Anda di halaman 1dari 2

MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap
sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif,
disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah
dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

Santrock (2008) mengatakan motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated
behavior is energized, directed, and sustained. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia
mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum iaitu :

1. Motivasi Ekstrinsik : Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan
sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya berfokuskan kepada
ganjaran yang diberi. Contoh : Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred, agregat,
keistimewaan , penghargaan, pujian persaing dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik : Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia
tindakan yang betul dan baik. Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar
sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai
sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Contoh : Mereka yang
gemar mengumpul barang-barang antik sanggup belanjakan ribuan ringgit kerana motivasi ini akan
menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang melakukan sesuatu. Tugasan
mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada murid, iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai
minat atau intrinsik dan nilai utiliti. Berikut jenis-jenis nilai :

1. Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kejayaan sesuatu tugasan
memenuhi keperluan peribadi.
2. Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu tugasan.
3. Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.

AKTIVITI APLIKASI

Berikut contoh scenario dan apakah ia nilai yang terkandung di dalamnya, sama ada nilai pencapaian,
nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan perasaan kasih sayang
terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka
memasak.

Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum. Beliau menunjukkan
banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak jawatan pentadbiran yang penting dalam
syarikatnya dan mempengerusikan majlis jawatankuasa masjid. Jadi apabila ayah saya diminta
menjadi pengerusi dalam salah satu aktiviti masjid, beliau setuju walaupun menghadapi kekangan
masa.

Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik


3. Zainab Asilah menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan kepada kawan dan
keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang
dihasilkan, Teresa mangatakan itu bukan matlamatnya.

Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Syazrin adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar professor oleh kawan-kawannya.
Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa
dia perlu mencapai prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai cita-citanya
sebagai seorang angkasawan.

Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Fahmi menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak
mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan
dan ketenangan alam sekitar.

Jawapan: Nilai Intrinsik

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI

Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/Behaviorisme, Teori
Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori Pembelajaran Sosial-kognitif. Jadual Menjelaskan
Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi :

Konsep Idea Utama Huraian


Perspektif tentang Behaviorisme Sumber motivasi ialah
Ekstrinsik.Lebih mementingkan
Motivasi pengukuhan, ganjaran ,imsentif
dan dendaan. Ahli teoris
Skinner
Humanistik Sumber motivasi intrinsik.
Lebih mementingkan keperluan
harga diri, kepuasan kendiri
dan penentuan kendiri. Ahli
teoris Maslow, Rogers
Kognitif Sumber motivasi
intrinsik.Mementingkan
kepercayaan, atribut kejayaan
dan kegagalan, jangkaan. Ahli
teoris Weiner, Vroom.
Sosial- Sumber motivasi
intrinsik.Mementingkan
Kognitif penglibatan dalam komuniti
pembelajaran, identiti melalui
penglibatan dalam aktiviti
kumpulan. Ahli teoris
Lave,Wenger.