Anda di halaman 1dari 18

GMGM 3703

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN

GMGM 3703
PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :
Dr. IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : MOHD YAZID BIN MAZLAN


NO. MATRIK : 210708
PUSAT : KUALA LUMPUR

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

MOHD YAZID
NAMA NO. MATRIK S210708
BIN MAZLAN

BULAN DAN TAHUN


APR 16/17 PUSAT PACE KL
PENDAFTARAN

TUGASAN

Tugasan ini Tubuhkan sebuah kesatuan sekerja yang sah mengikut akta yang betul
mempunyai SATU
soalan sahaja. dalam sebuah organisasi imaginasi anda.
Bincangkan langkah-langkah seterusnya dan prosedur yang betul di
mana kesatuan sekerja anda boleh menjemput majikan untuk
mengadakan perundingan bersama keatas satu isu yang dikenalpasti,
serta huraikan satu bentuk tindakan perusahaan yang boleh diambil
sebagai langkah penyelesaian pertikaian di antara kesatuan dan
majikan ekoran daripada perundingan tersebut yang menemui jalan
buntu.

(30 markah)

TARIKH AKHIR TARIKH


PERTEMUAN IV
SERAHAN PENERIMAAN

NAMA PENSYARAH Dr. IBRAHIM


NO SOALAN MARKAH ASAS MARKAH DIPEROLEHI
30

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 DEFINISI KESATUAN 1-2

3 MATLAMAT KESATUAN SEKERJA 2-3

4 PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA 4

5 PERUNDINGAN BERSAMA MAJIKAN 5

6 PERUNDINGAN KESATUAN SEKERJA 7

7 KEGAGALAN PERUNDINGAN 9

8 RUMUSAN 11

9 RUJUKAN 12

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

1.0 PENDAHULUAN

Latihan adalah suatu proses rnernperolehi dan rnernperbaiki kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang diperlukan untuk rnempertingkatkan prestasi kerja. Ia juga rnerupakan suatu
pelaburan yang dibiayai oleh organisasi. Walaupun latihan rnernpunyai berbagai- bagai
bentuk, narnum matlarnatnya sarna iaitu untuk rneningkatkan kebolehan rnelakukan tugas
serta rnernperbaiki prestasi kerja. Menurut Nadle (1994), latihan didefinisikan sebagai satu
proses yang terancang dan sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan melalui satu proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai prestasi kerja
yang efektif. Peningkatan prestasi rnerupakan cabaran kepada organisasi dalam usaha
rnengekalkan saingan dalarn pasaran global. Peningkatan prestasi ini dicapai sekiranya
pekerja berkemahiran, berpengetahuan dan berkornitrnen untuk menjadikan organisasi tempat
kerja bertarnbah rnaju.
Kebanyakkan pekerja ingin melakukan tugas dengan sebaik rnungkin, tetapi kerana
mereka tiada kernahiran yang diperlukan, rnasalah akan timbul. Oleh itu latihan dianggap
sebagai sesuatu yang penting untuk penyelesaian masalah. Perubahan juga sering berlaku.
Kegagalan untuk rnengenalpasti kesan cabaran luaran kepada organisasi akan mengundang
bencana. Melengahkan atau mengabaikan perubahan yang perlu dibuat dalam organisasi
boleh menyebabkan kesukaran organisasi untuk berada dalarn daya bersaing. Oleh itu, bagi
membolehkan peningkatan prestasi dan perubahan perlakuan, rekabentuk latihan yang
mantap diperlukan.

1.1 Pernyataan Masalah


Analisis ini dijalankan adalah untuk membincangkan mengenai analisis
keperluan latihan dalam sesebuah kerjaya di dalam sesuatu organisasi, pekerjaan dan
individu.

1.2 Objektif kajian


Tujuan penulisan analisis ini adalah untuk menyediakan laporan untuk
mengenalpasti analisis keperluan latihan dalam kerjaya guru.

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

2.0 METODOLOGI

Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan maklumat untuk

mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk menghasilkan kertas laporan ini,

saya telah memilih kaedah borang kaji selidik sebagai metod kajian kes. Selain daripada

menggunakan kaedah tersebut, saya juga turut menggunakan kaedah pertanyaan dan

berbincang dengan rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang

penulisan laporan ini. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai

panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis

dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik

tugasan ini. Dalam mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian akan difokuskan

kepada analisis keperluan latihan dalam kerjaya sebagai guru.

3.0 LATIHAN DALAM ORGANISASI

Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka rekabentuk ialah

rancangan yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu. Manakala, Latihan

adalah apa-apa usaha yang bertujuan meningkatkan keupayaan pembelajaran dan pencapaian

ahli dalam mencapai keberkesanan organisasi. Ia juga usaha yang dilakukan oleh organisasi

bagi meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan

peranan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Sesuatu program yang dilaksanakan adalah

bertujuan untuk memperbaiki prestasi kakitangan yang menurun disebabkan kemahiran yang

rendah. Latihan dalam organisasi pada kebiasaannya dilaksanakan secara formal yang

bermaksud penyampaian sesuatu idea, inovasi atau teknologi adalah secara teratur.

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

Antara tujuan utama sesuatu program latihan itu diadakan adalah bagi memenuhi

matlamat organisasi melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap

kakitangan seterusnya memberikan sumbangan kearah pencapaian matlamat organisasi.

Sokongan daripada semua pihak terutama pihak atasan dan kerjasama pekerja bawahannya

merupakan faktor utama yang membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi dalam

sebarang program latihan yang dianjurkan. Oleh itu, setiap program latihan yang dianjurkan

mestilah berupaya untuk menyakinkan peserta yang terlibat bahawa program yang akan

disertai akan memberi manfaat dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

kakitangan agar prestasi kerja dapat dipertingkatkan.

Untuk memenuhi hasrat itu, penglibatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

Suatu program latihan perlu direkabentuk bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Dengan itu, rekabentuk latihan yang akan direka berupaya untuk berfungsi sebagai satu

dokumen penyelarasan antara semua pihak yang terlibat. Ia sebagai panduan pengurus latihan

untuk mengendalikan dan menyelaras program latihan, jurulatih yang sesuai, memberi garis

panduan kepada jurulatih agar mereka dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, membimbing pelatih belajar secara sistematik serta menuju kea rah pencapaian

objektif latihan.

4.0 KERJAYA YANG DIPILIH

Kerjaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang kerana dengan

kerjaya, seseorang itu akan mendapat sumber pendapatan dan ruang untuk bersosial dan

berinteraksi. Kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang sangat penting di mana ia adalah

satu pekerjaan yang mencabar yang memerlukan seseorang itu mempunyai kekuatan fizikal

dan mental yang kuat di mana mereka perlu menjalani kursus dan latihan tertentu untuk

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

menjadi seorang warga pendidik yang berdedikasi. Seorang guru bukan sahaja dapat menyara

hidup keluarganya, bahkan dapat membantu melahirkan generasi baru yang cemerlang dan

terbilang. Di dalam kerjaya guru ia terbahagi kepada beberapa pangkat jawatan iaitu, Guru

Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Pegawai Pendidikan dan guru-guru. Bagi Jawatan Guru

Besar tugas mereka adalah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan am,

pentadbiran dan kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan, dan segala

yang berkaitan. Manakala, guru penolong kanan pula bertanggungjawab mengetuai tugas-

tugas dibawah bidang masing-masing. Sementara itu, bagi guru pula mereka

bertanggungjawab sebagai pekerja yang menguruskan kelas serta mengajar murid serta

memastikan setiap objektif yang ditetapkan oleh KPM tercapai.

4.1 MANUAL PROSEDUR KERJA (sila rujuk lampiran)

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Analisis keperluan latihan

Masalah organisasi ditakrifkan sebagai sisihan prestasi kakitangan daripada prestasi biasa

atau juga dikenali sebagai jurang perbezaan antara keadaan sebenar dengan yang sepatutnya.

Sebelum sesuatu latihan atau kursus yang diadakan, pihak pentadbiran telah menjalankan

analisis keperluan kursus di dalam eHermis. Analisis ini dibuat bagi memastikan latihan yang

direkabentuk bertepatan dengan kehendak individu. Ia adalah untuk mengenalpasti masalah

yang dihadapi. Dengan menjalankan Analisis keperluan ini, masalah akan dapat dikenalpasti

dan dapat membahagikan semua masalah tersebut kepada 2 kategori utama iaitu :

i. Masalah yang dapat diatasi melalui program latihan; dan

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

ii. Masalah yang perlu diatasi melalui tindakan bukan latihan

Analisis keperluan di dalam LNPT ini akan menjurus analisis keperluan latihan dan

kegiatan program Latihan kearah mencari penyelesaian.

Dalam mengenalpasti dan mengetahui punca masalah juga tahap masalah yang mereka

hadapi, kaedah temubual telah dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terdiri

daripada anggota bomba itu sendiri. Maklumbalas daripada mereka bahawa masalah yang

mereka hadapi merupakan punca utama yang membawa kepada penurunan prestasi kerja

seperti kecekapan semasa melakukan kerja yang menurun dan tahap disiplin yang semakin

merosot.

Analisis keperluan latihan mengkaji secara mendalam pengetahuan, kemahiran dan sikap

kakitangan yang mengendalikan sesuatu tugas secara tidak cekap dan telah menimbulkan

masalah serta mengkaji sesuatu tugas yang mengalami masalah secara terperinci. Ia boleh

didefinisikan sebagai satu proses mengenalpasti kakitangan yang memerlukan latihan serta

bidang latihan yang diperlukan. Keperluan diumpamakan sebagai keinginan yang belum

dicapai. Keperluan merupakan jurang atau perbezaan yang wujud anatar apa yang sebenarnya

dengan apa yang sepatutnya. Analisis keperluan latihan diperlukan dalam sesebuah organisasi

melihat sejauh manakah organisasi memerlukan latihan. Jika latihan yang salah diberikan,

maka berlaku kerugian dan juga pembaziran kepada organisasi. Ini bukan sahaja diperlukan

untuk menentukan jenis latihan yang akan dijalankan, tetapi lebih khusus kepaada keperluan

menjalankan latihan. Walaupun latihan biasanya memang amat perlu bagi sesebuah

organisasi tetapi tidak semua masalah dalam organisasi dapat diselesaikan dengan latihan.

Apa yang membimbangkan adalah pembaziran kewangan latihan yang selalu menjadi

masalah utama maka pihak pengurusan latihan menjimatkan masa dan tenaga bagi sesuatu

program latihan. Oleh itu adalah amat penting analisis keperluan latihan dilakukan dalam

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

sesebuah organisasi bagi mengetahui apakah masalah yang berlaku di dalam organisasi yang

menyebabkan kerugian dari segi produktiviti kerja dan tugas serta penurunan prestasi pekerja

disamping mencari jalan penyelesaian yang lebih ekonomi yang dapat mengurangkan

pembaziran.

Justeru, latihan yang diberikan kepada pekerja mestilah selaras, dengan keperluan masa

kini dan masa akan datang organisasi tersebut. Keperluan tersebut mestilah datang daripada

objektif dan matlmat organisasi tersebut. Oleh yang demikian untuk memperoleh analisis

keperluan latihan yang berjaya maka Model Analisis Keperluan Latihan diguna pakai pihak

Pentadbiran Sekolah sebelum sesuatu program latihan dijalankanini memastikan latihan yang

direkabentuk bertepatan dengan kehendak individu. Ia adalah untuk mengenalpasti masalah

yang dihadapi.

5.2 Masalah Mengikut Tahap Dan Punca

i. Peringkat Individu

Setelah dianalisis, sebilangan guru yang telah lama berkhidmat mempunyai pengetahuan

dan kemahiran yang kurang berbanding dengan guru-guru baru berkhidmat dari segi

pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi terkini yang digunakan

semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mempunyai banyak

pengalaman namun begitu mereka masih kurang pengetahuan dan kemahiran yang terbaru

contohnya dalam cara-cara menggunakan ict sebagai bahan bantu mengajar dan

menggunakan layaran intenert sebagai gedung mencari maklumat yang terkini. Pengetahuan

dan kemahiran yang betul dalam mengaplikasikannya amat penting untuk memastikan

kelancaran dan keberkesanan semasa mengajar. Selain daripada itu, disiplin dan sikap negatif

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

guru itu sendiri menjadi punca kepada penurunan prestasi kerja mereka. Sikap endah tak

endah mereka semasa mengikuti latihan atau berkursus atau semasa proses pembelajaran

menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh tenaga pengajar.

Secara tak langsung, apa yang diajarkan hanyalah sia-sia sekaligus memberi kesan negatif

kepada jabatan dan individu itu sendiri. Pembaziran kewangan berlaku dan masalah yang

sepatutnya diatasi melalui latihan tidak dapat diatasi.

ii. Peringkat Institusi

Masalah yang timbul tidak hanya disebabkan oleh individu itu sendiri. Kadangkala pihak

atasan juga insitusi boleh menjadi punca berlakunya masalah dalam organisasi. Mereka harus

menyedari dari awal masalah yang dihadapi oleh guru dan bersedia menghadapi masalah

yang mungkin timbul agar ia tidak mengganggu kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran.. Contohnya dalam dunia yang moden ini, teknologi canggih digunakan ketika

menjalankan pdp. Masalah disini apabila insitusi gagal merancang kewangan secara tak

langsung tidak dapat menyediakan modal terkini peralatan yang diperlukan. Pentadbiran yang

kurang cekap juga akan memberi kesan pada peringkat tugas atau fungsi. Ia sekaligus akan

mengganggu kelancaran dan kecekapan apabila guru tidak mahir dan tidak biasa

mengendalikan peralatan terkini yang digunakan. Ini juga berlaku apabila kurangnya

pendedahan dan tiada latihan yang berterusan dilakukan oleh pihak pengurusan. Kurangnya

pengetahuan dan kemahiran setiap guru akan mengakibatkan tahap kecekapan dan prestasi

kerja mereka menurun.

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

5.3 Komponen-Komponen Penganalisisan

Penganalisisan perlu memahami empat komponen iaitu organisasi, kerja, tugas dan

kakitangan dalam usaha untuk menentukan keperluan latihan bagi pembangunan guru.

a. Analisis Organisasi

Sesebuah organisasi perlu dikenalpasti secara menyeluruh bermula daripada visi, misi,

matlamat penubuhan, sumber-subaer yang ada, perancangan masa depan dan potensi yang

terdapat dalam organisasi. Selain itu terdapat juga tiga faktor yang perlu dipertimbangkan

sebelum memilih latihan iaitu:

i). Sokongan pengurus dan rakan sekerja-kesanggupan pengurus dan rakan

sekerja memberi maklumat kepada guru yang lebih lama agar dapat menggunakan

pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap yang telah dipelajari semasa latihan dalam

kerja

ii). Strategi syarikat- rancangan yang dipilih oleh organisasi untuk mencapai

matlamat organisasi mempunyai kesan ke atas sumber-sumber seperti wang, masa dan

pembangunan program.

iii). Sumber latihan- kenalpasti samaada syarikat mempunyai peruntukan masa

depan dan kepakaran bagi latihan yang diperlukan. Sebagai satu agensi kecemasan yang

utama di negeri ini, semua guru-guru perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertinggi bagi

laksanakan tugas yang tertinggi bagi laksanakan tugas yang professional, cekap dan berkesan.

iv) Mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran di dalam bidang ict sebagai

bahan bantu mengajar yang produktif pada zaman sekarang.

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

v) Memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan kepada guru dari segi

pentadbiran dan pengurusan jabatan.

vi) Memberi kesedaran dan kefahaman terhadap dasar kerajaan dan sensitif

terhadap interaksi masyarakat luar.

vii) Mempertingkatkan perhubungan dan persefahaman antara kakitangan dengan

kakitangan dan antara kakitangan dengan orang awam.

v) Melahirkan kemegahan terhadap kerja yang bermutu tinggi untuk kepentingan rakyat

dan negara.

b. Analisis Kerja

Setelah memahami organisasi, para penganalisis perlu memahami jenis-jenis kerja yang

ditugaskan kepada guru-guru ini. Melalui analisis, proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam penggunaan ICT berkait rapat dengan visi dan matlamat jabatan selaras dengan

gelombang PPPIM.

c. Analisis Tugas

Tugas utama guru ialah sebagai memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan itu sendiri

untuk melahirkan generasi murid cemerlang dan terbilang serta memenuhi wawasan 2020.

d. Analisis Kakitangan

Analisis kakitangan atau sumber manusia nendaklah berdasarkan rekod prestasi atau

rekod peribadi seseorang pekerja yang merangkumi tahap prestasi masa kini, prestasi lalu,

kelayakan, pengalaman dan lain-lain. Pada peringkat ini, kakitangan yang terlibat dalam

analisis ini terdiri daripada guru besar, guru-guru penolong dan guru-guru yang telah lama

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

berkhidmat dan juga yang baru berkhidmat. Kebanyakan mereka berumur dalam lingkungan

40-50 tahun. Pada lingkungan umur ini, kurangnya pengetahuan tentang penggunaan teknik-

teknik dan kemahiran mengendalikan peralatan-peralatan baru yang lebih canggih berbanding

dahulu akan menyumbang kepada ketidakcekapan mereka ketika berkerja. Ia berbeza dengan

guru baru yang sememangnya menggunakan peralatan terkini dalam proses pembelajaran

mereka setiap hari. Namun begitu, tidak semua guru berpeluang mengikuti dan menghadiri

latihan. Ada juga yang menolak untuk menyertai kursus latihan yang akan diadakan kerana

menganggap ianya merupakan satu beban. Faktor sedemikianlah yang mempengaruhi prestasi

semasa mereka iaitu prestasi mereka akan menurun.

5.4 Teknik-Teknik Dan Langkah-Langkah Menganalisis

Dalam merekabentuk latihan, terdapat dua jenis teknik yang digunakan untuk

mengenalipasti masalah dan punca masalah iaitu teknik DIF (Difficult, important &

Frequency) dan teknik SATNA (A SIMPLE APPROACH To TRAININGS NEEDS

ASSESSMENT). Setelah di fahami kompenen yang di analisis , teknik menganalisis

keperluan latihan secara khusus hendaklah dirangka . Teknik DIF ( Difficult, Important &

Frequency) atau KKK (Kepentingan, Kekerapan ,Kesukaran ) dipilih dan dijadikan

panduan.Teknik ini mempunyai 13 langkah iaitu:

1) Berbincang dengan ketua organisasi, jabatan atau unit

-untuk menjelaskan tentang tujuan dan faedah membuat analisis keperluan latihan serta

mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada mereka.

2) Mengenalpasti produk

-contohnya produk unit perancangan ialah mengeluarkan laporan rancangan organisasi

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

3) Mencartakan proses aliran untuk mengeluar sesuatu produk

-semua proses pengeluaran dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dari awal hingga akhir

proses. Jenis kerja dan tugas yang sepatutnya dikenalpasti.

4) Mengenal pasti Key Result Area ( KRAS ) dalam proses aliran

-KRAs merupakan kegiatan yang paling penting dalam proses pengeluaran dan jika tidak

dilaksanakan dengan baik akan menjejaskan pengeluaran sasaran produk. Melalui KRAs ini

bahagian/kerja yang paling penting dan genting dapat dikenalpasti.

5) Struktur organisasi

-struktur organisasi sebenar perlu dibentuk untuk dibandingkan dengan struktur

organisasi rasmi untuk melihat samaada wujud perbezaan yang boleh menjejaskan prestasi

sesuatu unit kerja dan kesannya terhadap keperluan latihan kakitangan.

6) Meneliti pelbagai maklumat organisasi

-maklumat yang perlu dianalisis adalah maklumat yang menunjukkan kelemahan dalam

system pentadbiran organisasi yang boleh diperolehi melalui pemerhatian, laporan, rekod dan

temubual dengan pelbagai pihak.

7) Pemilihan responden

-responden yang dipilh berdasarkan KRAs dan peratusan yang mencukupi untuk

ditemubual.

8) Menemubual responden

-bertujuan untuk menilai tahap kecekapan responden bagi setiap tugas yang

dilaksanakan. Memandangkan organisasi mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

latihan yang dikenalpasti untuk kakitangannya maka pemilihan perlu dibuat untuk memilih

tugas yang benar-benar memerlukan latihan melalui teknik DIF(KKK).

9) Menemubual pengurus unit kerja

-bertujuan untuk mendapatkan penilaian pengurus untuk semua responden dan

mengenalpasti keperluan latihan untuk pengurus pertimbangkan serta menjadikan pengurus

sebagai jurulatih.

10) Menganalisis maklumat temubual

-menentukan responden yang mana memerlukan latihan dalam bidang-bidang tugas

tertentu

11) Membuat analisis kerja dan tugas

-setiap kerja perlu dijelaskan mengikut format deskripsi kerja supaya dapat dikenalpasti

samaada tugas yang diberi relevan dengan tanggunjawab dan skop kerja responden.

12) Menulis laporan

-laporan yang lengkap tentang keperluan lathan kakitangn dalam sesebuah organisasi,

jabatan atau unit disediakan.

13) Membentang laporan dan perbincangan dengan pihak pengurusan

-bertujuan mendapatkan sokongan daripada pihak pengurusan bagi melaksanakan

program latihan seperti yang dicadangkan dalam laporan.

Pengunaan teknik KKK dapat membantu penganalisis menentukan sama ada sesuatu

tugas itu perlu dimasukkan dalam program latihan atau tidak

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

6.0 KESIMPULAN

Sebagai seorang guru, mereka akan menjadi tenaga pengajar yang mempunyai motivasi

tinggi yang kompeten, berilmu pengetahuan, kecekapan dan kemahiran yang pelbagai dan

berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas serta mampu memikul tanggungjawab yang

besar di dalam memberikan perkhidmatan yang baik dan cekap kepada masyarakat

keseluruhannya. Kejayaan sesuatu program latihan itu bergantung kepada rekabentuk

program yang komprehensif, kemahiran jurulatih untuk memberikan tunjukajar dan

kebolehan pihak penganjur untuk menganjurkan program latihan itu dengan baik dan

berkesan. Apabila pihak penganjur berjaya menyediakan kemudahan yang sesuai dan selesa

dan juga tenaga pengajar yang berkaliber yang mempunyai kepandaian dan kepakaran yang

tinggi serta mempunyai ciri-ciri seorang komunikator yang hebat, nescaya peserta akan

memperolehi manfaat. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi sikap mereka,

pengetahuan dan kemahiran mereka.

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

7.0 RUJUKAN

http://faizalfazri.blogspot.my/2010/04/analisis-keperluan-latihan-tna.html

http://thestorytellingmyworld.blogspot.my/2011/07/latihan-dan-pembangunan.html

S210708 MOHD YAZID MAZLAN


GMGM 3703

8.0 LAMPIRAN

S210708 MOHD YAZID MAZLAN