Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT

1 1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 PECAH AMANAH


2.1 PENGENALAN
2.2 CIRI-CIRI MASALAH PECAH AMANAH BERLAKU
2 2.3 LATAR BELAKANG ORGANISASI DAN INDIVIDU
4-7
YANG TELIBAT

3 3.0 MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN 7-8

4 4.0 ANALISIS MASALAH 9-10

5 5.0 CADANGAN 10-11

6 6.0 RUMUSAN 11-12

7 7.0 RUJUKAN 13

1
PENDAHULUAN

2
1.0 PENDAHULUAN

Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu
sendiri. Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait
dengan tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan
berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan
seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu. Etika tidak bersangkutan dengan
fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,
prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Daripada sudut bahasa, etika atau ethics bermaksud sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan. White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang
falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia.
Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, iaitu sesuatu
yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik
ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999). Setiap individu perlu mempunyai etika yang boleh
diterima oleh setiap anggota masyarakat di sekelilingnya. Individu yang tidak mempunyai
etika yang seimbang akan membawa kepada konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah,
tidak bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.

Profesional boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan


sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan kepakaran. Etika professional pula
merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang profesional. Menurut Mohd Janib
Johari (2001), etika profesional merupakan satu alat kawalan sosial terhadap golongan
profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan menilai tingkah
laku mereka dari semasa ke semasa. Secara ringkasnya, etika profesional boleh disimpulkan
sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai.

Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap
kakitangan dalam melakukan tugasan yang mereka pikul. Etika tersebut perlu dipatuhi untuk
mengelakkan sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika menjalankan
tanggungjawab. Kesimpulannya, etika profesional ialah satu garis panduan yang bertujuan
untuk meningkatkan tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang kakitangan dalam
sesebuah organisasi.

3
2.0 PECAH AMANAH

2.1 PENGENALAN

Guru Besar diminta membela diri :


"M.Gopalan , Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil didapati
bersalah oleh Mahkamah Syeksen setelah melakukan kesalahan pecah
amanah terhadap tiga keping cek berjumlah RM 3,305.40 kepunyaan
seorang guru kontrak sekolah itu ".

Jika dilihat senario di atas, ia memperlihatkan kes pecah amanah yang


melibatkan seorang pengurus serta pentadbir pendidikan yang diamanahkan oleh
negara untuk menjalankan serta menguruskan hal ehwal pendidikan negara.
Persoalannya sekarang, mengapa penyalahgunaan kuasa ini berlaku? Apakah
langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyekat perlakuan sebegini daripada
berleluasa ? Dan jika senario yang berlaku di atas tidak dibendung, hasilnya pelajar
dan pendidik akan hilang kepercayaan kepada pernimpin pendidikan.

Sebenarnya, penekanan yang lebih kepada etika dalam perkhidmatan kerajaan


ialah dengan memastikan konsep tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang
atau profesion itu dilaksanakan dengan sejujur mungkin dan setiap anggota kerajaan
yang memikul tanggungjawab itu akan memastikan setiap perjalanan dan pengurusan
dijalankan dengan lancar dan berkesan (Mohd Tap et al, 1999).

Mackinnon (2001) mendefinisikan etika sebagai daripada kajian moral yang


mengkaji perlakuan yang benar. Penyataan ini mengukuhkan lagi bahawa ilmu etika
menerangkan perlakuan yang benar berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang dikuasai
pendidik. Dan secara tidak langsung, etika memberikan kesan intrinsik dan ekstrinsik
kepada individu yang diambil tindakan serta teladan kepada pendidik-pendidik lain.

2.2 FAKTOR PERLAKUAN PECAH AMANAH

2.2.1 Etika Professional begitu penting dalam bidang pengurusan pendidikan bagi
menghasilkan pendidik, pentadbir dan pengurus yang berkualiti serta dapat
menerapkan ilmu pengurusan mereka. Art (1994) mengkaji masalah yang begitu

4
berle1uasa terutamanya dalam keadaan yang materialistik kerana manusia akan
berusaha sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan kemewahan. Muhamad Ruslan
(2001) menyatakan beberapa faktor yang menyebabkan manusia akan melakukan
perkara-perkara yang akan menyimpang daripada etika profesionalisme ialah :

i. apabila ada peluang untuk melakukannya.


ii. ingin hidup lebih mewah, cepat kaya dan hidup secara materialistik.
iii. kurangnya penghayatan nilai etika serta agama.
iv. kurangnya penyeliaan pegawai atasan.
v. kelemahan sistem pentadbiran, peraturan dan pelaksanaan kerja.

2.2.2 Jika dikaji dengan lebih mendalam, terdapat beberapa faktor utama yang
menyebabkan terjadinya pecah amanah dalam kalangan pendidik ini iaitu :

i. tidak menyangka perbuatan itu menyalahi undang-undang.


ii. untuk kepentingan organisasi atau arahan majikan.
iii. menganggap perbuatan itu tidak akan diketahui umum.
iv. kepentingan kewangan.
v. kurangnya dendaan, teguran daripada pihak atasan.
vi. sering berkelakuan yang melanggar undang-undang.
vii. dipengaruhi oleh golongan luar bidang .
viii. rasa kecewa dengan organisasi sarna ada kerana prestasi atau kerana
tidak dinaikkan pangkat.

2.2.3 Sebenarnya perlakuan yang tidak beretika itu sebenarnya berpunca daripada
aspek niat atau pun kemahuan seseorang untuk memperoleh kemewahan untuk
kesenangann diri. Namun, perlakuan tidak beretika juga boleh berpunca daripada
faktor dalarnan atau dimensi di dalam organisasi itu sendiri. Pendapat ini menjadi
lebih kukuh apabila kajian oleh Calabrese dan Roberts (2001) menyenaraikan
beberapa faktor dalarnan sesebuah organisasi tersebut yang boleh menyumbang
kepada perlakuan yang tidak beretika iaitu:

5
2.2.3.1 Stuktur organisasi

Struktur yang kompleks dan banyak hiraki akan menyebabkan pekerja akan
cepat merasa bosan kerana terlalu banyak peraturan yang harus dipatuhi.

2.2.3.2 Bentuk komunikasi

Bentuk komunikasi tertutup dan corak pentadbiran yang lebih mementingkan


rakan akan menyebabkan guru lain merasa bosan dengan sikap pengurusan
serta sikap pihak pengurusan tidak mengambil kira "human factor" atau
perasaan kakitangan.

2.2.3.3 Dorninasi politik

Dorninasi dan penguasaan politik yang keterlaluan oleh pihak pengurusan dan
kumpulannya akan menyebabkan rasa hormat pihak kakitangan kepada piha
pengurusan akan berkurangan dan pihak pengurusan menganggap mereka
mempunyai kuasa untuk memerintah dan bukan untuk berkhidmat.

2.2.3.4 Pengabaian kepada kebajikan

Kurangnya penghargaan dan kebajikan menyebabkan guru kurang hormat


kepada pernimpin pendidikan dan sering melakukan kesalahan. Ini
menunjukkan perlakuan yang tidak beretika itu berpunca daripada pelbagai
aspek dan pengurus dan pentadbir pendidikan perlu menjadikan diri mereka
contoh kepada guru lain agar mementingkan aspek etika di dalam kepimpinan
yang dijalankan di sekolab. Pernimpin yang dihormati ialah pernimpin yang
dapat beretika dari segi sahsiah dan perbuatan.

6
2.3 LATAR BELAKANG ORGANISASI DAN INDIVIDU YANG
TERLIBAT.
Organinasi yang terlibat ialah pengurusan sebuah sekolah tamil yang terletak
bandar Ipoh, Perak di mana guru besarnya sendiri yang telah melakukan pecah
amanah cek bernilai RM3305.40 kepunyaan seorang guru kontrak di sekolah tersebut.
Kes ini dapat dikesan, maka tindakan undang-undang sewajarnya telah diambil
terhadapnya kerana melakukan kesalahan ini.

Sebagai seorang pentadbir, sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku, lebih


lebih lagi pentadbiran tergolong dalam perkhidmatan pelanggan. Hal ini boleh
menjatuhkan prestasi pemimpin-pemimpin dalam organisasi sekolah lain dan
mempengaruhi persekitaran kerja orang lain. Bagaimanapun, perkara ini telah
berlaku, maka penelitian dan siasatan awal akan berjalan. Pada masa yang sama juga,
guru besar terbabit diberi peluang untuk membela diri atas kesalahan yang telah
dilakukan.

Sekiranya kesalahan ini terbukti bahawa guru besar itu telah pecah amanah,
maka beliau akan menghadapi pertuduhan dan menerima hukuman yang setimpal
dengan apa yang telah berlaku.

3.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menurut kamus dewan Edisi ke-4, amanah pula bermaksud kepercayaan yang
diletakkan ke atas seseorang individu untuk melaksanakan sesuatu perkara. Manakala
pecah amanah adalah kegagalan seseorang individu memenuhi tanggungjawab
menjaga, mengendalikan dan mengawal amanah yang diberikan.

Antara perlakuan yang berkait dengan pecah amanah yang dianggap sering
bertentangan dengan etika pengurusan perkhidmatan ialah pentadbir mengamalkan
sikap pilih kasih sesama guru-guru. Hal seperti ini sering kelihatan di dalam
pengurusan sekolah. Pengamatan yang kurang mengenai nilai etika professional yang
kurang menyebabkan perkara sedemikian berlaku. Pentadbir juga sering menjalankan
sesuatu perlakuan atau perbuatan yang memberikan keuntungan kepada peribadi

7
ketika bekerja dan tingkahlaku ini adalah sangat yang bertentangan dengan nilai, etika
dan norma sesebuah negara serta moral sesebuah masyarakat.

Masalah pecah amanah dalam kalangan pentadbir pengurusan di lihat semakin


meruncing kini, hal ini dipengaruhi oleh pelbagai sebab yang membuatkan mereka
yang terlibat gelap mata untuk melakukan perkara-perkara terkutuk ini. Kebanyakkan
keputusan etika mempunyai akibat berpanjangan mengenai masalah ini apabila
implikasinya mendatangkan bebanan kepada guru-guru yang terlibat serta tempias
kepada pentadbir-pentadbir sekitarnya. Sebagai contoh, jawatan guru kontrak di
sekolah akan mengalami kekosongan kerana guru kontrak sebelum ini tidak dibayar
gaji serta ceknya bayarannya juga di ambil oleh guru besarnya sendiri. Ini akan
menjadi beban masalah kepada pengurusan sekolah sekiranya kekosongan tidak diisi
dan menyebabkan beban tugas kerja guru bertambah.

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat yang banyak dilihat melalui


masalah pecah amanah ini apabila semua urusan yang berkaitan akan dinilai oleh
jabatan kewangan, dan ianya akan diaudit dengan begitu terperinci. Segala kursus
berkaitan etika akan diberi penekanan supaya hal-hal seperti ini tidak berulang lagi.
Keputusan yang baik hendaklah dibuat dengan menilai segala alternatif yang ada
supaya pentadbir tidak mudah terlibat dalam masalah pecah amanah ini. Masalah
yang dihadapi hendaklah dikaji dengan teliti terlebih dahulu. Setelah punca masalah
dikenalpasti, segala alternatif bagi menangani masalah tersebut hendaklah
dikenalpasti. Penilaian terhadap setiap alternatif tersebut hendaklah dinilai dan
alternatif yang terbaik hendaklah diambil sebagai keputusan yang dibuat. Sebagai
contoh, guru kontrak seharusnya tahu haknya dan mempunyai pelbagai alternatif
untuk berbincang dan menunjukkan ilmu bahawa setiap guru berpendidikan dan tidak
mudah tertipu. Selebihnya, pentadbir harusnya lebih cenderung memikirkan
impilkasinya kepada dunia luar sekiranya masalah ini berlaku.

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai impak peribadi di mana guru besar


yang terbabit akan menanggung malu kerana perlakuannya akan tersebar ke seluruh
media massa. Keuntungan hasil pecah amanah tidak dapat menampung nilai kerugian
sosial serta tidak dapat menutup malu di hadapan orang ramai.

Terdapat pelbagai akibat daripada pecah amanah yang tidak pasti


hukumananya. Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti,

8
contohnya tindakan undang-undang yang telah di ambil sama ada mengakibatkan
guru besar tadi dibuang kerja, atau didenda sejumlah wang atau sebaliknya. Oleh
demikian, akibat dari sesuatu keputusan atau pilihan etika yang diambil tidak dapat
dipastikan menyebabkan akibat yang tidak pasti.

4.0 ANALISIS MASALAH

Tiga mekanisma yang kebiasaannya dianalisis di dalam permasalahan etika di dalam


pengurusan iaitu:

4.1 Analisis Ekonomi Teori Makro (skop keseluruhan) dan Mickro (skop yang
lebih mendalam) ekonomi pengurusan sekolah ialah jumlah bayaran pengisian
jawatan guru kontrak yang telah dibayar menggunakan cek. Nilai bayaran adalah
tertakhluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum guru kontrak
menandatangani perjanjian. Sekiranya dalam tempoh masa tersebut, ada penambahan
kerja, guru kontrak tersebut meminta bayaran yang lebih, ini mungkin menyebabkan
pentadbir atau guru besar tidak mahu memenuhi permintaan tersebut kerana ianya
melibatkan beberapa faktor yang perlu diteliti semula. Tindakan sewajarnya guru
besar perlu memberi penekanan sewaktu awal perjanjian supaya guru ini memahami
terma dan syarat untuk mengisi jawatan tersebut supaya tidak berlaku sebarang
implikasi yang buruk. Namun jika di kaji lebih mendalam, sekiranya syarat yang
dikenankan begitu ketat, jawatan tersebut sukar untuk di isi. Oleh kerana itu, syarata
dilonggarkan, dan apabila syarat dilonggarkan, ianya akan memberikan ruang untuk
masalah etika berlaku.

4.2 Analisis Undang-undang Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar,


undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. Contohnya guru
besar ini telah dikenakan tindakan undang-undang. Beliau di arah untuk membela diri
sebelum tindakan muktamad di tentukan. Segala bukti dan perihal yang penting boleh
digunakan pakai ketika kes dibacarakan. Siasatan yang terperinci mengikut undang-
undang yang telah di tetapkan akan di jalankan. Sesiapa yang dikenalpasti telah
melakukan kesalahan akan didakwa dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan
kesalahan.

9
4.3 Analisis Etika Pengurusan etika pada zaman sekarang memerlukan penekanan
supaya setiap orang mempunyai dasar pemikiran normal di dalam masyarakat dan
bertindak pada prinsip yang sama supaya setiap individu yang terlibat akan mendapat
layanan yang sama. Contohnya, sekiranya guru besar begitu telus menjalankan
tugasnya, manakala guru kontrak pula bersedia terhadap syarat syarat yang
ditetapkan, tidak akan terjadi satu masalah etika dalam pengurusan ini. Hal ini
menguntungkan lagi organisasi sekolah serta memantapkan lagi pengurusan sekolah.

5.0 CADANGAN

Berdasarkan kepada masalah etika yang telah dikaji, saya mencadangkan pihak
pengurusan sekolah mewujudkan sekolah yang beretika. Cadangan ini disokong kuat
dengan kajian Sichel (1993) yang mencadangkan beberapa langkah yang boleh
dijadikan panduan untuk mewujudkan sekolah yang beretika iaitu pihak pengurusan
hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa etika yang berperanan bukan untuk
membuat undang-undang atau menentukan guru mematuhi undang-undang tetapi
sebagai badan menasihati guru yang menghadapi masalah etika atau yang melanggar
peraturan. Dengan wujudnya jawatankuasa etika atau disiplin secara tidak langsung
dapat menjadi badan perantara di antara pihak pentadbir dengan guru serta ia juga
dapat mengurangkan konflik yang dihadapi di antara pentadbir dengan guru.

Cadangan ini sekali lagi dikukuhkan dengan Sergiovanni (1992) yang


mengkaji sekolah yang boleh diklasifikasikan berkesan merupakan sekolah yang
mempunyai perjanjian (covenant) yang mementingkan nilai-nilai dan etika yang
cemerlang. Pengurus pendidikan harus mempraktikkan apa yang dipersetujui antara
guru dengan pihak pengurusan. Gardner (1995) menjelaskan lagi cadangan untuk
melahirkan sekolah yang beretika ialah melalui kepimpinan yang beretika serta
memperlihatkan teladan serta "role-model" untuk diikuti oleh semua guru dan
kakitangan. Richardson et al. (1992) mendapati bahawa kejujuran adalah perkara
pokok hubungan antara pengurus dengan pihak guru. Pengurus juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan bukan hanya
menuding jari kepada guru yang melakukan kesilapan rnalah mencari cara untuk
menyelesaikan rnasalah berkenaan. Konsep akauntibiliti dan "stewardship" yang

10
dikemukakan agar semua masalah hendaklah dikongsi bersama-sarna dan bukan
mengabaikan tanggungjawab mereka (Block,1993). Pendapat dan saranan di atas
sebenamya mempunyai kesetaraan dengan konsep mewujudkan sekolah beretika yang
mempunyai nilai-nilai murni .

Cadangan kedua untuk menambahbaik konsep etika di sekolah ialah


mengadakan Konsep kontrak sosial(share leadership) yang menjelaskan bahawa
penyedia perkhidrnatan hendaklah memberikan layanan yang terbaik untuk pelanggan
iaitu pelajar. Oleh itu, dalam menjalankan kepimpinan di sekolah, konsep kepimpinan
yang utarna ialah shared leadership. Shared leadership menekankan beberapa konsep
utarna iaitu kepimpinan merupakan perkara utarna di dalam memperbaiki organisasi
dan budaya sekolah. Kepimpinan juga melibatkan kepercayaan kepada orang lain di
dalam organisasi. Selain itu, guru, kakitangan dan pengurus merupakan keluarga
yang saling bekerjasarna dalam semua aspek. Penglibatan komuniti mesti dilibatkan
sarna dalam menjalankan program sekolah suapay ikatan persaudaraan yang terjalin
lebih kukuh dan dapat mengelak persepsi negatif serta membantu memantapkan
organisasi.

Secara tidak langsung, shared leadership juga memberikan penekanan kepada


aspek pengurusan dan perja1anan sekolah yang berkesan dan Rebore (2001)
menjelaskan perja1anan seko1ah memenuhi keperluan etika dengan pelanggan kita ,
konsep utama ia1ah

o pihak pengurus perlu memastikan bahawa guru yang diminta untuk mengajar
subjek itu bersedia dan sesuai dengan tugasan yang diberikan.
o peni1aian prestasi di seko1ah hendak1ah berdasarkan kepada pencapaian serta
kejayaan dan ke1ayakan yang dipero1ehi.
o untuk menge1akkan berlaku demotivation dalam ka1angan kakitangan,
peni1aian prestasi berlandaskan keadi1an dan ciri-ciri objektif. Peni1aian
prestasi yang beretika juga secara tidak langsung akan mengurangkan konflik
di antara guru dengan pihak pengurusan seko1ah.
o kesedaran etika amat penting kerana ia akan memperbaiki ke1emahan,
merefleksi diri sendiri (muhasabah) dan melihat seko1ah sebagai tempat
pembentukan peribadi yang mu1iaterhadap pe1anggan kita.

11
o tidak menunaikan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh juga dianggap
tidak beretika kerana tidak dapat mengenkari perjanjian kita dengan organisasi
atau pe1anggan.

Secara je1as, pemimpin yang dihormati merupakan pemimpin yang mementingkan


tanggungjawab dan amanah serta mempunyai perwatakan dan keperibadian yang cemerlang
agar dapat menjadi model terbaik di kalangan guru. Covey (1997) memberikan pandangan
bahawa pemimpin yang bermora1 ia1ah pemimpin yang menyenangkan hati orang bawahan
ketika berbincang. Pemimpin ini mengama1kan konsep syura iaitu dengan menerima
pandangan serta teguran orang lain sesuai dengan konsep shared leadership yang te1ah
diperjelaskan di atas.

McDermontt dan O'connor (1994) menje1askan perkara utama yang patut dilakukan
oleh pengurus ialah percaya kepada orang lain dan secara tidak langsung ahli kumpulan akan
melakukan yang terbaik kerana adanya kepercayaan daripada pihak pemimpin. Pemimpin
dilihat sebagai rakan dan bukan sebagai musuh yang sering menjadi konflik. Contohnya
pengurus di seko1ahmungkin bo1eh mengambi1 a1ih kelas guru jika guru itu tidak dapat
hadir atau terpaksa berjumpa dengan ibu bapa. Kuzes dan Posner (1993) melihat bahawa jika
kepercayaan hi1ang daripada pentadbir, maka kejujuran dan keikh1asan di
da1ammenja1ankan tugas juga akan hilang.

6.0 RUMUSAN

Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, ternyata etika
membantu membentuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup.
Daripada sudut individu, seseorang yang beretika sentiasa menjaga perilaku dirinya agar
tidak bertentangan dengan nilai dan kehendak moral sesebuah masyarakat.

Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya membentuk


sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental pula,
orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Individu seperti ini akan sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik dan buruk

12
sesuatu perkara sebelum mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang sentiasa
mengamalkan etika yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul
walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya
berfikir dan tindak- tanduknya.

Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang mempunyai


nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat yang lebih
progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan turut aman, damai, maju dan
mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat
mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan terus maju dan
berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini di mana beberapa tamadun agung yang
pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir,
Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya
sudah tidak bermoral dan beretika lagi.

Berdasarkan dapatan hasil analisis dapatan maklumat mengenai isu pecah amanah,
saya dapati bahawa konsep etika profesional ini harus diterapkan seawal mungkin, bermula
seawal waktu persekolahan, supaya ianya menjadi salah satu amalan yang berterusan.

2775 Patah perkataan sahaja.

13
7.0 RUJUKAN

Ahmad Khamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral)untuk Institusi Pengajian Tinggi.


Selangor: Budiman Sdn Bhd.
Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor Darul Ehsan:
OUM.
Mohd Jabib ohari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor Darul
Ehsan: OUM
Rahmad Shukor. (2009). Pendidikan Moral: Tahun 3. Selangor Darul Ehsan: OUM.
Sahakin et.al. (1993). Ideas of the Great Philosophers. Pg31. Barnes and Noble Books.
White, T.I (1993). Busines Ethics: A philosophical Readar. New York: MacMiller Pub.
Co.
http://cgisaiman.blogspot.my/2013/04/oumm3203-etika-profesional.html

14