Anda di halaman 1dari 1

Tugasan 1

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan guru-guru mengaplikasikan


pelbagai inovasi bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi semasa melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Anjakan ke-6 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 -2025. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sejauh manakah inovasi
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu oleh guru-guru sekolah.

Dalam meniti arus pascainovasi ini, peranan guru tidak lagi terikat sebagai seorang
penyampai ilmu sahaja. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, para pendidik
seharusnya sedar bahawa kita sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru zaman
kini bukan sahaja perlu meningkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa, malahan juga
perlu peka dengan perubahan perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini
seperti pengenalan dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3), VLE-Frog dan lain lain lagi. Bukan itu sahaja, guru-guru juga berhadapan dengan
murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid zaman dahulu. Murid-murid kini lebih
terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu
ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi.
Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran
tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21.