Anda di halaman 1dari 2

Implikasi Pendidikan Wajib Di Malaysia

Di malaysia, terdapat undang-undang yang telah menetapkan bahawa setiap ibu


bapa berwarganegara Malaysia yang mempunyai anak yang mencapai umur enam tahun
perlu wajib mendaftarkan mereka di sekolah rendah. Dalam hal ini, tempoh pendidikan
wajib adalah selama enam tahun iaitu pendidikan rendah. Ia merupakan pendidikan
wajib yang mana dimulai tahun persekolahan 2003. Bagi ibu bapa yang gagal
melakukannya, mereka akan disabitkan dengan kesalahan dari segi undang-undang dan
akan dikenakan denda atau dipenjarakan atau kedua-dua sekali. Sebelum undang-
undang ini dikuatkuasakan, masih terdapat ibu bapa yang memandang enteng terhadap
perkara tersebut dan ada dalam kalangan mereka tidak membawa anak mereka ke
sekolah sedangkan anak mereka telah mencapai umur persekolahan. Dengan adanya
penguatkuasaan undang-undang daripada kerajaan, ibu bapa menyedari keperluan
menghantar anak ke sekolah setelah mereka mencapai umur persekolahan.
Perlaksanaan pendidikan wajib di negara kota seterusnya membawakan banyak
implikasi yang baik sama ada terhadap diri kanak-kanak, masyarakat ataupun negara itu
sendiri.

Dalam hal ini, implikasi yang pertama ialah program pendemokrasian pendidikan
dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditentukan. Pendidikan adalah untuk semua
tanpa mengira bangsa dan agama. Selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), pendidikan memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan
keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Dalam mencapai
matlamat KPM, terdapat bantuan persekolahan seperti KWAMP, RMT, PSS dan OKU diberikan
kepada keluarga yang amat memerlukannya. Peruntukan juga diberikan kepada sekolah
untuk tujuan tertentu mengikut jenis bantuan 2009. Usaha kerajaan dalam pendiidikan ini
menyebabkan ramai murid yang tidak berkemempuan dalam aspek tertentu seperti
makanan (RMT) mengatasi masalah mereka, keadaan ini meringankan beban keluarga yang
miskin.

Implikasi yang kedua ialah hak asasi kanak-kanak akan dapat dipelihara dengan baik.
Setiap manusia termasuk kanak-kanak mempunyai hak masing-masing. Terdapat konvensuen
mengenai hak kanak-kanak (CRC) oleh kerajaan pada 17 Feb 1992. Merujuk kepada perkara
28 dalam undang-undang Malaysia, negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak
terhadap pendidikan dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-
peringkat dan atas sadar peluang yang sama, merekan hendaklah secara khursusnya
menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua,
mengalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam perbagai bentuk, termasuk
pendidikan am dan vokasional, mengadakan pedidikan itu dan terbuka kepada setiap kanak-
kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti mengenakan pendidikan percuma
dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan. Tegasnya, pendidikan wajib untuk
semua dalam Akta Pendidikan 1996 (pindaan 1996).

Implikasi yang ketiga adalah dapat mengurangkan bilangan murid cicir dan buta
huruf pada generasi yang akan datang. Falam nefara yang kian mencapai kemajuan daripada
pelbagai bidang, ian memerlukan generasi yang berilmu dan berpengetahuan, justeru
kerajaan menekankan pendidikan wajib agar memastikan anak-anak Malaysia tidak berbuta
huruf. Dengan ini, kanak-kanak yang cukup umur ke sekolah seterunya tidak ketinggalan
dalam peluang pendidikan yang disediakan. Tanpa rakyat yang berilmu, sesebuah nagara
tidak akan mencapai kemajuan sama ada dalam pendidikan, perindustian, teknologi dan
sebagainya.

Implikasi yang keempat adalah mengurangkan kes jenayah di Malaysia. Kebanyakkan


kes jenayah yang berlaku berkait rapat dengan kurangnya didikan pembentukan sikap dan
akhlak seseorang individu menjadi lebih baik dan bermoral. Justeru, pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan personality seseoran gterutamanya rasional dan
bijaksana dalam melakukan apa-apa keputusan. Tambahan lagi, mereka yang berpendidikan
akan lebih mudah mendapat kerjaya pad amasa yang akan datang. Kerjaya dan pembentukan
personality individu yang baik secara tidak langsung dapat mengurangkan kes-kes jenayah
yang memang salah di sisi undang-undang.

Implikasi yang seterusnya matlamat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan


akan direalisasikan mengikut program pendidikan yang dirancang. Sememangnya pendidikan
diwujudkan untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Pendidikan wajib
merupakan persediaan awal untuk mereka agar mampu melanjutkan pelajaran yang lebih
tinggi. Contohnya dari persekolahan rendah kepada sekolah menengah dan akhirnya ke IPT.
Dalam hal ini, ia disertakan dengan perlaksanaan peperiksaan awam untuk menilai prestasi
murid.

Implikasi yang terakhir ialah negara lebih maju dan mampu bersaing seiring dengan
negara lain. Dalam hal ini, persaingan ini boleh dalam pelbagai bidang seperti teknologi dan
ekonomi negara. Dengan perlaksanaan pendidikan wajib, ia dapat memastikan setiap orang
dapat pendidikan yang sempurna, demi menjadi rakyat yang berguna dan sanggup
memerlihara kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kemajuan negara. Rakyat yang berpengetahuan berupaya melibatkan
dalam bidang yang berpotensi dan memberikan sumbangan terhadap bidang tersebut.
Misalnya persaingan bidang pendidikan dengan negara luar dapat seterusnya meningkatkan
imej negara.

Kesimpulannya, pendidikan wajib penting dalam memainkan peranan mencapai


hidup yang berkualiti. Hal ini kerana pendiidkan merupakan antara pertunjuk terpenting
dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan
hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap,
keupayaan kawalan diri dan kestabilan hubungan sosial. Tegasnya, taraf pendidikan yang baik
memberikan seseorang individu itu laluan ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana
ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan.