan kehendak masyarakat pada ketika
itu dan bukan paksaan. Justeru ia melahirkan pandai tukang dan diteruskan kemahiran dan pengetahuan
tersebut kepada generasi berikutnya. Industri pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun
temurun sebagai mata pencarian dan hanya berfungsi untuk kegunaan harian kini telah berubah
menjadi produk komersial. Perusahaan labu sayong yang menerapkan nilai kesabaran semasa
menghasilkan juga mementing nilai estetika dalam kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah
teknologi moden digunakan.

Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni bidang kraf masih mendapat perhatian
kerana ia memberi peluang kepada pelajar mempelajari hubungan antara bentuk, fungsi dan media. Ini
perlu supaya masyarakat sekeliling tahu tentang keistimewaan produk seni dengan nilai falsafah yang
dibawanya,kerana barangan kraf mahupun produk seni yang lain mempunyai nilai falafahnya yang
tersendiri. Untuk mencapai kebolehan masyarakat menginterpretasikan makna melalui simbol-simbol,
masyarakat kita perlu mempunyai rasa penghayatan.

Contoh lain seperti dalam seni kraf tradisi keris, keunikan pembuatan keris terletak pada hulu ,
sarung dan bilah mata kerisnya. Keris amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan penggunaannya
dianggap satu keperluan bagi kaum lelaki untuk menunjukkan kehebatan mereka. Kini seni warisan yang
menjadi tunggak dan pusaka warisan yang dibanggakan telah hilang ditelan zaman. Bahkan berjalan
membawa keris tanpa kebenaran dari pihak berkuasa juga dilarang dan menyalahi undang-undang.
Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka. Kanak-kanak yang
tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka
pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang menampakkan imej dan ekspresi individu
sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan
dalam masyarakatnya.

Masyarakat Orang Asli misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir dengan kehidupan mereka.
Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di mana mereka menghasilkan bakul untuk mengisi
buah-buahan, anyaman tikar sebagai alas lantai dan sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan
keindahan hutan yang merupakan gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok
dan melihat air hujan turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan persekitaran, alam dan
masyarakat setempat. Secara tidak langsung menunjukkan seni adalah jambatan untuk menghubungkan
kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Mereka kenal budaya sosial keturunan nenek
moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Contoh Gambar 1: Karya pelajar yang mengambil alam persekitaran sebagai tema utama, di mana
hutan menjadi gelanggang permainan mereka.

Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut peringkat umur kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat.
Pendidikan Seni dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari kanak-kanak sehinggalah
dewasa. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan menghargai seni, maka aktiviti seni boleh
dilakukan secara santai. Selain mengisi masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran. Sebagai
contoh dalam aktiviti melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya
menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk menambah pandapatan. Di samping itu dapat
memupuk sikap berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Apatah lagi Pendidikan
Seni menjurus kepada fungsi konstektual dan esensial untuk mendapat masyarakat yang seimbang
budayanya tanpa mengenepikan warisan pusaka mereka.

Tema juga memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Seni kerana ia mempunyai kaitan dengan
kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Ia turut dipengaruhi oleh ideologi kepelbagaian budaya di mana
setiap kaum dan etnik mempunyai keseniannya yang tersendiri.

Dalam masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang. Justeru dalam
acara peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian dari upacara tersebut. Begitu juga
sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh dihulurkan sebagai salam sejahtera dari tuan rumah. Dua
unsur penting ini begitu sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Apa sahaja upacara yang
berlangsung pastinya sireh pinang menjadi elemen penting. Ianya berperanan utama sejak zaman
dahulu lagi apabila disediakan sama ada dalam upacara perkahwinan, upacara menyambut bayi, majlis
melenggang perut dan banyak lagi. Daun sireh yang bertemu urat sahaja yang akan dipilih untuk
perubatandan sebagainya.

Ia menjadi falsafah ketuanan Melayu, kekuatan jiwa, penyeri majlis dan simbol ikatan kasih
sayang serta mengembalikan roh dan jiwa kepada pesakit dalam setiap fungsi yang diungkapkan tadi.

Melihat kepada keunikan dan kepentingan daun sireh serta buah pinang ini, terdapat pelukis
menjadikan dua elemen ini sebagai subject matter dalam penghasilan karya mereka. Realitinya
apabila melihatkan sesuatu imej, kita dapat menghayati nilai-nilai dalam kandungan karya tersebut dan
inilah yang mendekatkan hubungan dengan masyarakat melalui mesej yang disampaikan. Secara tidak
langsung pengaruh kebudayaan mempengaruhi seni. Begitu juga dengan lain-lain masyarakat di luar
sana mempunyai kepercayaan dan budaya yang pelbagai yang diwarisi turun temurun. Cuma apabila
arus kemodenan datang, budaya sesuatu kaum atau etnik semakin dipinggirkan.
Contoh Gambar 2: Karya pelajar yang menunjukkan tema kasih sayang menggunakan simbol daun sireh
yang membawa makna tersebut.

Mencipta karya seni adalah untuk dihayati masyarakat. Pelukis akan sentiasa berusaha untuk
menyampaikan mesej dalam pengkaryaan. Ini selaras dengan Feldman(1981) yang seni berfungsi untuk
masyarakat. Ia masih berperanan untuk menyampaikan aspek-aspek kehidupan dalam masyarakat.
Justeru masyarakat terutama golongan artist harus sentiasa menerapkan mesej dalam penghasilan
karya mereka. Ini kerana secara tidak langsung membentuk tingkah laku untuk menghayati dan
menghargai budaya mereka sendiri.

Menurut pandangan Syed Ahmad Jamal; Pada asasnya seni ialah sesuatu bentuk pengantara
yang diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya gambaran. Kalau dilihat kesan
ekspresionisme yang utama ialah nilai-nilai emosi dan mistik melahirkan perasaan dan deria, sebagai
suatu bentuk pengantaraan yang menyampaikan perasaan yang tegas.

Jelas di sini seni dan masyarakat saling memerlukan dan tidak akan berkembang baik tanpa
salah satu daripadanya. Melalui karya seni yang melambangkan budaya sesuatu masyarakat diharapkan
dapat mendekatkan diri kepada nilai kesopanan dan jati diri masyakarat Melayu khususnya melalui
karya Anita, Bertemu Kasih.

Perkembangan dalam masyarakat juga menjadi faktor terhadap perkembangan seni. Masyarakat yang
tinggal di bandar lebih terdedah dan mudah menerima perkembangan seni berbanding masyarakat
desa. Seni juga bertindak untuk menyuburkan perkembangan fizikal, emosi, jasmani, intelektual
seseorang kanak-kanak atau remaja. Joseph Chiari (1997) dalam Art and Knowledge menjelaskan
bahawa pengetahuan dan pendidikan seni membantu seseorang untuk mengenali persekitaran.

Sebagaimana dalam kandungan kurikulum Mc Fee (1970) yang menekankan kepada simbol sebagai
mesej yang ingin disampaikan, pelajar dilatih untuk mengkaji dan membanding makna dan melalui
elemen-elemen yang digubah inilah terbentuknya komunikasi antara pelajar dan masyarakat
persekitarannya. Bahkan perspektif pemikiran mereka dipengaruhi oleh budaya sosial yang didukung
turun temurun.Sebagai contoh dalam kesenian tradisi Melayu melihat motif pucuk rebung dalam
pelbagai maksud.

Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang dilahirkan akan mendukung makna.
Pucuk rebung tadi amat sinonim dengan kepercayaan apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil
supaya tidak menimbulkan masalah apabila dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat
lembut dan akan menjadi keras apabila menjadi buluh. Secara tidak langsung mesej bertujuan dapat
mengelakkan gejala sosial yang kian menular.

Contoh Gambar 3: Karya pelajar yang menunjukkan tema melentur buluh biar dari rebung. Pokok buluh
membawa pelbagai makna mengikut kepercayaan masing-masing.

Masyarakat orang Asli juga sangat percaya kepada semangat buluh. Kebanyakan rumah masyarakat
Orang Asli diperbuat daripada buluh. Ini bertujuan untuk kemudahan mengadakan tarian sewang
apabila menyambut sesuatu upacara. Mereka juga percaya buluh mempunyai roh dan diletakkan di
dalam rumah apabila melakukan perubatan tradisional. Melalui spritual buluh ini yang akan melindungi
orang yang sedang berubat tadi.

Bagi masyarakat orang Cina pula meletakkan pokok anak buluh sebagai lambang kesejahteraan.
Kebanyakan rumah masyarakat orang Cina mempunyai anak pokok buluh ini sebagai tanda
kesejahteraan mereka dipelihara. Jelas kepada kita design objek yang digunakan adalah sama iaitu buluh
tetapi diberi makna yang berbeza oleh masyarakat orang Melayu, orang Cina dan juga orang Asli.

Begitu juga dengan permainan wayang kulit Kelantan yang semakin dilupakan padahal ianya telah
menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Kelantan. Tema yang disampaikan melalui persembahan
wayang kulit dengan watak pahlawan, pemerintah dan balasan atas segala perbuatan membawa
gambaran pada realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu, di mana perlu taat pada pemerintah,
sentiasa bersikap baik dan menghormati sesama manusia. Secara tidak langsung ia membentuk
tingkahlaku yang positif supaya sentiasa berbuat baik semasa hayatnya. Matlamat untuk meneroka
makna kebudayaan di dalam objek-objek yang diolah jelas menunjukkan bahawa manusia dan
kehidupan sosial tidak dapat dipisahkan.

Masyarakat kita tidak mempunyai pengetahuan tentang ini dan menyebabkan mereka tidak
pernah meletakkan kepentingan bahawa simbol dan lambang yang terdapat pada sesuatu karya itu
mempunyai makna. Mereka hanya menganggap ia sebagai hiasan untuk menampakkan keindahan
luaran semata-mata.

Sepatutnya peranan kita sebagai ahli masyarakat bukan sebagai pemerhati sahaja tetapi juga
memiliki. Apabila kita memiliki, kita melihat karya seni secara mendalam dan mengkritik apa juga isu
yang dipamerkan secara simbolik.

Justeru peranan guru Pendidikan Seni di sekolah perlu dipertingkatkan. Bukan setakat mengajar
bahkan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan. Pelajar perlu memahami
akan fungsi karya seni berkenaan. Menurut pandangan ahli falsafah dan sejarawan Hauser; A work or
art is a challenge; we do not explain it, but we adjust ourselves to it.

Seorang pelukis terkenal, Awang Damit mengilhamkan idea karya beliau melalui pengalaman kehidupan
sosialnya. Beliau gemar menjadikan nostalgia zaman silamnya sebagai tema utama. Menggarap
pengalaman hidup beliau yang pernah melalui penderitaan untuk dikongsi bersama penghayat seni. Ia
dilakukan dalam bentuk simbol dan makna. Melalui karya beliau, Intipati Budaya 1 (1985),EOC Sira dan
asam Jawa (1989) serta Intipati Budaya lV (1986), beliau mengolah tema yang mencerminkan latar
belakang dirinya sebagai anak petani dan nelayan supaya dapat dihayati maksud yang tersirat dan
tersurat. Bahkan turut mempamerkan cerminan ciri-ciri budaya tradisi serta alam semulajadi sekitar
kehidupannya.

Menghayati karya-karya pelukis tanahair yang terkenal, membuat kita kembali mengingati agar kesenian
Melayu ini wajar dipertahankan. Itulah antara mesej yang ingin disampaikan pada penghayat seni dalam
konteks pendekatan sosial yang melingkungi budaya dan masyarakat pendukungnya. Sebagai penggiat
seni, sudah pasti ada cara untuk memartabatkan kembali seni warisan ini. Supaya generasi hari ini dan
generasi seterusnya mampu menghayati keindahan seni warisan bangsa Melayu.

Di Malaysia, faktor agama tidak dapat dipisahkan dengan pendidikan. Penerapan nilai-nilai murni adalah
salah satu daripada bukti pertalian yang wujud. Setiap ajaran agama menekankan kepada kebaikan
dibalas dengan kebaikan dan budaya menghormati sesama manusia diberi penekanan dalam mendidik
anak-anak. Cara menghormati orang tua juga mengikut kepercayaan dan budaya, ada yang tunduk
apabila meminta laluan, ada yang tangan diletakkan di dada dan pelbagai gaya mengikut etnik masing-
masing. Walaupun terdapat perbezaan budaya tapi nilai positif yang ditekankan adalah samauntuk
membangunkan sosial masyarakat sesuatu tempat. Dalam kurikulum Pendidikan Seni, guru perlu bijak
kerana dalam pengajaran kraf tidak memasukkan kraf semua kaum dan ini boleh mengundang rasa tidak
puashati di kalangan pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa.

Guru sebagai agen perubahan perlu menekankan aspek seni dalam budaya sebagai topik
pembelajaran kerana semua penghasilan karya menekankan tentang seni dalam masyarakat dari sudut
budaya yang dimiliki turun temurun dan kecenderungan mereka terhadap warisan budaya mencernakan
idea-idea yang ada hubungkaitnya dengan nilai sosial kehidupan persekitaran mereka.

Demikian antara beberapa elemen yang dikupas yang menjadi titik tolak kepada perubahan
dalam pembangunan sosial. Guru Seni merupakan agen kepada perubahan sosial dengan menyumbang
kepada transformasi budaya tampak yang umum, kerana melaluinya pelajar belajar melihat dunia.
Perubahan berlaku sama ada secara sengaja atau tanpa disedari. Seni juga penting sebagai transformasi
sosial yang melibatkan perkembangan biologi, transformasi teknologi dan pembentukan budaya.
Menurut Robert A.Ott dari Pennsylvania Art Educatormenyatakan; seni merupakan sesuatu yang
dikaitkan dengan persekitaran dan masyarakat. Guru Seni pula adalah sesorang ahli falsafah, penulis,
ahli sejarah dan artist yang kreatif. Pendidikan Seni telah menjadi suatu pendidikan jangka hayat. (life
learning process)

Seni juga mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza mengikut umur masyarakat. Masyarakat
warga tua lebih berminat dengan seni dan kelapangan waktu tersedia berbanding dahulu tidak
memperoleh peluang mempelajari kerana kesibukan bekerja.

Menurut Ott lagi, seni melibatkan proses pembelajaran tentang tamadun dan budaya sesuatu
etnik dan bangsa. Seni sebagai refleksi pemikiran golongan intelektual dari zaman berzaman. Mesej
yang disampaikan dalam sesuatu seni boleh dipertahankan dalam jangka masa lama dan asas kepada
pemahaman tentang sesuatu budaya, etnik dan sesuatu golongan masyarakat... (telah diterjemahkan
dari bahan internet).

Beliau juga berpendapat, seni mungkin menjadi asas kepada segala jenis pembelajaarn (centre
of learning). Melaluinya kita boleh mengetahui tentang cara pemikiran, emosi, adat dan istiaat
masayarakt dan pemahaman ini terus berkembang.

Menurut Ralph Smith (2006) dalam tulisan beliau, Culture And The Arts in
Education menyatakan;

.......................seni mempunyai kaitan dengan proses pembentukan perwatakan seseorang

manusia. Ini kerana untuk menghasilkan seni ia perlukan tahap kestabilan, konsentrasi, disiplin,
kreativiti dan tamadun yang tinggi dan memuaskan. Seni melibatkan proses komuniti, kesinambungan
dan kritikan serta pendidikan falsafah yang akan dilalui oleh seseorang individu. Dalam kontaks sosial ini
dapat diperjelaskan kepada kita bahawa pendidikan tentang seni amat berkait rapat dengan kehidupan
seharian mereka sehingga boleh menghasilkan seni yang excellent, terutama jika ia melibatkan
pengalaman estetik seseorang individu.

Melalui Pendidikan Seni juga boleh memupuk sikap kesedaran tentang ciri-ciri kemanusiaan dan
menggunakan seni untuk mengekspresi pandangan, dilema dan peribadi kepada masyarakat. Seni
hakikatnya suatu subjek yang sangat berkuasa sehingga boleh menyebabkan social change. Contoh-
contoh seni juga telah mengubah pandangan manusia tentang sesuatu isu atau kejadian yang berjaya
menimbulkan kesedaran tentang kemanusiaan di kalangan manusia. (Guernica-Picasso)

Contoh Gambar 4: Persekitaran mereka amat berkait rapat dengan kepercayaan tentang unsur-unsur
animisme(semangat) malahan menjadi budaya kehidupan mereka terutama dalam perubatan
tradisional.

Menurut Kerry Freedman dalam pembentangan kertas kerja beliau di Konferens Persatuan
Pendidikan Seni Pennsylvania (2001);beliau melihat Pendidikan Seni dari perspektif sosial iaitu jika seni
diajar tanpa memasukkan nilai-nilai dan pandangan sosial terhadap seni maka ianya cuma menjadi suatu
pengajaran dan pembelajarn seni semata-mata kerana perspektif kurikulum tetapi seni juga harus
dipandang dan diinterpretasikan dengan sifat-sifat sosial seperti jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa,
budaya, sosioekonomi, keadaan politik, alam sekitar dan perasaan manusia. Ini kerana seni adalah
kompleks mempunyai unsur kepelbagaian dan mewakili sesuatu budaya. Justeru tujuan seni dan asal
usul seni hanya boleh difahami jika seseorang melihat seni dari perspektif sosial.

Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk
melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Beliau
menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni tersebut iaitu:

a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu karya seni

c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni

d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek

e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent

f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni

g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan konstruktif yang
membina

Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan rapat
dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni
wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh,
terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah, susunan perabut, pemilihan warna
dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini
mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat.

STRATEGI DAN PELAKSANAANNYA: TEORI MC FEE

Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti Eisner(1972),
Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) dan Efland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan
Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk
memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara
global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan
penilaian yang terbaik.(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)

Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan objektif dalam
Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu:

a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta

bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.

b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan makna
dengan nilai.

c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilai-nilai dan

unsur budaya.

d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan budaya.

Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu
dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman dahulu lagi.
Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada kebudayaan sesuatu masyarakat melalui
penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan mempunyai makna kebudayaan di
dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat kurikulum
Mc Fee.

Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau percaya.kanak-kanak

melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan
oleh semua.

Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah sebahagian dari
kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini sebenarnya memberi kesan kepada
pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat pelajar yang mewakili kebudayaan
masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak
dan subculture dilindungi dan dipertahankan melalui seni tampak.

Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan kebudayaan,
(sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti
berikut;

a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti mereka
ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.

- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar mencari
dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar rujukan biografi para
seniman tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau
menekankan aspek kepekaan terhadap persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu
karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea
utama dalam pengolahan makna. Melalui design object ini pelajar menggunakan simbol-
simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej
yang ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan terhadap
persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka berdasar kepada
pengalaman yang dilalui.

b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampau seseorang seniman
sebagai bahan rujukan.

- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku

di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan

bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan

pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung

menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang

mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.

c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya yang
mengandungi simbol dan makna.

- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman mengolah
idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu kreativiti yang hebat. Karya seni
merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni berperanan untuk mendidik penghayat
(masyarakat).

Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang berkesan
kepada masyarakat.

Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk dijalin
dan dianyam dengan sebaik mungkin.

d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan

memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa

seni visual.

- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka. Manusia
mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru terdapat pelbagai cara
perlakuan manusia untuk menterjemahkan perasaan dan emosinya itu. Charlotte Wolff
(1970) dalam bukunya Psychology of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan
menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan perasaannya di bawah sedar dan tanpa
kawalan diri.

Contoh Gambar 5: Karya ini menunjukkan luahan rasamereka melalui emosi dan perasaan
terhadap isu pempupusan penyu, iaitu spesis haiwan yang sepatutnya dipelihara. Tafsiran idea
di sini boleh membawa maksud protes di atas apa yang berlaku.

e) Membandingkan berbagai tafsiran yang digunakan dalam tema dan pilihan subject matter yang
dipilih. Ini membolehkan sesuatu tajuk itu dikembangkan kepada isu-isu yang lebih luas
untuk diterokai. Seterusnya boleh juga dimasukkan kesan dari sudut sosial dan ekonomi.

- Tidak semua anggota masyarakat mempunyai tafsiran yang serupa bagi sesuatu imej yang
sama. Masyarakat mentafsirnya dengan pelbagai pandangan berdasar perbezaan
pengalaman, umur, jantina, persekitaran dan beberapa faktor lain. Dari sini secara disedari
atau tidak penghayat diajak meneroka idea-idea yang telah diolah dalam menyampaikan
makna di sebaliknya. Ini juga bertujuan supaya penghayat tidak melihat seni itu sebagai satu
hiburan kosong semata-mata.

f) Penggiat seni perlu sentiasa merancang aktiviti yang merangkumi bidang perkara, tema,
media/bahan, hasil fungsi, rekabentuk dan gaya.

- Aktiviti kesenian perlu banyak sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan
sebagai. Ini kerana seni mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan oleh seniman.
Melalui aktiviti seni ini juga mampu membawa masyarakat menyelami erti kehidupan yang
sebenarnya. Masyarakat seharusnya mendekati seniman untuk menimba semua ilmu itu. Di
bahu seniman terletak satu tanggungjawab sosial yang berat. Ini kerana seniman bukan lagi
berkarya untuk keseronokan sendiri tetapi selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat.
Masyarakat perlu didedahkan bagaimana cara menghayati nature nya.

g) Peminat seni dan pengkritik seni perlu peka dengan isu persekitaran dan semasa kerana ianya
melibatkan pengurusan diri (perasaan), tindakbalas, warisan artistik dalam konteks seni
dalam masyarakat.

- Ini adalah kerana seni melambangkan tamadun dan budaya sesuatu masyarakat,

justeru warganegara diajar menggunakan seni bagi menyatakan hasrat, idea,

nilai dan pandangannya mengenai pelbagai bidang kehidupan yang dialaminya.

Secara tidak langsung penghargaan terhadap warisan budaya dapat dipupuk.

PENUTUP:

Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah
membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan
manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya.
Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari
aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks
sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.

Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar
apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam
sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.